-->
Memaparkan catatan dengan label Giraffe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Giraffe. Papar semua catatan

19 Dis 2014

Review Running Man Episod 225 Guest Kim Woo Bin & Lee Hyun Woo

Assalammualaikum..
Aku sememangnya suka menonton Running Man ni dan kalau ada episod2 yang aku rasa best sangat aku akan buat review. Tapi ikut kerajinan gak sebab ada jer episod yang best tapi aku malas nak buat review hehehe. Dalam episod 225 tetamu jemputannya adalah Kim Woo Bin dan Lee Hyung Woo. Dari komen-komen yang aku baca di laman web, rata-ratanya memang sangat suka dengan episod ini. Semua memuji-muji betapa hensem n coolnya Woo Bin bila die berjalan menuju ke tempat terakhir untuk memenangi race tersebut. Sape yang boleh lupa betapa qiut n adorable Lee Hyun Woo ni, sangat ceria gitu. Episod ini sememangnya kelakar dari awal hingga akhir. Kim Woo Bin dah 4 kali kot jadi guest dalam RM ni manakala Lee Hyun Woo baru kali kedua jadi guest. 

Part awal yang menunjukkan perbualan Kim Woo Bin dan Lee Kwang Soo tu pun dah lawak. Happy betul Kwang Soo dapat jadi spy ni. Diorang semua akan bermain dalam 3 game, semua ahli RM x menjangka ada Spy di kalangan mereka sehinggalah di game terakhir tu. Game pertama diorang main adalah game yang bergantung di palang yang disediakan tanpa jatuh. Sorang ahli akan bergantung di palang tersebut manakala 2 ahli kumpulan yang lain akan pergi membuat mission yang diberikan. Akhirnya team Kim Woo Bin, Kwang Soo dan Jae Suk menang game ni. Apapun memang Woo Bin nampak betul2 nak menang game ni hehe.
Game kedua lagi lawak, diorang main game yang kena saling memandang antara satu sama lain tanpa mengelipkan mata langsung. Macam-macam muka pelik ada hehe, semua team nak menang sampai sanggup menghodohkan muka dengan conteng muka sendiri dan sebagainya. Kim Woo Bin yang hensem tu pun sanggup buat muka yang menakutkan hingga Gary pun terkejut hehehe lalu kalah dengan Woo Bin. Part Jaesuk dan Suk Jin juga lawak habis, beria benar diorang haha seriauu tgk muka Jaesuk jadi gitu hihi. Part paling best mestilah part Monday Couple, reaksi Ji Hyo yang berani dan menggoda tu buat Gary tak senang duduk hahaha tapi Ji Hyo yang kalah sebab mengelipkan matanya tanpa sengaja. Akhirnya team Woo Bin menang lagi untuk game kedua ni.
Game last adalah game individu, tiada lagi kumpulan, misi utama adalah untuk mengetahui tempat yang terletaknya Ancient Book tu. Tapi sebelum tu diorang kena cari dan mengumpulkan klu/petunjuk. Manakala misi Spy kena mencari blank nametag kemudian menggunakan pen tertentu dan tulis nama ahli lain diatas nametag tu. Tapi nametag tu mengikut warna, jadi spy tersebut kena pastikan warna nametag tersebut mewakili siapa dalam RM tu. Woo Bin banyak kali gak jumpa beberapa blank nametag tu dan die akhirnya berjaya mengetahui warna nametag tu sebenarnya mewakili warna butang baju yang dipakai oleh semua ahli RM. Bijak betul camne laa die leh terpikir kan hehe. HaHa juga bijak meneka sendiri apa yang sebenarnya berlaku, tekaan die tepat mengenai warna nametag yg mewakili warna butang baju. Suka tengok HaHa bijak betul die dalam episod ni.

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo antara orang terawal yang berjaya Spy (Woo Bin & Kwang Soo) singkirkan. Lawak part lepas Kim Jong Kook dah out, Jae Suk dan Kwang Soo menari-nari dengan happynyer sbb Jong Kook dah tersingkir hehehe. Gary agak blurr masa game akhir ni tapi die berjaya jumpa blank nametag kepunyaan HaHa. Manakala HaHa pula jumpa blank nametag milik Gary. Akhirnya diorang berdua bekerjasama n ambik balik nametag masing2. Namun Woo Bin dan Kwang Soo berjaya mencari nametag yang disembunyikan Gary iaitu dalam topi yang dipakai Gary hehe. Akhirnya tinggallah HaHa seorang diri untuk melawan Spy namun HaHa gagal mencari nametag Woo Bin mahupun Kwang Soo.
Paling mengejutkan nametag Kwang Soo ada ditangan Woo Bin dan Woo Bin menyingkirkan kawan spynya sendiri iaitu Kwang Soo hehehe untuk memudahkan die mengetahui tempat terletaknya Ancient Book tu. Kwang Soo agak blurr masa disingkirkan, die tak mengesyaki Woo Bin pun masa ni sedangkan HaHa ada di depan Kwang Soo masa ni. Apapun Woo Bin memang bergaya, yakin n cool jer masa menuju ke tempat terletak Ancient Book ni, siap bagi segala pen2 yang die ada kat HaHa dan HaHa memang blurr jer masa ni lawak betul. Apapun part Lee Hyun Woo kena singkir tu pun lawak, Woo Bin duduk sebelah Hyun Woo jer masa singkir Hyun Woo tu. Lawak betul laa Hyun Woo kena singkir pun masih ceria n gelak2 sambil dok sebut nama Kim Woo Bin berulang kali hehe. Apapun episod ni memang enjoyy, layannn n best.

Baca Gak Entry yang dibawah ni yer-

Read More »

4 Okt 2014

It's Okay, That's Love - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review Drama Korea yang bertajuk It's Okay That's Love, lakonan Jo In Sung, Gong Hyo Jin, Lee Kwang Soo dan ramai lagi. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea awal bulan September 2014 yang lalu dan mempunyai 16 episod. Tarikan utama drama ni semestinya sebab para pelakonnya yang hebat2 belaka tambahan lagi bintang Running Man Lee Kwang Soo turut berlakon dlm drama ni. Selain itu drama ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik, unik dan lain dari yang lain gitu. Drama ni turut mendapat respon positif dari penonton, rata-ratanya memuji keunikan drama ni selain lakonan hebat Jo In Sung dan Gong Hyo Jin.

Masa mula2 tengok drama ni memang rasa cam pelik sikit sebab drama ni lain dari yg lain, jalan cerita die ada unsur2 suspen, lawak, sedih serta menyentuh mengenai isu psikologi, kesihatan mental seseorang. Dalam drama ni ada watak2 yang ditunjukkan mengalami beberapa masalah kesihatan mental dan cara penyelesaiannya serta bagaimana pesakit tersebut cuba menghadapi penyakit mereka. Satu pujian bagi seluruh team drama ni kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang agak unik dan lari dari kebiasaan atau streotype biasa drama Korea. Lakonan Jo In Sung memang terbaiklah die berjaya membawa watak seorang lelaki yang ceria dan happy go lucky tetapi mempunya masa silam yang sangat sadis dan trauma kejadian silam itu terus menghantuinya sehingga menyebabkan dia akhirnya disyaki menghidap Schizophrenia (penyakit mental)

Sedih giler tengok part Jo In Sung dimasukkan ke dalam hospital tu. Die sering berhalusinasi dan berborak dengan Kang Woo yg mana sebenarnya Kang Woo itu tak wujud langsung. Hal ini merisaukan semua orang dan mereka cuba untuk memulihkan watak Jo In Sung tersebut. Memang agak tragis kisah hidup watak Jo In Sung sebagai Jang Jae Yeol yg masa kecilnya sering didera oleh ayah tirinya, disamping dendam abang kandungnya yg ingin membunuhnya serta kebenaran mengenai ibunya yang merupakan pembunuh sebenar ayah tirinya. Segala hal ini menyebabkan Jang Jae Yeol menghadapi trauma yg teruk sejak dari kecil. Apapun walaupun jalan cerita ni agak sedih tapi di akhirnya Happy Ending okey hehehe.
Watak Lee Kwang Soo ni memang happy jer tapi die sebenarnya turut mempunyai masalahnya tersendiri iaitu die menghidap Sindrom Tourette serta tidak bernasib baik dalam cinta kerana sering ditinggalkan. Die sering jeless kalau tengok orang2 bercinta ni. Tapi die seorang kawan yg sangat baik dan akhirnya akan mempunyai kekasih bernama So Nyeo. OST drama ni juga best2, ada macam2 lagu, english song semua ada. Kalau korang nak tengok drama yg unik n lain dari yg lain bolehlaa layan drama ni, jln cerita die mmg syok. Tambah2 pelakon2 cite ni semua pun famous2.
Bila aku singgah kat mana2 laman web yang ada drama ni, komen2 penonton yg aku tengok semuanya macam kagum n suka giler dengan drama ni. Tak caye korang leh try check sendiri k, semua bagi komen2 yg positif dan puas hati dengan ending drama ni. Lepas habis drama ni, bermulalah drama baru yang dibintangi oleh Rain n Krystal yg bertajuk My Lovable Girl n diorang juga muncul dalam Running Man episod 214.

Baca Ini Jugak..

Review Drama Lakonan Gong Hyo Jin Yang Terdahulu-
* The Master's Sun..
* Greatest Love..

Review Drama Lakonan Lee Kwang Soo Yang Terdahulu-
* The Innocent Man..
                           
Read More »

8 Jan 2014

Video-Video Sekitar Fan Meeting Lee Kwang Soo (Running Man) Di Malaysia 2014



Disebabkan ada yang tanya pasal video LKS masa fanmeeting tu, so aku letakkan bbrp video yg aku jumpa ke dlm blog ini..credit untuk semua owner video tersebut..masa tengok video tu jangan terkejut lak sebab penuh dgn jeritan fanss hehehe enjoyy..

Lee Kwang Soo menyanyi lagu DBSK's yg bertajuk Hug


Opening Talk, Sweet bila Kwang Soo sebut perkataan anda comel hehe



Game Session With Fans- Game Tough, Gyiyomi, Catwalk and Romantic, x leh blah masa game gyiyomi tu, part paling best masa LKS jadi malu-malu tu.


Sesi Soal Jawab bersama Lee Kwang Soo
Suke part masa Kwang Soo secara x sengaja tercakap Korea dengan Hos Baki Zainal tu..dah la Hos tu orang melayu hehe sweet, Kwang Soo pun tergelakk besar. Tapi LKS ada ckp yg hos tu sgt friendly n buatkan die selesa n terus x sgaja ckp korea dgn die. Suka gak part bila LKS ckp i love Malaysia..

Lee Kwang Soo menyanyi sambil main piano


Gambar masa die tengah malu2 hehehe

Inilah video yang Malaysian Fans buat utk LKS sampai LKS sebak n nangis tengok video di bawah ini.

Gambar2 diatas credit to http://www.tianchad.com/
Artikel credit to Harian Metro.. Murai.com.my..
Video credit to semua owner video berkenaan..

Gambar kat bawah ni plak adalah gambar masa HaHa (Running Man) dan Skull datang ke Malaysia untuk buat Showcase pada Hujung Disember 2013 yang lalu.


credit to Astro Gempak.. dan minggu ni Gary pula yg datang ke Malaysia hehe.
Read More »

23 Nov 2013

Lee Kwang Soo (Running Man) Fan Meeting In Malaysia January 2014

Assalammualaikum..
Fuhh mmg meletuplahhh Lee Kwang Soo datang Malaysia, Sebelum ni Kim Jong Kook dah pernah datang, kali ni giliran LKS pula. Kalau x silap Gary dengan groupnya Leesang juga akan datang ke Malaysia tapi pada tarikh yg berlainan Begitu juga dengan HaHa yang akan datang ke Malaysia juga tapi kesemua mereka datang berasingan, dalam acara yang berlainan dan tarikh yang berbeza. Kan best kesemua ahli Running Man dtg sekali baru meriah, lebih best shooting terus RM kt Malaysia ni barulaa meletupp. Berbalik pada Fan Meeting LKS, TIKET die memang mahal gilerrr, bahagian premium dekat RM500 tu. Makk aii mahal kot..hehe. Apa2 pun dlm RM aku mmg paling suka tengok LKS dengan KJK ni comel jer..

Apapun Jom tengok Video Khas ucapan dari Lee Kwang Soo kpd Fans Malaysia sempena kedatangannya ke Malaysia pada Januari 2014, Die cakap korea dlm video ni, tapi ada english subtitle lah, comel2x hihihi

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017