14 Mac 2013
13 Mac 2013
Happy BirtHDay Cik Rose Cute
Assalammualaikum..
Hari ni besday salah sorang ahli GSF iaitu Kak Rose..hehe kang dh cakap bulan Mac mmg meriah sbb ramai ahli2 GSF yg lahir bulan Mac ni hehe..Tapi rasanya ada antara ahli GSF x tahu sbb Kak Rose belum isi tarikh besdaynyer di FB GSF..so nanti cepat2 isi yer hehe..di Kesempatan ini nak ucap Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Kak Rose moga dipanjangkan umur, dimurahkan Rezeki dan Bahagia sentiasa disamping keluarga tercinta =)
Moga Besday kali ni memberi seribu kegembiraan buat Kak Rose yer..amin...apa lagi jom singgah blog Kak Rose..untuk pengetahuan semua Kak Rose mmg pandai edit blog tengok jela blog die cantik kan..so kalau ada yg nk tempah edit blog leh la contact kak Rose nanti yer.
KLiK SINI.. untuk singgah blog Kak Rose..
12 Mac 2013
I Miss You- Korean DraMa Review
Assalammualaikum
Hari ni nak buat review ttg drama Korea yg aku dh tengok baru-baru ini..Drama ini dalam kategori Melodrama..drama air mata gitu penuh kesedihan dan dendam..Drama ni baru je habis ditayangkan di Korea pada Januari yang lalu, 21 Episod kesemuanya..apa yang menarik minat aku untuk tengok cite ni adalah sebab para pelakonnya kerana aku mmg familiar dgn pelakon cite ni sebab semuanya agak popular..Hero drama ni Park Yoo Chun yang sebelum ni popular dengan drama Rooptop Prince manakala Heroin cite ni mmg popular iaitu Yoon Eun Hye yg terkenal dgn drama Princess Hour, Lie To Me, Coffe Prince dan mcm2 lagi. Hero kedua dalam cite ni pula pernah berlakon dalam drama Arang And The Magistrate..so bila semuanya digabungkan dlm satu drama mmg seronoklaa nk tengok kan hehe..
Drama ni bermula ketika mereka berumur 15 tahun yg mana ketika ini watak mereka dimainkan oleh pelakon kanak-kanak..dan untuk watak dewasa barulah hero dan heroin drama ini mengambil alih. Ternyata lakonan kesemua pelakon dalam cite ni sangat cemerlang sehingga mendapat anugerah dalam 2012 MBC Drama Awards antara award yang mereka dapat seperti Excellence Award, Miniseries, Actor - Park Yoo Chun, Best Child Actor, Best Child Actress, Popularity Award- Yoon Eun Hye, Hallyu Star of the Year- Yoon Eun Hye.
SiNopSis
Han Jung Woo dan Lee Soo Yeon satu sekolah dan berkawan baik. Masing2 berumur 15 tahun, Lee Soo Yeon dipulaukan disekolahnya kerana ayahnya adalah seorang pembunuh dan hidupnya penuh dengan kemiskinan dan kesusahan hanya Han Jung Woo satu2nya kawan baiknya merangkap cinta hatinya. Satu Insiden penculikan berlaku dimana kedua dua mereka diculik dan membawa tragedi apabila L.S.Yeon dirogol didepan H.J.Woo dan selepas kejadian ini mereka berdua terus terpisah apabila L.Soo Yeon menghilangkan diri sebelum akhirnya bertukar identiti menjadi Zoey dan menjadi Fashion Designer serta Hidup bsama dgn Harry yang menjadi kawannya sejak die terpisah dgn H.J.Woo. Manakala H.J.Woo menjadi seorang detektif dan cuba mencari L.Soo.Yeon yg telah hilang sekian lama. Keadaan mula berubah bila H.J.Woon berjumpa semula dgn L.S.Yeon dan menyebabkan Harry menjadi cemburu serta cuba membalas dendam pada H.J.Woo yg merampas L.S.Yeon drpnya serta membalas dendam lamanya pada Bapa H.J.W yang membunuh ibunya.
WataK PerWatakkaN
Bagi pada sesape yg agak senang menangis bila tgk cite2 sedih berkemungkinan besar akan menangis tengok cite ni hahaha..memang agak sedih tengok cite ni terutama part penculikan tuh..dan satu lagi drama ni juga ala2 drama penyiasatan polis gitu bila ianya turut memaparkan adegan2 soal siasat polis dengan penjenayah adegan kejar mengejar polis dgn penjahat dan semuanya yang bersangkut paut dengan polis ni..memang akan rasa kesian dengan semua watak utama dalam cite ni sebab kesemuanya adalah mangsa keadaan..masa silam membuatkan mereka terpisah serta kesilapan ibu bapa menyebabkan anak yg menjadi mangsa..sape2 nak tengok cite ni leh tgk online kt maaduu x pun kt laman web lain..aku bagi 3.5 untuk drama ni dari 5 bintang =)
Wajah Ceria 3 pelakon utama dalam Drama ini..
InDah PerCintaan - Siti NurHaLiza (Lagu & LiRik)
Assalammualaikum..
Hari ni nk kongsi dgn korang salah satu lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza yg aku suka..Ni lagu rancak skit..lagu ni lama gak dari album Safa kalau x silap..aku suka muzik die rancak n nice jer ditambah dgn suara siti yg sedap tu bertambah best lah lagu ni..hehehe..first time dgr lagu ni masa aku masih sekolah lagi n dengar sekali jer terus dah suka dgn lagu ni..so jom layan lirik dan video lagu ni kat bawah ni..dalam video ni Siti Nurhaliza nyanyi secara LiVe lagi n time ni Siti masih muda remaja gitu..kurusnya Siti time ni..comey jer, sekarang Siti lagi ayu gitu..jom layan...
Indah Percintaan
Indahnya percintaan Bersamamu,
Terlena dibuai Kasih sucimu
Rindu yang kualami
Dari hati tak ku sangsi
Luka yang semalaman
Ku noktahkan
Indahnya percintaan Bersamamu
Bertemu dirimu, Tikaku perlu
Takku mimpikan begini
Dulu takku percayai, Oh kasih
Dulu takku percayai, Oh kasih
Pertama kita bertemu, Sememangnya ku meragu
Oh salam perkenalan, Yang dirimu hulurkan
Tak pasti pula ku mengapa
Mungkin kerna ku terasa
Perlu mengenal dulu, Hati budi dirimu
Kesabaran ku menanti, Terbukalah pintu hati
Menyambut keikhlasan, Kasih seorang insan
Ku terima, Dirimu yang istimewa
Yang ku pinta yang kuharapkan
Oh bahagia terus berkekalan
Janji mu kan ku ingat ku pegang
Oh sayang
11 Mac 2013
Happy BirthDay DeqLa (GSF)
Assalammualaikum..
Bulan Mac memang meriah dengan ucapan besday untuk GSF hehe ramai yg sambut besday bulan Mac ni, so hari ni adalah besday Deqla salah sorang ahli GSF (Group Segar Follower) so Happy Besday To You =) Selamat Ulangtahun Kelahiran..moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan semoga bahagia sentiasa dan ceria-ceria selalu k..nah ambiklah sebiji Kek yg lazat dibawah ni just for you hehehe
So semua jom singgah ke Blog Deqla..sambil2 tu boleh join sekali Giveaway Deqla yg tengah hangat berlangsung tu..hehe
KLiK SINI.. untuk ke BLoG DeqLa.. ;-)
10 Mac 2013
Happy BesDay LyaFrina~GSF
Assalammualaikum..
Hari ni Birthday salah seorang ahli GSF (Group Segar Follower) so ini adalah entry khas untuknya sempena besday nya..hehehe..Bulan Mac mmg meriah sikit sbb ramai ahli GSF lahir bulan Mac mcm berjanji gitu tau hehe..so Happy Besday to LyaFrina yg merupakan pemilik Blog Menulis Dari Hati..
Semoga Panjang Umur, Dimurahkan Rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa dan semoga terus berbahagia disamping keluarga tercinta..amin...so jom ramai2 singgah ke Blog Lya =)
Klik SINI.. untuk ke Blog Lyafrina













.png)



















.jpg)







