-->
Memaparkan catatan dengan label AF10. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AF10. Papar semua catatan

30 Dis 2014

Top 10 Pelakon Wanita Bollywood Paling Popular 2014

Assalammualaikum
Hari ni aku nak cite pasal Bollywood plak sebelum ni asyik Korea jer kan. Rasanya semua tahu pelakon wanita Bollywood semuanya cantik-cantik belaka dan berbakat dalam lakonan. So Jom kita tengok Aktress Bollywood mana yang paling menyerlah, bersinar dan Popular dalam tahun 2014 ini. Mesti ada yang tanya mana nama Kajol, Aishwarya Rai semua kan. Diorang belum keluar filem baru dan belum aktif berlakon sepenuhnya lagi sebab tu nama diorang takde dalam senarai ni. Dalam 10 senarai ni ada beberapa nama aktress yang aku x berapa familiar sangat maybe pelakon baru ler tu kan. Apapun jom tengok Senarai 10 Pelakon Wanita Bollywood Paling Popular 2014 kat bawah ni.

1 Deepika Padukone
Deepika sememangnya popular dan layak berada di kedudukan yang teratas kerana kebanyakkan filem lakonannya laris dan Box Office seperti Yeh Jawaani Hai Deewani, Chennai Express, Happy New Year dan banyak lagi.

2 Katrina Kaif
3 Priyanka Chopra
4 Kangana Ranaut
5 Kareena Kapoor
6 Sonakshi Sinha
7 Shraddha Kapoor
8 Huma Qureshi
9 Nargis Fakhri
10 Parineeti Chopra

P/s- Jom Join yang aku buat ni, just klik link dibawah untuk sertai..
Read More »

21 Nov 2013

Kejutan Johan Untuk Zizan Di Konsert Akhir AF2013

Assalammualaikum..
Sape yang tengok Final AF2013 mesti perasan kan Johan ada datang n suprisekan Zizan. So Sweet kan. Rupenyer ni memang plan Manager Zizan, Marina Juki, Ozlyn dan JoHan sendiri untuk suprisekan Zizan. Terbaiklah plan diorang ni. Memang dah lama nak tengok JOZAN sama2, dan walaupun JoHaN datang jumpa Zizan tu sekejap jer tapi dah cukup untuk buat satu Stadium dan Penonton di rumah sebak melihat persahabatan JoZaN ni. Peminat JOZAN konform2 menangisnyer tengok Sweet Moment diorang ni.
JoZaN dah berbulan-bulan tak jumpa disebabkan kesibukan masing2, jadi diorang saling merindu di kejauhan gitu. So Ahad lalu kedatangan Johan di Final AF2013 tidak dapat dijangka oleh Zizan. Awalnya Zizan sedang promo Radio Rasmi AF2013 iaitu Era.FM dan kemudiannya terus keluar muzik. Kemudian kedengaran suara Johan menyanyikan lagu Sahabat untuk selamanya yang terus membuatkan penonton bersorak dan stadium jdi gamat. Zizan pula terus memandang ke arah Pintu dan akhirnya Johan muncul. Zizan tak mampu menahan sedihnya dan rindunya pada Johan lalu die menangis sambil diorang berpelukan. Itu adalah Best Moment in AF2013.
Kelihatan Johan juga sangat sebak bila dapat jumpa Zizan tapi Johan ni memang pakar tahan air mata hehe walaupun raut wajahnya jelas kelihatan die sebak dan amat rindukan Zizan, manakala Zizan pula terus menangis sebab terharu dan rindu sangat dengan Johan. Ni lah Aura JOZAN, diorang boleh buat kita happy dan menangis dalam satu masa. Wajah Zizan masa peluk Johan memang epik, seolah-olah die sedang melepaskan segala perasaan rindu die dan ibarat Johan tu adalah semangat die. Hanya peminat setia JOZAN jer yang boleh faham betapa sweetnyer n bestnya tengok JoZan bertemu dan bersama-sama walaupun hanya sekejap.
Masa JOZAN berjumpa di AF2013 tu, diorang juga ada cakap akan join Maharaja Lawak Mega 2014 nyer maknanya MLM tahun depan. Hope jadi kenyataan. Ingatkan sesi sweet2 JOZAN ni dah habis tapi rupenyer bersambung pula di Instagram. JoZan bersweet-sweet pula di Instagram siap cakap rindu semua. Diorang ni memang sweet laa..jom tengok apa yang diorang sembangkan di Instagram.


Keesokannya iaitu hari Isnin, di JoHaRa Pagi Era, masih memperkatakan lagi pasal Jozan ni, best dengar hehehe. Video JOZAN bertemu di AF2013 ni pun banyak diupload di facebook. Kalau ada yg nak tengok boleh tengok di PaGe FB aku, cari kt sidebar k.

Ganbar2 diatas credit to Iman Jozannerz, Intan Marliana dan Aishah Humaira.
Read More »

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013)


Assalammualaikum..
AF2013 melabuhkan tirainya dan menobatkan Faizul sebagai Juara Akademi Fantasia 2013. Tahniah untuk Faizul. Awalnya aku sangkakan Azhael yang bakal jadi juara tapi rezeki lebih memihak pada Faizul. Lagipun sedap gak suara Faizul ni kan. Awalnya susah nak meneka siapakah bakal juara Juara AF2013 dan akhirnya ianya menjadi milik Faizul dan Azhael mendapat tempat kedua.
Azhael yang sebelum ni tersingkir namun diberi peluang kedua menerusi AF Masuk dan diserap semula ke AF2013 dan akhirnya menjadi Naib Johan AF2013. Walaubagaimanapun Azhael tetap berjaya membawa pulang Anugerah AF BUZZ kerana mempunyai paling ramai pengikut di laman sosial seperti FB, Twitter & Instagram. Tahniah Azhael.
Amira mendapat tempat ketiga, dan berada dlm kedudukan top 3 gitu. Tak sangka juga Amira mendapat tempat ketiga sbb dia juga hampir2 tersingkir di konsert ke-8 dulu. Apapun Tahniah utk Amira. Aku paling suka masa Amira nyanyi lagu Skyfall tu sesuai lagu tu dgn suara die.
Indah mendapat tempat ke-4, memang sedap suara Indah ni, suka dengan lagu single die tu best jer. Indah sebelum masuk AF2013 ni sudah pun bergelar penyanyi terlebih dahulu dan mempunyai album cuma dirinya tidak begitu dikenali peminat pada masa itu. Apapun Tahniah untuk Indah, die mmg penyanyi yang berbakat.
Nabila berada di tempat ke-5, sebelum ni undian Nabila agak tinggi juga tapi x sangka gak die num 5. Apapun tahniah untuk Nabila. Nabila ni manis orangnyer especially masa die senyum mmg comel. Lagu single die dan pelajar lain semua sedap didengar.
Terkejut juga Aisyah mendapat tempat keenam, rasanya die sesuai berada tempat yang lebih atas juga sebab suara die unik dan sedap. Apapun dah rezeki kan, Tahniah untuk Aisyah kerana sampai di tahap ini.
Sebenarnya aku x kisah sangat sape yang menang AF nih sebab yang lebih aku kisahkan adalah pasal JOZAN hehe tak sangka diorang bertemu di pentas Final AF, memang sebelum ni ramai yg request nk tgk Jozan di final, tak sangka pula jadi kenyataan gitu. Setelah berbulan-bulan tak jumpa akhirnya JOZAN melepas rindu di pentas akhir AF yang turut membuatkan semua penonton sebak dan menangis termasuk Zizan. Semua terharu  melihat persahabatan JOZAN nih. Nantikan next entry yer untuk aku ceritakan lebih lanjut pasal JOZAN Di pentas akhir AF2013. Apapun JOZAN dah saling berjanji nak join Maharaja Lawak Mega tahun depan (2014) #MLM2014 yeayy harap jd kenyataan.
Read More »

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Akhir Minggu Ke-10 AF2013

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke-10 dah n Konsert Akhir/Final akan berlangsung dan siapakah bakal Juara AF2013 ni. Ada 6 Finalis semuanya iaitu Faizul, Amira, Indah, Aishah, Nabila dan Azhael. Setiap dari mereka mempunyai pengikut sendiri dan undian yang akan menjadi penentu segalanya. Aku rasa Final nanti mesti sengitnyer kan sebab semua akan memberikan yang terbaik. So tunggu dan lihat jela sape yang bakal jadi Juara nanti. Mereka mempunyai 2 tugasan di pentas akhir nanti yang mana mereka akan menyanyikan lagu yang diberikan kepada mereka serta lagu Single mereka sendiri. Sedap gak lagu2 single diorang ni. Apapun jom tengok lagu apa yang akan diorang nyanyikan di Final nanti.
SeNarai LaGu

1- Penglipur Lara, nyanyian asal Hazama & akan dinyanyikan oleh Azhael.
2- Lebih Indah, nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza & akan dinyanyikan oleh Aisyah.
3- Terlalu Istimewa, nyanyian asal Adibah Noor & akan dinyanyikan oleh Amira.
4- Hanyut, nyanyian asal Faizal Tahir & akan dinyanyikan oleh Faizul.
5- Jagalah Diri, nyanyian asal Jaclyn Victor & akan dinyanyikan oleh Indah.
6- Seandainya Masih Ada Cinta, nyanyian asal Dayang Nurfaizah & akan dinyanyikan oleh Nabila.

Lagu Single mereka

1- Hentian Terakhir ~ Azhael.
2- Mimpi ~ Aisyah.
3- Sesaat Untukku ~ Amira.
4- Sepasang Sayap ~ Faizul.
5- Percayalah ~ Indah.
6- Katakan Saja ~ Nabila.
Read More »

13 Nov 2013

Azhael Tersingkir & AFMASUK Dibuka AF2013

Assalammualaikum..
Ahad Lepas, penonton dikejutkan dengan penyingkiran Azhael yang merupakan satu-satunya peserta Duo yang tinggal dalam AF2013 nih. Rasanya ramai yang menyangka Azhael akan ke Final kerana sering mendapat undian yang agak tinggi juga. Kecoh juga laa kat Twitter bila ramai tidak berpuas hati dengan penyingkiran Azhael ini. Azhael sampai trending di Twitter dan ramai juga yang meminta agar AFMasuk diwujudkan untuk memberi peluang kedua pada peserta2 yang telah tersingkir. AFBUZZ pada hari isnin yang lalu telah mengumumkan yang AFMasuk telah diwujudkan dan para penonton boleh mengundi peserta yang telah disingkirkan untuk diserap masuk kembali sekaligus dapat beraksi di Final.
Keputusan AFMASUK akan diumumkan dalam program Meletop pada hari Selasa yang dikendalikan oleh Nabil & Neelofa. Rasanya untuk undian AFMASUK ni, Azhael sangat berpotensi besar untuk masuk kembali dan beraksi di Final AF2013. Aku confident yang Azhael akan diserap masuknyer. Di program AFBuzz pun Azhael ada cakap yg diorang akan all out di final jika terpilih untuk mendapat peluang kedua. Apapun kita tunggu dan lihat jer.

Ketika semua orang terkejut akan penyingkiran Azhael tu, ada satu perkara kelakar yg berlaku di twitter yang mana twitter AF telah tersalah tag orang. Diorang nak tag Nabila AF2013 tapi tak sengaja tertag Nabil Ahmad (Raja Lawak) n yang bestnyer Nabil siap reply balik n tanya bila masa die nyanyi dgn ella??adoii lawak tul. Ramai gak yang perasan benda ni, Hazama pun siap retweet dan mention Nabil, boleh tgk gambar kat bawah ni hehe.
Kelakar bila last2 Nabil layankan jerr semua n mgaku plak nyanyi dgn ella hahaha..memang tersengih jer tengok jawapan Nabil ni. 
Finalis AF2013-Faizul, Indah, Nabila, Aisyah & Amira

Update!!!!
Dato Siti Nurhaliza telah mengumumkan di program Meletop yang Azhael akan diserap masuk kembali dalam AF2013 dan beraksi di Final.
Read More »

4 Nov 2013

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-8 AF2013


Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk Konsert Ke-8 dan Minggu depan dah Separuh Akhir pastu Final. Minggu ni agak menarik juga sebab ada pusingan Battle Round gitu. Tak Pernah dibuat dalam mana2 Konsert AF di musim2 lepas, jadi ianya sesuatu yang baru dan fresh. Sekali tengok ala2 Rancangan The Voice gitu bila ada Battle Round ni. Selepas Battle, Juri kena komen dan pilih persembahan mana yang paling disukai. Kat sini nampak laa pelajar tu akan berusaha bersaing dan buat yang terbaik. Apapun Amira mendapat undian terendah dan sepatutnya tersingkir tapi di minggu ke-8 ini tiada penyingkiran. Jadi kesemua pelajar akan ke Separuh Akhir.
Senarai Lagu..

1-Harus Terpisah, Nyanyian asal Chakra Khan, akan dinyanyikan oleh Azhael.
2-Jangan Kau Mimpi, Nyanyian Asal Siti Sarah, akan dinyanyikan oleh Indah.
3-Gelombang, Nyanyian Asal Salamiah Hassan, akan dinyanyikan oleh Nabila.
4-Awan Yang Terpilu, Nyanyian Asal Ning Baizura, akan dinyanyikan oleh Amira.
5-Price Tag, Nyanyian Asal Jessie Jay, akan dinyanyikan oleh Aishah.
6-Sandiwara Cinta, Nyanyian Asal Republik, akan dinyanyikan oleh Faizul.
Battle Round

Nabila VS Indah- Lagu Sangkar Cinta, nyanyian asal Ziana Zain.
Amira VS Aishah- Lagu Elergi Sepi, nyanyian asal Azharina.
Azhael VS Faizul- Lagu Nakal, nyanyian asal GiGi.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017