-->

6 Mac 2015

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Nampaknya Tv3 dah ada Slot baru iaitu Slot Iris dan drama yang akan ditayangkan menerusi Slot Ini bermula 2 Mac ini, adalah drama Suami Sebelah Rumah. Drama Suami Sebelah Rumah ini dilakonkan oleh Izzue Islam, Ayda Jebat, Nazrief Nazri, Zulin Aziz, Sherry Al-Shadad dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azman Hj Yahya. Drama Suami Sebelah Rumah ini adalah adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama dan merupakan hasil karya Ana Sofia. Jom layannn Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Suami Sebelah Rumah

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?
Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya. Apa yang akan terjadi seterusnya? kena la tonton drama ni nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017