29 Apr 2015

Sinopsis Filem Pilot Cafe

Assalammualaikum..
Filem Pilot Cafe yang diapdatasi dari novel karya Ahadiat Akashah yang judulnya juga sama akan mula menjengah ke pawagam bermula 30 April ini. Filem Pilot Cafe ini dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Eizlan Yusof, Keith Foo dan ramai lagi. Aku sendiri mempunyai koleksi Novel Pilot Cafe ini sekali dengan sambungan Novel Pilot Cafe yang seterusnya. So kalau tengok dari versi novelnya memang best, hope versi filemnya pun akan best laa juga kan hehehe. Aku juga suka dengan lagu tema Filem Pilot Cafe ini yang berjudul Untuk Cinta nyanyian Hafiz dan Adira. Memang sesuai sangat lagu tu dengan filem ni. Apapun pastinya lepas Filem Pilot Cafe ni pastinya ada sambungannya nanti Pilot Cafe 2 sesuai dengan novelnya. Apapun lepas habis Pilot Cafe ni, novel Ahadiat Akashah yang mana pula akan diadaptasi lagi ek.??Apapun jom layan Sinopsis Filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Pilot Cafe

Mengisahkan tentang kehidupan seorang Pilot (Juruterbang) yang bernama Ameer Reza (Fahrin Ahmad). Ameer gemar berfoya-foya dan memainkan perasaan wanita. Hidupnya bergelumang dengan maksiat. Namun segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabat baiknya Harris yang maut ketika bertugas sebagai Juruterbang. Ameer mula sedar yang hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan dan dirinya insaf serta ingin pulang ke pangkal jalan. Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan membuat keputusan untuk mengusahakan sebuah restoran yang diberi nama Pilot Cafe.

Di saat kerjaya baru semakin stabil, Ameer bertemu dengan seorang gadis kampung yang bernama Maya. Melihat keadaan Maya yang berada dalam ketakutan membuatkan Ameer terus menghulur bantuan. Ameer membuat keputusan untuk membantu Maya dengan harapan dapat menebus dosa silamnya yang lalu. Sedikit demi sedikit Ameer mula mengetahui kisah hidup Maya dan punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur. Maya kini berbadan dua kerana terlanjur dengan kekasihnya Rashid (Remy Ishak). Ameer juga mula terkenangkan Sharmila (Neelofa) iaitu salah seorang gadis yang ditidurinya dan tanpa sedar dia juga tertarik padanya namun Sharmila telah menghilangkan diri, selepas Ameer menyuruhnya mengugurkan kandungannya.

Ameer mengambil keputusan untuk menjaga Maya dan memberikan perhatian pada anak yang dikandung Maya. Ini sebagai satu cara untuk Ameer menebus rasa bersalah terhadap semua wanita yang pernah die sakiti sebelum ini. Maya turut meminta Ameer menyamar sebagai suaminya demi memperbaiki hubungan bersama ibu bapanya. Di saat Ameer sedang bahagia bersama Maya, Sharmila muncul bersama seorang anak kecil. Anak kecil itu adalah anak Ameer dengan Sharmila manakala Maya pula ingin kembali pada kekasihnya Rashid. Ameer membatalkan hasratnya untuk meluahkan perasaan cintanya pada Maya setelah Maya memberitahu ingin kembali pada Rashid. Apa yang bakal jadi seterusnya??.

28 Apr 2015

Lagu & Lirik Untuk Cinta Nyanyian Hafiz Feat Adira (OST Pilot Cafe)

Assalammualaikum..
Best plak lagu duet Hafiz dan Adira ni yang bertajuk Untuk Cinta yang juga lagu tema/Ost Filem Pilot Cafe. Lagu ni bagi aku sedap jer n bakal meletup macam lagu Ombak Rindu dulu tu hehe..Memang sesuai sangat lagu ni dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, tambahan lagi pencipta lagu ni adalah orang yang sama mencipta lagu Ombak Rindu dulu tu. Apapun memang best dan layannn lagu ni hehe..Jom tengok lagu dan liriknya kat bawah ni k..
Lirik Lagu Untuk Cinta- Hafiz & Adira (OST Filem Pilot Cafe)


Kau tunjuk kan aku

yang memangnya tak pernah tahu
erti sebenarnya cinta
dari jiwa
bukan hanya dari mata


Kau ajar hati ku
kasih setulus seikhlas nya
tak pernah mengalah
walau kan terpisah
sedikit pun tak berubah

Namun
tak kan menjadi milik ku
cinta bukan tercipta untuk ku

Tolong jaga lah diri nya buat diri ku
jangan biar luka lagi hati nya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta
akan ku pendam kan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula..

Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi bawa diri
yang telah rela
dan mengerti oh

Dan disini saja
berakhir nya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima
tentuan nya oh


27 Apr 2015

Shine Or Go Crazy - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Shine Or Go Crazy yang dilakonkan oleh Jang Hyuk, Oh Yeon Seo, Lee Ha Nui, Im Ju Hwan dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 24 episod dan bergenre Romantik, Fantasi serta Sejarah. Awalnya aku malas gak nak tengok drama ni sebab drama ni bukan drama moden tapi drama yang berlatarbelakangkan Sejarah iaitu Zaman Goryeo tu. Tapi last2 aku tengok gak sebab hero dan heroin drama ni memang aku suke gak. Tajuk drama ni bukan main moden lagi iaitu Shine Or Go Crazy macam tak sesuai plak untuk digunakan dalam drama2 zaman dulu ni. Tapi bila dah tengok drama ni barulah faham kenapa tajuk drama ni sedemikian rupa sebab memang ada kena mengena pun. Hero drama ni Jang Hyuk memang sentiasa berambut panjang dalam drama ni. 
 Heroin drama ni iaitu Oh Yeon Seo memang lawa dalam drama ni, comel dan sweet jer, memang muka die sesuai dengan watak yang lemah lembut, puteri lah katakan berbeza sangat dengan lakonannya dalam drama Jang Bo Ri Is Here, yang mana dalam drama ni die sangat kasar hehe. Gandingan Oh Yeon Seo dan Jang Hyuk kira okeylaa gak. Dalam drama ni banyak gak adegan lawan2 pastu pelakon yang pegang watak abang kepada Jang Hyuk serta raja dalam drama ni sangat familiar bagi aku, ingat punya ingat rupanya die lah Ryu Seong Soo yang ada muncul dalam Running Man untuk episod Mafia Games dengan episod RM versi Snow White tu hehehe aku kenal die sebab Running Man, kalau tak memang tak kenal langsunglah, tapi okeylaa die boleh berlakon dengan baik sebagai Raja yang tertekan, kerana dirinya tidak ada kuasa kerana die hanyalah raja boneka dan semua kuasa dipegang oleh Menteri.
Dalam drama ni banyak gak scene2 lawak antara watak Jang Hyuk sebagai Wang So dan juga watak Oh Yeon Seo sebagai Shin Yool/Gaebong. Shin Yool selalu keluar berpakaian lelaki bagi memudahkan pergerakannya, namun Wang So benar2 menyangka Shin Yool adalah lelaki, die langsung tak pernah terfikir akan kemungkinan yang Gaebongnya tu adalah perempuan jadi banyaklah perkara lucu berlaku. Tapi kalau pikir logik memang bengong betullah Wang So ni sebab Shin Yool ni walaupun berpakaian lelaki tapi mukanya tetap ada make up tau hahahaha. Antara part sedih dalam drama ni masa Se Won tu mati, Se Won ni adalah abang kandung Shin Yool tapi diorang terpisah sejak kecil dan Se Won telah diculik lalu akhirnya die menjadi pembunuh upahan. Sayangnya Shin Yool sampai ke sudah tak tahu yang Se Won adalah abangnya. Sedangkan Se Won tahu Shin Yool adiknya, rugi betul, kalau tak mesti sweet tengok reunion adik beradik tu.
Watak Im Ju Hwan sebagai Wang Uk/Wang Wook juga kadangkala agak annoying juga, sebab kadangkala perangai die macam budak2 jer. Die selalu rasa jealous dengan Wang So. Selain tu Wang Wook juga suka pada Shin Yool maka berlakulah cinta tiga segi kat sini iaitu antara Wang Wook, Wang So dan Shin Yool. Aku suka gak watak Yeo Won yang merupakan isteri kepada Wang So, die ni bijak dan tegas, tapi kadangkala aku x pasti sama ada die betul2 sayangkan Wang So atau tidak, tapi die memang x suka tengok Wang So rapat dengan Shin Yool, sebab die pernah cuba nak bunuh Shin Yool. Namun akhirnya die dan Wang So akan berpakat untuk mencari jalan menumpaskan Wang Sik Ryeom. Aku juga suka part Raja nak serahkan takhta pada Wang So sebab masa ni die dah waras dan bertindak dengan betul dan tidak lagi dibawah pengaruh Wang Sik Ryeom. OST/lagu tema drama ni juga sedap2 belaka. 
Ending drama ni agak sedikit konfius sebab ramai juga yang keliru adakah Shin Yool dan Wang So akan bersatu. Ending drama ni nak kata happy ending sangat tak juga nak kata sad ending pun tak la juga, sebab setelah Wang So jadi raja memang Wang Soo ada ajak Shin Yool tinggal di Istana namun Shin Yool menolak sebaliknya die ada impian sendiri nak mengelilingi dunia dan ingin ke India terlebih dahulu. Manakala Wang So terus menjadi raja dan kemudian ada anak2 pastu die jadi tua dan akhirnya Shin Yool dan Wang So bertemu di syurga. Lebih kurang gitulah ending die yang aku fahamlah hahaha. Apapun kesian juga kat Wang Wook sebab die juga bersendirian dan bawa diri lepas Wang So jadi raja, die putuskan ingin pergi mengembara. Boleh tahan juga drama ni jadi aku bagi 3.4 bintang dari 5 bintang untuk drama ini.

Sinopsis Shine Or Go Crazy

Wang So dilahirkan sebagai putera raja Goryeo, Namun disebabkan ramalan yang mengatakan Wang So akan membuatkan Goryeo menjadi negara berdarah maka dirinya telah dibuang dari istana lalu digelar dengan gelaran putera yang disumpah. Wang So juga dibenci oleh ibu kandungnya sendiri disebabkan ramalan terbabit. Wang So membesar di kawasan pergunungan dan dirinya juga kehilangan hak sebagai pewaris takhta. Setelah Wang So besar, die dipanggil semula ke istana oleh ayahnya. Satu konspirasi berlaku dan ayah Wang So diracun. Wang So dan seorang pengikut ayahnya mengejar penjahat yang meracun ayahnya hingga ke suatu tempat yg digelar Gaebong. Disana die bertemu dengan Shin Yool lalu dipaksa untuk menjadi Suami sementara Shin Yool. Disebabkan kesian die terpaksa setuju lalu berkahwin dengan Shin Yool untuk 1 hari jer. Shin Yool tidak mengetahui identiti Wang So manakala Wang So juga tidak melihat muka Shin Yool kerana Shin Yool memakai penutup muka.
Wang So kemudian beredar dan mencari penawar untuk racun yang ada dlm badan ayahnya. Namun semua telah terlambat, walaubagaimanapun ayahnya ada meminta Wang So untuk menunaikan beberapa hasratnya antaranya Wang So akan dikahwinkan dengan Puteri Yeo Won. Setelah itu ayah Wang So yang juga raja negara Goryeo pun mangkat. Kemudian Wang So menjalankan misinya secara senyap2, die juga berpura-pura tidak peduli tentang apa yg berlaku di istana. Wang Wook dicanang-canang menjadi calon raja yang seterusnya. Hubungan Wang So dan isterinya juga dingin. Shin Yool jatuh cinta pandang pertama pada Wang So lalu sengaja berpindah dari Gaebong ke Goryeo untuk mencari-cari Wang So. Shin Yool tidak mengetahui hakikat yang perkahwinannya dengan Wang So bukanlah perkahwinan diraja dan jika hal ini diketahui umum maka mereka berdua akan dijatuhkan hukuman mati.
Yeo Won isteri Wang So dan Wang Wook mengetahui akan perkahwinan pertama Wang So dan mereka cuba mengelakkan rahsia ini dari pecah dan sampai ke pengetahuan menteri jahat yang bernama Wang Sik Ryeom. Suatu pertandingan khas diadakan untuk semua putera2 raja bagi menentukan pengganti raja yang seterusnya. Wang So membuat kejutan dengan memenangi pertandingan tersebut dan Wang Wook kalah. Wang So juga sedaya upaya mencari bukti2 mengenai kesalahan Wang Sik Ryeon bagi menghalang die dari terus berkuasa. Wang Sik Ryeom menggunakan Shin Yool bagi menghalangWang Wook dan Wang So dari bersatu untuk menumpaskannya. Walaubagaimanapun rahsia perkahwinan pertama Wang So terbongkar dan Wang So dan Shin Yool ditangkap dengan helah Wang Sik Ryeom, Wang Wook dan Yeo Won cuba menyelamatkan kedua-dua mereka.

Review Drama Lakonan Jang Hyuk dan Oh Yeon Seo yang terdahulu-

26 Apr 2015

Permainan Best Masa Dulu2 - Main Getah

Assalammualaikum..
Zaman aku kecik2 dulu, ni antara permainan yang selalu budak perempuan main masa waktu lapang. Aku panggil permainan ni Main Getah / Lompat Getah. Mungkin kat tempat lain, nama permainan ni berbeza sikit hihi. Kalau ada yang terror lompat tu, maybe boleh lompat sampai paras kepala gitu hihi. Sekarang ni budak-budak semua main games dalam phone/laptop jer kan, x taulaa ada lagi ker yg main permainan ni..Apapun ni semua kenangan time kecik2 dulu..

25 Apr 2015

CPUV Nuffnang Edisi April



Assalammualaikum..
Alhamdulilah inilah antara Cpuv yang diterima dari Nuffnang..untuk bulan April tahun 2015 ni iaitu Chipsmore 25th Anniversary, Mcdonalds - Frozen Fanta, Sunsilk Pink Variant, TGIF - Meal For Two, Digi Postpaid & IKEA - Bed & Bath. Ada juga beberapa CPUV lain yang dah credit, tapi aku tak sempat nak buat entry plak. Apapun Terima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.

22 Apr 2015

Hoo Goo's Love - Sesi Review Drama Korea


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Hoo Goo's Love / Fool's Love. Drama ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Choi Woo Shik, Uee, Lim Seulong, Lee Soo Kyung dan ramai lagi. Drama ini bergenre Romantik Komedi dan baru saja habis ditayangkan di Korea pada penghujung Mac yang lalu. Sebelum ini hero drama ini iaitu Choi Woo Shik kerap kali memegang watak pelakon pembantu contohnya dalam drama Rooftop Prince, Fated To Love You dan lain2 lagi. Sekarang ni dah jadi pelakon utama gitu. Aku sangat suka dengan lakonan dan watak Seulong dalam drama ini iaitu sebagai Byun Kang Chul berbanding wataknya dalam drama Hotel King sebelum ini yang agak boring. Watak Seulong memang sangat lawak dalam drama ni hehe. Drama ni menarik sebab ada kejutan yang tak disangka berlaku antara watak Seulong sebagai Byun Kang Chul dan juga watak Kang Hoo Goo.
Awalnya aku agak stress juga dengan watak Choi Woo Shik sebagai Kang Hoo Goo tu, sebab die ni sangat naif dan terlampau baik hati, sanggup buat apa jer demi perempuan yang die suka iaitu Do Do Hee. Begitu juga dengan Watak Uee, pada awalnya aku sangka die agak jahat dan nampak die macam sengaja nak perangkap Hoo Goo ni, namun sebenarnya aku salah sebab Do Do Hee ni memang ikhlas sukakan Hoo Goo cuma kita sebagai penonton memang x boleh mengagak langsung yang Do Do Hee sukakan Hoo Goo sebab die pandaikan sembunyikan reaksinya dan berlakon macam takde perasaan jer kat Hoo Goo. Bila dah di pertengahan episod barulah kita tahu yang Hoo Goo adalah cinta pertama Do Do Hee. Kiranya Hoo Goo tak bertepuk sebelah tangan lah kan. Cuma aku tak berapa suka dengan rambut Hoo Goo yang kerinting tu tapi di pertengahan cerita die akan potong rambut so nampak lah lebih qiut gitu hehe. Dalam drama ni banyak gak babak-babak imbas kembali ketika Hoo Goo, D.Do Hee dan B.Kang Chul berada di zaman persekolahan mereka dulu.
Watak adik perempuan Hoo Goo iaitu Kang Hoo Kyung juga agak menarik, dimana die seorang yang sangat kasar dan slumber jer bila di rumah namun bila die keluar rumah bukan main feminin lagi hehe, die juga bijak memahami psikologi lelaki dan Byun Kang Chul adalah cinta pertamanya. Drama ni menjadi makin menarik bila Byun Kang Chul sukakan Hoo Goo dan menyangkakan dirinya gay disebabkan satu insiden yang berlaku namun sebenarnya semua tu salah faham jer. Disebabkan salah faham semua benda jadi kucar kacir, Hoo Goo salah faham dan menyangka Byun Kang Chul adalah kekasih Do Do Hee dan ayah kepada baby Do Do Hee. Perkara ni jadi makin lawak bila Byun Kang Chul yang cerewet tu membenarkan Do Do Hee tinggal sementara di rumahnya, kerana ingin berjumpa Hoo Goo setiap hari kerana Hoo Goo menjadi babysitter kepada baby Do Do Hee yang baru lahir tu.
Lakonan Seulong memang terbaiklah x leh blah betul part yang die salah faham yang dirinya gay dan sukakan Hoo Goo, penampilan Seulong dalam drama ni juga kemas dan segak maklumlah lawyer lah katakan. Drama ini juga akan membuat kita sentiasa tertanya-tanya siapa bapa/ayah kepada anak Do Do Hee tu sebab die sangat berahsia tentang benda ni. Byun Kang Chul juga menafikan yang die adalah ayah kepada baby D.D.Hee. Namun di hujung2 Jalan cerita barulah perkara sebenar terbongkar yang Do Do Hee sebenarnya dirogol oleh orang yang dikenalinya. Awalnya Do Do Hee ingin merahsiakan benda ni kerana takut reputasi dan nama baiknya terjejas di mata masyarakat kerana Do Do Hee adalah Perenang Kebangsaan. Namun die akhirnya berjaya diyakinkan dan bertindak membuat laporan polis. Aku juga suka tengok scene lawan antara Hoo Goo dan Byun Kang Chul tu, lawak giler sebab diorang bergaduh macam budak2 hihi comel giler hahaha.
Aku juga sukakan hubungan adik beradik antara Hoo Goo dan Hoo Kyung, diorang saling nasihat-menasihati antara satu sama  lain sweet jer. Tapi memang tak boleh blah dengan penerimaan masyarakat bila isu rogol D.Do Hee terbongkar, semua tidak mempercayai Do Do Hee sebaliknya menyalahkan dirinya plak. Ending drama ni juga macam sedikit kelam kabut sebab tak diterangkan dengan jelas apa yang terjadi dengan kes rogol Do Do Hee ni dan orang yang merogol Do Do Hee ni macam terlepas jer dari hukuman. Namun ending drama ni still happy ending sebab Hoo Goo menerima Do Do Hee seadanya dan diorang berkahwin dan Do Do hee terus cemerlang dalam kerjayanya. Apapun best gak drama ni, banyak benda lawak yang terjadi, namun diselitkan gak dengan babak2 sedih. Layannn gitu tak rugi menonton drama ni, aku bagi 3.8 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

21 Apr 2015

Drama Bencinta Slot Samarinda TV3 Episod 7 Hingga 9

Klik Link dibawah untuk membaca Sinopsis Drama ini dan menonton online drama Bencinta episod 7, 8 dan 9. Selamat Menonton yer.

20 Apr 2015

Drama Hati Perempuan Episod 9 Hingga 12

Klik Link dibawah untuk membaca Sinopsis Drama ini dan menonton online drama Hati Perempuan episod 9, 10, 11 dan 12. Selamat Menonton yer.

18 Apr 2015

Review Running Man Episod 242 Guest Yong Hwa, Lee Hong Ki & Jung Il Woo

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Running Man episod 242 yang mana guestnya terdiri daripada top star iaitu Yong Hwa (CNBLUE) Lee Hong Ki (FT Island) dan Jung Il Woo. Yong Hwa dan Hong Ki merupakan vokalis kumpulan masing2 dan turut bergelar pelakon. Manakala Jung Il Woo sememangnya pelakon. Macam reunion pulak bila Yong Hwa dan Hong Ki berada dalam satu program yang sama, sebab sebelum ni diorang pernah berlakon dalam drama yang sama iaitu Your Beautiful bersama Jang Geun Seuk dan Park Shin Hye, popular drama tu. Episod 242 ini antara episod favourite aku selain episod 236 yang mana guestnya adalah Shinhwa dan ZE:A. Namun episod 236 tu aku x sempat lak nak buat reviewnyer hehehe. Istimewanya Running Man episod 242 adalah disebabkan mission/game yang diorang main adalah cadangan dari peminat2 Running Man tu sendiri worlwide gitu.
Pembahagian ahli kumpulan terdiri daripada 3 Vs 7 yang mana kumpulan 3 orang ahli diketuai oleh Kim Jong Kook dan ahli yang dipilih sendiri oleh KJK ni adalah Kwang Soo dan Jung Il Woo. Reaksi Jung Il Woo apabila terpilih untuk masuk team KJK agak lawak apabila die macam blurr jer hehe maklumlah die jarang join variety show ni. Manakala Yong Hwa pula ingat die yang terpilih masa ni hehe. Game pertama yang diorang main adalah What time is it Mr Wolf. Game ni nak sama dengan permainan yang popular kat Malaysia ni masa aku kecik2 dulu iaitu Pukul Berapa Datuk Harimau. 
Tak tau laa budak2 sekarang masih main lagi ker permainan macam ni sebab semua sekarang mengadap komputer jer kan hahaha. Syok gak tengok Running Man main game ni, qiut jer, KJK yang jadi Mr Wolf nyer. Dalam game ni banyak gak insiden lawak yg berlaku contohnya bila semua tengah lari boleh plak HaHa buat U-Turn, mmg die out la pastu kan hehe. 
Gelagat Jaesuk, dan Gary masa main game ni pun lawak. KJK lari sangat laju tapi still tak boleh lawan larian Yong Hwa yang lajuu giler sampai KJK x dapat nak singkirkan Yong Hwa. Akhirnya team KJK kalah dan Jaesuk yang ada 7 ahli tu menang. Game seterusnya KJK dah x dapat bermain dan hanya boleh jadi pemerhati jer, so Jung Il Woo yang jadi wakil kumpulan KJK. Dalam game ni diorang main byk mini games contohnya diorang main fishing bottle yang mana memasukkan pensel di dalam botol dan game ini dimenangi oleh J.Il Woo. Kemudian diorang main game Zombie, namun Jung Il Woo kalah n agak kepenatan main game ni sebab yang lain2 pandai betul mengelak dari ditangkap hehe. Seterusnya diorang main game tembak2 dengan pistol air tu, dalam game ni diorang kena lari n cepat2 ambil pistol air n tembak ke muka pihak lawan.
Dalam game tersebut banyak betul benda lucu berlaku contohnya masa Jaesuk asyik provoke KJK tu dan buatkan KJK betul2 ingin menarik Jaesuk keluar dari situ dan Jae Suk cepat2 menyuruh jurukamera agar mengikutnya hehehe adoii lawak betul part ni. Lepas Jaesuk kena tarik dgn KJK tiba lah giliran Suk Jin pula hihi. Selain tu part Suk Jin dan HaHa yang mengubah line/garis permulaan tu juga lawak, apabila team Kim Jong Kook langsung x perasan yang line untuk kumpulan lawan dah berubah dan menjadi lebih dekat berbanding mereka. 
Part KJK tiba2 datang pada HaHa tu juga lawak bila semua orang ingat KJK dah perasan akan hal sebenar namun sampai sudah KJK tak tahu hinggalah Kwang Soo yang nampak dan beritahu, barulah KJK tahu. Lawak tul, Hong Ki pula agak comel dengan sikapnya yang bersungguh-sungguh masa permulaan permainan tapi bila die kalah, terus sedih hehe. Game yang diorang main berdasarkan luck tu tak ditunjukkan sangat, sikit jer dorang tunjuk yang mana Kwang Soo kalah dan Song Ji Hyo menang.
Last game yang diorang main adalah game Hide and Seek. Memang ramai yang suka dan gemar tengok Running Man main game ni kan. Ternyata team KJK yang terdiri drp Kwang Soo dan J.Il Woo sangat happy bila diorang tahu yang diorang akan jadi pihak pencari dan memakai loceng di kasut. Diorang hanya perlu mencari team Jaesuk jer tanpa perlu stress2 dan fikir pasal penyingkiran sebab mereka tidak mungkin tersingkir. Namun bagi team Jaesuk n the geng, diorang sangat tak suka sebab perlu bersembunyi sambil mencari huruf2 Running Man. Banyak gak komen2 yang aku baca cakap game ni kurang adil sikit untuk team Jae Suk sebab diorang x dapat singkirkan team KJK. Tak kisahlah adil ke x yang penting lawak hehehe. Ternyata Jung Il Woo sangat rajin mencari dan menyingkirkan team Jae Suk. Gary dan Yong Hwa antara orang terawal yang tersingkir. Sayang plak Yong Hwa  tu tersingkir awal. Manakala Hong Ki adalah ahli terakhir yang tinggal namun nasib tak baik masa die lari dari Il Woo tu, die terserempak pula dengan Kwang Soo lalu tertangkap.
Apapun kelihatan Jung Il Woo happy jer masa main game ni. Manakala Kwang Soo pula asyik terkejut dengan ahli kumpulan sendiri hehehe. Contohnya masa die terserempak dengan J.Il Woo bukan main terkejut lagi pastu terkejut pulak bila bertemu dengan KJK hehe. Kwang Soo juga menghadapi kesukaran mencari team lawan, sorang pun die x jumpa kecuali lepas Suk Jin tersingkir dan last sekali die terserempak dengan Hong Ki. Akhirnya team KJK yang menang. Apapun memang layannn episod ni.

16 Apr 2015

Sinopsis Drama Ayuni Safira Slot Ratu TV9

Assalammualaikum..
Drama Ayuni Safira adalah drama terbaru di Slot Ratu Tv9 yang menggantikan drama Nasuha yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 14 episod dan dilakonkan oleh Aqasha, Siti Saleha, Maria Farida, Afiq Muiz dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada cerpen yang berjudul Hello My Slave. Kalau nak baca cerpen tersebut bolehlaa klik -> SiNi.. Bila dah baca cerpen tersebut memang konform best drama ni hehehe. Drama Ayuni Safira akan ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.30 malam di Tv9. Jom baca Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Ayuni Safira

Mengisahkan Ayuni Safira yang terpaksa berkahwin dengan Zafran bagi mengelakkan dia dari masalah besar. Manakala bagi Zafran pula, dia berkahwin dengan Ayuni Safira bukanlah kerana menyintai gadis itu tetapi memenuhi kehendak ibunya untuk membalas dendam kepada ibu Ayuni Safira. Ibu Zafran menyimpan dendam pada ibu Ayuni Safira kerana pernah memusnahkan rumahtangganya dulu. Setelah berkahwin Zafran mula merasakan dirinya sudah jatuh cinta pada Ayuni Safira. Apa yang bakal berlaku seterusnya, kena la tengok drama ni nanti k..

14 Apr 2015

10 Sebab Kenapa Wanita Dilarang Memilih Suami Orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU 
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA 
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak. 

3. HUBUNGAN SECARA SULIT 
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang! 

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG 
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat! 

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? 
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain! 

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU 
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan. 

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN 
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan! 

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI 
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!) 

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita ! 

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA 
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

11 Apr 2015

Drama Bencinta Slot Samarinda TV3 Episod 1 Hingga 6

Klik Link dibawah untuk membaca Sinopsis Drama ini dan menonton online drama Bencinta episod 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Selamat Menonton yer.