-->

15 Dis 2015

When You Feel Ugly Remember This!

Read More »

14 Dis 2015

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Ke-2

Assalammualaikum..
Seperti yang jangkaan ramai, Siti Nordiana berjaya menjuarai Gegar Vaganza Musim Kedua. Di Konsert Final Gegar Vaganza, Siti Nordiana atau Nana menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu Putus Terpaksa (Ziana Zain) dan lagu Awak Kat Mana bersama Acong Sweetchild. Nana berjaya menyanyikan lagu bernada tinggi Putus Terpaksa dengan baik sekali begitu juga dengan lagu kedua. Tahniah buat Siti Nordiana. Farahdhiya menjadi Naib Juara, ada gak yang berpendapat bahawa Ezad Lazim yang sepatutnya berada di tempat kedua, apapun tu semua nasib dan rezeki masing2 kan. Comel tengok Nassier Wahab menyanyi lagu Oh La La (KRU) tu hehehehe.
Bagi aku Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Kedua ni kurang meriah kalau nak dibandingkan dengan musim pertama tu. Musim pertama memang meriah habis tapi musim kedua ni suram sikit konsert finalnyer. Aku juga x berapa setuju bila Astro jemput lagi Jamal Abdillah tu buat kali kedua, tambah2 die agak kurang sporting sikit. Apapun ramai yang gembira Siti Nordiana menang GV musim ini, moga Nana terus suksess lepas ni, Pusingan Battle memang menarik untuk ditonton, syok tengok peserta menyanyikan lagu2 yang diberikan pada mereka. Peserta2 yang tersingkir sebelum ini turut membuat persembahan secara berduet, manakala Zul Handyblack menyanyi solo dan menyampaikan lagu Awie gitu yang bertajuk Tragedi Oktober.
Senarai Pemenang Gegar Vaganza Musim Kedua

Juara - Siti Nordiana
Naib Juara - Farahdhiya
Tempat Ketiga - Ezad Lazim
Tempat Keempat - Nassier Wahab
Tempat Kelima - Acong Sweetchild
Tempat Keenam - Haiza
Selepas menang GV ni, peminat nana pun semakin bertambah, n minggu ni jer dah berapa kali Nana jadi cover n kisahnya keluar dalam Paper dan Majalah. Tahniah n Good Luck ;)

Read More »

13 Dis 2015

Senarai Lagu-Lagu Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Kedua

Assalammualaikum..
Setelah 8 Minggu berentap dalam Gegar Vaganza Musim Ke-2, Kini kesemua finalis akan bertarung di Minggu ke-9 yang merupakan Konsert Final Gegar Vaganza. Kesemua finalis akan menyanyikan 2 buah lagu, satu lagu solo dan satu lagi lagu yang diorang akan berduet di pusingan battle. Sape yang bakal menjadi Juara Gegar Vaganza Musim Kedua? mengikut jejak langkah Ayai Illusi yang merupakan juara musim pertama. Lagu-lagu yang diorang bakal nyanyikan secara solo boleh lihat dalam gambar diatas k. Good Luck untuk semua peserta.

Finalis Gegar Vaganza Musim Kedua

1. Siti Nordiana
2. Ezad Lazim
3. Haiza
4. Nassier Wahab
5. Farahdhiya
6. Acong Sweetchild

Lagu2 Di Pusingan Battle

Awak Kat Mana (Taufik Batisah) - Siti Nordiana + Acong Sweetchild
Oh La La (KRU) - Farahdhiya + Nassier Wahab
Apa Khabar (Joe Flizzow Feat Sonaone) - Ezad Lazim + Haiza

Read More »

12 Dis 2015

The Village: Achiara's Secret - Sesi Review Drama Korea Terbaru


Assalammualaikum..
Baru-baru ini aku ada menonton drama Korea Terbaru yang bertajuk The Village: Achiara's Secret lakonan Moon Geun Young, Yook Sung Jae, Jang Hee Jin, Joo Wan dan ramai lagi. Drama ni mengantikan drama Yong Pal yang dah habis ditayangkan baru2 ini, dan genre cite ni adalah Thriller dan misteri. Dah lama tak tengok Moon Geun Young yang comel tu berlakon kan, so ni kira drama terbaru lakonannya. Aku memang suka menonton drama The Village: Achiara's Secret ni, sbb sesuai dengan tajuk ceritanya, memang terdapat banyak rahsia dalam drama ni, setiap episod drama ni berakhir dengan suspen dan kita sering tertanya-tanya siapakah pembunuhnya? Apa yang sebenarnya berlaku? dan kita akan syak semua pelakon dalam cite ni sebagai suspek utama hehehe. Tiada scene2 percintaan dalam drama ni sebab ianya lebih memfokuskan tentang misteri kematian Kim Hye Jin. Walaupun di awal2 episod ada menunjukkan watak Sung Jae sbg polis tu macam jealous sikit bila tengok watak Moon Geun Yong sebagai Soo Yoon keluar dengan Ki Hyun tapi setakat tu jela. Perhubungan diorang berdua ni lebih kepada tolong-menolong dalam menyelesaikan kes kematian kakak angkat Soo Yoon iaitu K.Hye Jin.
Selepas selesai kes kematian Hye Jin tu, Soo Yoon akan kembali ke Canada semula so memang xde apa2 hubungan antara watak diorang tu. Aku tertarik gak dengan watak yang dikenali sbg "Agasshi" atau watak yg bernama (Kang Pil Sung) tu yang merupakan pembunuh bersiri dalam cite ni tapi die tak membunuh K.Hye Jin tu, die ni agak peramah juga bila bercakap dengan Soo Yoon, agak susah nak benci watak die ni di peringkat awal sebab die nampak baik, selalu cakap yang benar dan die juga yang membuka sedikit demi sedikit rahsia yang die tahu pada Soo Yoon, tapi pada episod akhir memang akan jadi benci dengan watak die n baru nampak die ni betul2 psiko sebenarnya. Soo Yoon merupakan mangsa yang cuba dibunuhnya tapi tak brjaya, dan agak susah juga nak meneka siapa yang membunuh kakak So Yoon tu sebab semua orang boleh jadi suspek, rasanya mesti ramai yg suspek ibu Kim Hye Jin iaitu Ji Sook yang cuba bunuh anak kandungya tapi tak sebenarnya. Tapi bila masuk episod 12 or 13 penonton mungkin dah boleh meneka siapa yang jadi pembunuh sebenar Kim Hye Jin.
Aku suka tengok pelakon yang pegang watak Kim Hye Jin tu sebab die nampak sangat cantik dalam drama ni, Tak sangka juga Ji Sook tu merupakan ibu kandung K.H.Jin sebab ingatkan die kakak KHJ tu tapi tidak. Sebenarnya Ji Sook ni semasa kanak2 pernah dirogol oleh perogol bersiri dan akhirnya mengandungkan K.Hye Jin, sebab tu die x boleh menerima kehadiran K.H.Jin ni. Awalnya aku ingatkan Ji Sook ni iaitu mak kim hye jin ni seorang yang psiko dan kejam tapi bila dah masuk episod akhir baru tahu yang die ni xlah sekejam yang disangka, die ni masih cuba untuk selamatkan K.H.Jin, kesian juga kat watak die ni. Aku suka OST/background muzik dalam drama The Village: Achiara's Secret ni sebab ianya menambahkan lagi suspen dan debaran bila menonton cite ni. Ending drama ni agak mengejutkan dan sangat sedih sebenarnya terutamanya untuk watak Ji Sook. Cuma ada beberapa persoalan yang tidak terungkai dan tak dijawab di episod akhir cite ni maybe penulis skrip cite ni nak kita berfikir sendiri kot huhuhu.
Antara persoalan yang tidak terjawab adalah kenapa nenek Soo Hyun membunuh diri bila terima surat dari Achiara tu? masa di episod 1, kemudian siapa yang bertanggungjawab membuatkan keluarga Soo Hyun terbunuh dalam kemalangan? dan kenapa Soo Hyun dianggap telah mati tapi sebenarnya die masih hidup?. Aku juga tak puas hati bila suami Ji Sook yang merupakan orang berpengaruh serta ahli politik yang jahat tu tak mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya tapi sebaliknya terlepas? pastu sekutunya tu pun terlepas juga siap palsukan kematian sendiri, jahat betul diorang ni, maybe diorang ni juga yang merancang dan membuatkan keluarga Soo Hyun terbunuh masa Soo Hyun masih kecil tu, apapun benda ni semua kita kena fikir sendirilah kan, Apapun di episod akhir cite The Village: Achiara's Secret ni ni ada tunjuk yang polis akan terus menyiasat kes suami Ji Sook ni. Apapun memang tak bosan menonton drama ni dan kita akan sentiasa tertunggu-tunggu episod yang seterusnya. Aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Sinopsis The Village: Achiara's Secret

Achiara is a quiet, peaceful village with hardly any crime. However, on her first day in the town, English teacher Han So-yoon discovers a buried corpse. As the townspeople speculate on the identity of the dead person and the reason she was killed, rookie policeman Park Woo-jae – who has finally accomplished his dream of becoming a policeman after failing the exam three times – team up with So-yoon to uncover the secrets hidden in the seemingly idyllic town

Read More »

11 Dis 2015

Episod Akhir Drama Kau Aku Kita

Assalammualaikum..
Drama Kau Aku Kita telah pun tamat episodnya, ramai yang suka tengok drama Kau Aku Kita ni kan? sampai episod akhir cite ni pun trending di Twitter. Di episod akhir Kau Aku Kita ni, watak Janna Nick sebagai Iman masih ego dan marah dengan watak Syarul Ridzwan sebagai Aus tu. sampai mintak cerai semua. Memang kesian dekat Aus sebab susah betul nak pujuk Iman yang degil tu, sampai Rin pun bersemuka dengan Iman dan minta maaf pun still Iman masih keliru. Apapun suka tengok Aus yang gemar mengusik Iman tu dan last sekali Happy Ending, Iman dah x merajuk dah n berbaik semula dengan suaminya Aus hehehe. Lepas ni drama Kau Aku Kita akan diganti dengan drama lakonan Zahirah Macwilson dan Syukri Yahya yang bertajuk Cik Cinderella dan Encik Tengku.

Read More »

10 Dis 2015

20 Gaya Rambut Yang Menjadi Kegilaan Orang Malaysia Masa Dulu Hingga Kini

Assalammualaikum..
Gaya rambut yang mengikut trend terkini memang menjadi ikutan pada lelaki juga wanita, Kalau kita imbau dan imbas balik (throw back) sekitar tahun 80-an, 90-an, tahun 2000 dan sehinggalah n sekarang kita dapat tengok pelbagai jenis gaya rambut yang menjadi ikutan pada setiap zaman. Kalau kita perasan setiap gaya rambut memang akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan juga trend terkini. Tak kurang juga ramai yang terikut-ikut gaya rambut selebriti/artis pujaan masing2. Zaman 80-an gaya rambut panjang dan kerinting serta bercermin mata hitam memang sangat popular ketika itu maklumlah zaman rock kapak gitu. Lelaki dan perempuan kebanyakannya berambut kerinting hehehe. 
Zaman 90-an pula memang popular dengan gaya rambut pelik macam tempurung tu pastu muncul pula gaya rambut belah tengah yang membuatkan seseorang tu nampak innocent jer hahaha. Kemudian sekitar tahun 2000 muncul pula gaya rambut macam buah Nenas tu, ala2 rambut cacak n pacak tu hahaha. Pastu bila David Beckham potong rambut jadi Botak tu ramai pula lelaki nak turut jadi botak gak, ikut trend kononnya hehehe. Tu belum masuk lagi gaya rambut ala2 Mohawk, gaya blonde dan banyak lagi. So kalau korang nak tengok lebih banyak gaya rambut yang best2 dan terkini bolehla klik kat sini k --> 20 Gaya Rambut Yang Menjadi Kegilaan Orang Malaysia Masa Dulu Hingga Kini.. 
Read More »

9 Dis 2015

Anak Marian Rivera Yang Sangat Comel

Assalammualaikum..
Rasanya sape tak kenal pelakon cantik manis dari Filipina ni iaitu Marian Rivera kan. Banyak drama2 die dah ditayangkan di Malaysia ni. Tahun sudah Marian Rivera ni dah kahwin dengan pelakon juga iaitu Dingdong Dantes dan kini Marian telah pun ada anak, die baru jer melahirkan anak perempuan baru2 ini yang dinamakan Maria Letizia. Seriously anak perempuannya tu sangat comel dan cute okey, besar nanti mesti akan jadi cantik macam mak die gak hehehe. Terjumpa gak gambar Marian Rivera ni masa kecik2 dulu, mmg comel giler pastu chubby gitu hehehe. Tak silap aku mak Marian Rivera ni orang Filipina manakala bapanya orang Sepanyol. Manakala Suami Marian iaitu Dindong Dantes pun hensem so tentulah nak diorang pun comel habis. Gambar kat bawah plak adalah gambar Marian Rivera masa kecik2 dan juga gambar anaknya.
Read More »

8 Dis 2015

Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro)

Assalammualaikum
Drama Tersuka Tanpa Sengaja adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan mulai 7 Disember ini untuk menggantikan drama Tuan Anas Mikael yang telah tamat episodnya. Drama Tersuka Tanpa Sengaja ini juga merupakan adaptasi daripada Novel karya novelis Pena Kayu dan dilakonkan oleh Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam serta ramai lagi. Diarahkan oleh Keoi Haji Khalid dan merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Drama Tersuka Tanpa Sengaja ini mempunyai 16 episod dan merupakan kali kedua Emma Maembong dan Amyra Rosli bergandingan, kali pertama diorang berlakon sekali adalah dalam drama Astana Cinta Aleesa. Lagu Tema cite ni dinyanyikan sendiri oleh Amyra Rosli dan Amar Baharin. Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..
                                       
Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed Arif menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.

Lagu Tema / OST Tersuka Tanpa Sengaja
-> Cerita Kita nyanyian Amar Baharin dan Amyra Rosli
-> Senyum Lagi nyanyian Mark Adam dan Qierra

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017