-->

19 Jan 2018

Sinopsis Filem Busker

Busker, Filem Busker, Filem Tahun 2018, Filem Melayu, Malay Movie, Pemuzik Jalanan, Muzik, Sinopsis Busker, OST Busker, Poster Filem Busker, Sinopsis Busker, Pelakon - Pelakon Filem Busker, Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Cameo, MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimate,
Sinopsis Filem Busker Lakonan Hafeez Mikail & Daiyan Trisha

Filem Busker adalah filem pembuka tirai untuk tahun 2018 ini, ianya sudah ditayangkan di pawagam bermula 11 Januari 2018 yang lalu. Antara Pelakon - Pelakon Filem Busker ini adalah Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan dan ramai lagi. Manakala MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimate membuat kemunculan istimewa dalam filem ini. Filem Busker ini menampilkan barisan pelakon muda yang berbakat sesuai dengan genre filem ini iaitu remaja, romantik dan dihiasi dengan 21 lagu menarik yang terdiri daripada lagu baru dan juga lagu khas untuk filem ini. Selain itu, Filem Busker ini mempunyai keunikan tersendiri kerana fokus utamanya adalah kelompok busker yang jarang dipertontonkan di layar perak.

Filem Busker ini diarahkan oleh Syed Khairul Fariz dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Astro Shaw Sdn Bhd. Manakala Lagu Tema / OST Filem Busker ini bertajuk Atma Jiwa Nyanyian Simfoni Dalam Poket. Memang nampak menarik juga filem ini kan, Apa pun jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye.
Busker, Filem Busker, Filem Tahun 2018, Filem Melayu, Malay Movie, Pemuzik Jalanan, Muzik, Sinopsis Busker, OST Busker, Poster Filem Busker, Sinopsis Busker, Pelakon - Pelakon Filem Busker, Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Cameo, MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimate,
Sinopsis Filem Busker (2018)

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi.  Kisah pada mulanya berkisarkan tentang Adil dan Vera  yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama untuk tugasan akademik di kolej dan mula menjadi rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel. Vera mencadangkan untuk Adil menyertai pertandingan Busker supaya dapat memenangi hati Mel semula. Tetapi disebabkan mereka sering meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil. Manakala Adil pula berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Adil akan kembali kepada Mel, dan adakah cinta Vera bertepuk sebelah tangan?.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

18 Jan 2018

Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Drama Adaptasi Novel, Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Novelis Siti Rosmizah, Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Astro Ria, Slot MegaDrama, Baca Online Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Sinopsis Novel,
Drama Adaptasi Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Kini tiba giliran Novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Novelis terkenal Siti Rosmizah untuk diadaptasikan menjadi Drama Bersiri 32 episod yang sedang hangat disiarkan di slot MegaDrama  Astro Ria. Pelakon Farid Kamil dan Nelydia Senrose antara pelakon utama Drama Adaptasi Novel Lafazkan Kalimah Cintamu ini. Kalau nak tahu senarai watak dan senarai pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini, bolehlah tengok di bawah ini ye..

Watak Pelakon 

Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer

Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah

Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha

Adriana Adnan sebagai Farhana

Farez Ridzwan sebagai Azrul

Imam Shah sebagai Shafiq

Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena
Erissa Puteri sebagai Tengku Natasha
Nur Qistina Raisah sebagai Tengku Aqilah
Anne Abdullah sebagai Mak Kiah
Adibah Noor sebagai Kak Kembong
Nazia Mustafar sebagai Tuti
Azhar Sulaiman sebagai Tengku Hashim
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Drama Adaptasi Novel, Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Novelis Siti Rosmizah, Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Astro Ria, Slot MegaDrama, Baca Online Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Sinopsis Novel,
Bagi yang nak baca beberapa bab awal novel ini secara online bolehlah klik link dibawah ye. Untuk baca novel penuh, silalah dapatkan novel ini di pasaran ye.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

17 Jan 2018

Keep Calm And Blog On

Keep Calm And Read My Blog, Blog Miss Banu Story, Miss Banu, My Blog, My Feeling, My Mood, Internet Problem, Keep Calm And Blog On,

Dah 2 hari tak dapat nak update blog kesayangan ini sebab ada masalah internet sikit dan juga laptop problem juga hahhaha. Hari ini baru dapat mengupdate blog Miss Banu Story ini, sebab masalah internet dah settle cuma masalah laptop masih belum selesai, ikutkan dah okey tapi aku pula yang tak berpuas hati dengan masalah dalam laptop tu yang buatkan aku stress. Jadi terpaksa guna laptop yang satu lagi yang mana huruf / abjad dekat keybordnya dah banyak tercabut angkara dicakar oleh kucing aku, tapi masih berfungsi dengan baik gitu. Rasa pelik bila berjauhan dengan blog sebab aku ada dua blog yang kena update, satu blog ini dan satu lagi blog lain yang ada Google Adsense. Apa pun terima kasih pada semua yang sudi berkunjung ke blog ini.
Keep Calm And Read My Blog, Blog Miss Banu Story, Miss Banu, My Blog, My Feeling, My Mood, Internet Problem, Keep Calm And Blog On,
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Sign, Owner Blog, Owner Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

14 Jan 2018

Sinopsis Telemovie Datin Glam Cerekarama TV3

Datin Glam, Telemovie, Telefilem, Telemovie Datin Glam, Cerekarama, TV3, Sinopsis Datin Glam, Pelakon Telemovie Datin Glam, Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Norlia Ghani, Amyza Aznan, Pengarah Rashid Sibir, Watak, Nona, Ros, Mak Som, Datin Ramona, Datin Nina, Dato Kamal, 2018,
Sinopsis Telemovie Datin Glam Cerekarama TV3

Telefilem Datin Glam adalah telefilem istimewa sempena  AJL32 yang bakal berlangsung pada bulan Februari nanti. Telemovie Datin Glam ini akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 13 Januari ini. Antara Pelakon Telemovie Datin Glam ini adalah Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Norlia Ghani, Amyza Aznan dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Rashbir Media Sdn Bhd. Wah lama tak nampak Ziana Zain berlakon kan, plus ada Rita Rudaini dan Norman Hakim gitu. Kalau tengok dari sinopsis cerita ini, memang nampak menarik telemovie Datin Glam ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..
Datin Glam, Telemovie, Telefilem, Telemovie Datin Glam, Cerekarama, TV3, Sinopsis Datin Glam, Pelakon Telemovie Datin Glam, Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Norlia Ghani, Amyza Aznan, Pengarah Rashid Sibir, Watak, Nona, Ros, Mak Som, Datin Ramona, Datin Nina, Dato Kamal, 2018,
Sinopsis Telemovie Datin Glam Cerekarama TV3

Nona dan Mak Som bekerja di gerai dan mereka hidup bersama dengan bahagia. Suatu hari, Mak Som mengajak Nona melawat Ros, kawan baiknya tetapi Nona tidak mahu kerana menuduh Ros sudah melupakannya selepas berkahwin dengan Datuk dan bergelar Datin. Bagaimanapun, sebenarnya Ros malu hendak berjumpa Nona kerana dia sudah kurus dan botak akib barah payudara. Nona rasa bersalah kepada Ros dan mahu menjaganya. Permintaan Ros yang terakhir ialah mahukan Nona berkahwin dengan suaminya jika dia meninggal.
Datin Glam, Telemovie, Telefilem, Telemovie Datin Glam, Cerekarama, TV3, Sinopsis Datin Glam, Pelakon Telemovie Datin Glam, Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Norlia Ghani, Amyza Aznan, Pengarah Rashid Sibir, Watak, Nona, Ros, Mak Som, Datin Ramona, Datin Nina, Dato Kamal, 2018,
Maka Nona pun berkahwin dengan Datuk Kamal dan bergelar Datin. Datuk Kamal berjaya mengubah penampilan Nona dan menjadikannya sebagai Datin Ramona. Oleh itu, kehidupannya pun berubah daripada kehidupan kampung kini bergaul dengan golongan Datin. Namun, rupanya Datin Nina yang sukakan Datuk Kamal sudah mengatur pelbagai perancangan untuk memporak-perandakan rumah tangga Datin Ramona dan suaminya. Pada masa sama, Datuk Kamal juga tak dapat menerima Ramona kerana masih tidak dapat melupakan arwah Ros. Ramona rasa sedih dan keluar dengan Datin Nina tanpa diketahui niat jahat rakannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Jan 2018

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

Mek Zumbie 2k18 Giveaway, Blogger Giveaway, Pemenang, Hadiah, Peserta, Random,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- Bila - Bila Masa..
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..
Good Luck untuk semua..
Saya pilih hadiah ini
Diary Classic : DC005 (New), Mek Zumbie Giveaway, Hadiah Buat Pemenang,
Diary Classic : DC005 (New)
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

12 Jan 2018

SEJARAH ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), ASEAN History, Sejarah ASEAN, Sejarah, History, Deklarasi ASEAN, 8 Ogos 1967, 10 Negara Anggota ASEAN, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, ASEAN 50,
Sejarah ASEAN 

Hari ini jom belajar Sejarah sikit hehehe, rindu pula dengan subjek Sejarah masa sekolah dulu - dulu hehe. Jom kita ketahui serba sedikit mengenai Sejarah ASEAN ini okey. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh FilipinaMalaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar IndonesiaFilipinaMalaysiaSingapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul RazakS. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".  Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995. Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Gambar di atas credit to Harian Metro.
Sumber: Wikipedia
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

10 Jan 2018

Review Drama Korea - Strongest Deliveryman

Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review

Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Strongest Deliveryman yang release pada 4 Ogos 2017 dan tamat pada 23 September 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Strongest Deliveryman ini adalah Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, ini merupakan drama pertama Go Kyung Pyo memegang watak hero utama, selalunya dia sering memegang watak hero kedua dalam banyak drama. Drama 16 episod ini disiarkan bagi menggantikan Drama The Best Hit dan kemudian akan digantikan dengan drama Go Back Couple. Watak Chae Soo Bin dalam drama ini adalah sebagai Lee Dan Ah yang merupakan seorang yang rajin bekerja untuk mengumpul duit supaya dapat ke luar negara untuk belajar dan bekerja di sana. Apa pun watak Lee Dan Ah itu memang agak kasar sikit. Selain itu aku agak annoying juga tengok rambut kerinting watak Choi Gang Soo yang dilakonkan oleh Go Kyung Pyo itu sebab tak sesuai. Nasib nanti dia akan make over rambut dia tu nanti. Lagu Tema / OST Strongest Deliveryman ini biasa - biasa saja bagi aku.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Rasanya siapa - siapa yang menonton Korean Drama Strongest Deliveryman ini pasti akan tersuka dengan hero kedua drama ini iaitu Kim Sun Ho yang melakonkan watak Oh Jin Gyu. Comel dan cute habis dia dalam drama ini hahaha, tak kurang juga ramai yang dah jadi peminat Kim Sun Ho ini lepas menonton drama ini, maklumlah orangnya handsome, lepas itu ada lesung pipit pula tu haha, jadi ramai penonton drama ini yang dah jadi angau dengan dia hahaha. Tak sangka juga, dia sebelum ini ada berlakon dalam drama Chief Kim / Good Manager juga, tapi ramai yang tak begitu perasan sebab wataknya dalam drama itu agak pemalu dan tidak begitu menyerlah berbanding drama ini. Selain itu aku juga suka bromance antara watak Choi Gang Soo dan Oh Jin Gyu dalam drama ini, adorable betul dua - dua orang ini, walaupun ada satu tahap yang diorang akan bergaduh sekejap sebelum akhirnya berbaik semula dan bekerjasama. Tapi part diorang bergaduh ini memang sedih sikitlah terutamanya untuk watak Oh Jin Gyu itu. Selain itu aku juga agak suka dengan karakter Lee Dan Ah yang cantik tapi kasar dan tomboy serta mahir dalam ilmu mempertahankan diri seperti Taekwando, Judo dan sebagainya. Jadi tak mudah untuk orang lain mengganggu hidupnya, walaupun untuk mengoratnya, pasti akan kena belasah hahaha, cuma kadang kala tu aku rasa Lee Dan Ah ini terlampau kasarlah pula.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Watak seterusnya yang agak unik bagi aku adalah Lee Ji Yoon yang dilakonkan oleh Go Won Hee yang merupakan anak orang kaya, yang lari dari rumah untuk mencari kebebasannya. Dia baik, tapi naif dan tidak matang, aku suka part yang dia sukakan Choi Gang Soo tapi akhirnya mengalah sebab Choi Gang Soo sukakan Lee Dan Ah dan dia juga sedar yang dia tak dapat nak lawan Lee Dan Ah kerana Lee Dan Ah sempurna dari segala segi berbanding dirinya. Begitu juga Oh Jin Gyu yang awalnya sukakan Lee Dan Ah tapi mengalah sebab dia merasakan dirinya tidak layak untuk Lee Dan Ah itu. Antara scene yang paling aku suka dalam drama ini adalah scene yang membabitkan watak Oh Jin Gyu dan Lee Ji Yoon, sebab watak diorang comel sangat. Scene ketika Lee Ji Yoon menyelamatkan Oh Jin Gyu dan mengawal hidup Oh Jin Gyu selepas itu juga menarik. Kiranya diorang ini boleh dikatakan couple yang adorable gitu. Dalam keseronokkan menonton drama ini, terdapat juga pengajaran yang berguna dalam drama ini terutamanya untuk watak Choi Gang Soo yang tidak mudah putus asa, yang berani ambik risiko untuk menubuhkan syarikat sendiri dan berani berhadapan dengan cabaran, apabila syarikatnya terpaksa melawan syarikat besar yang sudah berjaya tapi sentiasa cari peluang untuk menindas orang - orang susah,
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Paling best mestilah sebab Choi Gang Soo ini jenis yang suka menolong orang terutamanya kawan - kawannya yang susah. Jadi sebab itulah Choi Gang Soo ini mempunyai ramai kawan yang baik dan setia, malah sanggup buat apa saja atas dasar persahabatan mereka itu. Semangat setiakawan mereka semua itu memang terbaik, susah bersama - sama dan senang pun bersama - sama. Scene paling aku suka bila watak Oh Jin Kyu mula bekerja di bawah Choi Gang Soo dan kehadiran Oh Jin Kyu banyak membantu Choi Gang Soo dalam menguruskan syarikatnya disebabkan pengalaman yang ada pada Oh Jin Kyu itu. Pendek kata memang seronok layan Drama Korea Strongest Deliveryman ini dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Sinopsis Drama Korea Strongest Deliveryman

Mengisahkan Choi Gang Soo yang bekerja di kedai makan sebagai penghantar makanan / deliveryman. Walaubagaimanpun dirinya tidak kekal lama di sesuatu tempat, sebab dia hanya bekerja selama dua atau tiga bulan saja di sesuatu tempat, kerana dirinya ingin mencari ibunya yang telah meninggalkannya dan ayahnya. Disebabkan telah bekerja di pelbagai tempat dan pelbagai kedai makan, membuatkan Choi Gang Soo juga mempunyai ramai kawan. Tak lama kemudian Choi Gang Soo bekerja pula di sebuah kedai makan yang dimiliki oleh Soon Ae, di situ terdapat seorang lagi penghantar makanan yang bernama Lee Dan Ah. Awalnya Choi Gang Soo tidak begitu suka dengan Lee Dan Ah ini, tapi akhirnya diorang makin rapat. Kemudian dirinya terjumpa pula dengan Lee Ji Yoon yang lari dari rumah dan kelaparan, akhirnya Choi Gang Soo bertindak untuk membantunya dengan memberinya makanan serta tempat tinggal sementara sehinggalah Lee Ji Yoon dapat kerja di Cafe. Manakala Lee Dan Ah pula menyelamatkan Oh Jin Gyu yang cuba membunuh dirinya akibat kecewa dengan sikap bapanya. Disebabkan terhutang nyawa dengan Lee Dan Ah, Oh Jin Gyu berjanji akan memberikannya wang yang banyak. Malah Oh Jin Gyu juga sanggup menggantikan Lee Dan Ah sebagai penghantar makanan kerana Lee Dan Ah sakit dan berada di hospital.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Bromance, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Disebabkan Oh Jin Gyu bekerja sebagai penghantar makanan bagi menggantikan Lee Dan Ah, Choi Gang Soo mula berbaik - baik dan rapat dengan Oh Jin Gyu, mereka berdua mula berkawan baik. Dalam masa yang sama Oh Jin Gyu telah dijodohkan dengan Lee Ji Yoon, kerana mereka berdua sama - sama anak orang kaya. Namun mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain, mak Lee Ji Yoon iaitu Jung Hye Ran merupakan pemilik syarikat yang terkenal dan berjaya, Jung Hye Ran ini merupakan majikan yang tidak bertimbang rasa dan sanggup buat apa saja demi kepentingannya. Disebabkan satu peristiwa, hubungan baik C.Gang Soo dan O.Jin Gyu mula berubah menjadi musuh ketat, C.Gang Soo marah dan menginginkan O.Jin Gyu untuk masuk penjara atas perbuatannya. Tak lama kemudian Jung Hye Ran mengambil Oh Jin Gyu untuk berkerja dalam syarikatnya dan O.Jin Gyu berusaha keras untuk membuktikan kemampuannya. Manakala Choi Gang Soo pula telah mengambil langkah berani untuk membuka satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan secara besar - besaran. Namun syarikatnya itu terpaksa bersaing dengan syarikat Jung Hye Ran yang kendalikan oleh Oh Jin Gyu. Hubungan Choi Gang Soo dan Oh Jin Gyu makin baik tapi tidak seakrab dulu.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Tak lama kemudian Oh Jin Gyu mendapati yang hasil usahanya untuk memajukan syarikat tidak dihargai oleh Jung Hye Ran membuatkan Oh Jin Gyu nekad berhenti kerja. Oh Jin Gyu mula putus asa dan hidup merempat sehinggalah Lee Ji Yoon menyelamatkannya dan mengembalikan semangatnya yang hilang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Ending Drama Korea Strongest Deliveyman ini memang happy ending gitu. Apa pun berbaloi juga menonton drama ini.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Jan 2018

Sinopsis Drama Filipina Poor Senorita TV3

Sinopsis Drama Filipina, Drama Filipina Poor Senorita, Slot Telenovela, TV3, Komedi, Pelakon Drama Poor Senorita, Regine Velasquez, Mikael Daez, Ayra Mariano, Jilian Ward, Miggs Cuaderno, Zymic Jaranilla, Caprice Cayetano, Sheena Halili, Snooky Serna, Watak Pelakon, Rita, Deborah, Daniel,
Sinopsis Drama Filipina Poor Senorita - Telenovela TV3

Drama Filipina terbaru iaitu Poor Senorita telah mula disiarkan di slot Telenovela TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 Petang. Drama Poor Senorita ini bergenre Komedi, walaupun sinopsis drama ini nampak macam sedih sikit, manakala Pelakon Drama Poor Senorita ini pula adalah Regine Velasquez, Mikael Daez, Ayra Mariano, Jilian Ward, Miggs Cuaderno, Zymic Jaranilla, Caprice Cayetano, Sheena Halili, Snooky Serna dan ramai lagi. Drama Filipina ini boleh dikategorikan drama baru juga sebab baru disiarkan di Filipina pada bulan Mac hingga Julai 2017 yang lalu, sekarang ini dah disiarkan di Malaysia pula. Secara ringkasnya drama ini berkisarkan tentang Rita yang dulunya kaya kini menjadi miskin dan terpaksa bermula semula dari bawah dan setelah jatuh miskin, dirinya mula belajar dan mengerti tentang erti kegembiraan dan kebahagiaan dengan pertolongan 5 anak muda. Kalau tengok sinopsis drama ini, memang nampak menarik jalan ceritanya, plus ada pengajarannya yng tersendiri. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Filipina, Drama Filipina Poor Senorita, Slot Telenovela, TV3, Komedi, Pelakon Drama Poor Senorita, Regine Velasquez, Mikael Daez, Ayra Mariano, Jilian Ward, Miggs Cuaderno, Zymic Jaranilla, Caprice Cayetano, Sheena Halili, Snooky Serna, Watak Pelakon, Rita, Deborah, Daniel,

Mengisahkan Rita yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Daniel. Ibunya meninggal ketika dia masih kecil dan dia dibesarkan oleh bapanya. Dia dilayan ibarat seorang puteri dan segala kemahuannya diutamakan. Keluarganya memiliki kilang sabun. Ibu Rita membina perniagaan itu sebelum dia meninggal dan akhirnya segala urusan kilang diserahkan kepada Daniel. Tetapi, akhirnya Daniel juga akan mati kerana mengidap kanser perut dan Rita menjadi anak yatim piatu. Sebelum meninggal, Daniel sempat memberitahu Rita supaya jangan mempercayai sesiapa. Rita berpegang pada janji yang dibuat bersama bapanya. Rita mempunyai seorang makcik bernama Deborah. Untuk meneruskan hidup, Rita menggunakan duit simpanan bapanya untuk memulakan perniagaannya sendiri. Dia mula membangunkan kilang minyak wangi yang diberi nama "Senorita Scents". Kerana Rita mempunyai kemahiran dan strategi yang baik, perniagaannya bertambah maju. 
Sinopsis Drama Filipina, Drama Filipina Poor Senorita, Slot Telenovela, TV3, Komedi, Pelakon Drama Poor Senorita, Regine Velasquez, Mikael Daez, Ayra Mariano, Jilian Ward, Miggs Cuaderno, Zymic Jaranilla, Caprice Cayetano, Sheena Halili, Snooky Serna, Watak Pelakon, Rita, Deborah, Daniel,
Dan tanpa rasa bersalah, makciknya Deborah tiba-tiba ingin menuntut harta keluarga RitaDalam masa yang sama, Rita telah disahkan mengidap kanser perut, sama seperti bapanya. Doktor menjangkakan Rita akan hidup lebih kurang 3 bulan saja. Akhirnya Rita mengagihkan hartanya dan separuh diberikan kepada Deborah, dan separuh lagi pada Jabatan Amal. Rita juga berharap dia menemui cinta sebelum dia mati, malah dia juga cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya. Rupa-rupanya, doktor telah tersalah diagnosis penyakit Rita dan Rita sebenarnya sihat. Rita kemudiannya kembali pada Deborah dan meminta haknya semula, tapi sudah terlambat. Pada masa yang sama, Deborah merancang untuk membunuh Rita pula dan Rita cuba bersembunyi. Disaat sedang terdesak, mujurlah ada 5 anak muda yang masih kanak - kanak sudi membantu Rita, mereka adalah Kyla, Rambo, Charisse, Apol dan Girlie. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah Rita menyelamatkan dirinya dan bangkit semula?.

Jom Baca ini juga ➔ Jom Throwback 3 Jenis Permainan Best Yang Mesti Ramai Suka Main Masa Kecil-Kecil!
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017