-->
Memaparkan catatan dengan label AwaRd/AnuGerah teRindah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AwaRd/AnuGerah teRindah. Papar semua catatan

15 Mei 2017

Senarai Top 5 & Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0

Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 (ABPBH 3.0)
Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 (ABPBH 3.0)

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali lagi, ABPBH ini akan disiarkan di Tv3 dan bertemakan Futuristik serta akan dihoskan oleh Faizal Ismail, Zulin Aziz dan Fauziah Ahmad Daud. Kalau tahun lalu Neelofa berjaya menjad Bintang Paling Popular, adakah tahun ini, Neelofa akan mengulangi kejayaannya lagi. Nama Fattah Amin turut disebut - sebut untuk menjadi pencabar kuat. Walaubagaimanapun, susah nak jangka siapa yang akan menang kerana semuanya berdasarkan undian peminat. Pihak Anugerah Bintang Popular 3.0 juga telah membuat pembaharuan dalam cara pengundian untuk edisi kali ini dengan membolehkan semua peminat mengundi secara online saja tanpa ada bayaran. Malah tiada lagi undian menerusi surat khabar seperti sebelum ini. Jadi bila dah buat undian secara online ini memang lebih memudahkan peminat untuk mengundi. Apa pun Good Luck untuk semua artis yang bertanding. Di bawah ini, aku senaraikan semua calon top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0. Aku akan highlight nama artis yang menang dalam senarai top 5 dibawah ini setelah keputusan pemenang diumumkan pada malam nanti.

KATEGORI UTAMA ABPBH 3.0

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR
1. AIMAN TINO
2. HAQIEM RUSLI
3. KHAI BAHAR
4. TAJUL ARIF
5. ALVIN CHONG

ARTIS BAHARU WANITA POPULAR
1. AZIRA SHAFINAZ
2. ELVINA MOHAMAD
3. WANY HASRITA
4. SWEET QISMINA
5. MAWAR RASHID

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
1. ALIF SATAR
2. IZZUE ISLAM
3. REMY ISHAK
4. SYAMSUL YUSOF
5. ZUL ARIFFIN

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
1. ERRA FAZIRA
2. FAZURA
3. NELYDIA SENROSE
4. REEN RAHIM
5. SITI SALEHA

PELAKON TV LELAKI POPULAR
1. AIMAN HAKIM RIDZA
2. ASHRAF MUSLIM
3. SHUKRI YAHAYA
4. FATTAH AMIN
5. SYAFIQ KYLE

PELAKON TV WANITA POPULAR
1. AYDA JEBAT
2. JANNA NICK
3. MIA AHMAD
4. MIRA FILZAH
5. NEELOFA

PENYANYI LELAKI POPULAR
1. AIMAN TINO
2. ALIF SATAR
3. FAIZAL TAHIR
4. KHAI BAHAR
5. TOMOK

PENYANYI WANITA POPULAR
1. AMIRA OTHMAN
2. AYDA JEBAT
3. SITI NORDIANA
4. STACY
5. WANY HASRITA

ARTIS KOLABORASI / DUO / BERKUMPULAN POPULAR
1. AKIM & THE MAJISTRET
2. BUNKFACE
3. FORTEEN
4. KHALIFAH
5. PROJECTOR BAND

ARTIS KOMEDI POPULAR
1. ABAM
2. ISSEY
3. JEP SEPAHTU
4. JOHAN
5. ZIZAN RAZAK

ARTIS VERSATIL POPULAR
1. ALIF SATAR
2. DIDIE ALIAS
3. IFA RAZIAH
4. ZIZAN RAZAK
5. ZULIN AZIZ

PENGACARA TV POPULAR
1. ALIF SATAR
2. MIRA FILZAH
3. NABIL AHMAD
4. ZIZAN RAZAK
5. NEELOFA

PENYAMPAI RADIO POPULAR
1. DJ LIN (SURIA)
2. HAIZA (KOOL)
3. IKHWAN (KOOL)
4. JOHAN (ERA)
5. RADIN (ERA)

KATEGORI ONLINE ABPBH 3.0

GANDINGAN SERASI DRAMA
1. ALIF SATAR & SITI NORDIANA (DIA SEMANIS HONEY)
2. FATTAH AMIN & NEELOFA (SURI HATI MR PILOT)
3. RAJA AFIQ & NIENA BAHARUN ( SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ)
4. SHARNAAZ AHMAD & AYDA JEBAT ( AWAK SANGAT NAKAL)
5. SHUKRI YAHAYA & SITI SALEHA (7 HARI MENCINTAIKU)

GANDINGAN SERASI FILEM
1. AWIE & ERRA FAZIRA (WARNA CINTA IMPIAN)
2. IZZUE ISLAM & JULIANA EVANS (ALIF 7 DIMENSI)
3. KEITH FOO & FAZURA (LANGIT CINTA)
4. SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)
5. ZAHIRIL ADZIM & SHERA AIYOB (JUVANA 3)

PERSONALITI MEDIA SOSIAL
1. LUQMANPODOLSKI
2. MAKHLOKMACHO
3. MAT LUTHFI
4. NIZAM RAHMAN
5. VIVY YUSOF

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL
1. AYDA JEBAT
2. DATUK SITI NURHALIZA
3. NEELOFA
4. NORA DANISH
5. ZIZAN RAZAK

ARTIS SENSASI
1. ADIRA
2. ELLY MAZLEIN
3. NEELOFA
4. FATTAH AMIN
5. UQASHA SENROSE

🔃 BINTANG PALING POPULAR
➔ FATTAH AMIN
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Mac 2017

The Sunshine Blogger Award

The Sunshine Blogger Award Tagged By Anum Abdullah
The Sunshine Blogger Award 

Assalammualaikum..
Beberapa hari lepas aku telah di tag oleh Blogger Anum Abdullah untuk menerima award ini dan sekaligus menjoinkan diri untuk The Sunshine Blogger Award Challenge. Terima Kasih buat Anum kerana Tag dan baru hari ni berkesempatan untuk buat entry pasal ini. Here are the rules :-
  • Thank the person(s) who nominated you in a blog and link back to their blog
  • Answer the 11 questions sent by the person who nominated you
  • Nominated 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions
  • List the rules and display THE SUNSHINE BLOGGER AWARD logo on your post and or yo blog
Walaubagaimanapun aku terpaksa abaikan rules no 3 tu dan aku juga akan menjawab soalan ini dalam bahasa melayu saja sebab malas nak fikir memandangkan grammar aku agak tunggang langgang juga hahaha.

Ini soalan - soalan dari Blogger Anum Abdullah
1.Do you like business?If you like,tell me why.
2.List the five places that you never go?
3.Do you like the drama melayu?
4.Who is it that you always skodeng at the social networking late?
5.What gadget you like?
6.What you favourite colour,food and drinks?
7.You're good at cooking?
8.Who you?Tell me.
9.List the best song Malaysia which you like.
10.How often do you update you entry at a blog?
11.If you a blogger popular,what do you would?
My Answer For The Sunshine Blogger Award Challenge
Ini Jawapan Aku

1.Of Course, memang teringin nak berbusiness ni, tapi belum berkesempatan lagi. Sebab aku suka business? mestilah sebab aku suka dan nak duit hehehe
2. Banyak tempat yang belum pernah pergi lagi, Dalam Malaysia pun banyak tempat yang belum terjah lagi. Kalau di luar negara pula, aku teringin nak pergi ke South Korea hahaha yela sebelum ni asyik tengok drama jer kan.
3. Semestinya aku minat Drama Melayu, bukan drama melayu jer yang aku tengok, drama hindi, drama orang putih, Korea dan Filipina pun aku tengok juga hehe. Last Drama Melayu yang aku tengok adalah Drama 7 Hari Mencintaiku.
4. Aku jarang skodeng2 ni sebab aku jarang online Instagram, kadang - kadang baru post something dekat Instagram aku tu.
5. Laptop and Handphone
6. My Favourite Colour - Warna - warna lembut seperti pink, biru muda, hijau muda 
7. No hehehe
8. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal aku, bolehlah baca entry ➔ IniIni dan Ini..
9. Susah nak listkan sebab terlalu banyak lagu yang aku suka hehe, apapun aku suka lagu - lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza.
10. Memang aku akan pastikan aku update entry di blog aku tiap - tiap hari, kalau rajin mungkin akan ada beberapa entry dalam sehari heehe.
11. Kalau aku blogger popular, aku akan berterima kasih pada semua yang menyokong aku dan blog aku hehe dan akan terus menjana pendapatan menerusi blog kesayangan aku ni.
Read More »

28 Feb 2017

Nabil Interview Artis Hollywood Di Oscars 2017

Nabil Ahmad, Nabil Raja Lawak inteview Artis Hollywood Di Anugerah Akademi Ke 89 (Oscars 2017)
Nabil Interview Artis Hollywood Di Oscars 2017

Pelawak Nabil Ahmad kini berada di Los Angeles sebagai hos karpet merah untuk Anugerah Akademi ke-89 (Oscars). Hasrat Nabil untuk menemubual beberapa bintang ternama Hollywood tercapai selepas menunggu beberapa jam di karpet merah tersebut. Antara selebriti yang berjaya ditemui Nabil antaranya Jackie Chan, Mario Lopez, Nicole Kidman dan Salma HayekNabil yang dihubungi oleh HBO secara langsung menerusi panggilan video berkata misi mendapatkan selebriti untuk ditemubual bukanlah satu perkara yang mudah.



"Suasana di karpet merah sangat meriah dan saya berpeluang untuk melihat sendiri artis antarabangsa lalu dihadapan saya."Memang tak mudah nak menemubual mereka tetapi saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan Nicole Kidman dan Salma Hayek."Saya cuba juga untuk dapatkan Emma Stone dan Ryan Gosling namun tidak berjaya."Apa yang saya boleh katakan ini merupakan pengalaman pertama yang hebat dan saya takkan lupakan sampai bila-bila," katanya. Sumber -> Astro Gempak


- Sebelum ini Paknil yang jadi hos karpet merah Oscars tu, kali ni giliran Nabil pula, tahniah Nabil, sampai ke Hollywood gitu. Filem La La Land Lakonan Emma Stone dan Ryan Gosling turut menang banyak anugerah dalam Oscars 2017. Boleh baca Review dan Sinopsis Filem La La Land Disini --> Klik SiNi..

Read More »

2 Mei 2016

Johan & Zizan Di Anugerah Pilihan Online (APO2016)



Johan & Zizan Di Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada 30 April 2016 yang lalu. Tak sangka pula diorang duduk sebelah menyebelah jer haahaha. Dalam TV pun ada nampak diorang ni, Aku ambik gambar ni kat IG Johan dan Zizan. Caption Zizan kat gambar ni di ig die pun sweet jer, Kalau tengok komen2 kat gambar2 ni semua cakap rindu Jozan lah apalah, suruh join MLM lah, ada yg suruh buat comeback semua. Tula last tengok diorang berdua sama-sama kat tv masa program Super Spontan All Stars, tu pun lain2 kumpulan n dekat Anugerah Meletop Era dulu pun ada nampak gak diorang ni n kali ni nampak kat Anugerah Pilihan Online APO2016 plak. Diorang jumpa kat majlis anugerah gitu, apapun mmg ramai tertunggu program yg ada JOZAN ni. Sebab kalau ada diorang ni komform bertambah meletop dan havoc program tu nanti.

Read More »

20 Mac 2016

Keputusan Pemenang Anugerah Drama Festival KL 2016

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival KL 2016 (DFKL2016)


Assalammualaikum..
Berakhir sudah Anugerah Drama Festival KL 2016 Yang menyaksikan Drama Kau Aku Kita menang besar. Ada 9 Kategori yang dipertandingkan dan 6 daripadanya dimenangi menerusi drama Aku Kau Kita. Dasyat kan penangan drama ni, dah 3 kali DFKL ni dianjurkan, tahun pertama drama Love You Mr Arrogant menang besar, tahun seterusnya dimenangi oleh Drama Rindu Awak 200% dan tahun ni giliran drama Kau Aku Kita. Fizie Hot Fm, Amyra Rosli dan Fattah Amin menjadi Hos DFKL tahun ni, Apapun jom tengok Senarai Penuh Pemenang DFKL2016 kat bawah ni k..
Pemenang Anugerah DFKL 2016

1. Atress/Pelakon Wanita Pilihan 
Janna Nick ( Drama Kau Aku Kita) 

2. Aktor/Pelakon Lelaki Pilihan 
Saharul Ridzwan ( Drama Kau Aku Kita) 

3. Drama Pendek Pilihan 
Kembara Si Kecil 

4. Skrip Pilihan 
Rehal Nuharis (Kau Aku Kita) 

5. Pengarah Pilihan 
Azman Hj.Yahya (Kau Aku Kita) 

6. Antogonis Pilihan 
Ruhainies ( Hello Mr.Prefect) 

7. Pasangan Pilihan 
Saharul Ridzwan & Janna Nick ( Kau Aku Kita) 

8. Lagu OST Pilihan 
Mungkin Kamu (Sissy Iman- OST Eksprimen Cinta) 

9. Drama Pilihan 
Kau Aku Kita

Jom Baca ni jugak --> 5 Tempat Paling Best Di Korea..
Read More »

7 Apr 2015

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014)

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 telah pun melabuhkan tirainya pada malam Ahad yang lalu dan menobatkan Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular. Bagi aku ABPBH2014 agak sedikit bosan, maybe sebab hosnya kurang lawak, persembahan2 artis pulak biase2 jer, cuma suka gak tengok persembahan pembukaan dari Faizal Tahir yang best dan penuh energy gitu, selain persembahan Dato Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah berduet tu. Tak sangka jugalah Shaheizy Sam akan menang Bintang Paling Popular lagi buat kali ketiganya. Apapun tahniah buat semua pemenang. Jom tengok Senarai Pemenang ABPBH2014 kat bawah ni k..

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2014

Anugerah Bintang Paling Popular abpbh 2014: Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular: Hafreez Adam
Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias


Artis Duo/Berkumpulan Popular: Akim & The Majistret

Pengacara TV Lelaki Popular: Datuk Aznil Haji Nawawi
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Shah Iskandar
Artis Baru Wanita Popular: Ayda Jebat
Penyampai Radio Lelaki Popular: Johan

Pengacara TV Wanita Popular: Neelofa


Pelakon TV Wanita Popular: Nad Zainal

Artis Komedi Lelaki Popular: Abam (Bocey)
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Lelaki Popular: Akim Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Siti Saleha

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri Dato’ SM Salim
KATEGORI ONLINE


Personaliti Popular: Faiz Dickie

Gandingan Serasi Di Layar: Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Pasangan selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
Artis Paling Kontrovesi: Sharnaaz Ahmad
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Datuk Siti Nurhaliza

Read More »

6 Apr 2015

Bintang Paling Popular ABPBH 2014 Milik Shaheizy Sam


Assalammualaikum..
Nampaknya tuah memihak kepada Shaheizy Sam apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2014 dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) pada malam Ahad yang lalu. Ini adalah kali ketiga Shaheizy Sam memenangi Bintang Paling Popular selepas ABPBH 2010 dan 2012 yang lalu. Selain itu Sam turut menang dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Sam membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Toyota Camry. Nampaknya Sam bergilir-gilir dengan Aaron Aziz untuk menang Bintang Paling Popular ni hehehe. 
Read More »

22 Mac 2015

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015

Assalammualaikum..
21 Mac yang lalu berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 DFKL2015. AG dan Yana Samsuddin bertindak sebagai pengacara/hos DFKL 2015. Antara kejutan yang berlaku Keputusan Anugerah DFKL ini adalah apabila Ayda Jebat tewas ditangan Amyra Rosli namun Ayda tetap cool jer, lagipun drama lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin iaitu Rindu Awak 200 peratus tetap menang besar. Antara moment yang paling kelakar masa Sharnaaz Ahmad terpaksa umum pemenang untuk kategori yang dirinya juga tercalon hahaha. Tak leh bayang kalau masa Sharnaaz tengah nak umum pemenang tetiba die yang menang, kiranya macam umum diri sendiri, mesti janggal giler dan lawak gak hihi. Apapun Zul Ariffin yang menang.

Walaubagaimanapun Sharnaaz x pulang dengan tangan kosong, Sharnaaz turut menang bersama Nelydia Senrose gitu. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015 dibawah ni k..
Senarai Pemenang DFKL2015

Penulis Skrip Drama Pilihan
Nieza Nahar – Rindu Awak 200%
Barisan Pelakon Drama Pilihan
Selamat Pengantin Madu
Pengarah Drama Pilihan
Aidilfitri Mohamed Yunos – Rindu Awak 200%
Pelakon Lelaki Drama Pilihan
Zul Ariffin – Rindu Awak 200%
Pelakon Wanita Drama Pilihan
Amyra Rosli – Kristal Maya
Hero Dan Heroin Drama Pilihan
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Drama Pendek Pilihan
Luahan Abah (Muhamad Haizad Hashim)
Drama Pilihan 
Rindu Awak 200% (Creative Skill Solution)
Read More »

20 Jan 2015

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29)

Assalammualaikum..
Anugerah Juara Lagu ke-29 berlangsung dengan meriahnyer dan menobatkan lagu Apa Khabar sebagai Juara AJL29. Ikutkan aku tak menjangka lagu tersebut boleh jadi Juara kerana aku lebih suka lagu lain, apapun semua lagu ada kelebihan masing2. Aku memang dah agak lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah akan menang juga, x kisahlaa tempat ke berapa pun. Apapun performance Mojo memang menjadi Juara di hati gitu. Agak muak jugak tengok Iklan Qu Puteh tuu, x cukup masa AJL berehat ada iklan tu, masa acara tengah berlangsung pun sempat gak diorang promote produk Qu Puteh ni adoii, sikit2 cukup ler kann. 
Jom tengok Senarai Pemenang AJL29

Juara: Apa Khabar - Joe Flizzow
Tempat Ke-2: Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Tempat Ke-3: Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga)
Persembahan Terbaik : Mojo (Roman Cinta)
Read More »

10 Feb 2014

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop ERA 2014

Assalammualaikum
Sabtu lalu telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era yang telah dihoskan oleh Dato Ac Mizal, Neelofa dan Nabil. Tahniah buat Zizan Razak kerana menang besar iaitu sebanyak 4 kategori, begitu juga dengan Hafiz yang memenangi 3 kategori. Sepatutnya di Anugerah Meletop Era ni JOZAN boleh bertemu di atas pentas, sebab Zizan yang jadi penyampai anugerah untuk kategori yang JoHaRa menang, Sayangnya Johan x dapat hadir pula sebab anak die sakit. Apapun Tahniah untuk semua pemenang yer..
Jom Tengok Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era ni.

1-Top Top Meletop (Lelaki)
Zizan Razak

2-Top Top Meletop (Wanita)
Zara Zya
3-Lagu Meletop
Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
4-Penyanyi Meletop
Hafiz Suip
5-Grup / Duo Meletop
Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
6-Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

7-Penyampai Baru Radio Meletop
Nabil (Era fm)
8-Filem Meletop
KL Gangster 2
9-Bintang Filem Meletop
Aaron Aziz (KL Gangster 2)
10-Program TV Meletop
Maharaja Lawak Mega 2012
 11-Bintang TV Meletop
Jep (Super Spontan 2013)
`                                                       
12-Bintang Siber Meletop
Zizan Razak
13-Couple Meletop
Nabil Ahmad & Zira
14-Artis Baru Meletop
Zara Zya
15-Fesyen Meletop
Zizan Razak
16-Artis Serantau Meletop
Sleeq
17-Anugerah WeChat Meletop
Zizan Razak
Read More »

23 Ogo 2013

Corat Coret JOZAN & Anugerah Lawak Warna


Assalammualaikum..
semalam telah berlangsungnya Anugerah Lawak Warna, ada kejutan, ada kegembiraan, ada kemanisan dan mcm2 lagi. Filem Istanbul Aku Datang menang besar dan berjaya membolot 4 anugerah iaitu Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik(filem) Lisa Surihani, Lakon Layar Komedi Terbaik & Pengarah Komedi Terbaik (filem). Ternyata Lisa juga agak terkejut bila diumumkan sbg pemenang Pelakon Komedi Wanita Terbaik sebab lisa bukanlah seorang pelakon komedi tapi disebabkan Genre Filem Istanbul Aku Datang dalam kategori Romantik Komedi maka Lisa juga tersenarai sebagai calon lalu menang. Persembahan pembukaan iaitu sketsa yang dibuat oleh Jep, Shuib Sepahtu dan Rahim R2 mmg sangat kelakar, gandingan diorang bertiga mmg berjaya membuat penonton ketawa.
Kategori Artis Lawak Lelaki Popular yang ditentukan menerusi undian peminat menjadi milik Jepp Sepah Tu, ternyata semua agak terkejut bila Jepp berjaya mengetepikan saingan terhebat iaitu Zizan dan Johan. Namun bagi aku Jepp juga mmg layak menang anugerah sbb die pun kelakar dan berbakat jadi xde hal lah..Disamping itu dalam ucapan kemenangan Jepp juga ada menyebut nama Johan dan Yus. Kagum dengan peminat2 Jepp diorang diam2 jer mengundi x kecoh mcm FC lain tup2 mng, pasni saingan dalam anugerah lain pasti lagi sengit bila ada nama Zizan, Johan dan Jepp sebab semua ada peluang untuk menang.
Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) menjadi milik Sabri Yunus menerusi drama Kampung Semarah Padi. Teringin aku nak tengok drama ni..terlepas tengok drama ni dulu. Sabri Yunus berjaya mengetepikn calon favourite untuk kategori ini iaitu JoHan. Penyampai untuk kategori Segmen Komedi Radio Paling Popular adalah Zizan dan Yana Samsudin dan dimenangi oleh Sketsa JoHaRa (Era.Fm). Masa ni ada moment JOZAN yg sweet gitu. Zizan sempat ckp "Hai Johan" dari atas pentas hehe pastu bila diumumkan menang maka Johan, Haniff & Ray pun naik pentas, pastu masa Johan naik pentas terus die dan Zizan berpelukan gitu n sewaktu JOZAN berpelukan satu Istana Budaya bersorak sweet jer..Aku perasan gak Camera selalu fokus kat Johan hehe manakala Zizan plak duduk di bahagian tepi sekali jadi senang Ac Mizal kacau2 dan usik Zizan. Kan best kalau JOZAN duduk dekat2 mesti lgi sweet.
Untuk Kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem), saingan mmg sengit sebab ada SaM, Johan,Zizan dll dan akhirnya mmg rezeki Zizan bila die berjaya memenanginya. Paling sweet masa ucapan kemenangannya sebab Zizan ada sebut "Kepada JOZAN juga Kemenangan ini, JoHaN I Love You So Much In My Heart" sweet kan pastu terus kamera fokus kat JoHan, Johan masa ni dah senyum lebar bila tengok dan dgr Zizan ckp gitu. So Sweet..Zizan ni bagus sebab die langsung x pernah lupa pada JOZAN dan juga JoHaN. Zizan sangat sweet bila die ckp gitu kat JoHaN. Seperti yang pernah aku cakap JOZAN satu-satunya artis yang paling sweet di Msia. Dari Segi persembahan masa awal mmg best tapi bila part akhir agak huru hara, cuba letak JOZAN part akhir mesti meletup. Sayangnya JOZAN x buat apa2 persembahan, ramai yg rindu nk tgk JOZAN kan..

Hans Isaac ada ckp nk buat Lawak Ke Der 3 nanti, hope ada JOZAN lagi nanti..last tgk JOZAN masa Final RL7 hari tu..apapun tahniah pada semua pemenang.

Gambar di atas credit to Jozannerz Dsyg.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017