Assalammualaikum..
Aku dah lama beli novel Jerat Hati karya Tina Derika ni, tapi baru beberapa hari lepas aku start baca novel ni. Aku suka muka depan Novel ni, cantik gitu. Kalau baca dari Sinopsis Novel Jerat Hati ni, memang nampak best gitu, jalan ceritanya bermula dari zaman sekolah sampailah dewasa. Antara watak2 dalam novel ni seperti Asyraf, Hafiza, Darina, Aizat, Mazni dan lain2 lagi. Cuma satu jer laa aku x berapa berkenan dengan watak Hafiza sebab die digambarkan sangat ler baik, penyabar, walaupun dah macam2 Darina tu buat kat die, tapi boleh jer die sabar jer, manakala watak Darina pulak tersangatlah jahat hehehe. Apapun Novel ni masih best untuk dibaca. Jom tengok Sinopsis Novel ni kat bawah k..
Sinopsis Novel Jerat Hati
“Boleh
tak kita berkawan?” – Hafiza
“Kita
tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.” – Asyraf
Zaman
persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular
berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya, disayangi para guru.
Maklumlah, anak Tan Sri. Manakan setaraf dengan Hafiza. Tapi tak berhakkah dia
untuk berkawan dengan Asyraf?
Sejak
peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet
Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu
tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal.
“Malang
betul laki kau esok dapat bini macam kau.” – Asyraf
“Kalau
macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam
kau.”-Hafiza
Lebih
menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf
menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang
tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia?
Tambah
menyerabutkan fikiran Asyraf, Puan Sri Laila tertarik untuk menjadikan Hafiza
sebagai menantunya. Asyraf tersepit antara perintah uminya dan rindu terhadap
Darina. Namun dia tidak membangkang, kerana perkahwinan itu sahajalah jalan
untuk menarik kembali Darina ke dalam hidupnya. Jerat cinta mula dipasang.
“Okey,
aku akan lamar Fiza. Hanya sekadar nak tutup niat aku yang sebenar.” – Asyraf.
Berjayakah
umpan cinta yang dipasang terjerat?
Novel ni mesti tebal kan . huhuhu .. i tak boleh bc novel tebal2 ..
BalasPadam1. Tak sabar nak tau ending..
2. pening baca ..
hehee .. selamat berpuasa.. =)