-->
Memaparkan catatan dengan label Mistik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mistik. Papar semua catatan

20 Jun 2018

Sinopsis Drama Suri Ram Lakonan Reen Rahim

SuriRam, Suri Ram, Drama Suri Ram, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Suri Ram, Slot Meremang, Astro Prima, Astro Maya HD, 2018, Suri Ram Cast, Pelakon Drama Suri Ram, Reen Rahim, Bell Ngasri, Sahronizam Noor, Hantu, Genre, Seram, Mistik, Misteri,
Sinopsis Drama Suri Ram Lakonan Reen Rahim

Drama Suri Ram adalah drama bersiri yang disiarkah di Astro Prima dan Maya HD pada setiap hari Rabu, jam 11 malam. Antara pelakon drama Suri Ram ini adalah Reen Rahim, Bell Ngasri, Sahronizam Noor dan ramai lagi. Selain itu drama Suri Ram ini bergenre seram dan misteri, setiap episod ada kisahnya yang tersendiri. Aku juga sempat tengok beberapa episod drama ini iaitu episod yang ada hantu Penanggal tu, episod yang ada Pocong dan lain - lain lagi. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas drama ini di bawah ye.
SuriRam, Suri Ram, Drama Suri Ram, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Suri Ram, Slot Meremang, Astro Prima, Astro Maya HD, 2018, Suri Ram Cast, Pelakon Drama Suri Ram, Reen Rahim, Bell Ngasri, Sahronizam Noor, Hantu, Genre, Seram, Mistik, Misteri,
Sinopsis Drama Suri Ram (Astro Prima / Maya HD)

Mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yatim piatu bernama Suri yang dilahirkan dengan kelebihan untuk melihat makhluk-makhluk halus. Dia juga mewarisi ilmu perbidanan dan perubatan tradisional yang menjadikan dia tempat untuk penduduk kampung meminta tolong jika terjadi perkara-perkara yang aneh, pelik dan menakutkan. Selain itu Suri juga gemar bersendirian dan kurang peramah dengan orang lain, namun tidak pernah menolak untuk membantu orang kampung. Suri akan sedaya upaya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Lagu Tema / OST Suri Ram

➔ Misteri nyanyian Ernie Zakri

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

23 Apr 2017

Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama

Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama Lakonan Intan Sarafina & Zarul Umbrella, GV3, Bintang GV3, Finalis Gegar Vaganza Musim Ketiga, Penyanyi, Pelakon, Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Pelakon Telemovie Misteri Sofa Lama, Lisdawati, Amylia Natasha, Along Eyzendi,
Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama Lakonan Intan Sarafina & Zarul Umbrella

Assalammualaikum..
Telefilem Misteri Sofa Lama akan disiarkan di Astro Citra & Mustika HD pada 22 April 2017 ini menggandingkan Bintang Gegar Vaganza 3 iaitu Zarul Umbrella dan Intan Sarafina. Turut membantu adalah Lisdawati, Amylia Natasha, Along Eyzendy dan ramai lagi. Dah lama tak tengok Intan Sarafina berlakon, masa dulu - dulu pernah tengok lakonan Intan Sarafina dalam Filem Janji Diana. Manakala Zarul pula dah berlakon dalam Drama Bersiri Cik Serba Tahu. Mesti best gandingan Zarul Umbrella dan Intan Sarafina ini kan. Telemovie Misteri Sofa Lama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Tengok dari iklan, memang nampak macam menarik gitu telemovie ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama

Kisah sepasang suami isteri yang membeli sebuah sofa lama di kedai barangan terpakai. Sofa tersebut membawa rezeki kepada mereka namun perwatakan suaminya iaitu Nizam mula berubah dan mula obses terhadap sofa tersebut. Isterinya mula syak sesuatu yang tidak kena dengan sofa tersebut. Nizam mula berubah menjadi panas baran dan menghalau isterinya dari rumah. Manakala penunggu sofa tersebut menuntut janji Nizam untuk mengorbankan anak yang dikandungkan isterinya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Adakah Sofa tersebut akan terus menghantui hidup mereka?.
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature,
Read More »

9 Apr 2017

Sinopsis Telemovie Beringin Lakonan Sara Ali

Sinopsis Telefilem Beringin, Telemovie Beringin, Seram, Misteri, Senarai Pelakon Telemovie Beringin, Pelakon, Sara Ali, Nik Mathilda, Niezam Zaidi, Zarina Zainuddin,
Sinopsis Telemovie Beringin Lakonan Sara Ali

Assalammualaikum..
Telefilem Beringin akan disiarkan di Slot Citra Exclusive di Astro Citra dan Mustika HD pada 8 April ini.Telemovie Beringin ini dilakonkan oleh Sara Ali, Nik Mathilda, Niezam Zaidi, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Dhojee dan juga Hazo Mahayuddin serta diterbitkan oleh The R&D Studio | Yelo Pictures. Sekali sekala seronok juga tengok telemovie yang bergenre seram dan misteri ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie Beringin ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Beringin

Nisa yang baru sedar dari koma dihantar ke sebuah sekolah berasrama oleh makciknya. Disitu dia sering mengalami kejadian aneh dan kejadian itu ada kaitan dengan sebuah pohon beringin misteri di sekolah itu. Selain itu Nisa juga sering keseorangan kerana susah untuk berkawan dengan orang lain sehinggalah dia bertemu dengan salah sorang pelajar, ketika dia berehat di atas pokok Beringin itu. Siapa sangka yang kawan baru Nisa itu bukanlah manusia dan menginginkan Nisa menjadi korban seterusnya di pohon beringin itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya. Dapatkah Nisa menyelamatkan dirinya?.
Read More »

12 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Trauma (Cerekarama TV3)

Telemovie Trauma Dilakonkan oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Idris Khan, Raja Afiq, Dayana Roza, Indah Emeerlda, Senarai Pelakon Cerekarama Trauma
Sinopsis Telemovie Trauma (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Trauma akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 11 Mac ini, nampaknya ada ramai pelakon best dan popular berlakon dalam Telemovie Trauma ini, konform rating mencanak naiknyer hehe. Telefilem Trauma ini dilakonkan oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Idris Khan, Raja Afiq, Dayana Roza, Indah Emeerlda dan ramai lagi. Telemovie Trauma ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Trauma (Cerekarama TV3)

Mengisahkan tentang 6 orang kawan yang berkenalan menerusi laman sosial ‘Chatroom’. Mereka adalah Roza (Janna Nick), Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza). Ada satu persamaan yang ketara di antara keenam-enam sahabat ini. Masing-masing pernah mengalami trauma dalam hidup. Suatu hari mereka merancang untuk bertemu dan bercuti bersama. Roza telah menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian mereka. Ketika Roza mahu mengambil kunci rumah sewa daripada seorang jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit turut ditegur oleh jiran tersebut dengan pepatah yang berbeza-beza. 

Tanpa mereka duga,  berlaku pula pelbagai kejadian aneh dan mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka untuk keluar dari rumah sewa itu. Siapa sangka yang ini semua angkara Roza, dia telah membunuh satu persatu kawan - kawannya namun Roza tidak menyangka yang Budin dan Haneem belum mati dan mereka masih hidup dan cuba menyelamatkan diri mereka. Manakala Roza pula cuba mencari mereka berdua di sekitar Villa tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Jom Baca ni juga ➔Sinopsis Telemovie Kekasih Elektrik (Astro Citra)
➔ 7 Perkara Menarik Tentang Fungsi GrabShare dalam Grab Car Yang Korang Kena Tahu!
Read More »

19 Jan 2017

Sinopsis The Shannara Chronicles TV3

Sinopsis The Shannara Chronicles TV3 (English Drama Series)

Assalammualaikum..
Lepas Cite Merlin tamat, aku dah jarang tengok drama bersiri english ni semua hehe, tapi bila cite The Shannara Chronicles ni disiarkan di TV3 ni, aku tengok gak laa sebab jalan cerita die unik gak. Drama The Shannara Chronicles ini bergenre Fantasi dan merupakan adaptasi Novel bersiri Shannara karya Terry Brooks. Drama ini sudah disiarkan di Amerika pada Januari 2016 dan pada 10 Januari yang lalu ianya baru disiarkan di TV3. Antara pelakon yang membintangi Drama The Shannara Chronicles ini terdiri daripada Austin Butler, Poppy Drayton, Ivana Baquero, Manu Bennett, Aaron Jakubenko, James Remar, Daniel MacPherson dan ramai lagi. Ikutkan drama ini mempunyai 10 episod jer, tapi bila disiarkan kat TV3 maybe drama ini jadi lebih dari 10 episod sebab setiap episod dipendekkan untuk dimasukkan iklan dan sebagainya. Tak silap aku drama ni ada season kedua gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis The Shannara Chronicles

The Four Lands are protected from the hordes of demons through the magic of the mystical tree known as the Ellcrys behind the Forbidding, the barrier keeping the demons locked away. But when the magic begins to fail and the demons threaten to overtake the Four Lands, it is up to Wil Ohmsford, grandson of legendary Shea Ohmsford, with the help of the druid Allanon to repel the impending hordes from the prison sealed shut by the Ellcrys. To do this, he must open himself to a magic closed inside him and use the Elfstones to protect the Ellcrys' Chosen on a perilous journey. Together, they must race against the demons' march toward the Elven capitol Arborlon to a place called Safehold to figure out the riddle of restoring the magic held by the dying Ellcrys, but an unknown terror tracks them relentlessly...
Kalau korang nak baca Sinopsis The Shannara Chronicles setiap episod, korang boleh Klik ➔ Sini..
.
Pelakon The Shannara Chronicles
Austin Butler as Wil Ohmsford
Poppy Drayton as Amberle Elessedil, the Elven Princess
Ivana Baquero as Eretria
Manu Bennett as Allanon
Read More »

20 Dis 2016

Misteri & Rahsia Tembok Besar China

 Fakta, Misteri dan Rahsia Tembok Besar China

Assalammualaikum..
Bila sebut pasal Tembok Besar China ni mesti korang terbayang betapa panjangnya Tembok Besar China ni kan dan kalau pergi melancong ke China pastinya Tembok Besar China adalah tempat wajib untuk dilawati betul tak? hehe. Terpikir gak camnelah orang zaman dulu2 ni boleh bina tembok sepanjang ini kan, mengambil masa bertahun, tahun dan memerlukan ramai pekerja yang terdiri daripada petani ketika itu yang dikerah untuk membina tembok besar China ini. Tak kurang juga ramai yang mati ketika membina tembok ini sehingga ianya digelar "Kubur Terpanjang Di Bumi". Tembok Besar yang kita lihat pada hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming dan fungsi utama tembok besar ini ialah untuk menahan serangan puak - puak Nomad dari Utara. Di sebalik monumen kemegahan tinggalan sejarah yang terletak di negara China ini, ramai yang tidak tahu tentang misteri dan rahsia The Great Wall Of China ini, so teruskan baca kat bawah ni k..
Tembok Besar China ini boleh dilihat dari Bulan! - Ada yang berpendapat, Tembok Besar ini boleh dilihat dari bulan. Sebenarnya mustahil untuk melihat dari bulan tetapi imej tembok besar China ini pernah dirakam menerusi satelit.
Bahan Binaan Tembok Besar China bercampur dengan Rangka Manusia! - Wow menakutkan pula bila dengar, mengikut mitos yang sering didengar, bahan yang digunakan untuk membina Tembok Besar China ini dihasilkan dengan menggunakan rangka manusia kerana ramai yang mati ketika membina tembok ini. 
➤ Mitos Misteri Taotie - Setiap masyarakat mempuyai mitos dan kepercayaan mereka yang tersendiri, bagi masyarakat pada waktu itu, mereka percaya yang Taotie adalah satu semangat yang melambangkan ketakutan dan sangat berkuasa.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang Misteri dan Rahsia Tembok Besar China ni, korang boleh baca kat sini ➜ 6 Fakta & Misteri Yang Korang Mungkin Tak Tahu Tentang Tembok Besar China..
Read More »

14 Jan 2016

The Secret Of Annasandra - Sinopsis Drama Filipina

Assalammualaikum..
Hari tu aku ada tertengok drama Filipina ni tanpa sengaja kat Astro Bella hahaha. Ingatkan drama lama rupanya tak, kira masih baru lagi sebab ditayangkan pada tahun 2015. Drama ni bertajuk The Secret Of Annasandra kalau dalam bahasa filipina ianya disebut sebagai Ang Lihim ni Annasandra. Drama The Secret Of Annasandra ni dilakonkan oleh Andrea Torres, Mikael Daez, Pancho Magno, Chris Vilonco dan ramai lagi. Drama ni disiarkan di Astro Bella setiap Isnin hingga Ahad, jam 11 pagi dan ulangannya pada waktu malam. 
Cantik juga Andrea Torres ni manakala hero cite ni agak familiar juga bagi aku, rupanya die ada berlakon dalam drama Amaya yang ada Marian Rivera tu. Jalan cerita drama ni ada misterinya dan ala2 fantasi sikit serta mempunyai 90 episod tapi setiap episod hanya 30 minit camtu, so Astro Bella akan tayangkan 2 episod terus untuk satu jam gitu. Jom layannn Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Filipina The Secret Of Annasandra

Mengisahkan tentang Annasandra yang terkena sumpahan semasa die masih kecil lagi. Sumpahan ini bermula apabila Bapa Annasandra terbunuh seorang kanak2 yang merupakan anak kepada Esmeralda. Setelah kematian anaknya, Esmeralda terus berdendam dengan keluarga Annasandra dan ingin melihat mereka sekeluarga menderita lalu membuat sumpahan kepada Annasandra dimana Annasandra tidak boleh menjadi manusia yang normal, kerana dirinya akan bertukar menjadi Khinzir Liar pada waktu malam dan terpaksa tinggal dalam kurungan apabila malam menjelma. Sumpahan itu terus kekal walaupun dirinya telah dewasa, namun Annasandra tetap menjalani kehidupannya dengan tabah dan tetap pergi bekerja pada waktu pagi namun cepat2 pulang ke rumah apabila hari sudah mulai senja.
Keadaan mula berubah bila majikan Annasandra iaitu William jatuh cinta pada dirinya tanpa mengetahui tentang sumpahan tersebut. Annasandra juga menyukai William namun rahsianya tetap tersimpan rapi. Ibu Bapa Annasandra awalnya berasa marah apabila mengetahui tentang perhubungannya dengan William namun akhirnya merestui percintaan mereka. Setelah Annasandra benar-benar jatuh cinta pada William, sumpahan tersebut mula hilang dan dirinya tidak lagi bertukar pada waktu malam dan hal ini membuatkan dirinya berasa sangat gembira. Perkara tersebut diketahui oleh Esmeralda dan dirinya mula marah dan berasa tidak puas hati kerana sumpahan tersebut telah hilang. Maka die mencari jalan untuk membuatkan hidup Annasandra menderita lagi serta cuba mengembalikan semula sumpahan tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya??
P/s- Tak leh blah part bertukar jadi khinzir liar tu hahaha xde binatang lain ker diorang nak guna kan, guna la kucing ker, arnab ker, ayam ker hahahha.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017