Assalammualaikum..
Sempena Ramadhan ni, Astro menyajikan satu lagi drama best untuk para penonton iaitu sebuah drama adaptasi daripada Novel, karya Suri Ryana yang bertajuk M.A.I.D. Drama Maid ni diarahkan oleh Michael Ang dan dilakonkan oleh Zul Ariffin, Ayda Jebat, Hefny Sahad, Nina AF2014, Tasha Shila dan ramai lagi. Drama Maid ini akan ditayangkan di Astro Ria, setiap isnin hingga jumaat, jam 10.00 malam selama setengah jam. Aku memang memiliki novel MAID ni so serba sedikit dah tahu dah jalan cerita drama ni. Aku dah pun tengok beberapa episod drama Maid ni kat Tv, memang best gitu untuk ditonton. Apapun jom layan sinopsis drama Maid ni kat bawah k..
Sinopsis M.A.I.D
Pengembaraan Noorul (Ayda Jebat) ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan (Zul Ariffin), yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris sebagai Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F. Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja.
Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu. Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
belum sempat layan lagi ni... he he he, tapi dah rekod...
BalasPadam