-->
Memaparkan catatan dengan label Picture. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Picture. Papar semua catatan

22 Feb 2019

KFC, Astro Circle dan Shopping Di Lazada


Baru - baru ini ada shopping di Lazada, redeem buku dari Astro Circle serta tahun lalu ada redeem voucher KFC dari 8coin. Apa pun layan jela gambar - gambar kat bawah ni hehehe..

Shopping Di Lazada - Disember 2018
KFC, Astro Circle dan Shopping Di Lazada, Shopping Di Lazada - Disember 2018, Pen, Syringe, Car Harness, Mainan Kucing, Ubat Kutu Kucing,
Kalau nak tahu aku memang suka guna pen jenis macam kat atas ni, senang dan best guna, ink keluar lancar dan terang. Dari zaman sekolah lagi memang pen jenis gitu yang aku guna hehe. Barang selebihnya untuk kucing kesayangan aku lah hahaha macam ubat kutu, syringe tu pula saja aku beli supaya senang nak bagi ubat pada kucing. Pastu ada beli juga cat harness dan mainan kucing. Suka betul kucing aku kalau dapat mainan ikan yang ada tali dan loceng tu haha.

Shopping Di Lazada - Januari 2019
KFC, Astro Circle dan Shopping Di Lazada, Shopping Di Lazada - Januari 2019, Barang, Lazada Malaysia, Shopping Online, Sikat, Buku, Gunting, Thermos,
Untuk barang - barang di atas ni, aku banyak dapat diskaun sebab guna voucher Lazada yang aku menang dulu masa join contest Lazada. Antara barang yang aku beli macam Thermos, gunting, sikat dan buku. Aku memang tak boleh lihat buku - buku yang lawa dan comel macam kat atas tu, konform beli walaupun tak tahu nak tulis apa dalam tu hahaha. Sikat tu pulak aku beli 1 set macam - macam jenis sikat ada hahaha, sampai tak tahu fungsi sebenar sikat yang bentuk pelik - pelik tu hahaha. Thermos tu pula memang comel sebab tak besar sangat, just nice.

Shopping Di Lazada Februari 2019 dan Voucer KFC dari 8Coin
KFC, Astro Circle dan Shopping Di Lazada, KFC Voucher, 8 Coin, Mug, Shopping Di Lazada Bulan Februari 2019,
Ikutkan tak bajet pun nak shopping lagi, tapi bila mug sedia ada dah terpecah, jadi beli barulah haha, saja beli 2 mug, ikutkan nak beli satu saja, tapi teringin pula nak guna Self Stirring Mug yang guna bateri tu sebab unik hahaha. KFC Voucher tu aku redeem masa tahun 2018 dan dapat dua voucher RM40. Satu voucher dah guna pada tahun 2018, sekarang ni tinggal satu lagi voucher yang belum guna lagi hehe.

Disney Go Local Exercise Book Set - Astro Circle
KFC, Astro Circle dan Shopping Di Lazada, Disney Go Local Exercise Book Set, Buku Latihan, Astro Circle, Redeem From Astro Circle,
Ikutkan aku lebih sukakan notebook tapi nak buat macam mana point tak cukup, dapat redeem exercise book set ni. Tapi buku latihan ni pun cantik giler cover die, rasa sayang pula nak guna hahaha..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

9 Mei 2015

Fahrin Ahmad & Elena Hani Eleas Kini Sah Suami Isteri

Assalammualaikum..
Pelakon dan Pengacara Fahrin Ahmad menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya Elena Hani Eleas pada pagi tadi 9 Mei 2014. Mereka telah selamat bernikah dan kini suami isteri, tahniah pada Fahrin dan Elena semoga berbahagia selalu :)
gambar credit to Rotikaya
Read More »

12 Jul 2014

Gambar Fazura Masa Kecil Yang Comel

Assalammualaikum..
Hari tu terjumpa kat internet gambar kat atas ni, comel kan Fazura masa kecik2. Bila dah besar makin comel n jelita gitu. Sape peminat Fazura kt sini?? suka tengok Fazura ni sebab die cantik sgt n lakonan die dalam drama mahupun filem mmg sangat superb n awsome. :)
Read More »

31 Dis 2013

Bintang-Bintang LUX Dari Dulu Hingga Kini


Assalammualaikum..
Lux antara jenama sabun/produk mandian terkenal di Malaysia dan seluruh dunia. Duta2 Lux biasanya memang terkenal dan selalunya dipilih dari golongan artis yang popular.. So hari ni kita nak tengok sebahagian dari duta-duta @ Bintang2 Lux di Malaysia dan juga di Bollywood hehehe.

Antara mereka yang pernah menjadi Duta Lux adalah seperti-

~ Ramona Rahman
~ Joanna Bassey
~ Sheila Majid
~ Fauziah Latiff
~ Erra Fazira
~ Amy Mastura
~ Nur Fazura
Itulah duta-dutanya tapi senarai diatas hanya sebahagian jer ikutkan ade lagi tapi ini jer yg sempat dicari hehe. Selain itu Artis2 Bollywood juga agak ramai yang menjadi duta Lux antaranya seperti Juhi Chawla, Madhuri, Karisma Kapoor, Rani Mukerji, Kareena Kapoor, Amisha Patel, Asin, Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Katrina Kaif. Manakala Shah Rukh Khan juga antara Artis Lelaki terawal yang dipilih menjadi Duta/Model Lux, tak silap aku tahun 2003 kot.
Katrina Kaif


Gambar2 credit to Google..

Read More »

14 Nov 2013

Running Man Gif (Gambar Bergerak)





Assalammualaikum..
Syok layan pic2 kat atas tu hehe, sorry kecik sikit..4 pic kat atas tu sgt lawak KJK jadi GF LKS hihi. Tak ingat episod berapa tapi guest die adalah pelakon hebat Go Hye Jin. Gambar last tu episod 73 kot yg episod diorang ada super power tu hihi. Apapun Running Man Daebakkkk.
Read More »

9 Nov 2013

Review Final Super Spontan 2013

Assalammualaikum..
Hari ni genap seminggu berakhirnya Final Super Spontan 2013, agak terlewat jugak entry review ni kan hehe  Tapi lambat pun lambat lah janji ada gak Review Final Super Spontan 2013 nih. Rasanya semua pun tahu siapa para pemenang Super Spontan 2013 nih kan. Final Super Spontan diadakan di Sungai Petani, Kedah, dan untuk final ni diorang bermain 6 game semuanya berbanding hanya 5 game di minggu2 sebelumnya. Pembukaan Final Super Spontan dimulakan dengan persembahan Ahmad Ahmad dan Azlan & Typewriter diikuti dengan persembahan tarian oleh Ecnad Dance Theater. Best tengok tarian diorang n para peserta pun join sekaki menari hehehe. Di Final ni banyak gak soalan2 panas yang Amir ajukan pada para peserta semua. Ada yang jawab dengan slumber, ada yang tak tau nak jawab aper hehehe.
Game pertama yang diorang main untuk final ini adalah Beku. Untuk Game Beku ni, Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh ngan Razif start main dulu dan diikuti oleh peserta. Macam2 aksi ada, siap ada parodi Macam cantik jer, Macam comel jer hehehe. Dalam game pertama ni nampak semua peserta agak berhati-hati dan gemuruh. Game kedua diorang main Skrip Rabak, dalam game ni akan ada tetamu undangan yang akan bermain bersama iaitu Azlan, Dekna AF5 dan Toi AF6. Yus dan Tauke start dulu dan Azlan yang akan membantu diorang.
Tapi masa ni Ray terlupa nak beri situasi hehe kecoh sekejap kemudian tibalah giliran Johan dan Jep. Dekna yang akan membantu diorang. Manakala Rahim dan Nabil akan dibantu oleh Toi AF6. Aku suka Johan & Jep tapi situasi yang diorang dapat x berapa nak best. Aku lebih suka Rahim n Nabil, sebab lebih lawak dan Toi pun pandai berinteraksi dengan diorang..
Seterusnya diorang main game Maju Mundur, kali ni diorang akan main bertiga. Nabil, Jep dan Tauke start dulu. Situasi diorang dalam banjir kot kalau aku tak silap, best gak tengok diorang bertiga main game ni, sekejap maju sekejap mundur, lawak tul, pastu masa dekat nak last tu nampak diorang makin konfius dan keliru dah hihi. Makin diorang keliru makin lawak jadi hehe. Bila game ni dah habis legaa diorang. Kemudian tibalah giliran Johan, Yus dan Rahim. Diorang dapat situasi jadi pelakon hindustan, apa lagi terus keluar perkataan hindustan laa kan hihi, Johan dengan ek minit die, Yus dengan perkataan babuji die. Nampak Yus paling banyak kena maju dan mundur, kejap ke belakang pastu kedepan pulak hehe. Johan x sempat buat banyak pergerakan, Rahim pun sama.
Game ke-4 yang diorang main adalah Ciptaan. Dalam game ni peserta akan dipasang-pasangkan dan ke enam-enam mereka akan berada di atas pentas dan main game ni secara bergilir-gilir. Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh dan Razif akan main dulu kemudian baru giliran peserta pula. Jep akan berpasangan dengan Yus. Jep nampak stress main game ni, maybe idea xde untuk tukarkan barang tu jadi benda lain, Yus banyak nak tergelak tapi best tgk diorang ni. Manakala Johan pula berpasangan dengan Rahim, Johan dah banyak kali main game ni dengan Rahim, so diorang ni agak selesa bersama dan lebih tenang dan kreatif gitu. Nabil pula berpasangan dengan Tauke. Gandingan Nabil n Tauke agak happening gitu, sebab nampak diorang happy n gila2 gitu, diorang pun banyak nak tergelak dengan apa yang diorang buat, kita tengok pun rasa nak tergelak sekali hehehe. Apa pun diorang berenam memang kreatif.
Seterusnya diorang main game Pilihan Lain. Masa minggu ke-9 diorang dah main game ni, dan untuk final game ni dimain lagi. Aku rase game ni memang best n enjoy gitu. Bestnya game ni sebab boleh membuat peserta jadi marah haahaha bila terpaksa tukar perkataan berkali-kali hehe. Selain buat peserta tergagap sekejap hehe. Johan, Nabil dan Rahim start dulu. Best gak tengok diorang bertiga main game ni, macam2 ayat/perkataan keluar cthnya seringgit, 41 September dan lain2 hehe. Kemudian tibalah giliran Yus, Tauke dan Jep. Diorang bertiga main pun best. Kelakar jer terutamanya Tauke dan Jep. Pendek kata semua pun best main game ni, happening gitu.
Game terakhir yang diorang main adalah game Muzik Video Karaoke. Dalam game ni Afdlin Shauki dan 2 orang penonton akan jadi pengarah muzik video tu. Nabil, Johan dan Tauke start dulu. Ada adegan peluk2 gitu, Tauke jadi bintang hehe seronok gile tengok diorang main game ni, macam2 gaya gitu, dah la diiringi dengan lagu hindustan iaitu lagu Chamak Challo dari filem Ra-One. Lagu memang dah best, memang terbaik lah Nabil, Johan dan Tauke ni menari, comel jer.


Kemudian tibalah giliran Yus, Jep dan Rahim, diorang pun dapat lagu hindustan iaitu lagu Oh My Darling dari filem Mujhse Dosti Karoge. Yus jadi ketam, Rahim jadi Doraemon dan Jep jadi orang yang akan masak ketam dan doraemon tu, hehe lawak gilerr. Yus cakap kat Afdlin yg die nak cium Jep hahaha. Rahim jadi Doraemon tu pun kelakar. First time tgk Jep menari hohoho. Apapun diorang memang best, semua kelakar.
Setelah undian ditutup Jep mendapat undian tertinggi sebanyak 41% dan melayakkan Jep menjadi Juara Super Spontan 2013. Manakala Johan menjadi Naib Juara dengan mendapat undian 36 %, Nabil di tempat ketiga dengan 8 %. Yus di tempat keempat dengan 7%, Rahim ditempat kelima dengan 5 % dan Tauke di tempat keenam dengan 2 % undian. Lepas habis Super Spontan 2013, Maharaja Lawak Mega 2013 pula yang akan bersiaran.
Gambar yang atas sekali credit to Instagram Jep Sepahtu, Gambar2 lain credit to Facebook Super Spontan.
Read More »

31 Okt 2013

Wajah Pelakon Bollywood Masa Kecil- Jawapan!!

Assalammualaikum..
Hari tu ada buat Entry pasal Wajah Pelakon Bollywood Masa Kecil- Cuba Teka?.. so hari ni aku nak bagi jawapanlah siapakah mereka tu semua hehehe...Thanks pada yang sudi meneka dan memberikan jawapan masing2, ada yang betul semua tu syabasss, ada yang hampir tepat, separuh tepat, dan ada yang kurang tepat, apa pun thanks korang sebab sudi meneka. So mari kita tengok Jawapan kepada Wajah2 Pelakon Bollywood Masa Kecil, Aku yang edit gambar2 kat bawah ni hehe siap letak gambar masa diorang kecil dan juga gambar masa sekarang. Enjoyyy...

JawaPan..

1- Katrina Kaif
2- Preity Zinta
3- KajoL 
4- Deepika Padukone
5- Aishwarya Rai 
6- Madhuri Dixit 
7- Kareena Kapoor
8- Rani Mukerji 
9- Shahid Kapoor
10- Aamir Khan
11- Ranbir Kapoor
12- Shah Rukh Khan
Itulah Jawapannya, paling suka tengok muka Shah Rukh Khan & Aamir Khan masa kecik2 comel bangat hehehe..korang pulak macam mana??.

Dibawah ini adalah mereka2 yang rajin dan sudi untuk meneka gambar2 diatas..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017