-->

20 Feb 2015

Valid Love - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang aku dah habis tengok baru-baru ini. Biasanya drama Korea ni aku tonton online jer, malas nak download bagai ni hehe. Drama Korea yang aku nak buat review ni bertajuk Valid Love. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Uhm Tae Woong, Lee Si Young, Lee Soo Hyuk dan ramai lagi. Drama ni bergenre ala-ala melodrama gitu mengenai perkahwinan, keluarga dan kecurangan. Episod pertama dan kedua drama ni memfokuskan tentang kisah percintaan antara Jang Hee Tae dan Kim Il Ri, episode ketiga dan keempat pula menceritakan tentang perkahwinan diorang. Manakala episode seterusnya barulah Nampak beberapa konflik mula timbul serta kehadiran orang ketiga yang bernama Kim Joon. 
Suka tengok perangai Kim Il Ri masa episod2 awal tu, ketika die masih bersekolah, perangai die yang pelik, unik dan giler2 tu buatkan die nampak cute jer, x leh blah tengok die asyik mengekori, mengorat dan menjaga guru kesayangannya tu iaitu Jang Hee Tae yang merupakan guru ganti di sekolahnya ketika itu. Bila diorang dah berkahwin, perangai cute n giler2 Kim Il Ri tu dah hilang apabila die banyak tanggungjawab untuk menjaga seluruh keluarga Jang Hee Tae. OST Lagu dlm drama ni bagi aku biase2 jer, xde yang menarik minat aku pun. Apapun aku rasa menyampah gak dengan Kim Il Ri ni bila die start suka dengan lelaki lain iaitu Kim Joon selain suaminya. Lepas tu Kim Il Ri ni tak boleh nak buat keputusan untuk memilih suaminya ataupun skandalnya Kim Joon sebab Il Ri ni sayang kat dua2 sekali. Tamak dah gitu sebab die nak dua2 sekali hahaha.  
Kim Joon ni pula seorang lelaki kacak dan masih muda tapi boleh tersuka plak dengan isteri orang lepas tu die pun tak nak mengalah n nak rebut Kim Il Ri tu tapi Il Ri tu plak x boleh nak memilih. Jang Hee Tae plak memutuskan untuk bercerai dengan Kim Il Ri tu sebab Il Ri dah curang. Tapi masa dalam proses penceraian tu, Jang Hee Tae pula rasa cemburu tengok Kim Il Ri dengan Kim Joon tu. Last2 Jang Hee Tae minta Kim Il Ri kembali kepadanya semula n masa ni Il Ri pula tak nak dah hehe. Memang x leh blah betul part diorang main tarik tali ni kejap nak cerai kejap tak nak hehe. Antara scene yang aku rasa kelakar sekali dalam drama ni masa mak Jang Hee Tae tu jadi macam hilang ingatan, die dah x ingat muka suaminya sendiri n menyangkakan Kim Joon adalah suaminya hehehe.
Manakala Scene yang aku rasa paling sedih sekali masa Mak Jang Hee Tae tu mengetahui yang dirinya menghidapi penyakit Dementia yang mana dirinya akan lupa dan tak ingat semua perkara mahupun wajah seseorang. Mak J.Hee Tae memutuskan yang dirinya tak mahu menjadi beban untuk anak2 nya lalu cuba membunuh dirinya serta membunuh anak perempuannya yang sudah lama sakit iaitu Hee Soo. Namun Il Ri dan Hee Tae sempat menyelamatkan mereka berdua. Ending drama ni bagi aku okeylaa sebab logik n happy ending gak laa sebab akhirnya Kim Il Ri dan Jang Hee Tae kembali bersama. Tapi bagi yang suka dan mengharapkan Kim Joon dengan Il Ri memang akan kecewa laa dengan ending drama ni sebab Il Ri akan kembali kepada suaminya.
Bagi aku nak kata drama ni best sesangatnyer tu takdelaa, tapi kalau setakat nak layann tu bolehlaa untuk isi masa lapang ker aper ke hihi. Aku bagi 2.3 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

Baca Gak Entry kat bawah ni yer..

Review Drama Lakonan Lee Soo Hyuk yang Terdahulu: 


3 ulasan:

  1. haahha ^^ sis da bgtau Ending dia.. Punah harapan ( mengharap Lee Soo Hyuk last jd Hero .. :P )

    BalasPadam
  2. Ya Allah. Cite ni pernah tengok waktu siaran di tv dulu2. Tapi waktu itu siaran korea percuma saja.. so, dpt tngok smpai episode yg suami dia minta kembali balik tapi perempuan itu dah tawar hati. Lepas itu, siaran percuma abis tempoh tak dapat tengok sampai habis & finally dapat cari balik cerita ini 3 hari lepas dan 3 hari saja habiskan cerita ini. Perasaan dia happynya sangat dapat cari balik cerita ni!!>-< And yes, I ship Il Ri x Kim Joon!!

    Bagi sy pula, oleh kerana perangai sy suka tengok episod tengah-tengah waktu itu saya tengok balik mula dari episode 7 kalau ingat episod ni waktu tengah hot gitu~ So, kesimpulan semua episod melalui pandangan sy; 1-2 sy skip, 3-4 waktu bibit2 pekenalan Il Ri dan Kim Joon, 5-6 masalah keluarga dan kim joon cuba sedarkan Il Ri, 7-8 Il Ri tak dapat buat keputuan, 9-10 masalah pada hubungan & another family prob, 11-12 main tarik tali cinta, 13-14 moment yg menunjukkan karma itu ada & akhirnya keluarga si suami merasa kesusahan perempuan itu selama ini, 15-16 ada moment kelakar dan sedih waktu ibunya lupa ingatan tapi sukakan boyfriend ex-menantunya, 17 one of my fav moment Kim Joon meluru masuk dan marah & bagi saya ini adalah episod terakhir drama ini, 18 is just some extra dgn mimpi si suami yg kelakar and 19 is an aftermath... Just that. I never aknowledge episode 20. So I can assume even yg Il Ri & Kim Joon tak bersama, mereka bertiga pergi ikut jalan masing2 dan Il Ri pun tak balik semula dgn suaminya. Everybody learn something & move on having their own live. THE END.. TRUE ENDING FROM ME..

    The saddest moment is Unnie yg Il Ri jaga & penyebab sebenar dia bertahan dengan keluarga mentua, akhirnya bebas dari kesakitan yg ditanggungnya,, :(

    Sorry, mungkin ia agak bias kepada Kim Joon tapi hati ini memang tak dapat terima kebenaran, sakit rasanya. Yes, I know at the end she gonna be with the husband but I still want to believe the lie. Call me stupid but that what I feel.

    Kalau orang tanya kerana KimJoon hensem? Tidak, saya memilih 2nd male lead kerana hidup perempuan itu dah cukup payah dengan keluarga mentua & with him she can be happy do anything she wants. She had been through many things at the young ages. Even, mak sy yg sentiasa menyokong 1st male lead dalam cerita korea pun menyokong 2nd male lead buat kali pertama dalam sejarah melalui cerita ini.
    Mak saya cakap prempuan itu bagai didera oleh keluarga mentua, semua ahli keluarganya hanya belakon mcm semuanya sempurna & hanya perempuan itu saja yg terpaksa hadap reliti, bersendirian.

    Rasa itu saja pendapat sy tentang cerita ini dan ia telah banyak mengajar sy dalam pelbagai perkara. Banyak buat sy terfikir sejenak. Sekiranya saya menyinggung mana2 perasaan atau pendapat sy bercangggah, sy minta maaf & sy terbuka dengan mana2 pendapat. Tak ada paksaan.

    Sejujurnya cerita ini buat saya gila sejak beberapa hari ini. Oleh kerana sy suka keseluruhan drama & permasalahan yg ditonjolkan cerita ini selain endingnya, sy bagi 4/5 stars.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana komen dan memberi pandangan mengenai cerita ini :)

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017