13 Mac 2015

Sinopsis Filem Isyarat Cinta Lakonan Adi Putra, Fizo Omar & Liyana Jasmay

Assalammualaikum..
Satu lagi filem baru yang bertajuk Isyarat Cinta akan menemui penonton di pawagam bermula 19 Mac ini. Filem Isyarat Cinta dilakonkan oleh Adi Putra, Fizo Omar, Liyana Jasmay dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis drama ni, memang nampak macam best jer. Apapun Jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Isyarat Cinta
Mengisahkan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) antara pasangan buta dan pekak. Iskandar (Adi Putra) merupakan seorang jejaka yang mengalami cacat pendengaran, manakala pasangannya pula Dhia (Liyana Jasmay) seorang gadis buta.

Hubungan mereka terjalin ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan. Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami. Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunyai perasaan terhadap Dhia yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu.
Adakah cinta Dhia dan Iskandar bakal bersatu? Bagaimana dengan perasaan istimewa Ariel terhadap Dhia? Berjayakah Ariel menambat hati Dhia? Siapakah jejaka pilihan hati Dhia sebagai teman hidup? Saksikan filem Isyarat Cinta di pawagam, 19 Mac ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Sy baru je tgk cerita ni siang td. Excited sbb trailer dlm tv dgn komen2 artis. Tp... tak seindah yg digambar. Cerita biase2 saja.. mcm drama dlm tv. Sob2.. Sedih =(. Btw, tahniah pd rosyam nor for da movie

Tanpa Nama berkata...

Saya baru tgk cerita isyarat cinta tp bila smpai penghujungnya saya x paham... Boleh x tolong jelaskn pada saya.. Kenapa aeril kawen dengan mastura? Adakah Iskandar berkahwin dengan Dhia? Stress memikirknnya...

BaNu Syah berkata...

iskandar yg kahwin dgn mastura, iskandar tahu aeril cintakan dhia lalu die mengalah dan akhirnya memilih mastura sbg isterinya dan aeril pula berkahwin dgn dhia..

Related Posts with Thumbnails