-->

30 Mac 2015

Sinopsis Drama Hati Perempuan Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Hati Perempuan adalah drama terbaru untuk Slot Akasia bagi menggantikan drama Teman Lelaki Upahan yang telah tamat episodnya baru-baru ini. Drama ini mempunyai 28 episod dan dilakonkan oleh Mia Ahmad, Syarul Ridzwan, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama Hati Perempuan ini adalah adaptasi daripada novel yang judulnya juga sama karya Nur Ain Al-Abbas. Rasanya drama ni juga tentu akan popular seperti drama-drama terdahulu di Slot Akasia ini. Apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Hati Perempuan

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. 
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia Tv3.

7 ulasan:

  1. mcm best tapi tak terfollow ni sbb balik rumah bnyk nak buat

    BalasPadam
  2. macam bosan je cite,,hahhaha.

    tapi nanti kita tengok ok ke idok kan ?
    aissh , masih rindu dengan el & kyra gitweww

    Jom jalan sini
    http://ailinbest.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Terjebak jugak ngan cite ni..best pulak nak folo jln cite.

    BalasPadam
  4. Hari pertama watak t-rex mcm xsesuai.. Hari seterusnya watak dia cam comel jer..suke3x

    BalasPadam
  5. best Sgt citer nii

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017