-->

23 Jun 2012

RaGaM MaNusia ^_^

Assalammualaikum..
saja nk share gambar2 kt bwh nih..aku ambik dari Facebook..hehehe..
hahaha comey giler budak ni..amboiii sampai gitu sekali reaksi die..sape ntah yg die add tuh pun x tahu laaa..hahaha terkejut beruk die..tpi comel...ada ke org yg bereaksi sampai mcm tuh sekali bila org yg paling kita minat accept friend request muahaha..cam kelakar jer..kalau aku laa paling kurang pun terkejut tahap kura-kura jer hahaha..
gmbr seterusnya..hahaha kelakar..tapi mmg realiti pun..selalunya apa yg berlaku dlm movie/drama/filem mmg x sama bila di alam realiti...jadi bila menonton movie tuh jangan la sampai terpengaruh dan terbawa-bawa ke alam realiti..kerana realitinya x seindah seperti yg ditonton dalam movie tuh...renung2 kan..
Read More »

FiLeM MaeL LaMBoNG KiNi di PaWaGaM..

Assalammualaikum...
Semalam filem Mael Lambong dah start ditayangkan di pawagam..
sape dh tengok dah??cer cite best ke x??haha dengar cite penuh panggung..
ramai yg tengok cite ni..
aku tggu kt tenet je kot..xde masa nak gi pawagam..huhu busy sikit..ada kerja..
sape pelakon filem Mael Lambong nih..haha laa x kan x tahu semestinya la Zizan dan heroinnyer Juliana Evans tuh ala yg teman tapi mesra tuh hahaha...
diorang ni  digosipkan bercinta tapi dua2 x mengaku gitu..hanya teman rapat..xpe2 nanti ada entry khas yg cerita pasal diorang sekarang ni fokus pasal filem Mael Lambong jer k..hahaha sepatutnya dalam filem ni ada JoHaN Raja Lawak sekali yg wataknya Ah Chai..tapi disebabkan percanggahan jadual JoHaN  x dapat nak berlakon sekali dlm filem ni..waaa sygnyer kan...dahla idea nama Mael Lambong ni datangnya dari Johan tapi die yg x berlakon sekali..tapi ada khabar angin yg mengatakan bahawa Ahmad Idham ada rancangan yg lepas nih nak buat filem mengenai Ah Chai pula yg mana dilakonkan oleh JoHaN..dan filem seterusnya barulah menggabungkan kedua-duanya sekali menjadi filem Mael Lambong vs Ah Chai..haha bunyi macam menarik je kan..harap benda ni benar2 jadi kenyataan...takut x jadi jer sebab Johan sendiri dah menghadkan aktiviti lakonan die sbb nak tumpu menjadi deejay radio dan berlakon program2 tv jer..harap Johan kembali ke layar perak dan berlakon sama2 ngan Zizan mesti sweet jer kan..konform meletup laa..
Setakat ni ramai yg puji cite ni best..tapi x tahulaa sbb pandangan masing2 berbeza kan...

P/s-hari ni tenet slow laa x dpt nk blogwalking..insyaallah esok lusa sy cuba berkunjung ke blog anda semua...
Read More »

21 Jun 2012

SoaLaN dan JaWaPaN daRi JOZAN for Uolls ^_^


Assalammualaikum..
sejak dua menjak ni aku ada mendapat feedback dari orang2 yg baca blog ni di twitter,FB dan di blog ni sendiri..ada yg gtau aku yg diorang suka singgah sini sebab ada cerita2 JOZAN kat sini..terima kasih atas komen2 korang semua..hehehe..awalnya aku tulis entry2 pasal JOZAN sebab aku mang minat ngan diorang..aku minat diorang sejak dari Raja Lawak musim pertama lagi..masa tuh diorang belum bergabung jadi JOZAN pun lagi..peminat sejati gitu hahaha...jadi disebabkan ada permintaan maka cerita2 JOZAN diteruskan okey..baiklah hari ni nak kongsi mengenai JOZAN la semestinyer..jom tengok cara2 diorang jawab soalan..haha jawab soalan jer pun dh kelakar..tapi sorrylah sebab yg Zizan punya soalan agak sikit berbanding Johan..sebab yg ni je yg jumpa pun..jom baca...

#JOHAN
Nama dalam sijil kelahiran?
Mohamad Yazid Lim bin Mohamad Aziz
Nama panggilan di rumah?
Papa...Tarikh lahir?
13 Jun..Tempat lahir: Selangor.
Zodiak:
Gemini.Taraf pendidikan tertinggi?

Tinggi sangat taraf.
Ada impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi?

Ada tapi memandangkan pandai sangat, lupakan terus impian tu...Impian/cita-cita yang sudah terlaksana:
 Kahwin.
Impian yang belum terlaksana, bila nak laksanakan?:

Tambah anak, dlm proses…ingat nak buat satu team bola..Adakah anda sangat teruja menjadi seorang penyampai radio?:
Saya biasa je cuma Haniff dengan Ray yg teruja dapat join saya....

Apa yang menarik sangat tentang seorang penyampai radio?: Saya boleh chiloq menchiloq bila Ray dan Haniff bercakap…hahaha makan hatiii la korang!
KRU atau 4U2C? (beritahu kenapa)
 4U2C sebab Mak Jemah suka gelang..Hujan atau Bunkface? (beritahu kenapa)
Dua-dia tak suka sebab Abg Mus adh ada band sendiri….lagi sedap okokokokokehhh..Britney Spears atau Rihanna? (beritahu kenapa)
Dua-dua tak suka sbb dua-dia giler nak rebutkan I….rimasssssss..Apakah warna sarung bantal kegemaran anda?
Putih, tapi lama-lama jadi kelam lagi I sukeeeeeeeeee, siap ada bau..
Sekiranya anda adalah ‘sekeping biskut’, biskut perasa apakah pilihan anda?
Biskut kering sbb I boleh berbakti pada mereka yang tak mampu…ko hadeeee?..Di manakah tempat paling best kalau nak makan malam di rumah?
Atas siling rumah! Rasa romantik sangat!..
Pernah berjalan dalam tidur?..
Tak pernah dan dan berminat pun!
Pernahkah anda dibuli sewaktu kecil?
 Tak pernah, tapi membuli selalu… woohoooooo...Selebriti Malaysia yang manakah paling bijak berfesyen?
Johan Raja Lawak, Mas Joko suka tengok style dia yang kadang-kadang tak kena tempat tu!..Berikan satu tajuk lagu yang menjadi kegemaran anda dari dulu sehingga ke hari ini?
 Lagu sekolah...
Bayangkan anda pulang ke rumah, buka peti sejuk, apakah benda pertama yang anda akan cari:?
Air la tak kan nak cari baju lak! Soalan apa yg ko bagi ni Senah? Ni yg buat Mak Jemah nak marah nih!..Anda ada berapa pasang kasut di rumah?
1 je sebab tiap-tiap hari buang dan beli kasut baru..Sekiranya anda terjumpa seekor orang utan, di manakah akan anda sembunyikan haiwan comel tersebut?
Simpan kat Rumah ko boleh?..Apakah filem yang paling best pernah anda tonton pada tahun 2000?..
Mak Jemah layan filem Johan Raja Lawak je. Suka tengok budak tu, sweet sangat! Taste uollssssss!..
Sekiranya anda sebatang pokok, jenis pokok apakah anda akan jadi?
I dah pernah jadi pokok masa teater Siti di Alam Fantasi...kalau boleh nak jadi pokok tu sebab pokok tu boleh bercakap..Sudahkah anda berteman/berkahwin?
Dah le! Abeh tu bini dan anak-anak aku tu nak campak mana? Mesti ko tak baca paper kan?..Bercuti di pulau atau bermain salji?
Nak bawa family main salji je sebab pulau dah puas dan dah cukup hitam..
Pernahkah anda bercakap dengan haiwan perliharaan anda? Pernah.. sugarglider.
Tahukah anda bagaimana cara untuk masak nasi goreng Pattaya? Berikan cara paling senang…
ko nak pening-pening kepala watpe…beli je kan ke senang...Primadona Melayu paling anda kagumi?
 Saloma..
Hero filem Melayu yang paling gagah pernah anda minati?Malek Noor (filem Sahabat)..Perkara yang pasti membuatkan anda tersenyum sendirian?
Main dengan anak-anak..Namakan satu tabiat buruk kawan baik anda yang nak sangat anda betulkan?
Ray dan Haniff (berebut nak bercakap)..Perkara paling sweet tentang kawan baik anda?
Cover line cemerlang..Lagu paling suka anda dengar di ERA fm?
Aiii aiiii aiiiisheteruuuu!..
#ZiZaN
Nama:Mohd Razizan Bin Razak
Umur:28 tahun
Tarikh Lahir:15 ApRiL
Asal:TereNggaNu
Status:Bujang

Aktiviti "REMPIT"-Saya suka main go-kart,dan litar di Shah Alam menjadi tempat kesukaan saya untuk beraksi..
Suprise..-Perkara paling romantik pernah saya buat untuk yang tersayang ialah beri kejutan dengan menghadiahkan tiket penerbangan ke Bandung,Indonesia.
Ujian IQ-->Saya suka melihat kepintaran seseorang dengan cara memberi soalan pelik untuk mereka jawab
Destinasi idaman-->Saya teringin nak ke Jepun atau Korea..
Alergik dengan-->Saya memang tak boleh menjamah makanan laut,kalau tak mulalah terbersin tak henti2.
Jika bukan Raja Lawak-->Saya akan buka butik menjual pakaian berjenama "BAJU" dan buka sebuah salun sebab saya sebenarnya pandai menggunting rambut..
Wanita memukau-->Suka lihat wanita bertudung ala2 Hana Tajima,pemilik label Maysaa..
Kalau berpeluang berjumpa Oprah Winfrey-->Saya nak minta dia belikan rumah dan kereta BMW X6 idamanlah!
Aksi JoHaN Manja ngan Zizan..-sweet jer kan
Aksi Zizan Manja ngan JohaN-Hahaha adoii terlebih sweet dah ni haha...

#perkara paling sweet tentang kawan baik anda,johan jawab cover line cemerlang..haha mesti die cerita pasal Zizan kan..hehe sweet la diorang ni muahaha...


Read More »

20 Jun 2012

WoRdLess WedNesDay...

Read More »

19 Jun 2012

My KoReaN DRaMa LiSt..

Assalammualaikum..
Sape sini minat tengok Drama Korea..hahaha me too..however aku hanya minat drama Korea saja..K-Pop aku x berapa layan..ntahla aku x leh masuk dengan music K-pop nih..tapi kalau drama aku layan laa..n also lagu2 dlm drama yg aku tengok..ada la beberapa lagu yg aku suka..tapi lagu tuh semuanya sountrack drama tuh laa haha..aku ni bollywood pun aku layan haha..tapi walaupun begitu aku tetap sokong lagu2,drama2 dan filem tempatan okey..okey berbalik pada drama Korea..awalnya aku biasa jer..first drama korea yg aku tengok adalah cite Autumn in My Heart..aku tengok cite nih pun atas desakan dari kawan sebab die cakap best dan mendesak aku suruh tengok cite nih..siap die bagi pinjam kt aku dvd original cite ni okey..haha..aku tengok la..tapi aku still rasa cite nih xde la best mana..boring jer..lagu die je yg boleh tahan haha..sampaila aku dengan tidak sengaja tertengok drama korea yg bertajuk My GiRL dalam tahun 2006 kot..or 2007 terus aku suka..cite nih sgt best..mmg angau sekejap la dgn cite ni haha...lagu2 die pun meletup gitu..
kemudian berhenti sekejap..aku x tgk cite korea dh..sampai la aku guna streamyx kat umah..baru la aku try layan cite2 korea yg best..antaranya cite2 kt bawah ni..
Hampir semua cerita diatas ni popular habis..tapi ada dua drama yg aku kurengg minat sikit iaitu Lie to Me dan Scent of Woman..cite yg lain mmg superb...korang dh pernah tengok x drama2 yg ada dlm list kt atas nih...korang jangan lupa juga tengok review drama2 korea yg aku dh buat di ruangan Tab kat atas sekali tuh klik jer k..drama paling last yg aku dh tengok sampai habis adalah cite Rooftop Prince..ni drama baru tahun 2012..baru je habis ditayangkan di Korea..serius cite ni mmg best n kelakar..berbaloi tengok..aku belum buat review lagi utk cite ni..nanti aku buat k..
Sekarang ni tengah tengok cite dibawah ni..iaitu Queen In Hyun's Man yg baru nk masuk episod 7 gitu...tapi mmg best..suke3x hehe

Drama Rooftop Prince dan Queen In Hyun's Man antara drama terlatest di Korea untuk tahun 2012..so pada sape yg cadang nk tengok..silakan..mmg best..x rugi tengok..aku x tengok lagi drama Love Rain..best x eh?hehe...

Read More »

18 Jun 2012

BeSDay PaRty JoHaN Raja LawaK&inFo JoZaN

Assalammualaikum.
Okey2 sape peminat JOZAN kat sini sila angkat tangan sekarang..13 JuN hari tuh besday Johan kan..jadi biasalah sebagai artis mmg nak x nak diorang akan sambut jugak kan..hehe jadi pada 16 Jun hari sabtu hari tu,berlangsungla private party sambutan Besday Johan & Family ngan kawan2 rapat dan juga dengan peminat2 bertuah yg terpilih..maknanya x semua peminat yg dapat pergi..kirenyer party ni bukan suprise party la..sebab Johan mmg dah tahu..dan dengar khabarnya die yg sponsor semuanya..Majlis ni lau x silap aku dibuat di Federal Hotel K.L. sorry la lau aku salah info ke apa..aku tau benda ni pun dari FB dan juga dari mereka2 yg pergi ke Besday party tuh..memang sape2 yg dapat pergi mmg beruntung giler sebab x payah bayar apa2 rasanyer just bawa diri jer..haha.
Masa besday party Zizan waktu bulan April hari tu..diorang mmg buat suprise party..n mana2 peminat nak join suprise party nih kena bayar laa..tapi best laa dpt jumpa zizan tau..okey berbalik pada besday party Johan..dikhabarkan bahawa x leh tangkap gambar guna kamera masa dlm majlis tersebut..yela private party kan..maybe Johan x nak heboh2 sgt..tapi kalau nk tangkap gambar guna kamera handphone tuh boleh laa..disebabkan hal demikian aku hanya dapat beberapa keping gambar jer laa...huhu..credit to twitter @sari_jooozan's dan Juga FB..
Aku ada chatting ngan Sari iaitu org yg dapat pergi besday party Johan ni..Die cakap mmg meriah giler besday party tuh..makanan semua sedap..kirenyer sape yg dapat pergi tuh mmg enjoy dan seronok giler laa...however Zizan tak dapat datang..sebab die sibuk skrg ni..die shooting kat Thailand pastu jumaat hari tu die gi Singapore ada konsert..Hari Sabtu dah besday party Johan..maybe die x sempat nak ke besday party Johan..Hari Ahad Zizan dah ada kt Msia sebab ada program Melodi kan..kemudian dengar kata die kembali ke Thailand untuk shooting..n dgr cite juga Zizan juga x berapa sihat dikatakan die demam..
Tapi x pe minggu depan 23 JuN Konform Zizan akan berjumpa dengan Johan juga sebab diorang as a Jozan ada Show di Singapore untuk Konsert Mega Lawak..dengar cite tiket show macam goreng pisang panas laku beb..70% dah habis dijual..x caya sila tengok artikel akhbar Singapore kt bawah ni...
Okey sekarang ni jom layan gambar2 di Besday Party JoHaN yerr...gambar2 nih jer yg ada...
nampak x yg ada tulis Ariq, Papa Hanania & Bonda tuh.. bermakna tu besday party Johan la..pandai cover line gitu letak nama anak..Papa tuh bermaksud Johan laa..tpi sweet laa..sentiasa utamakan family..kalau perasan kat baju Johan masa Super Spontan hari tuh pn ada tulis Kasih Hanania..so pada sape yg tgk ulangan SS sila perhatikan baju Johan yg dibelakang nyer...
                                      pemandangan dipersekitaran..cantikkan...
     KeK Besday JoHaN..wah  kek bentuk kereta lagi tu..yela Johan kan suka drift..Zizan pun sama suka drift gak..JOZAN mmg serasi minat pun sama..suka drift...
                         Ozlyn,Pemilik gambar2 yg aku cilok ni serta Johan...
Okey ni jer gambar2 yg aku jumpe..hahah banyak sangat kan..xpe nanti lau aku jumpe lagi aku tempek lgi kt sini k..sebut pasal Johan mesti ingat kat Zizan..haha korang nak tengok x tulisan Zizan bila orang mintak autograph kt die...nak tengok x???okey gambar autograph Zizan ni credit pada Sari nih juga..aku ambik dari Facebook...tulisan Zizan dh mcm tulisan doktor..hahaha..apapun mmg beruntung pada mereka2 yg dpt jumpa JOZAN dan juga mereka2 yg dpt autograph dri JoZaN gak...
sekian laporan dari saya..majulah sukan utk negara hehehe
P/s-menang saguhati(Cabutan bertuah) untuk Segmen Blogwalking sampai Lebam..yg dianjurkan oleh Deqla..hehe...Thankz yer Deqla...ada gak rezeki den ^_^


Read More »

17 Jun 2012

Dah LeBih 1111 FoLLoweR..Alhamdulilah..

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dah 1116 follower blog ni..thanks to you all..
nombor yg paling menarik bagi aku tentulah nombor 1111 kan...siapakah follower blog ni yg ke 1111 tuh??inilah die...Sarah Womahimia meh singgah ke blog beliau yer-> http://pixieser.blogspot.com/
inilah header blog beliau..sweet je kan..
Hope beliau terus aktif dalam berblogging n terima kasih kerana sudi follow blog saya yer..
kepada follower lain terima kasih juga yer..x lupa pada readers..GSF semestinya yg rajin beri komen..thanks sgt2 k..also pada Jozannerz yg rajin skodeng blog ni utk tengok cite2 pasal Jozan..hehe..thankz k..


Read More »

16 Jun 2012

Ramai RiNdu JOZAN ker??


Assalammualaikum..
wahhh ada yg tanya aku pasal JoZaN..ramai x yg rindu JOZAN kt sini??sila angkat tangan sekarang..yela kalau dulu tiap2 hari jumaat kita semua dapat tengok JOZAN kat tv kan..start bulan Januari yg lalu dengan Program Raja Lawak dan bersambung dengan Super Spontan yg berakhir pada 1 JuN yang lalu..sekarang ni susah kit nak tengok JOZAN sama2 kt tv..mengikut info yg ada setakat ni..JOZAN akan bergandingan semula di tv bermula November ni untuk program Maharaja Lawak Mega 2 yg mana JOZAN bertanding kembali..lama lagi laa nak tunggu kan..tapi x taula kot2 ada program2 lain yg diorang sertai sama2 kan..yg pastinya setiap khamis dan Jumaat korang semua dapat tengok JoHaN di tv menerusi 2 program iaitu Acaner tu Johan dan Karoot Komedia X..manakala Zizan pula sekarang tgh ligat berlakon filem..bulan ni jer dua filem die yg ada kat panggung iaitu Bohsia 2 dan Mael Lambong. Bulan depan mungkin ada lagi filem die..haha dua2 ada aktiviti masing2..tapi harap jugak la Zizan leh jadi artis undangan kat Karoot Komedia X tuh mesti meriahnyer if ada Zizan kan...

Hope hari ni JOZAN bertemu la hendaknyer yer sebab hari ni pukul 7mlm nanti ada Besday Party JoHan konform die jemput Zizan nyer kan..cuma x tahu la Zizan datang ke x sebab semalam Zizan ada show di Singapore..harap die dh balik KL dh laaa..n dapat la die pergi ke besday party JoHAn kan..hadiah ape laa yg Zizan bagi kat Johan kan..mesti sweet jer..tapi yg pastinya minggu depan 23 JuN,JOZAN akan together-gather uat show sama2 kat Konsert Megalawak di Singapore..kita yg kat Malaysia x dpt tengok laa alaaaa....oklaaa untuk mengubat rindu semua jom tengok video JOZAN kt bawah ni..petikan dari Rancangan Oh yeah! yg bertajuk Sidang Media Mendidih Bersama Zizan...hehehe best gak..Zizan diinterview oleh wartawan2 terhebat haha..perhatikan reaksi Johan..die banyak senyum dan gelak2 hehehe...pastu masa last tuh sempat curi hp Zizan lagi haha...



layannnnn....semoga terhibur yer n dapat mengubat kerinduan semua org kpd JOZAN hehehe ^_^
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017