-->
Memaparkan catatan dengan label Kelakarama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelakarama. Papar semua catatan

8 Nov 2017

Sinopsis Drama Mat Rukun (TV9)

Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Mat Rukun,  Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak, Ending, OST Mat Rukun, Lawak,
Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9

Drama Mat Rukun telah mula disiarkan di Slot Kelakarama TV9 yang bersiaran setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Oktober 2017 yang lalu. Pelakon - Pelakon Drama Mat Rukun ini adalah Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak dan ramai lagi. Selain itu drama Mat Rukun ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Nampak menarik dan lawak juga drama bersiri ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9

Mengisahkan Roslan dan Khatijah yang risau kerana walaupun sudah 21 tahun, perangai manja Mamat masih tidak berubah. Mama juga suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah bersama rakan-rakannya. Kerana buntu, Roslan dan Khatijah bertanya pada rakan-rakan mereka. Ramailah memberikan pelbagai cara dan kaedah sehinggakan ada juga yang tidak masuk akal sehinggalah ada seorang rakan mereka mencadangkan supaya Mamat berumah tangga. Mungkin dengan berumah tangga perangai Mamat akan lebih matang dan bertanggunjawab.

Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Mat Rukun,  Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak, Ending, OST Mat Rukun, Lawak,

Sudah tentu Mamat tidak bersetuju, dia merasakan dirinya masih terlalu muda untuk berumah tangga dan belum puas untuk menikmati hidupnya. Tetapi setelah didesak Mamat akhirnya setuju tetapi bersyarat. Mamat ingin Roslan dan Khatijah mencari seorang gadis Kedah yang kulitnya cantik, ayu seperti gadis kampung. Roslan dan Khatijah bersetuju kerana mereka juga suka sekiranya dapat bermenantukan gadis kampung. Sekali lagi dengan bantuan rakan-rakan, mereka mencari gadis seperti yang diminta oleh Mamat. Seorang rakan mereka berkongsi gambar seorang gadis yang tinggal di sebuah kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai, Kedah. Roslan dan Khatijah berkenan dengan keayuan wajah gadis tersebut dan terus membuat keputusan untuk merisik gadis tersebut.
Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Mat Rukun,  Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak, Ending, OST Mat Rukun, Lawak,
Pada mulanya Mamat tidak mengendahkan siapakah gadis pilihan ibu bapanya. Tetapi apabila terlihat gambar gadis tersebut, dia tidak menyangka hatinya tertarik. Mamat pula meminta izin Roslan dan Khatijah untuk ke kampung Ayu, tunangnya itu. Mamat memberi alasan mengenali Ayu. Ayu juga walaupun tidak mengenali Mamat, menerima seadanya akan kekurangan Mamat. Tetapi untuk mengubah Mamat, Ayu telah menetapkan syarat. Mamat perlu mempelajari rukun-rukun yang penting sebagai seorang Islam dengan datuknya bagi membolehkan Mamat menjadi suami yang lebih baik. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Mampukah Mamat mempelajari dengan baik kesemua rukun-rukun tersebut seterusnya menawan hati Ayu dan keluarganya?

Lagu Tema / OST Mat Rukun
➤ Mat Rukun Nyanyian Khalifah Band
➤ Kau Aku Nikahi Nyanyian Z.H. Emdee
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

14 Ogo 2017

Sinopsis Drama Ops Cinta Din Sardin (TV9)

Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Kelakarama, TV9, Sinopsis, Ops Cinta Din Sardin, 20 Episod, Senarai Pelakon Drama Ops Cinta Din Sardin, Pelakon, Izzue Islam, Mira Filzah, Sasqia Dahuri, Delimawati, Niena Baharun, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Iswan Ismail, Amir Raja Lawak, Putra Amaris, JPJ, Pekerjaan Beruniform,
Sinopsis Drama Ops Cinta Din Sardin Slot Kelakarama TV9

Assalammualaikum..
Drama Ops Cinta Din Sardin telah mula disiarkan di Slot Kelakarama TV9 bermula 11 Ogos yang lalu. Drama bersiri 20 episod ini adalah kesinambungan kepada Telemovie Din Sardin yang pernah disiarkan dulu serta masih mengekalkan pelakon asal seperti Izzue Islam dan Mira Filzah. Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam drama Ops Cinta Din Sardin ini adalah Sasqia Dahuri, Delimawati, Niena Baharun, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Iswan Ismail, Amir Raja Lawak, Putra Amaris dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam dan drama Ops Cinta Din Sardin ini akan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin serta diterbitkan oleh Mache AllStar United Sdn Bhd. Nampak macam best juga drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Drama Ops Cinta Din Sardin Slot Kelakarama TV9

Mengisahkan Din Sardin (Izzue Islam) yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya. Sejak mengenali Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang comel dan cantik manis, Din Sardin semakin minat bekerja dalam anggota beruniform. Sahabat baik Din iaitu Amir masih lagi degil dan kembali merempit dengan budak-budak rempitdi kampung. Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya. Din memuja Che Ta dari jauh serta memendamkan perasaannya itu. Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform itu ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.
Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Kelakarama, TV9, Sinopsis, Ops Cinta Din Sardin, 20 Episod, Senarai Pelakon Drama Ops Cinta Din Sardin, Pelakon, Izzue Islam, Mira Filzah, Sasqia Dahuri, Delimawati, Niena Baharun, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Iswan Ismail, Amir Raja Lawak, Putra Amaris, JPJ, Pekerjaan Beruniform,

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ. Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan. Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin. Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta yang menjadi ketuanya. Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya. Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa. Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su, tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

5 Feb 2017

Sinopsis Drama Namaku Bedah

Sinopsis Drama Namaku Bedah Slot Kelakarama TV9

Assalammualaikum..
Drama Namaku Bedah akan mula disiarkan pada 5 Feb di slot Kelakarama Tv9 menggantikan Drama Sumpah Ibu yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Nadzmi Adhwa, Aishah Azman, Syainie Aida, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, drama Namaku Bedah ni juga merupakan adaptasi daripada Novel dan akan bersiaran pada setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam. Apapun jom layann sinopsis cerita ni kat bawah okey..

Sinopsis Drama Namaku Bedah

Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul. Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis. Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. 
Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya. Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkarDapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah?
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017