28 Mac 2015

Kill Me Heal Me - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang aku dah tengok baru-baru ini iaitu Kill Me Heal Me. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Ji Sung, Hwang Jung Eum, Park Seo Joon dan ramai lagi. Drama ni memang popular dan patut tonton lah untuk semua peminat Drama Korea, sebab drama ni memang sangat menghiburkan. Drama ni bergenre Romantik Komedi namun diselitkan gak elemen2 sedih dalam drama ni. Drama ini sememangnya menjadi drama favourite aku. Pada peringkat awal, drama ini menghadapi masalah dalam pemilihan pelakon utama kerana pelakon yang menjadi pilihan awal untuk memegang watak utama, telah menolak untuk berlakon dalam drama ni. Hyun Bin telah menjadi pilihan awal namun sebaliknya Hyun Bin telah menolak drama ini dan memilih drama Hyde Jekyll, me. Kemudian watak utama drama ni telah ditawarkan kepada Lee Seung Gi, namun L.S.Gi juga menolak dan seterusnya watak utama drama ini menjadi milik Ji Sung.
Perkara yang sama turut berlaku dalam pemilihan heroin untuk drama ni. Akhirnya Hwang Jung Eum telah menerima tawaran drama ni, sekaligus berpasangan dengan Ji Sung buat kali kedua selepas mereka suksess dengan drama yang bergenre Melodrama iaitu Secret. Sememangnya gandingan Ji Sung dan Hwang Jung Eum sangat serasi, mereka berdua berjaya membawa watak mereka dengan berkesan. Ji Sung terutamanya berjaya dengan cemerlang membawakan watak sebagai Cha Do Hyun yang mempunyai gangguan psikologi yang dikenali sebagai D.I.D Dissociative Identity Disorder (multiple personality disorder). Bukan mudah untuk melakonkan watak yang mempunyai 7 personaliti yang berbeza iaitu sebagai Cha Do Hyun, Shin Segi, Perry Park, Ahn YoSeob, Ahn Yo Na, Nana dan Mr X. Ternyata Ji Sung memang terbaik dan harus menang award nanti hehehe.
Antara banyak2 personaliti tu, yang paling best dan kelakar semestinyalah personaliti sebagai Ahn Yo Na, serius memang lawak giler, Ahn Yoo Na ni adalah remaja perempuan yg berusia 17 tahun, yang suka stalk artis serta x boleh tengok lelaki hensem hahaha. Tak leh blah part Yoo Na dengan taglinenya oppppaaaa yang asyik gilakan abang Oh Ri Jin iaitu Oh Ri On. Kesian jugalah kat Oh Ri On yang teruk dikerjakan oleh Ahn Yoo Na ni haahahaha. Seterusnya personaliti yang agak kelakar juga iaitu Perry Park, suka dengar die cakap loghat die tu, unik giler.
Hobi Perry Park ni adalah buat Bom hihihi, dasyat betul hobi die ni. Seterusnya aku suka gak dengan Shin Se Gi, die ni kasar, gemar bergaduh dan sentiasa suka cari pasal, die juga unik dan ada style sendiri. Aku suka tengok Shin Se Gi dengan Oh Ri Jin, diorang sangat cute, paling best bila Shin Se Gi terpaksa ikut cakap Oh Ri Jin walaupun kadang2 die melawan gak tapi still comel jer.
Selain itu lagu tema/Ost drama ni juga sangat best dan awsome okey, aku sampai gi download lagu tema drama ni pastu masukkan lagu ni dlm phone hehe. Paling best lagu tema die yang ada part Rap tu, lagu tu sentiasa diulang-ulang dalam drama ni, mmg syok dengar. Aku juga sempat usha video-video kat youtube masa diorang shooting semua. Wah memang nampak bersungguh-sungguh para pelakon drama ni dalam menjayakan watak masing2. Sempat gak aku tengok video yg macam bloopers iaitu scene2 tak jadi tu, mmg kelakar giler. Ni adalah kali pertama aku rajin gi tengok video2 tu semua, slalunya aku xdelaa rajin sangat sampai nak godek2 video kat youtube pasal drama ni hahaha. Personaliti Mr X mmg misteri, personaliti ini hanya akan muncul di episod akhir drama ni. Kemudian barulah semua misteri terjawab.
Kesemua scene2 kelakar dalam drama ni memang terbaik dan menjadi, comel jer Ji Sung jadi budak perempuan tu, siap boleh gi tarik-tarik rambut dengan Hwang Jung Eum tu hahaha. Part paling sedih giler dlm cite ni adalah ketika setiap personaliti mula menghilang dan lenyap terus tu, siap sempat ucap selamat tinggal lagi kat watak Oh Ri Jin tu. Memang sedih part ni, seterusnya drama ni juga berjaya buat penonton tertanya-tanya mengenai misteri Soo Jin Group yang banyak rahsia tu serta sebab Cha Do Hyun trauma hingga mewujudkan banyak personaliti dalam dirinya. Memang susah nak merungkai segala misteri sehinggalah ke episod berapa ntah barulah penonton menemui jawapan sebenar. Selain itu drama ni juga menarik kerana ada kejutan dan twistnya yang mana pemilik sebenar nama Cha Do Hyun adalah Oh Ri Jin dan Cha Do Hyun tu sebenarnya adalah Joon Young. Memang x sangka twist die gitu hehe.
Apapun memang tak rugilah tengok drama ni, walaubagaimanapun ramai penonton atau penggemar drama korea suka membuat perbandingan antara drama Kill Me Heal Me ini dengan drama Hyde, Jekyll, Me, sebab kedua-dua drama ni mengupas isu yang sama iaitu mengenai masalah psikologi iaitu D.I.D. Apapun kedua-dua drama ni tetap ada perbezaannya jugak. Walaubagaimanapun ramai berpendapat Drama Kill Me Heal Me lebih best dan tak membosankan. Apapun semua pendapat masing2, apapun bagi aku, drama ini mmg menghiburkan dan aku bagi markah penuh iaitu 5 bintang untuk drama ini.
Baca gak Entry kat bawah ni yer..

Review Drama Lakonan Ji Sung dan Hwang Jung Eum yang terdahulu =

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 ulasan:

mummy_ayu berkata...

Ayu tgh tgk cita nie...baru masuk episod 7. tu pun tgk online..kat hp jer. wah..menariks tu..sapa Joon Young tu? and..apa yer tajuk lagu ost nie..nak cari gak download la..memang best!

Hanis Amanina berkata...

sy suka ost dia :) yg hallucination tu

Nurul Says berkata...

selamat berhujung minggu

Tanpa Nama berkata...

skm..muss bnau pnya fb apa...minat sgt dgn blog awk...

Black Lady berkata...

Sy wt cover melayu untuk ost "kill me heal me" utk lagu unspeakable secret.
Klu sudi, jenguk la ye kat youtube. Hehe.

Tanpa Nama berkata...

saya dh tgk heal me kill me ni... best sangat...
tak rugi tgk...kelakar pn ada...5⭐⭐⭐⭐⭐

Tanpa Nama berkata...

cerita yg sgt best...5⭐⭐⭐⭐⭐
tak rugi tengok..

Related Posts with Thumbnails