-->
Memaparkan catatan dengan label Kamal Adli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kamal Adli. Papar semua catatan

12 Jul 2019

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (Akasia TV3)

Utusan Cinta Buat Adam, Drama Utusan Cinta Buat Adam, Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Adaptasi Novel, Drama Adaptasi Novel Utusan Cinta Buat Adam, Novel Online, Baca Online Novel Utusan Cinta Buat Adam, Cast, Pelakon Drama Utusan Cinta Buat Adam, Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim, Hariesa DFKL, Poster Drama Utusan Cinta Buat Adam,
Drama Utusan Cinta Buat Adam Lakonan Kamal Adli dan Puteri Aishah

Drama Utusan Cinta Buat Adam adalah drama terbaru di slot Akasia bagi menggantikan drama Bukan Cinta Aku yang telah tamat episodnya. Drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Utusan Cinta Buat Adam karya novelis Myra Ameer. Antara pelakon drama Utusan Cinta Buat Adam ini adalah Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim, Hariesa DFKL dan ramai lagi. Dalam novel kerjaya Aireen Husna adalah seorang doktor, tapi dalam versi drama, dia kerja sebagai Arkitek pula. Drama Utusan Cinta Buat Adam ini sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 3 Julai yang lalu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A-Ten Alliances Sdn Bhd. Aku suka gak layan drama ni, jalan ceritanya best gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Utusan Cinta Buat Adam, Drama Utusan Cinta Buat Adam, Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Adaptasi Novel, Drama Adaptasi Novel Utusan Cinta Buat Adam, Novel Online, Baca Online Novel Utusan Cinta Buat Adam, Cast, Pelakon Drama Utusan Cinta Buat Adam, Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim, Hariesa DFKL,

Mengisahkan Aireen Husna (Puteri Aishah), seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus (Kamal Adli) di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya. Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan (Kartina Aziz) yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana (Sharifah Sakinah) tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen. Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan. 

Utusan Cinta Buat Adam, Drama Utusan Cinta Buat Adam, Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Adaptasi Novel, Drama Adaptasi Novel Utusan Cinta Buat Adam, Novel Online, Baca Online Novel Utusan Cinta Buat Adam, Cast, Pelakon Drama Utusan Cinta Buat Adam, Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim, Hariesa DFKL,

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang. Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya. Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?



Lagu Tema / OST Utusan Cinta Buat Adam

⏩ Pernah Bahagia nyanyian Sharifah Zarina

⏩ Pulang nyanyian Insomniacks

⏩ Pasti Menunggu nyanyian Superchild


(Blog Miss Banu Story)

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

25 Jun 2019

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad

Setelah Terlafaznya Akad, Drama Setelah Terlafaznya Akad, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri Astro 2019, Novel Online, Novel Setelah Terlafaznya Akad, Karya Anna Milia, Drama Adaptasi Novel, Cast, Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari, Drama 28 Episod, Arahan Michael Ang, Poster Drama Setelah Terlafaznya Akad,
Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Setelah Terlafaznya Akad adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Curi - Curi Cinta lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari dan ramai lagi. Drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Setelah Terlafaznya Akad karya novelis Anna Milia. Selain itu drama Setelah Terlafaznya Akad ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Production Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Setelah Terlafaznya Akad, Drama Setelah Terlafaznya Akad, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri Astro 2019, Novel Online, Novel Setelah Terlafaznya Akad, Karya Anna Milia, Drama Adaptasi Novel, Cast, Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari, Drama 28 Episod, Arahan Michael Ang,

Setelah bercerai dengan Hani (Zeera Azizi), Hannan (Kamal Adli) dipaksa berkahwin dengan Nawal (Uqasha Senrose) atas ugutan ibunya, Wan Masitah (Hamidah Wahab). Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka. Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. 
Setelah Terlafaznya Akad, Drama Setelah Terlafaznya Akad, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri Astro 2019, Novel Online, Novel Setelah Terlafaznya Akad, Karya Anna Milia, Drama Adaptasi Novel, Cast, Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari, Drama 28 Episod, Arahan Michael Ang, Poster Drama Setelah Terlafaznya Akad,
Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

Lagu Tema / OST Setelah Terlafaznya Akad
➤ Anta Permana nyanyian Dato Siti Nurhaliza
➤ Hari Ini nyanyian Hael Husaini


(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

29 Dis 2018

Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu (TV3)

Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Melayu, Drama Best, Slot Samarinda, TV3, 2018, Poster Drama Jika Masih Ada Rindu, Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha, OST, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Cast, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh,
Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Slot Samarinda TV3

Drama Jika Masih Ada Rindu sudah pun mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 19 Disember yang lalu, bagi menggantikan drama Terbaik Dariku yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jika Masih Ada Rindu ini adalah Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama 15 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Rasanya ini kali kedua aku melihat Kamal Adli dan Siti Saleha berlakon sekali. Sebelum ini diorang dah pernah bergandingan dalam telemovie I Heart You Cik Yah. Menarik juga jalan cerita drama ini dan buatkan aku nak tahu sebab dan kenapa Wahida boleh bersikap dingin sedemikian rupa pada Hisham. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Melayu, Drama Best, Slot Samarinda, TV3, 2018, Poster Drama Jika Masih Ada Rindu, Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha, OST, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Cast, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh,
Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha

Mengisahkan Hisham (Kamal Adli) yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida (Siti Saleha). Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina (Ku Zara Eryna) dan perlu menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Talak dilafazkan Hisham terhadap isterinya, Wahida sekali gus memadamkan segala memori indah dalam diri Wahida. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan.


Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud), ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?



Lagu Tema / OST Jika Masih Ada Rindu

➔ Nadi nyanyian Afif Tirmizie

Jom Baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Terbaik Dariku
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Ogo 2018

Super Spontan Xtravaganza 2018

Super Spontan, Pertandingan, Super Spontan Xtravaganza, Astro Warna, Super Spontan Xtravaganza 2018, Bekas Juara Super Spontan, Zizan, Jep, Johan, Kamal Adli, Pelakon, Penyanyi, Pelawak, 2018, Juri Super Spontan Xtravaganza, Adibah Nor, Afdlin Shauki, Kumpulan, Sotong Kangkung, Peserta Super Spontan Xtravaganza, Ahli Kumpulan Sotong Kangkung, Izzue Islam, Siti Elizad, Modee, Shaheol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu, Nizam JJ, Lobster Leleh, Ahli Kumpulan Lobster Leleh, Fad Bocey, Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh, Abam Bocey, Tersingkir, Lawak, Lawak Spontan, Komedi, Kelakar, Hos Super Spontan Xtravaganza, Dato AC Mizal, Game, Permainan Spontan,
Super Spontan Xtravaganza 2018

Pertandingan Super Spontan Xtravaganza sudah pun berlangsung beberapa minggu dan menyaksikan 2 Kumpulan berentap iaitu kumpulan Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Antara Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018 ini terdiri daripada Izzue Islam yang merupakan ketua kumpulan Sotong Kangkung manakala ahli kumpulannya adalah Siti Elizad, Modee, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu dan Nizam JJ. Manakala Fad Bocey pula akan menjadi ketua kumpulan Lobster Leleh dan ahli kumpulannya adalah Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh dan Abam Bocey. Setakat ini sudah ada beberapa peserta yang tersingkir, Tomok hampir tersingkir di minggu pertama namun nasib tiada penyingkiran di minggu pertama. Jaa Suzuran tersingkir di minggu kedua, manakala Modee dari kumpulan Sotong Kangkung tersingkir di minggu ketiga SS Xtravaganza ini. Minggu keempat pula menyaksikan ada 2 penyingkiran dan Achey memperoleh imuniti. Anas dan Zara Zya tersingkir di minggu ke – 4 Super Spontan Xtravaganza 2018.
Super Spontan Xtravaganza, 2018, Astro Warna, Pertandingan, Lawak Spontan, Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018, Ahli Kumpulan Sotong Kangkung, Izzue Islam, Siti Elizad, Modee, Shaheol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu, Nizam JJ,
Aku rasa Anas dan Zara Zya patut kekal lebih lama dalam Super Spontan 2018 ini, dari segi kumpulan pula, aku tengok kumpulan Sotong Kangkung lebih banyak menang dari Lobster Leleh ini. Antara pembaharuan untuk musim ini dalam Super Spontan Xtravaganza 2018 ini adalah dengan adanya juri tetap iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Nor serta juri jemputan. Kesemua juri ini akan memberi markah dalam 50 peratus dan 50 peratus lagi adalah dari undian sms / online penonton. Pengacara Super Spontan 2018 ini masih sama dan maintain iaitu Dato Ac Mizal, manakala di minggu kedua, Kamal Adli yang juga bekas juara Super Spontan Superstar 2017 menjadi hos sekejap untuk minggu kedua saja bagi menggantikan Dato AC. Manakala Johan dan Zizan pula menjadi juri untuk di minggu kedua yang lalu. Agak kelam kabut jugalah permainan bila Dato AC dan Afdlin takde, Cuma antara yang menarik di minggu kedua bila tanpa disangka Johan jatuh kerusi live di TV haha, apa pun semua benda tu dah lepas. Bestnya di minggu kedua tu bila 3 bekas juara ada di Super Spontan iaitu Kamal Adli, Johan dan Zizan.
Super Spontan Xtravaganza, 2018, Astro Warna, Pertandingan, Lawak Spontan, Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018, Ahli Kumpulan Lobster Leleh, Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh, Abam Bocey,
Apa pun banyak juga benda lawak dalam Super Spontan 2018 ni datangnya dari Dato Ac Mizal, interaksinya dengan peserta yang lain juga menarik dan kelakar, sampai aku yang susah nak gelak pun boleh tergelak sekali hehe. Part yang aku suka bila Dato AC suka kacau Tomok yang pakai rambut palsu tu hahaha. Malah para peserta pun lawak gak, dari segi game yang diorang main, terdapat juga beberapa game yang baru tapi setakat ni diorang masih belum main game Dahiku Dahimu lagi hehe. Apa pun baguslah sebab dah ramai penyanyi dan pelakon yang berani join Super Spontan yang sebelum ini dikuasai oleh para pelawak kan. Selain itu aku juga tak dapat nak ramal siapa bakal juara Super Spontan Xtravaganza ini nanti? sebab semua pun ada peluang gitu, asalkan belum tersingkir kan. 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

28 Okt 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 Meriah

Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 berlangsung dengan meriah sekali, dari awal rancangan sampailah ke penghujung rancangan berjaya buat aku ketawa dan gelak sekali. Bertambah meriah apabila bekas juara Super Spontan iaitu Johan dan Zizan turut menjadi artis undangan di Pertandingan Akhir Super Spontan Superstar 2017 ini. Antara game yang diorang main di malam final itu adalah game Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke dan akhir sekali game Dahiku Dahimu. Malah Dato Ac Mizal , Amir, Johan dan Zizan turut bermain sekali dalam game terakhir itu iaitu Dahiku Dahimu. Antara yang menarik dalam final ini apabila Zizan dan Kamal Adli bertemu hahaha, maklumlah kedua - duanya sebelum ini ada kaitan dengan Emma Maembong kan, so akhirnya dapat tengok dua - dua sekali kat atas pentas tu. Malah hubungan Zizan dan Kamal Adli juga nampak baik, dan kedua - duanya juga cukup sporting dan gila - gila. Kontroversi Kamal Adli menjadi bahan lawak para peserta hahaha, banyak kali juga nama - Emma Maembong, Zahirah Macwilson dijadikan bahan lawak.
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Antara game yang menarik yang aku tengok diorang main adalah game Beku dan juga dalam game Emosi Tidak Stabil, part paling best adalah ketika dalam situasi marah sambil main cak cak dan juga tuding - tuding jari tu, memang kelakar habis. Game Sinetron Kehidupan juga best apabila sketsa mereka akan bertukar mengikut muzik. Dalam game Muzik Video Karaoke, Johan dan Zizan akan memberikan step tarian pada peserta. Game Dahiku Dahimu juga best, cuma kelihatan para peserta agak berhati - hati dalam game ini. Dato AC Mizal dan Amir juga sama - sama kalah masa main game ini, part paling best bila diorang salah teka. Apa pun tak puas tengok Johan dan Zizan main game Dahiku Dahimu ni, sebab sekejap sangat, baru cakap sikit, Johan dan tersebut perkataan di dahinya itu dan akhirnya Zizan menang hehehe. Apa pun Kamal Adli menjadi artis pertama yang bukan dari kalangan pelawak yang berjaya menjadi juara. Hope di edisi akan datang akan ada lebih ramai pelakon yang berani jadi peserta Super Spontan ini.

Apa pun memang rasa meriah SS Superstar kali ini, mungkin sebab ada 8 finalis dan lebih ramai berbanding musim -musim terdahulu yang ada 6 finalis saja.

Keputusan Penuh Super Spontan Superstar 2017

Juara - Kamal Adli
Naib Juara - Fad Bocey
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Ozlyn
Tempat Kelima - Shuk Joras
Tempat Keenam - Mamak Puteh
Tempat Ketujuh - Shahrol Shiro
Tempat Kelapan - Sharif Zero
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Jom kita imbas kembali siapa yang pernah menang dan bergelar Juara Super Spontan dari musim pertama hingga sekarang:-

Zizan - Juara Super Spontan Musim Pertama (2012)
Jep Sepahtu - Juara Super Spontan Musim Kedua (2013)
Johan - Juara Super Spontan Musim Ke -3 (2014)
Zizan - Juara Super Spontan All Stars (2015)
Johan - Juara Super Spontan Superstar 2016
Kamal Adli - Juara Super Spontan Superstar 2017

Gambar2 di atas credit to Facebook Zon Lawak
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

23 Sep 2017

Atu Zero & Fikri Tersingkir - Super Spontan Superstar 2017

Super Spontan Superstar 2017, Pertandingan, Lawak Spontan, Game, Permainan, Peserta Super Spontan Superstar 2017, Tersingkir, Atu Zero, Fikri, Kumpulan, King Musang, Tenggiling Taiko, Achey, Shuib, Fad, Syuk Joras, Kamal Adli, Amy Mastura, Rahim, Shahrol Shiro, Ozlynn, Sharifah Shahira, Mamak Puteh, Sharif Zero, Danial, Hos, Dato AC Mizal,
Atu Zero & Fikri Tersingkir Di Minggu Ketiga Super Spontan Superstar 2017

Assalammualaikum..
Nampaknya minggu ini, nasib tak menyebelahi kumpulan King Musang, apabila terpaksa menyingkirkan 2 ahli kumpulan mereka iaitu Atu Zero dan Fikri Ibrahim. Walaubagaimanapun Amy Mastura terselamat minggu ini apabila Rahim dari kumpulan Tenggiling Taiko yang mendapat imuniti untuk minggu ketiga itu memilih Amy Mastura untuk diselamatkan. Tak sangka juga dah dua minggu kumpulan King musang tewas 2 minggu berturut - turut. Aku tak sangka juga yang Fikri akan tersingkir untuk minggu ini sebab aku agak dia boleh stay lebih lama lagi dalam SS Superstar 2017 ini. Dato Norman Abdul Halim menjadi pengulas jemputan untuk minggu ini. Antara game yang diorang main pada minggu ketiga ini adalah game Aku Bukan Boneka, game Emosi tak stabil, game terteruk di dunia dan di ladang, sinetron kehidupan dan akhir sekali game Jamuan Cik Kiah. 

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Sep 2017

Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)

Drama Adaptasi Novel, Duda Pujaan Dara, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Duda Pujaan Dara, Sweet, Cinta, Happy Ending, Ending Drama Duda Pujaan Dara, OST Duda Pujaan Dara, Sinopsis, Romantik Komedi, Novelis, Hanny Esandra, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu, Watak, Ainee Marwah, Tengku Razeen, Dora, Lagu Tak Malu Nyanyian Farisha Irish, Drama Duda Pujaan Dara,
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Duda Pujaan Dara tengah hangat disiarkan di Astro Ria sekarang ini dan mempunyai 12 episod. Drama ini menggantikan Drama My Darling Inspektor Daniel dan dilakonkan oleh Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu dan ramai lagi. Drama romantik komedi ini diadaptasikan daripada Novel Duda Pujaan Dara karya Novelis Hanny Esandra dan drama ini sudah mula disiarkan di Astro Ria sejak 4 September yang lalu. Secara jujurnya aku suka drama ini sebab gandingan Kamal Adli dan Zahirah Macwilson nampak serasi dan sepadan. Plus watak diorang juga menarik iaitu Tengku Razeen yang muka ketat dan jual mahal serta Ainee Marwah yang gedik habis nak memikat duda pujaannya iaitu Tengku Razeen. Persaingan Ainee Marwah dan Dora yang nak memikat Tengku Razeen tu juga menarik. Pendek katanya memang syok layan drama ini, Selain itu Drama Duda Pujaan Dara ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca..
Drama Adaptasi Novel, Duda Pujaan Dara, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Duda Pujaan Dara, Sweet, Cinta, Happy Ending, Ending Drama Duda Pujaan Dara, OST Duda Pujaan Dara, Sinopsis, Romantik Komedi, Novelis, Hanny Esandra, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu, Watak, Ainee Marwah, Tengku Razeen, Dora, Lagu Tak Malu Nyanyian Farisha Irish, Drama Duda Pujaan Dara,
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)

Mengisahkan Ainee Marwah (lakonan Zahirah Macwilson) yang jatuh cinta pada Tengku Razeen (lakonan Kamal Adli) yang berstatus duda anak satu yang juga merupakan majikan kepada Ainee Marwah di tempat kerja. Sejak hari pertama Ainee bertemu dengan Tengku Razeen, dia dah mula angau dan gedik semacam, pelbagai perkara yang dilakukan oleh Ainee untuk menarik perhatian Tengku Razeen padanya, seperti sengaja jatuh tergolek di depan Tengku Razeen beberapa kali, mengenyit mata, sentiasa tersenyum, buat kek, jadi spy dan sebagainya. Namun Tengku Razeen tidak begitu memperdulikan Ainee. Hal ini dirumitkan lagi dengan kehadiran Dora yang juga ingin memikat Tengku Razeen. Manakala Tengku Razeen pula terdesak untuk mencari pengganti dan juga mama baru pada anaknya itu secepat mungkin, bagi mengelakkan ibu mertuanya membawa anaknya itu ke Australia. Ainee mengambil kesempatan meluahkan rasa cintanya pada Tengku Razeen ketika dia mengikut kawan baiknya Airis dan Tengku Razeen pergi kursus di Terengganu. 
Drama Adaptasi Novel, Duda Pujaan Dara, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, MegaDrama, Astro Ria, Baca Online Novel Duda Pujaan Dara, Sweet, Cinta, Happy Ending, Ending Drama Duda Pujaan Dara, OST Duda Pujaan Dara, Sinopsis, Romantik Komedi, Novelis, Hanny Esandra, Pelakon Drama Duda Pujaan Dara, Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu, Watak, Ainee Marwah, Tengku Razeen, Dora, Lagu Tak Malu Nyanyian Farisha Irish, Drama Duda Pujaan Dara,
Kelihatan hati Tengku Razeen mula terbuka sedikit pada Ainee selepas mendengar luahan cinta Ainee itu. Kalau dah jodoh tak ke mana apabila Tengku Razeen akhirnya melamar Ainee untuk menjadi isterinya serta mama pada anaknya itu. Selepas berkahwin, Tengku Razeen tetap sama macam dulu, tidak romantik, maka terpaksalah Ainee melakukan sesuatu untuk membuatkan Tengku Razeen benar - benar jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Selain drama ini, Kamal Adli juga turut join pertandingan Super Spontan Superstar 2017 yang akan berlangsung 8 September ini. Moga kali ini Kamal Adli dapat ke Final Super Spontan Superstar 2017 nanti.

Lagu Tema / OST Duda Pujaan Dara

Tak Malu Nyanyian Farisha Irish
➔ Oh Cintaku Nyanyian Bella Nazari
➔ Ku Hanya Sayang Padamu Nyanyian Aiman Tino
➔ Aku Mula Rindu Nyanyian Hez Hazmi
➔ Hanya Dirimu Nyanyian Eleena Harris Feat Mark Adam

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017