-->
Memaparkan catatan dengan label Ayda Jebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayda Jebat. Papar semua catatan

2 Mei 2020

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Adaptasi Novel, Drama Slot Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Cover Depan Novel Bukan Gadis Biasa, Senarai Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Sheila Rusly, Mas Khan, Ozlynn Waty, Lia Natalia,

Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod dan kini tengah hangat disiarkan di slot Akasia TV3. Pelakon Remy Ishak akan membawa watak sebagai Rayyan dalam drama Bukan Gadis Biasa ini. Manakala Ayda Jebat pula akan melakonkan watak sebagai Jo / Johana. Nazim Othman sebagai Amir, Mas Khan sebagai Amirul, Sheila Rusly sebagai Opah Aminah dan ramai lagi. Berbalik pada novel Bukan Gadis Biasa ni, ianya menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. 

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat. Selain itu novel Bukan Gadis Biasa ini juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.


Read More »

14 Mac 2019

Sinopsis Drama Asalkan Dia Bahagia (TV3)

Asalkan Dia Bahagia, Drama Asalkan Dia Bahagia, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Adaptasi Novel, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazuha, Sinopsis Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Drama Baru Ayda Jebat, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Poster Drama Asalkan Dia Bahagia, Watak - Watak Dalam Drama Asalkan Dia Bahagia, Adira Imani, Ikmal Reza, Haris Aryan, Afida, Kisah Kahwin Paksa,
Sinopsis Drama Asalkan Dia Bahagia (TV3)

Drama Asalkan Dia Bahagia adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Asalkan Dia Bahagia ini adalah Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Drama ini sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 8 Mac 2019 yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Asalkan Dia Bahagia karya novelis Hani Fazuha dan mempunyai 28 episod. Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Picture Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis cerita ini, nampak macam kisah kahwin paksa juga hahaha. Apa pun aku suka dengan barisan pelakon drama ini, jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Asalkan Dia Bahagia, Drama Asalkan Dia Bahagia, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Adaptasi Novel, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazuha, Sinopsis Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Drama Baru Ayda Jebat, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Poster Drama Asalkan Dia Bahagia, Watak - Watak Dalam Drama Asalkan Dia Bahagia, Adira Imani, Ikmal Reza, Haris Aryan, Afida, Kisah Kahwin Paksa,

Mengisahkan Adira Imani (lakonan Ayda Jebat) yang merupakan anak angkat dalam keluarganya. Disebabkan statusnya sebagai anak angkat dan merasakan dia terhutang budi dengan ibu bapa angkatnya menyebabkan dia rela dijodohkan dengan Haris Aryan (Shukri Yahaya) walaupun mereka tak pernah bercinta langsung. Haris Aryan ini juga adalah kenalan abangnya Ikmal Reza (Idris Khan)Sebenarnya abangnya itu iaitu Ikmal Reza sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama mereka jodohkan Adira dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan. Datin Maria (Marisa Yasmin) sememangnya nak sangat Adira menjadi menantunya dan dia juga tidak menyangka Haris akan bersetuju untuk berkahwin dengan Adira sebegitu mudah. 
Asalkan Dia Bahagia, Drama Asalkan Dia Bahagia, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Adaptasi Novel, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazuha, Sinopsis Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Drama Baru Ayda Jebat, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Poster Drama Asalkan Dia Bahagia, Watak - Watak Dalam Drama Asalkan Dia Bahagia, Adira Imani, Ikmal Reza, Haris Aryan, Afida, Kisah Kahwin Paksa,
Adira Imani akhirnya mengetahui yang abangnya menyintai dirinya. Namun dia tiada perasaan pada Ikmal Haris, Dira hanya menyayangi Ikmal Haris seperti abang kandungnya sendiri, tak lebih dari itu. Manakala Afida (Nadiyah Shahab) yang merupakan sepupu Haris sudah lama menaruh hati pada Haris dan dia berasa sangat kecewa bila Haris bersetuju untuk berkahwin dengan Adira yang kolot itu. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Asalkan Dia Bahagia
➔ Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) nyanyian Ayda Jebat
➔ Peneman nyanyian Hazama
➔ Ini Cinta nyanyian Oceanlights
➔ Rampas nyanyian Akim & The Majistret
➔ Puas nyanyian Amir Masdi


(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

15 Ogo 2018

Sinopsis Drama Cinta Bukan Kristal (Akasia TV3)

Cinta Bukan Kristal, Drama Melayu, Drama Cinta Bukan Kristal, Drama 28 Episod, Slot Akasia, TV3, Drama Baru Ayda Jebat, 2018, Sinopsis Cinta Bukan Kristal, Drama Bersiri, Drama Bukan Adaptasi Novel, OST Cinta Bukan Kristal, Lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi, Ending, Cast, Pelakon Drama Cinta Bukan Kristal, Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Poster, Drama Terbaru Slot Akasia, Kisah Orang Ketiga, Kisah Perampas Suami Orang,
Sinopsis Drama Cinta Bukan Kristal Slot Akasia TV3

Drama Cinta Bukan Kristal sudah mula bersiaran di TV3 pada 8 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama Cinta Bukan Kristal ini disiarkan bagi menggantikan Drama Jangan Benci Cintaku yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Cinta Bukan Kristal ini adalah Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby dan ramai lagi. Selain itu drama 28 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Untuk pengetahuan korang, drama ini bukan adaptasi Novel ye dan tarikan utama drama ini pastilah sebab para pelakonnya yang best - best belaka. Kalau tengok dari sinopsis drama ini memang nampak clisye dan biasa gitu iaitu tentang orang ketiga yang mengganggu suatu perhubungan. Adakah watak Aryana yang dilakonkan oleh Ayda Jebat akan dibenci penonton seperti watak Husna dalam drama sebelum ini, Atau Adakah drama ini berjaya mengulangi fenomena Drama Jangan Benci Cintaku?. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Cinta Bukan Kristal, Drama Melayu, Drama Cinta Bukan Kristal, Drama 28 Episod, Slot Akasia, TV3, Drama Baru Ayda Jebat, 2018, Sinopsis Cinta Bukan Kristal, Drama Bersiri, Drama Bukan Adaptasi Novel, OST Cinta Bukan Kristal, Lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi, Ending, Cast, Pelakon Drama Cinta Bukan Kristal, Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Poster, Drama Terbaru Slot Akasia, Watak Pelakon, Aryana Lakonan Ayda Jebat, Adrian Hilman Lakonan Sharnaaz Ahmad, Sofia Darlina Lakonan Nina Iskandar,
Sinopsis Drama Cinta Bukan Kristal Slot Akasia TV3

Kisah mengenai Aryana (lakonan Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman (lakonan Sharnaaz Ahmad) semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina (lakonan Nina Iskandar) dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Apa yang berlaku seterusnya?. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini? Siapakah yang dipilih oleh Adrian Hilman nanti, isterinya atau Aryana?.

Lagu Tema / OST Cinta Bukan Kristal
➔ Di Matamu nyanyian Sufian 

Watak - Watak Pelakon
Ayda Jebat sebagai Aryana
Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
Nina Iskandar sebagai Sofea Darlina

Raja Afiq sebagai Syafiq

Dayana Roza sebagai Ika

Nazrief Nazri sebagai Faiz

Ayu Raudhah sebagai Mak Su Faridah
Fauziah Nawi sebagai Opah Timah
Farzana Latiff sebagai Danisya
Syed Muhammad Irfan sebagai Hakim
Doria Rachel Jolly sebagai Edrina
Esma Dainal sebagai Dato Manan
Hazman Al-Idrus sebagai Ali
Amanda Misbun sebagai Syira
Bella Nazari sebagai Laila

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

9 Dis 2017

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku (2017)

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku Lakonan Ayda Jebat & Shaheizy Sam

Filem Pinjamkan Hatiku telah pun mula disiarkan di pawagam pada 30 November 2017 yang lalu dan filem Pinjamkan Hatiku ini merupakan filem pertama Ayda Jebat yang akan melakonkan watak Laila Safitri. Antara Pelakon Filem Pinjamkan Hatiku ini adalah Shaheizy Sam sebagai watak Naufal, Farid Kamil sebagai watak Doktor Hasnan dan dibantu dengan pelakon - pelakon lain seperti Lia Natalia, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Sharifah Haslinda dan ramai lagi. Selain itu, filem ini bergenre romantik dan diarahkan oleh Osman Ali serta diterbitkan oleh Aurawhite Global Sdn Bhd dengan kerjasama Nuansa Production. Ramai juga yang memuji filem ini dan mengatakan jalan ceritanya sedih dan boleh membuatkan penonton menitiskan air mata. Disamping dengan sinematografi indah yang terdapat dalam filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye.
Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila Safitri yang menghidap penyakit yang membawa maut. Ketika pulang ke kampung halamannya, Laila bertemu semula dengan Naufal yang merupakan rakan zaman kanak-kanaknya. Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila Naufal tiba-tiba hilang. Selepas peristiwa tersebut, Laila berkahwin dengan doktornya yang bernama Doktor Hasnan, walaupun hati Laila hanya untuk Naufal. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Berjayakah Dr. Hasnan menawan hati Laila Safitri sedangkan hati Laila hanya ada Naufal? 
Lagu Tema / OST Pinjamkan Hatiku
➔ Pinjamkan Hatiku Nyanyian Ayda Jebat dan Adi Priyo
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

23 Nov 2017

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita (Samarinda TV3)

Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Dekatkan Jarak Kita, Ending, Sinopsis Dekatkan Jarak Kita, Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita, Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Aishah Atan, Ziyan Ibrahim, Cinta, Dendam, Adaptasi Cerpen,
Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita Slot Samarinda TV3 Lakonan Ayda Jebat dan Syafiq Kyle

Drama Dekatkan Jarak Kita telah mula disiarkan pada 21 November yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Slot Samarinda TV3. Antara Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita ini adalah Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Aishah Atan, Ziyan Ibrahim dan ramai lagi. Pengarah drama ini adalah Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Selain itu Drama Dekatkan Jarak Kita ini diadaptasikan daripada sebuah cerpen karya Syu Ariani dan drama ini mempunyai 15 episod kesemuanya. Kalau tengok dari sinopsis drama ini memang nampak best, penuh dengan konflik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..
Rahsia Import dan Beli Barang Dari China Dengan Harga Murah, Ebook, Iklan, Electronic Book, Ilmu, China, Taobao, 
Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang sepasang kembar tidak seiras iaitu Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis. Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofea kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofea. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofea didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofea sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia. Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. 
Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Dekatkan Jarak Kita, Ending, Sinopsis Dekatkan Jarak Kita, Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita, Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Aishah Atan, Ziyan Ibrahim, Cinta, Dendam, Adaptasi Cerpen,
Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif. Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofea juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofea untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa. Apa yang berlaku seterusnya?Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

Lagu Tema / OST Dekatkan Jarak Kita
➔ Tergantung Sepi Nyanyian Haqiem Rusli
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

7 Jul 2017

Ending Drama Ku Kirim Cinta

Ending, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Akasia, TV3, Ku Kirim Cinta, Drama Ku Kirim Cinta, Cinta, First Love, Cinta Tak Kesampaian, Watak, Nisha, Zarul, Farhan, Liana, Pelakon, Redza Rosli, Ayda Jebat, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Ending, Episod Akhir, 28 Episod, Happy Ending, Sweet Ending,
Ending Drama Ku Kirim Cinta (Akasia TV3)

Assalammualaikum..
Berakhir sudah drama Ku Kirim Cinta yang mempunyai 28 episod ini, drama ini disiarkan sebelum Ramadan lagi dan minggu kedua raya baru habis. Episod terakhir iaitu episod 28 lakonan Ayda Jebat, Redza Rosli, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz dan ramai lagi telah pun disiarkan pada 6 Julai yang lalu. Ikutkan aku tidaklah tengok setiap episod drama ini, cuma kadang - kadang ada juga tengok dan kadangkala aku tengok siaran ulangannya pada pukul 1.30 pagi itu. Walaupun sekejap tengok, sekejap tak tengok tapi aku masih fahamlah jalan cerita drama Ku Kirim Cinta ini. Lagi pun ada yang request untuk buat entry pasal ending drama ini, so aku buatlah hehehe, apa pun ending drama ini memang happy endinglah kan, cuma masa tengok ending drama ini, aku ingatkan ada twist, kot - kot Farhan pilih Liana ke kan tapi takde pun hehe. Kalau Farhan pilih Liana mungkin ramai penonton yang mengamuk nanti hehe.
Ending, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Akasia, TV3, Ku Kirim Cinta, Drama Ku Kirim Cinta, Cinta, First Love, Cinta Tak Kesampaian, Watak, Nisha, Zarul, Farhan, Liana, Pelakon, Redza Rosli, Ayda Jebat, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Ending, Episod Akhir, 28 Episod, Happy Ending, Sweet Ending,
Episod Akhir drama Ku Kirim Cinta ini bermula dengan Farhan kena tikam ketika cuba menyelamatkan Nisha. Namun polis datang tepat pada masanya dan Farhan kemudiannya berada di hospital dan berada dalam keadaan sihat, cuma cedera sedikit di perutnya akibat kena tikam itu. Nisha ada datang melawat Farhan di hospital namun Farhan enggan berjumpa dengan Nisha, ibu bapa Farhan serta Liana cuba menasihati Farhan untuk bertemu dan bercakap dengan Nisha namun Farhan tetap tak nak. Sebenarnya Farhan memang sengaja cuba menjauhi Nisha kerana dia yakin Nisha hanya cintakan Zarul dan tiada ruang untuknya di hati Nisha. Liana cuba menyakinkan Nisha yang Farhan memang benar cintakannya cuma dia merajuk je, Liana juga turut menasihati Farhan. Kadang - kadang kesian juga dengan Liana ni, nampak betul dia sayangkan Farhan dan terpaksa lepaskan Farhan pada Nisha untuk tengok Farhan bahagia.

Farhan kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya serta cuba mengelak untuk bertemu dengan Nisha. Nisha berasa sedih dengan sikap Farhan dan merasakan mungkin Farhan akan bahagia dengan Liana. Farhan berasa gembira apabila Ibu bapanya dah berbaik - baik semula, namun selepas menerima satu mesej dari Nisha membuatkan Farhan mula berubah fikiran dan pergi berjumpa dengan Nisha semula. Farhan kemudiannya meluahkan perasaannya pada Nisha dan lepas tu boleh pula dia dan Nisha berpantun dan berbalas pantun kat situ hahaha dan happy endinglah lepas tu kan..
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Mei 2017

Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Ku Kirim Cinta adalah drama terbaru di Slot Akasia, bagi menggantikan drama Shhh I Love You yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di Tv3, bermula 22 Mei yang lalu dan dilakonkan oleh Ayda Jebat, Redza Rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad dan ramai lagi. Drama Ku Kirim Cinta ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Kalau tengok Sinopsis drama ini memang nampak menarik jalan ceritanya dan gandingan Ayda Jebat dan Redza Rosli ini memang dinantikan juga sebab ada yang kata, kedua - duanya memang tengah hangat bercinta gitu selepas membintangi drama ini. Kalau tak silap aku, Drama lakonan Redza Rosli iaitu Seindah Takdir Cinta ditayangkan pada Ramadan tahun lalu manakala Ramadan tahun ini juga, drama lakonan Redza Rosli yang disiarkan, bezanya dalam drama ini dia jadi hero utama, murah rezeki Redza Rosli ni :) Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa. Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Lagu Tema / OST Ku Kirim Cinta
Akhirnya Cinta Nyanyian Salma
Selamat Tinggal Cinta Nyanyian 6ixth Sense

tandatanganku, miss banu, blog miss banu story, my signature,
Read More »

24 Apr 2017

Neelofa, Fattah Amin Menang Besar Di AME2017

Neelofa & Fattah Amin Menang Besar di Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017), Lofattah, Lofatah, Hero & Heroin Suri Hati Mr Pilot,
Neelofa & Fattah Amin Menang Besar Di Anugerah Meletop Era 2017

Assalammualaikum..
Kalau di AME2016 yang lalu, Johan dan Ayda Jebat yang menang besar, kali ini giliran lofattah pula apabila mereka menang besar di Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017). Neelofa turut menjadi hos Anugerah Meletop Era 2017 bergandingan bersama Nabil dan Johan. Fattah Amin memenangi anugerah Artis Top Top Meletop Lelaki, Anugerah Fesyen Meletop, Anugerah Bintang Online Meletop, Pelakon TV Meletop, Anugerah Drama Meletop menerusi drama lakonannya iaitu Suri Hati Mr Pilot. Manakala Neelofa pula memenangi Anugerah Artis Top Top Meletop Wanita, Anugerah Hos Meletop, Program Meletop (Taste Selebriti episod Neelofa), Drama Meletop (Suri Hati Mr Pilot). Lepas Habis AME2017 ini, pastinya tumpuan beralih pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang akan berlangsung pada Mei 2017 ini pula. Rasanya kemungkinan besar Neelofa dan Fattah Amin berpeluang menang besar juga di ABPBH itu nanti kan, siapa tahu? dan mungkin juga Neelofa mampu mempertahankan Anugerah Bintang Paling Popular untuk tahun ini juga. Apa pun tahniah buat semua pemenang Anugerah Meletop Era 2017 ini, jom tengok senarai pemenang kategori lain di AME2017 di bawah ini ye..
Anugerah Meletop Era 2017, AME2017, Hos, Pengacara, Johan, Neelofa, Nabil, Lofattah, Fattah Amin,
Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2017

Lagu Meletop - Pencuri Hati (Ayda Jebat)
Filem Meletop - Munafik
Penyanyi Meletop - Siti Nordiana
Bintang Filem Meletop - Fasha Sandha
Si Cilik Meletop - Yusof Iskandar
Artis Baharu Meletop - Khai Bahar
Couple Meletop - Akim dan Stacy
Artis Lawak Meletop - Johan
Group / Duo Meletop - Dato Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir
Program Radio Meletop - Johara Pagi Era
Penyampai Radio Meletop - Johan

Jangan lupa sertai Segmen yang aku anjurkan di blog ini iaitu ➔ Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu (due date 28 april ini, jom join ramai2 ye)
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, blog miss banu story,
Read More »

11 Nov 2016

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal (Astro) Lakonan Ayda Jebat & Sharnaaz Ahmad

Assalammualaikum..
Drama Awak Sangat Nakal adalah drama terbaru di Astro Ria menggantikan drama popular Suri Hati Mr Pilot yang telah tamat episodnyer. Seperti biasa drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Awak Sangat Nakal karya Novelis Syamnuriezmil. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Sharnaaz Ahmad sebagai watak (Johan Rizqin), Ayda Jebat (Erine Johanna), Ika Nabella (Ain Humaira), Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain dan ramai lagi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. 
Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah ituGara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

Lagu Tema / OST Awak Sangat Nakal
--> Awak Sangat Nakal Nyanyian Ayda Jebat
Read More »

8 Okt 2016

Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan

Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan

Assalammualaikum..
Johan menepati ramalan apabila berjaya bergelar Juara Super Spontan Superstar 2016. Abam pula berada di tempat kedua, diikuti Achey, Fad, Ozlynn dan Tauke. Antara game yang diorang main di Final Super Spontan Superstar ini adalah game Beku, Pantun 2 Kerat, Maju Mundur, Dahiku Dahimu dan juga Muzik Video Spontan. Ada ramai artis jemputan di Final SS Superstar ni, antaranya adalah Tomok, Black, Kump Khalifah, Ayda Jebat, Zizan Razak dan Dato Hans Isaac yang menjadi komentator jemputan. Apapun suka tengok Zizan datang SS bagi sokongan kat Johan tu, bukan senang nak tengok Jozan sekarang ni hehe.
Banyak juga perkara lawak yang terjadi seperti Dato Ac Mizal kalah dengan Amir ketika diorang main game Dahiku Dahimu, begitu juga dengan Johan yang menang dalam game Dahiku Dahimu ketika berlawan dengan Tauke, Johan sebelum ni mmg lemah sikit dalam game tersebut. Ditambah juga dengan kata2 Amir pada Zizan pasal Kamal Adli tu buat aku tergelak gak. Disamping itu, aku juga terhibur dengan gelagat Dato Ac ketika dalam game Muzik Video dan juga ketika pengumuman pemenang. Apapun tahniah buat semua pemenang.
Read More »

1 Jul 2016

Episod Akhir Assalammualaikum Cinta

Episod Akhir Drama Assalammualaikum Cinta

Assalammualaikum..
Nampaknya drama Assalammualaikum Cinta yang dilakonkan oleh Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Emma Maembong dan Ayda Jebat dah tamat episodnya. Selepas ini drama Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya akan disiarkan sempena Hari Raya nanti. Di episod akhir drama Assalammualaikum Cinta ini menyaksikan Azrif, Emma, Rykarl dan Nia dah berkahwin, namun perkahwinan Azrif dan Emma dilanda masalah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sependapat. Manakala Rykarl dan Nia pula sangat bahagia. Azrif sering meluahkan masalahnya dengan Emma pada sepupunya Rykarl dan membuatkan Rykarl terpanggil untuk menolong dan menyelesaikan masalah antara Azrif dan Emma. 
Akhirnya Rykarl dan Nia pergi berjumpa Emma untuk menasihatinya dan Emma akhirnya menyedari kesalahannya lalu meminta maaf pada suaminya dan juga Tok Ma mereka. Kemudian Azrif dan Emma dah berbaik manakala isteri Rykarl iaitu Nia dah mengandung dan mengidam nak minum kopi jer hehehe. Kemudian Emma merajuk kembali dengan Azrif kerana menyangka die ada affair dengan perempuan lain sebelum berbaik semula. Ending drama ni berakhir dengan Emma yang nak muntah secara tiba-tiba dan kesemua mereka yang lain berasa happy kerana yakin yang Emma juga dah mengandung.
Read More »

31 Mei 2016

Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta (Astro)

Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta

Assalammualaikum..
Drama Assalammualaikum Cinta telah mula disiarkan di Astro Ria mulai 30 Mei yang lalu, menggantikan drama Dia Semanis Honey yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Emma Maembong, Ayda Jebat, Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Ku Faridah, Wan Raja dan ramai lagi serta mempunyai 20 episod. Drama ini diterbitkan oleh Dark Wave Pictures dan diarahkan oleh Michael Ang. Wahh 2 drama arahan Michael Ang disiarkan secara berturut-turut gitu, bermula dengan drama Dia Semanis Honey dan kini Assalammualaikum Cinta. Disamping itu ada 4 pelakon popular berlakon drama ini dan membuatkan drama ni makin menarik. Selain itu, drama ini diadaptasikan daripada Novel Assalammualaikum Cinta karya Zura Asyfar. Apapun jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta

Bermula dengan pertaruhan semangkuk cendol yang menyebabkan Rykal lakonan Saharul Ridzwan dan Azrif (Kamal Adli) memulakan satu misi. Dalam misi tersebut, mereka berdua perlu memikat dua orang gadis bernama Emma (Emma Maembong) dan Nia (Ayda Jebat). Salah seorang dari mereka yang dapat memikat gadis itu dan gadis tersebut mengungkapkan kata I Love You, maka dialah yang akan memenangi pertaruhan tersebut. Emma merupakan seorang gadis yang bencikan lelaki kaya. Emma sering beranggapan bahawa lelaki kaya suka berlagak dan mempermainkan perasaan perempuan. Kebenciannya bertambah parah bila melihatkan Natasya yang merupakan kakaknya dikasari oleh Daniel, abang ipar Emma. Mengenali Azrif ibarat mimpi ngeri buat Emma. Dia bencikan Azrif. Lebih memburukkan keadaan bila Azrif seringkali memaksa Emma untuk berkawan dengannya.
Berbeza pula situasinya dengan Nia. Dia dan Rykal berkenal akibat merebut parking. Ayah Nia adalah seorang yang sangat tegas dan sangat mengawal kebebasan Nia, lebih-lebih lagi dalam bab berkawan dengan lelaki. Demi untuk memastikan misi berjaya dan kerana niat untuk memenangi pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dan Rykal terus berusaha mengorat Emma dan Nia biarpun dihamburkan dengan macam-macam kata dan amaran. Biarpun pada awalnya Emma dan Nia tidak berkenan dengan Azrif dan Rykal namun tidak lama kemudian hati mereka berdua mula jatuh cinta pada kedua orang lelaki itu. Namun akibat keterujaan yang melampau bila akhirnya misi mereka berjaya, pertaruhan semangkuk cendol terbongkar juga membuatkan Emma dan Nia berjauh hati dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berjumpa dengan Azrif dan Rykal.
Azrif dan Rykal juga sedar sebenarnya mereka juga telah jatuh cinta pada Emma dan Nia dan bukan sekadar hanya kerana pertaruhan semangkuk cendol. Lebih merumitkan keadaan dan merunsingkan mereka bila nenek mereka membuat keputusan mengejut untuk menyatukan mereka berdua dengan calon pilihannya.
Lagu Tema / OST Assalammualaikum Cinta
--> Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Jom Baca ni jugak --> The Conjuring 2 Seram Atau Tidak!?..
Read More »

30 Mei 2016

Baca Online Novel Assalammualaikum Cinta

Baca Novel Assalammualaikum Cinta Secara Online

Assalammualaikum..
Kini giliran Novel Assalammualaikum Cinta Karya Novelis Zura Asyfar yang akan diadaptasi menjadi drama bersiri yang akan disiarkan di Astro Ria mulai 30 Mei ini, menggantikan drama Dia Semanis Honey. Tak silap aku ni kali kedua Novel karya Zura Asyfar dijadikan drama, kali pertama dulu Novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia dijadikan drama dan dilakonkan oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Manakala watak2 Novel Assalammualaikum Cinta pula akan dilakonkan oleh pelakon2 popular seperti Emma Maembong, Ayda Jebat, Saharul Ridzwan dan Kamal Adli. Mesti dapat sambutan hangat nanti ni kan. Jadi sambil2 tengok drama Assalammualaikum Cinta tu, meh baca jugak Novelnyer secara online dengan klik jer Link-link kat bawah ni k. Selamat Membaca yer.
Baca Online Novel Assalammualaikum Cinta Karya Zura Asyfar

Read More »

29 Feb 2016

Johan & Ayda Jebat Menang Besar Di #AME2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016) menjadi milik Johan dan Ayda Jebat sebab diorang menang besar gitu, malah mereka berdua turut mengekalkan kemenangan dalam kategori utama iaitu Anugerah Top Top Meletop, dah dua tahun berturut-turut diorang menang anugerah utama ni. Tahniah diucapkan buat Johan n Ayda Jebat. Personally aku rasa AME2016 agak boring sikit, Best lagi Anugerah Meletop Era 2015, untuk AME2016 ni hos macam takde idea n kurang kelakar, banyak teknikal problem, penyampai anugerah pun ada gak yg macam blur hehe. Persembahan dari artis okey gak, semua best2, Di media sosial, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan Ayda Jebat, apapun dah rezeki masing2 kan. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era kat bawah ni k..
Keputusan Anugerah Meletop Era 2016

Drama Meletop - M.A.I.D
Artis Lawak Meletop - Johan

Hos Meletop - Dato Ac-Mizal

Pelakon Meletop - Ayda Jebat

Rancangan Meletop - Gegar Vaganza 2015

Lagu Meletop - Siapa Diriku -Ayda Jebat

Penyanyi Meletop - Ayda Jebat

Dua/Kumpulan Meletop - Akim & The Majistret
Penyampai Radio Meletop - Johan
Rancangan Radio Meletop - Johara Pagi Era
Filem Meletop - Polis Evo
Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Fesyen Meletop - Dato Ac Mizal
Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Bintang Online Meletop - Siti Nurhaliza
Couple Meletop - Johan dan Ozylyn
ARTIS TOP-TOP MELETOP Lelaki - Johan
Artis TOP-TOP MELETOP Wanita - Ayda jebat
Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan (bekas pengulas sukan)



Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017