-->

20 Jan 2014

Dunia Di Akhir Zaman

Read More »

19 Jan 2014

Shopping Di Zalora


Assalammualaikum..
Baru2 ni ada shopping online di Zalora.. sebab sebelum ni ada dapat voucher RM100 so apa lagi aku pun pergilah buka laman web Zalora ni dan shopping disana buat pertama kalinya hehe. Memang best giler dapat shopping free hihihi, rambang mata tengok barang2 yang memang cantik2 n meletop gitu yang dijual disitu. Rasa nak beli itu, nak beli ini, semua nak beli hehehe. Last2 aku beli beg duit, sebab yang ada sebelum ni dah pun lama sangat so dah ada peluang ni aku beli lah sampai dua, satu kecik satu besar.
Happy bila barang sampai hehehe..thanks to Zalora.. atas voucher tu..harga dua beg duit tu bila dicampurkan  ngam2 RM99.20.
So pada yang nak shopping online tu bolehlah shopping/beli belah di http://www.zalora.com.my Banyak barang2 menarik yang dijual disitu, siap ada diskaun semua. Jangan lupa singgah disana.
Read More »

18 Jan 2014

Top 5 Masterchef Malaysia All Stars

1. ZaMir
2. CeLina
3. So Wincci
4. Brian
5. Michael Ang
Assalammualaikum..
Itulah senarai Top 5 Masterchef Malaysia All Stars. Pilihan aku untuk top 3 adalah Zamir, Celina dan So Wincci. Sape pulak pilihan korang untuk top 3? manakala untuk calon juara aku pilih Zamir hehehe lagipun die satu-satunya orang Melayu yang berjaya kekal setakat ini. Hope die sampai final n menang hehe. Tapi Celina juga antara calon yg hebat dan berpotensi juga untuk menang lagipun dia adalah Naib Juara Masterchef Selebriti Malaysia sebelum ni dan setakat ini die belum pernah masuk pusingan penyingkiran lagi. So Wincci juga antara calon yang memberi saingan sengit. 

Walaubagaimanapun tahniah gak untuk Michael Ang kerana berjaya capai sasarannya untuk masuk ke top 5 dan juga untuk Brian kerana berjaya sampai sejauh ini. Mungkin mereka ini boleh buat kejutan sape tahu..sape pula pilihan juara korang?..
Top 6..
Read More »

17 Jan 2014

Oh My English- Hello America

Assalammualaikum..
Rabu lepas sempat tengok telefilem Oh My English- Hello America, best gak shooting kat New York, Washington, America tuh fuhhh, paling best yang aku suka sekali adalah kualiti gambar dlm cite ni mmang terbaik, awsome giler. Cantik kualiti gambar cite ni, kita yang tengok pun rasa macam puas sebab clear n cantik semua. Cuma rasa sekejap sangat lak cite ni dlm 1 jam setengah jer. Lepas tu satu lagi yang kurengg adalah krn apa yang berlaku di America tu hanyalah mimpi Jibam semata-mata hihi. 

Part ending mimpi ni jerla yg buat kurenggg tu. Lagi satu cite ni memang trending habis kat Twitter hehe n hari sebelum tu Jibam & SYS ada jadi guest kat program Meletop. Antara part yg best masa Cikgu Henry n Cikgu Malik terpaksa berkongsi bilik hotel sekali, pastu bilik yang diorang dpt adalah bilik khas untuk honeymoon hehe siap ada bunga2 bentuk love bagai, masing2 tak puas hati hehehe.
Read More »

Secret Love- Korean Drama Review

Assalamualaikum..
Hari ni nak buat review drama Korea yang berjudul Secret/ Secret Love. Actually dah lama habis tengok drama ni, baru sekarang sempat buat review. Drama ni mempunyai 16 episod, dan dibintangi oleh Hwang Jung Eum sebagai (Kang Yoo Jung),  Ji Sung sebagai (Cho Min Hyuk),  Bae Soo Bin sbg (Ahn Do Hoon) dan  Lee Da Hee sbg (Shin Se Yeon).  Drama ni kira drama berat, penuh dengan pengorbanan dan air mata gitu. 4 watak utama dalam cerita ni memang asyik nangis jer, murah dengan air mata hihi sebab byk babak sedih dalam cite ni.
Geram juga dengan watak Kang Yoo Jung tu sebab sanggup berkorban masuk penjara demi kekasihnya iaitu Ahn Do Hoon, sedangkan kekasihnya yang salah sebab langgar orang pastu lari. Pastu memang menyampah tengok watak mak Ahn Do Hoon tu yang x suka dgn K.Yoo Jung sebaliknya nak calon menantu yang kaya. Manakala Ahn Do Hoon ni awalnya seorang yang sangat baik dan dia ingin menjadi pendakwaraya yang menegakkan kebenaran serta merupakan anak yang baik dan sayangkan K.Y. Jung. Namun lama kelamaan dia makin berubah menjadi seorang yang tamakkan kuasa dan pentingkan diri sendiri. Agak kesian juga tengok watak Shin Se Yeon yang sangat cintakan Min Hyuk sejak dari kecil, namun Min Hyuk tak pedulikannya langsung. 

Suka tang part bila Kang Yoo Jung mula bangkit dan membalas dendam pada bekas kekasihnya iaitu Ahn Do Hoon yang menjadi penyebab kematian ayahnya. Walaubagaimanapun di akhir episod semuanya happy ending, yang jahat akan menerima hukuman dan yang baik akan hidup bahagia. Layan gak laa drama ni, jalan cerita die ada twist sikit n buatkan kita x sabar untuk tunggu apa yg akan jadi seterusnya. Jom layan sinopsis cite ni..
Sinopsis
Dalam Perjalanan balik, Ahn Do Hoon telah terlanggar seorang perempuan yang merupakan kekasih Min Hyuk, disebabkan panik Ahn D.Hoon terus memandu kereta tanpa menolong wanita tersebut dan akhirnya wanita tersebut mati disitu. Akhirnya Kang Yoo Jung yang berkorban dan masuk penjara. Sementara Min Hyuk berasa marah dan ingin membalas dendam serta menghancurkn hidup K.Y. Jung semasa dan selepas die keluar penjara. Min Hyuk sentiasa mengikuti perkembangan K.Y.Jung dah mcm stalker gitu. Akhirnya secara x sedar Min Hyuk telah jatuh cinta pada K.Yoo Jung. Konflik mula berlaku kerana Min Hyuk telah ditunangkan dgn Shin Se Yeon dan Se Yeon sememangnya cintakan Min Hyuk. 

Manakala Ahn Do Hoon telah berpisah dgn K.Y.J dan dirinya mula berubah menjadi semakin tamak dia akhirnya suka pada Shin Se Yeon yg merupakan tunang Min Hyuk. Namun S.S.Yeon tetap sayangkan Min Hyuk. Kang Yoo Jung juga masih sygkan Ahn Do Hoon sehinggalah dia tahu yang Ahn D.Hoon menjadi penyebab kematian ayahnya barulah K.Y.Jung mula benci dgnnya dan akhirnya mula menyukai Min Hyuk. Lama kelamaan rahsia demi rahsia mula terbongkar satu demi satu.

Watak-Perwatakkan
Drama ni ada ditayangkan di Astro channel 391 (KBS) hari tu. Baru tau kat korea ada chanel KBS, SBS, MBC, TVN dll hehehe. Running Man pun under Channel SBS juga.

Baca ini jugak..
~ Review Drama Lakonan Hwang Jung Eum yg terdahulu-
~ Review Drama Lakonan Lee Da Hee yg terdahulu-
~ Review Drama Lakonan Bae Soo Bin yg terdahulu-  
~ Review Drama Lakonan Ji Sung yg terdahulu-
Read More »

Lagu Dan Drama Mawar Putih Tanda Perpisahan

Assalammualaikum..
Ada sesape yang pernah tengok drama terbaik Anugerah Skrin 2013 iaitu Mawar Putih Tanda Perpisahan yang dilakonkan oleh Rosyam Nor, Nad Zainal dan ramai lagi. Seriously Drama ni memang sangat best patutlah sampai menang Drama Terbaik gitu. Sape yang dah tengok drama ni mesti perasan lagu tema cite ni yang tajuknya sama dengan tajuk drama ni iaitu lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan. Rasanya pas dengar lagu tu majoriti akan suka dengan lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan ni sebab memang sangat sedap didengar, mendayu-dayu gitu. Sesuai dengan jalan cerita drama tersebut yang sangat sedih. 
Dah lama tak tengok drama Melayu yang best macam ni, pelakon hebat, jalan cerita yang menarik, lagu tema yang best, sinematografi yang indah. Pendek kata drama yang berkualiti gitu. Dalam drama ni suka tengok Rosyam Nor tulis diari dalam jawi memang terbaik. Pada yang tak tengok lagi drama ni bolehlaa godek2 tenet kot2 ada link yg boleh tengok online ker kan. Berbalik pada lagu tema drama ni yang sedap tu sebenarnya adalah lagu lama yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi lelaki. Kemudian lagu ni dinyanyikan pula oleh Monoloq dalam irama yang lebih segar dan terkini. Versi terbaru dinyanyikan oleh Baby Shima dengan lagu ni ditukar ke irama malaysia memang sedap sangat.

jom tengok lirik lagu dan videonyer k..
Lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan..

Sekuntum Haruman Hadiahmu
Di Hari Terakhir
Bunga Mawar Yang Putih
Tanda Hati Bersih Suci Mewangi
Kedinginan Malam
Seolah Mengerti Perasaan
Dua Insan Bertemu
Dalam Sendu Mengiring Perpisahan

Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Menanti Penuh Setia
Demi Kasih Illahi
Ku Pasrah Terima
Dinda Doa Kan Aman Sejahtera

Pilu Sebak Dada
Melepaskan Kanda Bersendirian
Namun Aku Berjanji
Kan Ku Sanjung Dewata Cintaku
Bunga Mawar Putih
Tanda Kasih Sayang Mu
Dinda Cuma Berdoa
Moga Kanda Menanti Di Syurga

Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Disini Kan Setia
Demi Kasih Illahi
Ku Pasrah Terima
Dinda Doa Kan Aman Sejahtera

Dari Riak Pandanganmu Yang Sayu
Aku Tahu Kesedihanmu
Aku Jua Rasa Terkilan Dihati 
Namunku Pendamkan Dijiwa

Senyumlah Kanda Buat Azimat Dinda
Semoga Sepikan Terhibur


Salam Maulidur Rasul untuk semua yer..
Read More »

13 Jan 2014

Kumpulan Wala Tersingkir Di Minggu Ke-9 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke-9 MLM2013 ni. Di minggu ke-8 tiada penyingkiran dibuat namun di minggu ke-9, kumpulan Wala telah tersingkir setelah beberapa kali berada di bottom three. Kump Shiro dan kump Comey turut berada dalam bottom three. Tema minggu ke-9 adalah bebas dan menyaksikan 8 kumpulan membuat persembahan masing2. Rahim berjaya memenangi Man Of The Match untuk minggu ke-9 ini. MLM Di minggu ke-9 ini telah dibuat di One Utama, memang ramai orang yang datang, tapi pentas MLM tu nampak kecil n x best serta audio system juga macam kurang bagus dengan bunyi bergema di tv semua.
Kump Shiro membuat persembahan pembukaan, Sketsa diorang okey cuma punchline kurang menyengat. Nabil pula melakukan stand up comedy dan masih menggunakan Ac Mizal sbg bahan lawaknyer. Selain itu Nabil juga turut recycle lawak dan tarian Lawak Ke Der Style. Sape yg tgk Lawak Ke Der mesti perasan kan. Tapi okey gak lama x tgk tarian tu hehe. Persembahan kump Comey agak kurang best untuk minggu ini. Manakala kump SYJ cemerlang dgn idea kreatif diorang dengan membuat sketsa tentang lif. Walaubagaimanapun dialog2 yang berunsurkan double meaning telah muncul semula patutnya SYJ cari dialog yg lebih baik dari gunakan double meaning ni semua. Sketsa kump Wala juga agak tidak menarik serta tidak kelakar.
Kump Jambu pula buat pasal cabutan bertuah tu agak menarik juga, cuma punchline diorang kena lebih menyengat lagi. Kump Bocey juga tidak menghampakan, agak menarik juga sketsa diorang siap main tumbuk2 perut lagi hoho. Manakala kump Sepahtu cemerlang minggu ini dengan sketsa diorang pasal orang2 gila tu. Punchline pon best. Lawak gak tengok Jep gi myamar pastu x habis2 minta kunci pintu pagar hehe. Memang rezeki kump Sepahtu laa malam tu siap dapat markah tertinggi n menang sebuah kereta Alza baru lagi n Rahim pon dapat Man Of The Match lgi. Apapun tahniah untuk Sepahtu sbb menang kereta.

P/s- Lama x dgr kisah JOZAN..Khabarnya Zizan gi bercuti dengan artis2 Wirefame di L.A manakala JoHaN dan isterinya Ozlyn pula pergi menunaikan Umrah. Kedua-duanya berada di luar negara cuma tempat je asing2.
Read More »

12 Jan 2014

Gary (Running Man) Berada Di Malaysia Untuk Showcase Leessang 2014

Assalammualaikum..
Selepas kehadiran Lee Kwang Soo minggu lalu di Malaysia, kini tibalah giliran salah sorang member Running Man yang seterusnya iaitu Kang Gary. Walaubagaimanapun Gary datang bukanlah untuk fan meeting Running Man tapi sebaliknya datang menerusi kump Leessang sekaligus mengadakan Showcase di Malaysia. Gary dan Gill akan menghiburkan peminat di KWC Fachion Mall Hari ini. 
Gary yang baru tiba di Malaysia semalam..



Nampaknya 4 dari 7 member Running Man telah pun datang ke Malaysia, bermula dengan Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo dan Gary. Bila agaknya ketujuh-tujuh mereka akan datang ke Malaysia serentak. Takpun terus shooting Running Man di Malaysia konform gempak punye.. 
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017