22 Mac 2015

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015

Assalammualaikum..
21 Mac yang lalu berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 DFKL2015. AG dan Yana Samsuddin bertindak sebagai pengacara/hos DFKL 2015. Antara kejutan yang berlaku Keputusan Anugerah DFKL ini adalah apabila Ayda Jebat tewas ditangan Amyra Rosli namun Ayda tetap cool jer, lagipun drama lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin iaitu Rindu Awak 200 peratus tetap menang besar. Antara moment yang paling kelakar masa Sharnaaz Ahmad terpaksa umum pemenang untuk kategori yang dirinya juga tercalon hahaha. Tak leh bayang kalau masa Sharnaaz tengah nak umum pemenang tetiba die yang menang, kiranya macam umum diri sendiri, mesti janggal giler dan lawak gak hihi. Apapun Zul Ariffin yang menang.

Walaubagaimanapun Sharnaaz x pulang dengan tangan kosong, Sharnaaz turut menang bersama Nelydia Senrose gitu. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015 dibawah ni k..
Senarai Pemenang DFKL2015

Penulis Skrip Drama Pilihan
Nieza Nahar – Rindu Awak 200%
Barisan Pelakon Drama Pilihan
Selamat Pengantin Madu
Pengarah Drama Pilihan
Aidilfitri Mohamed Yunos – Rindu Awak 200%
Pelakon Lelaki Drama Pilihan
Zul Ariffin – Rindu Awak 200%
Pelakon Wanita Drama Pilihan
Amyra Rosli – Kristal Maya
Hero Dan Heroin Drama Pilihan
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Drama Pendek Pilihan
Luahan Abah (Muhamad Haizad Hashim)
Drama Pilihan 
Rindu Awak 200% (Creative Skill Solution)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails