Assalammualaikum..
Drama Korea terbaru yang aku nak buat review ni bertajuk Warm and Cozy. Drama ni mempunyai 16 episod, bergenre romantik komedi dan dilakonkan oleh Yoo Yeon Seok, Kang So Ra, Kim Sung Oh dan ramai lagi. Skrip drama ni ditulis oleh Hong Sisters yang
sebelum ni berjaya menghasilkan skrip drama2 popular yang best2 seperti drama
My Girl, Your Beautiful, My Girlfriend Is a Gumiho, The Greatest Love, Big, The
Master’s Sun dan lain-lain. Awalnya aku tak berapa suka dengan hero drama ni iaitu Y.Yeon Seok hehehe sebab sebelum ni die ada pegang watak jahat dalam filem A Werewolf Boy
dan turut berlakon dlm drama Gu Family Book. Tapi ternyata hero drama ni
versatile sebab boleh gak berlakon dalam drama bergenre Romantik Komedi dan
lakonan die pun okey jer. Aku takde masalah dengan lakonan heroin drama ni iaitu Kang So Ra cuma aku rasa jalan cerita drama ni sangat simple dan takde elemen2 suprise yang menarik.
Walaubagaimanapun dari komen2 yang aku baca, ramai gak yang suka dengan
drama Warm and Cozy ni sebab drama ni ringan, sweet dan kelakar. Tapi bagi aku
drama ni jalan cerita die terlampau ringan sangat n konflik dalam drama ni pun
biase2 jer contohnya watak hero dan heroin ni terlampau banyak sangat salah
faham, pastu kedua-duanya asyik main tarik tali jer, sekejap suka sekejap tak,
sekejap menghilangkan diri pastu datang balik. So benda2 ni buatkan drama ni
jadi sedikit bosan bagi aku. Bagi aku lah kan drama Warm and Cozy ni biase2 jer
tahap okey2 jer, takdelaa best sangat pun, ianya masih tak dapat menandingi
drama2 best karya Hong Sisters yang terdahulu seperti My Girl, My Girlfriend Is a
Gumiho, Greatest Love dan The Master’s Sun. Oh ye hero drama Master’s Sun iaitu
So Ji Sub ada buat Special Appearrance dalam drama ni, tak silap aku dalam
episode 2 kot. Siap die sempat lagi sebut tagline famousnyer dlm drama Master’s
Sun tu iaitu “Kojo” hehehe.
Dalam drama ni diselitkan gak sound effect yang cute2
untuk babak2 yang kelakar. Paling best semestinya lah OST drama ni. Aku jarang
gak focus kat lagu2 tema/Ost drama2 Korea ni kecuali kalau lagu tu betul2 best
dan menarik perhatian aku. Dalam drama ni aku paling suka dengan lagu nyanyian
Hyorin yang bertajuk A little closer to me. Lagu ni sedap didengar dan sentiasa
keluar masa babak2 sweet dlm drama ni. Aku perasan gak karya2 Hong Sister ni
mesti diselitkan lagu2 yang best, pandai diorang pilih lagu2 yang sesuai.
Selain tu hampir kesemua drama2 yg skripnya ditulis oleh Hong Sister ni akan
mengalami satu fasa hihihi, dimana fasa tersebut bermaksud akan ada babak
dimana hero dan heroin akan berpisah sementara dalam tempoh tertentu contohnya
setahun ker pastu diorang akan bertemu semula hihi.
Aku juga rasa macam pelik plak bila tengok hero kedua
drama ni yg bernama Kim Sung Oh berlakon jadi watak yang baik pastu sweet dan innocent
jer muka die dalam drama ni hehe. Aku dah terbiasa tengok die berlakon watak
jahat giler2 contohnya sebagai Sadam dalam drama The Night Watchman. Selain
kisah cinta watak utama, ramai gak yang suka tengok kisah cinta abang tiri
kepada Baek Gwon Woo iaitu Song Jung Geun dengan Hae Shil. Diorang ni macam pasangan
oldskool yang sweet dan qiut jer hehe. Lokasi shooting drama ni juga sangat
cantik iaitu di Pulau Jeju siap ada pantai semua. Antara yang menarik dalam drama ni apabila di akhir setiap episod terutamanya di episod2 awal akan diselitkan resepi masakan yang ditunjukkan sendiri oleh pelakon2 utama drama Warm and Cozy ni. Ending drama ni sememangnya happy ending lah kan. Aku bagi 5.8 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Sinopsis Warm and Cozy
Lee Jung Joo (Kang So Ra) seorang pekerja yang rajin dan menjalankan tugasnya dengan baik, namun begitu dirinya telah dibuang kerja serta ditipu oleh adiknya. Akhirnya Lee Jung Joo terpaksa meneruskan kehidupannya di tempat baru iaitu di Pulau Jeju. Di situ die bertemu semula dengan kwn lamanya Baek Gun Woo yang merupakan seorang Chef dan pemilik restoran Warm and Cozy. Baek Gun Woo merupakan anak orang kaya dan sentiasa bersenang lenang dengan melakukan perkara2 yang die suka. Wlbgmnpn Baek Gun Woo telah salah faham mengenai Lee Jung Joo kerana die menyangka L.Jung Joo akan mati tidak lama lagi akibat kanser. Namun sebenarnya L.Jung Joo sihat dan B.Gun Woo mula berasa kasihan pada nasib L.J.Joo, serta mula mengambil berat pada L.J.J. Akhirnya akibat terlalu kasihan, Baek Gun Woo menyerahkan restoran kepunyaannya pada L.J.Jo. Walaubagaimanapun L.J.Jo telah jatuh hati pada B.G.Woo kerana tertawan dengan sikap B.G.Woo yang mengambil berat padanya.
Lee Jung Joo berterus terang mengenai perasaannya pada BGW, namun BGW mempersendakan perasaan LJJ itu. Dalam masa yang sama Mayor Hwang Hwok turut menyimpan perasaan pada LJJ dan membuatkan Baek Gun Woo menjadi sedikit cemburu. Kawan merangkap buah hati BGW iaitu Mok Ji Won mendedahkan perkara sebenar mengenai tahap kesihatan LJJ, dimana LJJ tidak sakit dan BGW hanya salah faham. Walaubagaimanapun disaat kebenaran terdedah BGW telah mula menyintai LJJ. Sikap BGW yg tidak serius membuatkan LJJ tidak mudah mempercayai kata2 BGW yang dianggapnya hanya gurauan semata-mata. LJJ cuba melupakan BGW dengan merapati Mayor Hwang Hwok namun usahanya tidak berjaya apabila die masih menyayangi BGW. Akhirnya berlakulah beberapa salah faham serta sikap LJJ dan BGW yang bermain tarik tali ditambah dengan kehadiran Mok Ji Won menyukarkan lagi keadaan.
Akibat masalah keluarga serta salah faham yang berlaku antara BGW dengan LJJ membuatkan BGW menghilangkan diri seketika. LJJ berasa bersalah dan menyesal dengan sikapnya pada BGW selepas BGW meninggalkannya. Setahun kemudian tanpa disengajakan mereka bertemu semula. Namun BGW tertanya-tanya dengan status LJJ kerana LJJ mendukung anak kecil. Adakah LJJ sudah berkahwin? Adakah peluang kedua antara BGW dan LJJ?