-->
Memaparkan catatan dengan label ABPBH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABPBH. Papar semua catatan

15 Mei 2017

Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular ABPBH3.0

Fattah Amin & Janna Nick Di ABPBH30, Pelakon TV Lelaki & Wanita Popular,
Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular ABPBH3.0

Assalammualaikum..
Nampaknya populariti Fattah Amin tidak dapat disangkal lagi apabila merangkul beberapa anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 ( #ABPBH30 ). Fattah Amin turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular edisi kali ini sekaligus menewaskan saingan terdekatnya Neelofa yang menang Bintang Paling Popular edisi tahun lalu. Selain itu Fattah Amin juga turut menang Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi Drama Bersama Neelofa dan juga Artis Sensasi (kategori Online). Tak lama lagi drama terbaru Fattah Amin dan Fazura akan disiarkan di Astro dan mampukah drama Hero Seorang Cinderella akan mengulangi kejayaan Suri Hati Mr Pilot?. Sama - sama kita tunggu ye. Berbalik pada ABPBH 3.0 kali ini untuk persembahan nyanyian para penyanyi tu semua aku tiada masalah. Dari segi hos pula, ramai penonton yang tidak puas hati dengan Ogy Ahmad Daud jadi pengacara bersama dengan Zulin dan Faizal Ismail. Apa pun dah rezeki masing - masing kan. Tahniah buat Fattah Amin dan semua pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 ini.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

Senarai Top 5 & Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0

Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 (ABPBH 3.0)
Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 (ABPBH 3.0)

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali lagi, ABPBH ini akan disiarkan di Tv3 dan bertemakan Futuristik serta akan dihoskan oleh Faizal Ismail, Zulin Aziz dan Fauziah Ahmad Daud. Kalau tahun lalu Neelofa berjaya menjad Bintang Paling Popular, adakah tahun ini, Neelofa akan mengulangi kejayaannya lagi. Nama Fattah Amin turut disebut - sebut untuk menjadi pencabar kuat. Walaubagaimanapun, susah nak jangka siapa yang akan menang kerana semuanya berdasarkan undian peminat. Pihak Anugerah Bintang Popular 3.0 juga telah membuat pembaharuan dalam cara pengundian untuk edisi kali ini dengan membolehkan semua peminat mengundi secara online saja tanpa ada bayaran. Malah tiada lagi undian menerusi surat khabar seperti sebelum ini. Jadi bila dah buat undian secara online ini memang lebih memudahkan peminat untuk mengundi. Apa pun Good Luck untuk semua artis yang bertanding. Di bawah ini, aku senaraikan semua calon top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0. Aku akan highlight nama artis yang menang dalam senarai top 5 dibawah ini setelah keputusan pemenang diumumkan pada malam nanti.

KATEGORI UTAMA ABPBH 3.0

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR
1. AIMAN TINO
2. HAQIEM RUSLI
3. KHAI BAHAR
4. TAJUL ARIF
5. ALVIN CHONG

ARTIS BAHARU WANITA POPULAR
1. AZIRA SHAFINAZ
2. ELVINA MOHAMAD
3. WANY HASRITA
4. SWEET QISMINA
5. MAWAR RASHID

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
1. ALIF SATAR
2. IZZUE ISLAM
3. REMY ISHAK
4. SYAMSUL YUSOF
5. ZUL ARIFFIN

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
1. ERRA FAZIRA
2. FAZURA
3. NELYDIA SENROSE
4. REEN RAHIM
5. SITI SALEHA

PELAKON TV LELAKI POPULAR
1. AIMAN HAKIM RIDZA
2. ASHRAF MUSLIM
3. SHUKRI YAHAYA
4. FATTAH AMIN
5. SYAFIQ KYLE

PELAKON TV WANITA POPULAR
1. AYDA JEBAT
2. JANNA NICK
3. MIA AHMAD
4. MIRA FILZAH
5. NEELOFA

PENYANYI LELAKI POPULAR
1. AIMAN TINO
2. ALIF SATAR
3. FAIZAL TAHIR
4. KHAI BAHAR
5. TOMOK

PENYANYI WANITA POPULAR
1. AMIRA OTHMAN
2. AYDA JEBAT
3. SITI NORDIANA
4. STACY
5. WANY HASRITA

ARTIS KOLABORASI / DUO / BERKUMPULAN POPULAR
1. AKIM & THE MAJISTRET
2. BUNKFACE
3. FORTEEN
4. KHALIFAH
5. PROJECTOR BAND

ARTIS KOMEDI POPULAR
1. ABAM
2. ISSEY
3. JEP SEPAHTU
4. JOHAN
5. ZIZAN RAZAK

ARTIS VERSATIL POPULAR
1. ALIF SATAR
2. DIDIE ALIAS
3. IFA RAZIAH
4. ZIZAN RAZAK
5. ZULIN AZIZ

PENGACARA TV POPULAR
1. ALIF SATAR
2. MIRA FILZAH
3. NABIL AHMAD
4. ZIZAN RAZAK
5. NEELOFA

PENYAMPAI RADIO POPULAR
1. DJ LIN (SURIA)
2. HAIZA (KOOL)
3. IKHWAN (KOOL)
4. JOHAN (ERA)
5. RADIN (ERA)

KATEGORI ONLINE ABPBH 3.0

GANDINGAN SERASI DRAMA
1. ALIF SATAR & SITI NORDIANA (DIA SEMANIS HONEY)
2. FATTAH AMIN & NEELOFA (SURI HATI MR PILOT)
3. RAJA AFIQ & NIENA BAHARUN ( SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ)
4. SHARNAAZ AHMAD & AYDA JEBAT ( AWAK SANGAT NAKAL)
5. SHUKRI YAHAYA & SITI SALEHA (7 HARI MENCINTAIKU)

GANDINGAN SERASI FILEM
1. AWIE & ERRA FAZIRA (WARNA CINTA IMPIAN)
2. IZZUE ISLAM & JULIANA EVANS (ALIF 7 DIMENSI)
3. KEITH FOO & FAZURA (LANGIT CINTA)
4. SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)
5. ZAHIRIL ADZIM & SHERA AIYOB (JUVANA 3)

PERSONALITI MEDIA SOSIAL
1. LUQMANPODOLSKI
2. MAKHLOKMACHO
3. MAT LUTHFI
4. NIZAM RAHMAN
5. VIVY YUSOF

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL
1. AYDA JEBAT
2. DATUK SITI NURHALIZA
3. NEELOFA
4. NORA DANISH
5. ZIZAN RAZAK

ARTIS SENSASI
1. ADIRA
2. ELLY MAZLEIN
3. NEELOFA
4. FATTAH AMIN
5. UQASHA SENROSE

🔃 BINTANG PALING POPULAR
➔ FATTAH AMIN
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Mei 2016

Neelofa Menang Bintang Paling Popular ABPBH 29

Neelofa Menang Pengacara TV Paling Popular & Bintang Paling Popular

Rasanya dah lama takde artis wanita yang menang Bintang Paling Popular selepas Dato Siti Nurhaliza. Sebelum ini trofi Bintang Paling Popular saling bertukar-tukar antara Aaron Aziz dan juga Shaheizy Sam. Kali ni memang rezeki Neelofa untuk menang besar di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-29. Neelofa juga turut menang Pengacara TV Popular. Sebenarnya aku dah dapat mengagak dari awal yang Neelofa ada harapan nak menang Bintang Paling Popular kerana di edisi ABPBH sebelum2 ini, Neelofa sentiasa berada dalam kedudukan top 3 so kali ni memang rezeki memihak pada Neelofa. Sebelum pengumuman pemenang Bintang Paling Popular, aku jangka sama ada Neelofa atau Ayda Jebat mungkin ada harapan menang dan ternyata tuah milik Lofa. Tahniah buat Neelofa, murah rezeki die kan, pastu lofa ni plak sentiasa suksess dalam apa yang die lakukan.
Berbalik pada keputusan ABPBH29 yang bertemakan #Respek ni ternyata Mira Filzah yang comel tu berjaya mengalahkan saingan terdekatnya Janna Nick dan Ruhainies dalam Artis Baharu Wanita Popular. Begitu juga dengan Adira yang membuat kejutan menang dna mengalahkan saingannya iaitu Dayang Nurfaizah dan Ayda Jebat dalam kategori Penyanyi Wanita Popular. Emma Maembong pula berjaya menang dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Begitu juga dengan Fathia Latif yang menang Pelakon Filem Wanita Popular. Dari aspek persembahan, aku suka persembahan tribute yang dibuat oleh Jamal Abdillah, Misha Omar dan Liza Hanim. Woww suara Liza Hanim masih seperti dulu, sedap dan best. Hope Liza Hanim join Gegar Vaganza tahun ni yer. Persembahan Artis Indonesia Isyana tu juga best, begitu juga persembahan Ziana Zain dan Siti Nordiana tu, cuma aku tak berapa suka dengan pemilihan lagu Syurga Di Hati Kita dan Dingin tu.
Rasanya kalau Ziana Zain n Siti Nordiana pilih lagu lain maybe lagi meletop persembahan diorang tu, banyak kot lagu2 Ziana yang best2, pastu selitkan sikit lagu Putus Terpaksa tu hehehe, kiranya macam nyanyi sikit jer part intro ker apa ker, sebab sebagai penonton kita memahami juga bukan senang nak nyanyi lagu Putus Terpaksa tu kan. Tak pun pilih lagu lain yang best2. Nampaknya kameraman sangat suka zoom kat wajah manis Emma Maembong tu especially masa part Zizan dan Mira Filzah dok berdrama cinta masa di awal rancangan tu hahahaha. Bagi aku Hos akan lagi best n acara ABPBH akan bertambah meriah kalau Johan n Zizan turut sama2 jadi hos heehehe. Kalau Zizan jer ada atas pentas tu macam x lengkap jer, apapun tahniah buat Neelofa.

Jom Baca ni jugak --> Asia VS Eropah!??..

Read More »

7 Apr 2015

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014)

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 telah pun melabuhkan tirainya pada malam Ahad yang lalu dan menobatkan Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular. Bagi aku ABPBH2014 agak sedikit bosan, maybe sebab hosnya kurang lawak, persembahan2 artis pulak biase2 jer, cuma suka gak tengok persembahan pembukaan dari Faizal Tahir yang best dan penuh energy gitu, selain persembahan Dato Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah berduet tu. Tak sangka jugalah Shaheizy Sam akan menang Bintang Paling Popular lagi buat kali ketiganya. Apapun tahniah buat semua pemenang. Jom tengok Senarai Pemenang ABPBH2014 kat bawah ni k..

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2014

Anugerah Bintang Paling Popular abpbh 2014: Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular: Hafreez Adam
Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias


Artis Duo/Berkumpulan Popular: Akim & The Majistret

Pengacara TV Lelaki Popular: Datuk Aznil Haji Nawawi
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Shah Iskandar
Artis Baru Wanita Popular: Ayda Jebat
Penyampai Radio Lelaki Popular: Johan

Pengacara TV Wanita Popular: Neelofa


Pelakon TV Wanita Popular: Nad Zainal

Artis Komedi Lelaki Popular: Abam (Bocey)
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Lelaki Popular: Akim Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Siti Saleha

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri Dato’ SM Salim
KATEGORI ONLINE


Personaliti Popular: Faiz Dickie

Gandingan Serasi Di Layar: Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Pasangan selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
Artis Paling Kontrovesi: Sharnaaz Ahmad
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Datuk Siti Nurhaliza

Read More »

6 Apr 2015

Bintang Paling Popular ABPBH 2014 Milik Shaheizy Sam


Assalammualaikum..
Nampaknya tuah memihak kepada Shaheizy Sam apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2014 dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) pada malam Ahad yang lalu. Ini adalah kali ketiga Shaheizy Sam memenangi Bintang Paling Popular selepas ABPBH 2010 dan 2012 yang lalu. Selain itu Sam turut menang dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Sam membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Toyota Camry. Nampaknya Sam bergilir-gilir dengan Aaron Aziz untuk menang Bintang Paling Popular ni hehehe. 
Read More »

26 Mei 2014

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013

Assalammualaikum..
Jom tengok Senarai Pemenang ABPBH 2013 yang berlangsung pada sabtu lalu. Tahniah pada pemenang.

Kategori Utama
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Artis Baru Lelaki Popular – Achey
Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Stacy
Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular – Jep
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali
Kategori Online:
Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin
Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya
Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan

Read More »

25 Mei 2014

Aaron Aziz Menang Bintang Paling Popular 2013 #ABPBH

 
Assalammualaikum
Tahniah buat Aaron Aziz kerana berjaya memenangi Bintang Paling Popular 2013 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi. Kemenangan Aaron Aziz telah pun dijangka. Aaron berjaya 
merampas trofi Bintang Paling Popular dari Shaheizy Sam yg telah menang pada tahun sebelumnya. Tahniah sekali lagi.

P/s- ABPBH tahun ini agak boring...
Read More »

30 Apr 2013

JOZAN PictuRe Edit By FaNs

Assalammualaikum..
Hari ni aku nak share gambar2 JOZAN yang telah diedit oleh peminat JOZAN yg kreatif2. Diorang sendiri yang send gambar2 ni kat aku jadi aku share dalam blog ni untuk tatapan semua..aku ni mmg malas sikit nk edit2 gambar kalau nk menulis tu bolehlaa hehee..Jadi sesape yg rajin edit gambar meh send kt aku boleh aku uploadkan dlm blog nanti lalallala...



Semua Pic diatas Credit to KR4ever





Seterusnya Picture2 diatas credit to @husna_MS

P/s-Untuk lebih byk picture, info terkini, keahlian n everything boleh singgah ke blog-> JOZAN FC OfficiaL

Read More »

16 Apr 2013

Top 6 BiNtaNG PaLiNG PoPuLaR 2012-ABPBH

Assalammualaikum..
Sape beli paper Berita Minggu tadi? itulah jumlah undian 6 artis yang tertinggi untuk ABPBH yg berlangsung baru2 ni..kalau tengok jumlah undian Shaheizy Sam memang agak jauh jugak laa dgn Aaron dan Zizan..n artis wanita yg berjaya masuk senarai adalah Neelofa dan Farah Fauzana..fuhh byk gak undian untuk Neelofa kan..dasyat la kelab2 peminat diorang..salute dgn kelab peminat Shaheizy Sam..strategi undian diorang berjaya memastikan Sam menang ABPBH buat kali kedua walaupun bukan secara berturut-turut..sengit juga undian walaupun undian agak jauh tapi masih mudah untuk dikejar..satu lagi sesetengah artis  ada banyak kelab peminat bermacam-macam nama ada..tapi sayangnya semuanya x bersatu hati. Lagi satu mmg bukan rezeki kan jadi x boleh buat apa..ni dia senarai top 6..
1-Bintang Paling Popular~> Shaheizy Sam (79,656) undian..
                                     2~>Aaron Aziz (68,205) undian
                                     3~>Zizan Razak (55,036)undian
                                     4~>Neelofa (45,174)undian
                                     5~>Adi Putra (24,981)undian
                                     6~>Fara Fauzana (9,420)undian..

P/s-meriah twitter dgn ucapan2 besday dari peminat untuk Zizan esok (15April) sampai trending kt twitter tu..dasyat2...gambar diatas credit to FB.
Read More »

SiNopSis Drama Kisah CiNta LakoNan FazuRa & SaM

Assalammualaikum..
Hari ni bermulanya tayangan drama Kisah Cinta lakonan Bintang Paling Popular 2012 Shaheizy Sam dengan artis cantik jelita Fazura..mesti best drama ni..dah lama x tengok Sam berlakon drama, selalunya Sam berlakon Filem jer..kali ni Sam berlakon drama pula bergandingan pula dengan Fazura yang juga dah lama x berlakon. Kali terakhir nampak Fazura berlakon masa drama Tahajjud Cinta. Ditambah dengan kemenangan Sam kat ABPBH baru2 ni rasanya ramai yang x sabar nak tengok drama ni..dari sinopsis cite ni pun nampak mcam best jer..Jom kita baca sinopsis drama Kisah Cinta..
Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang. Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.
Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.

Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.
Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.


Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah. Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal?

Itulah sinopsis cite die..cam best jer kan..hehe jom layan gmbar Fazura kt bawah ni..Fazura adalah salah seorang pelakon yg aku suka..
Read More »

8 Apr 2013

KeJutaN JOZAN & ShaHeiZy SaM Di ABPBH 2012

Assalammualaikum..
Sape tengok ABPBH Semalam??best ke tak ABPBH semalam??pada pendapat aku kalau nak banding dengan ABPBH yg tahun 2011 punye edisi kali ni lebih baik sikit laa..sebab apa jeng3x semestinya sebab ada JOZAN..Pihak ABPBH membuat kejutan yang rupanya JoHaN juga Hos ABPBH tapi sengaja dirahsiakan pada semua..awalnya hanya nama Zizan dan Fafau diumumkan sbg pengacara..haha mmg kejutan betul..awal2 pagi semalam dah kecoh bila ada ramai yg menonton video reheasal ABPBH ternampak kelibat JoHan bersama Zizan di pentas ABPBH..sedangkan nama Johan xde dalam senarai artis yg buat persembahan maka semua pun mula buat spekulasi dan tertanya-tanya adakah Johan akan  perform ke dgn Zizan? Johan jadi Hos gak ke dgn Zizan??..itulah persoalan yg berlegar-legar di minda semua org sebelum ABPBH bermula semalam..dan akhirnya persoalan terjawab JOZAN in the house Uolls...dan seperti dijangka JOZAN menang kategori online ABPBH iaitu Gandingan Di Layar Serasi..
Kejutan pertama di ABPBH bila diorang mengandingkan JOZAN di pentas ABPBH first time JOZAN digandingkan dalam satu acara yg besar mcm ABPBH ni..Cuma satu je yg kurang..JOZAN terpaksa bergilir-gilir ambik turn untuk mgacara dgn Farah Fauzana..kenapa tak keluar bertiga sekaligus..lagi peminat suka..tpi diorang buat Johan ngan Fafau dulu kemudian Zizan dgn Fafau..dekat2 nak habis baru muncul bertiga..adehh mcm rugi jer..rasanya kalau muncul bertiga lagi gamat stage tu lagi meriah kan...tapi xpelaa janji JOZAN ada dh cukup..Sweet tengok JOZAN jadi Bodyguard Fafau masa Fafau gi amik award kedua die tu hahaha kecoh betul..Kejutan seterusnya kemenangan yang x dijangka..Datuk Aznil Hj Nawawi berjaya merampas kembali award Pengacara Tv Lelaki Popular dari Zizan..dan Faizal Ismail berjaya mengekalkan penguasaan die terhadap kategori Penyampai Radio Lelaki Popular..adehh aku ingat JoHaN akan menang..takpelah xde rezeki tahun ni..tahun depan siapa tahu kan..ada rezeki lebih..

Kejutan seterusnya JOZAN bukan setakat jadi Hos diorang juga perform secara berduet gitu lagu Aku Maafkan Kamu..mmg terbaik2 suka tengok JoHan dan Zizan dok kacau2 RJ dgn Black tu haha terus Black x leh nak nyanyi sbb nak tergelak hehe. Parody lagu Sayang by JoHaN tu mmg meletup haha..masa reheasal Zizan sendiri dah ketawa x hengat tengok gelagat JoHan x leh blah part rambut tu hehehe..Nabila Huda juga menang baguslah die mmg layak menang atas lakonan die yang sentiasa mantap..dan Bintang Paling Popular 2012 jatuh pada Shaheizy Sam..Tahniah pada Shaheizy Sam..
Memang nama Sam disebut-sebut untuk menang..tapi jangkaan aku lebih kepada ZizaN atau Aaron Aziz yg akan menang..tapi dah rezeki SAM menang untuk kali kedua di ABPBH..dah la sebelum ni menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ni menang yg Bintang Paling Popular pula..memang murah rezeki Shaheizy Sam ni..tahniah2..memang mantap laa Fan Club Shaheizy Sam ni tahniah gak untuk diorang bukan senang nak bagi artis kesayangan diorang menang..macam2 benda kena buat..berkempen sana sini..beli paper byk2..dan SAM pun nampak menghargai peminat die..tahun depan rezeki siapa pula hehehe..

P/s- x sangka Neelofa masuk dalam top 5 artis paling banyak undian untuk kategori Bintang Paling Popular..selain Sam, Aaron, Zizan & Adi..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017