21 Mac 2015

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa Astro Ria

Assalammualaikum..
Drama Isteri Separuh Masa adalah drama terbaru di Astro Ria, drama ini menggantikan drama Suamiku Encik Sotong yang telah tamat episodnya. Drama Isteri Separuh Masa ini adalah adaptasi daripada Novel karya Suri Ryana dan versi dramanya diarahkan oleh Michael Ang. Drama ini mempunyai 15 episod dan dilakonkan oleh Aiman Hakim, Emma Maembong, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Shafiq Kyle dan ramai lagi. Aku dah tengok episod pertama drama ni hari tu, memang nampak macam best jer hehe. Apapun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Nurfaezah Abdullah berkata...

jrg tonton tv dh...

ridmas mas berkata...

yesss..! citenye best gak.. heheee, bab novel ni payah nak hilang.. heheheh

Related Posts with Thumbnails