Sinopsis Drama Asalkan Dia Bahagia (TV3)
Drama Asalkan Dia Bahagia adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Asalkan Dia Bahagia ini adalah Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Drama ini sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 8 Mac 2019 yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Asalkan Dia Bahagia karya novelis Hani Fazuha dan mempunyai 28 episod. Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Picture Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis cerita ini, nampak macam kisah kahwin paksa juga hahaha. Apa pun aku suka dengan barisan pelakon drama ini, jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Mengisahkan Adira Imani (lakonan Ayda Jebat) yang merupakan anak angkat dalam keluarganya. Disebabkan statusnya sebagai anak angkat dan merasakan dia terhutang budi dengan ibu bapa angkatnya menyebabkan dia rela dijodohkan dengan Haris Aryan (Shukri Yahaya) walaupun mereka tak pernah bercinta langsung. Haris Aryan ini juga adalah kenalan abangnya Ikmal Reza (Idris Khan). Sebenarnya abangnya itu iaitu Ikmal Reza sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama mereka jodohkan Adira dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan. Datin Maria (Marisa Yasmin) sememangnya nak sangat Adira menjadi menantunya dan dia juga tidak menyangka Haris akan bersetuju untuk berkahwin dengan Adira sebegitu mudah.
Adira Imani akhirnya mengetahui yang abangnya menyintai dirinya. Namun dia tiada perasaan pada Ikmal Haris, Dira hanya menyayangi Ikmal Haris seperti abang kandungnya sendiri, tak lebih dari itu. Manakala Afida (Nadiyah Shahab) yang merupakan sepupu Haris sudah lama menaruh hati pada Haris dan dia berasa sangat kecewa bila Haris bersetuju untuk berkahwin dengan Adira yang kolot itu. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?.
Lagu Tema / OST Asalkan Dia Bahagia
➔ Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) nyanyian Ayda Jebat
➔ Peneman nyanyian Hazama
➔ Ini Cinta nyanyian Oceanlights
➔ Rampas nyanyian Akim & The Majistret
➔ Puas nyanyian Amir Masdi
Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Asalkan Dia Bahagia
(Blog Miss Banu Story)
macam best je cite ni.. nak kena tgk ni..
BalasPadammcm best jer akak baca, kene ambik port nie kat depan tv :D
BalasPadamyang ni da tengok sikit2. tapi tula x follow.
BalasPadamcuma suka juga citer ni =D