-->
Memaparkan catatan dengan label Maharaja Lawak Mega 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maharaja Lawak Mega 2017. Papar semua catatan

6 Mei 2017

Bocey Juara Berganda MLM2017

MLM2017, Poster Peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Bocey Juara Berganda Maharaja Lawak Mega 2017, Finalis MLM2017, Puteh, Zero, Dzawin, Shiro, Bocey, Pemenang, Juara,
Bocey Juara Berganda Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Maharaja Lawak Mega 2017 yang menobatkan kumpulan Bocey sebagai pemenang atau Juara Maharja Lawak Mega 2017. Ini bermakna Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega buat kali kedua secara berturut - turut, bermula dengan Juara MLM2016 dan kini juara MLM2017 pula, kiranya juara bergandalah kan hehehe. Tahniah diucapkan buat kumpulan Bocey, murah rezeki diorang kan, menang lagi tahun ini, walaupun mendapat saingan sengit dari finalis lain seperti kumpulan Puteh, Zero, Dzawin dan Shiro. Ramai juga yang tak puas hati apabila kumpulan Zero tidak menang mahupun berada dalam kelompok top three kerana Zero memperoleh tempat keempat untuk MLM2017 kali ini. Kumpulan Zero dikatakan agak konsisten sepanjang musim ini, namun markah dikira berdasarkan persembahan di malam final ini bukannya sepanjang 12 minggu MLM2017 berlangsung. Apa pun rezeki masing - masinglah kan, Kumpulan Shiro menjadi Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2017 ini, nampaknya kumpulan Shiro masih belum dapat merasa menjadi juara Maharaja Lawak Mega lagi, namun diharapkan kumpulan Shiro tidak berputus asa dan terus mencuba, begitu juga dengan peserta lain. 
MLM2017, Maharaja Lawak Mega 2017, Finalis MLM2017, Bocey, Shiro, Dzawin, Zero, Puteh,
Ramai juga penonton yang sukakan persembahan peserta Solo dari Indonesia iaitu Dzawin, yang kelihatan agak menyerlah di malam Final ini, sekaligus berjaya menang tempat ketiga MLM2017 ini. Kumpulan Puteh pula mendapat tempat kelima, manakala tema untuk final Maharaja Lawak Mega 2017 ini adalah Bebas dan Muzikal. Kelihatan kumpulan Bocey agak menyerlah dalam kedua - dua sketsa mereka, namun aku lebih sukakan sketsa kedua mereka yang agak meriah dan happening itu. Manakala kumpulan Zero pula nampak menyerlah dan kreatif di sketsa pertama mereka namun sketsa kedua mereka kelihatan agak terlalu santai dan biasa. Kalau sketsa kedua mereka juga best, pastinya peluang mereka lebih cerah. Manakala Dzawin juga kelihatan menyerlah di kedua - dua sketsanya, manakala kumpulan Puteh pula aku rasa kelakar jugalah di sketsa pertama tapi biasa - biasa saja di sketsa kedua mereka, namun pemilihan lagu di tema muzikal mereka memang best. Bagi kumpulan Shiro pula, aku rasa sketsa pertama mereka best dan kreatif kerana turut menggunakan juri dan penonton dalam sketsa mereka namun sketsa kedua mereka agak sedikit santai tapi masih menghiburkan kerana ada banyak mesej dan nilai - nilai murni dalam sketsa mereka. Apa pun semua peserta dah melakukan yang terbaik dan telah berjaya menghiburkan penonton selama 12 minggu ini, Tahniah buat semua peserta.


Tandatanganku, My Signature, Blog Miss Banu Story,
Read More »

29 Apr 2017

Semi Final Maharaja Lawak Mega 2017

Zero, Bocey, Shiro, Puteh dan Dzawin ke Final MLM2017, Semi Final, Separuh Akhir, Maharaja Lawak Mega 2017, Empayar Lawak, Lanun Lawak, Final MLM2017 Di Kedah, Pelawak, Tema,
Zero, Bocey, Shiro, Puteh dan Dzawin ke Final MLM2017

Assalammualaikum..
Seperti yang dijangka, tiada penyingkiran di minggu ke 11 (Separuh Akhir) Maharaja Lawak Mega 2017. Kelima - lima peserta iaitu Bocey, Zero, Puteh, Shiro dan Dzawin layak ke Final MLM2017 dan seterusnya menjadi finalis untuk musim ini. Tema untuk minggu separuh akhir ini adalah Parodi dan Duit. Aku rasa kesemua peserta memberikan persembahan yang okey untuk minggu ini. Terdapat peningkatan dari Dzawin yang sebelum ini berada di bottom three dan di minggu semi final ini nampak dia kembali bangkit dan sekaligus dapat ke Final MLM2017 yang diadakan di Kedah pada 5 Mei 2017 ini. Tema untuk Final nanti mestilah Bebas dan Muzikal kan, korang rasa siapa yang akan bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2017 ye? Apa pun Good Luck untuk semua Finalis Maharaja Lawak Mega 2017 ini. 
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,
Read More »

22 Apr 2017

Abioso & Masin Tersingkir Di Minggu Suku Akhir MLM2017

Abioso & Masin Tersingkir Di Minggu Ke 10 (Suku Akhir) MLM2017

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke 10 dah Maharaja Lawak Mega 2017 dan tinggal 7 peserta saja lagi di pusingan Suku Akhir MLM2017. Namun tak sangka pula, akan ada 2 penyingkiran semalam, ingatkan cuma ada satu penyingkiran saja dan di minggu separuh akhir akan ada satu lagi penyingkiran. Tapi bila dah ada 2 penyingkiran di minggu Suku Akhir, maka sekarang ini cuma ada 5 peserta saja lagi dan kemungkinan besar di minggu Separuh Akhir nanti tiada penyingkiranlah kot hehe. Di minggu ke 10 ini iaitu minggu Suku Akhir menyaksikan kumpulan Abioso dan kumpulan Masin tersingkir, manakala Dzawin juga turut berada di kedudukan bottom three. Ada 2 tema untuk minggu ke 10 ini dan ini bermakna para peserta perlu membuat 2 sketsa. Tema pertama adalah viral manakala tema kedua adalah kisah seram berloghat. Final Maharaja Lawak Mega 2017 nanti akan diadakan di Jitra Kedah. Tak sangka pula, final nanti akan dibuat di Kedah, kalau macam tahun lalu diadakan di Johor. Tinggal 5 peserta lagi yang akan berentap di minggu ke 11 iaitu di Minggu Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega 2017 iaitu kumpulan Zero, Bocey, Shiro, Puteh dan Dzawin. Good Luck untuk semua peserta..
My Signature, tandatanganku, miss banu signature, blog miss banu story,
Read More »

15 Apr 2017

Ramai Yang Terkejut Bila Joras Tersingkir - MLM2017

Joras Tersingkir di Minggu Ke-9 MLM2017, Maharaja Lawak Mega 2017, Empayar Lawak, Lanun Lawak, Bottom Two, Abioso,
Joras Tersingkir Di Minggu Ke - 9 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Minggu ke - 9 Maharaja Lawak Mega 2017 tidak membawa tuah pada kumpulan Joras apabila diumumkan tersingkir oleh juri. Selain Joras, kumpulan Abioso turut berada di tangga kedua terbawah. Rata - rata persembahan dari peserta MLM2017 agak kurang lawak di minggu kesembilan ini, mungkin kerana temanya agak susah di minggu ke-9 ini, dimana temanya adalah Cerita Rakyat & Cerita Moden. Para peserta perlu memasukkan dan menggabungkan cerita rakyat dan cerita moden dalam satu sketsa lawak. Dalam kesemua peserta, hanya sketsa dari kumpulan Bocey dan Zero saja yang paling menyerlah, lawak dan best. Kumpulan Bocey menggabungkan Kisah Si Tanggang dan juga watak dari filem Munafik manakala kumpulan Zero pula menggabungkan kisah batu belah batu bertangkup dengan polis evo. Kedua - dua kumpulan ini mendapat 5Ha daripada juri, manakala sketsa kumpulan Masin juga boleh tahan tapi tidaklah terlalu lawak. Walaubagaimanpun Vicha dari Kumpulan Masin mendapat anugerah Man Of The Match. Kumpulan Joras pula menggabungkan cerita Badang dan juga watak dari drama Suamiku Encik Sotong, Ingatkan kumpulan Abioso yang akan tersingkir. Apa pun ramai juga yang tak sangka dan terkejut apabila kumpulan Joras tersingkir, yela mereka kan naib juara MLM2016 kan, so mesti ramai yang menjangkakan kumpulan Joras yang dianggotai oleh Rahim, Joey dan Syuk berkemungkinan besar akan ke Final. Apa pun nasib tak menyebelahi mereka. Terkejut juga kumpulan Masin masih bertahan di MLM2017, minggu depan tema apa pula ye?..
My Signature, Miss Banu Signature, tandatanganku,
Read More »

8 Apr 2017

Minggu 8 MLM2017 - Nice Tersingkir

Kumpulan Nice Tersingkir Di Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2017, Bottom Three, Tema MLM2017 minggu 8, Karoot Komedia Bertemakan Peribahasa, Puteh, Joras, Nice, Tauke, Acong, Ropie,
Kumpulan Nice Tersingkir Di Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Selepas Kumpulan Xoxo tersingkir  di minggu ke -7 MLM2017, kali ini giliran kumpulan Nice pula tersingkir di minggu ke-8. Selain kumpulan Nice, Kumpulan Puteh dan Joras juga turut berada di kedudukan Bottom Three. Rasanya ni macam kali pertama nampak kumpulan Joras berada di kedudukan 3 terbawah, tapi itulah nampak sketsa diorang juga kurang menjadi di minggu ini. Kumpulan Nice dianggotai oleh Tauke, Acong dan Ropie sudah beberapa kali berada di kedudukan bottom three, manakala Acong dan Ropie juga telah dipilih sebagai Gempak Man Of The Match untuk minggu lalu dan minggu ini. Tema Maharaja Lawak Mega 2017 untuk minggu kelapan ini juga menarik iaitu Karoot Komedia Yang Bertemakan Peribahasa. Bila dah ada Karoot Komedia tu, pastilah akan ada Sabri Yunus dan Team Dikir Barat yang akan menemani dan membantu peserta dalam sketsa mereka masing - masing. Kelihatan kumpulan Zero dan Kumpulan Shiro yang betul - betul memanfaatkan dan memaksimumkan penglibatan kumpulan Dikir Barat itu dalam sketsa mereka berbanding kumpulan - kumpulan lain dan mereka juga turut mendapat 5 Ha daripada juri. Juri dari Singapura iaitu Najip Ali akhirnya terpaksa ditukar dan digantikan akibat satu kontroversi dan Paknil (Aznil Hj Nawawi) dipilih menjadi juri menggantikan Najip Ali. MLM2017 ada 13 minggu jadi masih ada beberapa minggu lagi sebelum kita ketahui siapa yang akan ke Final MLM2017 nanti.
Read More »

1 Apr 2017

Kumpulan XOXO Tersingkir - MLM2017 (Minggu Ke- 7)

xoxo, tersingkir, Minggu Ketujuh, Tema Ayat - Ayat Power Bersama Artis Jemputan, MLM2017, Maharaja Lawak Mega, Empayar Lawaf,
Kumpulan XOXO Tersingkir Di Minggu Ke -7 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Minggu Ke - 6 MLM017 yang bertemakan Muzikal Komedi memang meriah habis dan akhirnya menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan. Manakala di Minggu Ke-7 Maharaja Lawak Mega 2017 sudah pastilah ada penyingkiran, yang mana kumpulan XOXO yang dianggotai oleh One, Chot dan Wan Gegau tersingkir. Kumpulan XOXO di minggu Muzikal Komedi memang sangat best dan lawak tapi di minggu ketujuh ini yang bertemakan Ayat Power Bersama Artis Jemputan agak sedikit slow. Artis jemputan mereka iaitu Dato M. Daud Kilau dan aku rasa sketsa mereka agak longgar, slow dan kurang lawak. Kumpulan Puteh dan Abioso turut berada dalam kedudukan bottom three. Apa pun ada ramai artis jemputan di Minggu ke-7 #MLM2017 ini, antaranya adalah, Ozlynn, Adam Corrie, Jaafar Onn, Faradhiya, Elly Mazlein, Dato M. Daud Kilau, Nadia Brian, Syamel, Issey dan ramai lagi. Erra Fazira menjadi Juri Jemputan di Minggu Ketujuh ini menggantikan Neelofa.
Read More »

18 Mac 2017

Danial Peserta Solo MLM2017 Tersingkir

Danial Juara Lawak Solo, Tersingkir Di Minggu Kelima Maharaja Lawak Mega 2017
Danial Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Nampaknya setelah beberapa kali berada dalam kedudukan Bottom Three, Danial yang merupakan Juara Lawak Solo tersingkir di minggu ke-5 MLM2017. Tema minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2017 ini adalah Pekerjaan Luar Biasa dan di akhir rancangan ini diumumkan yang Danial, Kumpulan Nice dan Peserta Solo dari Indonesia iaitu Dzawin berada di kedudukan Bottom Three. Aku rasa idea Danial dah okey tapi dia macam selalu mengulang untuk mengajuk / meniru suara Chef Wan, Dato Yusof Haslam, Syamsul Yusof tu yang buatkan penonton sedikit bosan sebab nampak sama saja tiap - tiap minggu walaupun nampak dia berusaha keras. Manakala Tauke pula dipilih sebagai Gempak Man Of The Match untuk minggu kelima MLM2017. Untuk minggu ini, aku tak pasti pula aku suka lawak group mana, sebab nampak semuanya okey je hehe. Apa pun memang saingan sentiasa sengit di Maharaja Lawak Mega 2017 ini. Patutlah pelawak - pelawak otai dan popular macam malas nak join MLM ini sebab saingan sengit sangat dan malas nak fikir pasal idea dan stress selalu hahaha.
Read More »

11 Mac 2017

MLM2017 Minggu Ke-4 - Pistol Tersingkir

Kumpulan Pistol Dianggotai Oleh Raja Azri dan AG Hafiz Tersingkir Di Minggu Keempat MLM2017
Kumpulan Pistol Tersingkir Di Minggu Ke-4 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Nasib kurang menyebelahi kumpulan Pistol apabila diumumkan sebagai Peserta / Kumpulan yang tersingkir di Minggu Keempat MLM2017 ini. Kumpulan Pistol dianggotai oleh Raja Azri dan AG Hafiz. Raja Azri memang dah beberapa kali join Maharaja Lawak Mega ini manakala AG Hafiz ini bermula dari Raja Lawak Musim Ke-7 kemudian nampak dia join program Lawak Solo sebelum menyertai MLM2017 ini. Selain kumpulan Pistol yang tersingkir, kumpulan Masin, Nice dan Danial turut berada dalam kedudukan empat terendah (Bottom Four). Tema Minggu Ke-4 Maharaja Lawak Mega 2017 kali ini adalah Zaman Belajar. Antara sketsa yang aku suka adalah dari kumpulan Bocey, Joras, Nice, Dzawin dll.
Read More »

4 Mac 2017

Mad Sabah Tersingkir - MLM 2017

Mad Sabah Naib Juara Lawak Solo, Pemenang tempat kedua Lawak Solo, Peserta Solo Maharaja Lawak Mega 2017, Tersingkir di Minggu Ketiga MLM2017,
Mad Tersingkir Di Minggu Ke - 3 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Di minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2017, Mad yang merupakan peserta Solo tersingkir mengikuti jejak langkah kumpulan Mamu dan Hobbit yang tersingkir di minggu kedua MLM2017. Mad yang merupakan Naib Juara Lawak Solo berada dikedudukan bottom three bersama dengan Danial (Juara Lawak Solo) serta kumpulan Pistol yang dianggotai oleh Raja Azri dan AG Hafiz. Tema minggu ketiga MLM2017 adalah Percutian dan sketsa Bocey antara yang menarik perhatian aku hehehe. Juri - Juri Maharaja Lawak Mega 2017 terdiri daripada Dato Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa. Syaiful Zero menang anugerah Man Of The Match di minggu ketiga MLM2017 ini.
Read More »

13 Feb 2017

Maharaja Lawak Mega 2017 Bertemakan Empayar Lawak

Poster MLM2017
Maharaja Lawak Mega 2017 Kini Kembali Dengan Bertemakan Empayar Lawak

Assalammualaikum..
Bermula 17 Februari ini, Maharaja Lawak Mega 2017 / MLM2017 akan kembali bersiaran setiap jumaat dengan menampilkan barisan peserta yang mantap dari tiga negara. Bekas Juara MLM 2014 & MLM 2016 iaitu Zero dan Bocey turut bertanding untuk edisi kali ini. Manakala Tema untuk MLM kali ini adalah Lanun / Empayar Lawak. Kalau pelawak - pelawak hebat seperti Sepahtu, Jozan, Nabil turut bertanding mesti lagi gempak kan, tapi nampaknya mereka seperti tidak berminat untuk bertanding lagi, sebaliknya memberikan ruang dan peluang untuk pelawak - pelawak baru menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega ini. Tapi itulah, ramai peminat yang merindui mereka semua kan, terutamanya Jozan. Sepahtu ada program sendiri di TV seperti Sepahtu Reunion Live yang baru saja tamat dan juga program baru iaitu Meja Bulat Sepahtu. Manakala Nabil pula akan kelihatan di rancangan MeleTOP jadi tiap - tiap minggu diorang akan muncul di TV berbanding Jozan betul tak?. Apapun berbalik pada MLM 2017 ini, pasti semua tertanya - tanya siapakah barisan juri untuk MLM kali ini?. jadi apa - apa pun jom kita lihat Senarai Peserta MLM 2017 kat bawah ni ye.
Senarai Peserta MLM2017
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

1) Bocey - (Achey, Fad dan Abam)
2) Zero - (Syaiful, Syariff dan Atu)
3) Shiro - (Ajak dan Shahrol)
4) XOXO - (Chot, One dan Wan Gegau)
5) Nice - (Tauke, Ropie dan Achong)
6) Pistol - (AG Hafiz dan Raja Azri)
7) Puteh - (Mamak dan Ali)
8) Mad (Naib Juara Lawak Solo) - Peserta Solo MLM2017
9) Mamu - (Abu dan Ajo)
10) Masin - (Vicha Saywho, Mamat Bora dan Jiggy)
11) Dzawin - (Indonesia) - Peserta Solo MLM2017
12) Hobit - (Amir, Bocil Saywho dan Dinn Lawak Solo)
13) Joras - (Rahim, Shuk dan Joey)
14) Danial (Juara Lawak Solo) - Peserta Solo Maharaja Lawak Mega 2017
15) Abioso (Indonesia) - Amin, Sarip dan Mamad

Jom kita imbas kembali Senarai Juara dan Naib Juara MLM Ini

Juara - Juara Maharaja Lawak Mega

1) OSBON (2011)
2) JOZAN (2012)
3) SEPAHTU (2013)
4) ZERO (2014)
5) BOCEY (2016)

Naib Juara Maharaja Lawak Mega

1) BOBOI (2011)
2) JAMBU (2012)
3) SHIRO (2013)
4) SEPAHTU (2014)
5) JORAS (2016)
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017