-->

2 Jul 2015

Koleksi Majalah Ujang Bumper Puasa & Raya

Assalammualaikum..
Dari dulu lagi aku memang suka beli Majalah Ujang Edisi Bumper Puasa dan Raya. Aku just beli edisi puasa dan raya jer, kalau bulan2 lain tu aku tak beli hehehe. Gambar kat atas tu adalah muka depan majalah ujang bumper puasa untuk tahun 2015 nyer, pasni tunggu bumper Raya lak. Memang dah macam hobi plak kumpul tiap2 tahun hehehe. Kalau nak kira memang dah agak banyak laa bila campur semua Majalah Ujang untuk tahun2 yg sebelumnya hehe..Best gak baca Majalah Ujang time nak tunggu masa untuk buka puasa tu kan.

Jom Klik2 Kat Bawah ni..

Read More »

Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk Slot Akasia Tv3 yang bertajuk Syurga Nur akan mula menemui penonton mulai 1 Julai 2015, bagi menggantikan drama Dia Isteri Luar Biasa yang telah tamat episodnya. Drama Syurga Nur ini adalah terbitan JS Pictures dan skripnya ditulis oleh Sofia J Rhyland. Drama ini bukan adaptasi daripada novel yer seperti drama2 terdahulu di Slot Akasia. Drama Syurga Nur ini dilakonkan oleh Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Sheila Rusly, Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson, Ammar Alfian dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo). Kalau tengok dari sinopsis drama Syurga Nur ni memang nampak macam best dan jalan ceritanya macam sedih jer kan. Apapun selamat menonton yer..
Sinopsis Drama Syurga Nur

Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya, apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?
Lagu Tema OST Syurga Nur

- Benar Cinta nyanyian Aisha Hanim

Pelakon Utama Syurga Nur 


Klik2 gak link kat bawah ni k..

Read More »

1 Jul 2015

Biodata / Profil Dan Gambar Janna Nick

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang kenal dengan pelakon cantik ni yang bernama Janna Nick ni, tambahan lagi drama yang dilakonkannya sebagai watak utama akan mula ditayangkan di Tv3 untuk Slot Akasia. Makin popular laa Janna Nick pasni kan, apapun aku start kenal dengan Janna Nick ni pas die berlakon drama Jodoh 1 & 2 (Astro). Suke tengok watak die yang gile2 dalam drama ni, comel, qiut dan lawak gitu. Pastu dalam drama Keluarga Karaoke pun die ada berlakon gak, memang best tengok die berlakon. Apapun Jom tengok serba sedikit Biodata / Profil serta Gambar Janna Nick kat bawah ni k..
                                 
Biodata/Profil Janna Nick

Janna Nick ni masih muda remaja gitu baru berusia 20 tahun, dilahirkan pada tahun 1995 dan merupakan orang Sungai Petani, Kedah. Teringin nak dengar Janna Nick ni cakap utara mesti comel kan. Berketurunan Cina, Pakisan dan Thai, Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas. Antara Drama2 yang dilakonkan oleh Janna Nick adalah seperti berikut- Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Abang Sado Jemur Kain, Syurga Nur dan lain-lain. 
Twitter Janna Nick - https://twitter.com/jannanick95
Instagram Janna Nick -  https://instagram.com/jannanick 

Gambar- Gambar Janna Nick 




Jom Klik2 gak kat bawah ni k

Read More »

30 Jun 2015

School 2015: Who Are You? - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk School 2015: Who Are You? yang baru saja habis ditayangkan di Korea pada 16 Jun 2015 yang lalu. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Kim So Hyun, Yook Sung Jae, Nam Joo Hyuk dan ramai lagi. Kalau tengok dari tajuk drama ni, korang dah boleh agak kan drama ni berkisarkan tentang apa kan? tapi yang bestnya drama ni die ada unsur-unsur misteri sikit dan suspen gitu. Selain tu drama ni gak susah nak teka endingnya akan jadi camne, pujian juga buat Kim So Hyun kerana dapat bawa 2 watak (kembar) dengan baik sekali. Kim So Hyun adalah nama betul heroin drama ni, takut ada yang tersalah lak atau tertukar dengan nama Kim So Hyun yang pelakon lelaki popular tu. Rasanya ada dekat 4 orang kot pelakon Korea yang nama diorang lebih kurang sama hehe. Kim So Hyun ni bermula dari pelakon kanak-kanak, sekarang ni dah remaja pun n jadi heroin drama dah.
Berbalik pada drama School 2015- Who Are You ni banyak mengupas isu2 dan masalah2 yang berlaku di kalangan pelajar disekolah, contohnya seperti kes buli. Aku suka tengok lakonan watak jahat Kang So Young tu, nampak jahat betul, suka2 hati die jer buli pelajar lain. Memang rasa geram jer tengok gelagat watak die ni. Kerjanya asyik nak membuli jer, lakonan die memang berkesan sebab berjaya buat penonton rasa benci dengan wataknya. Aku juga suka tengok karakter watak Go Eun Byul dan Lee Eun Bi yang merupakan kembar tapi mempunyai perbezaan yang jelas dari cara bercakap dan keyakinan diri contohnya aku suka dengan watak Go Eun Byul yang digambarkan sebagai seorang yang berani, keras kepala, suka berahsia manakala Lee Eun Bi pula digambarkan sebagai yang lemah lembut, sopan, ada prinsip sendiri namun sentiasa dibuli.
Kadang2 aku tension n stress gak tengok Lee Eun Bi yang macam pasrah jer kena buli dengan Kang So Young and the geng tu, bukannya die nak melawan ker aper ni macam redha jer kena buli. Kita yang tengok die kena buli pula rasa geram sebab mudah sangat kena buli, last2 bila dah tak tahan kena buli, boleh plak cuba nak bunuh diri. Lebih stress bila Lee Eun Bi ni releks jer reject Gong Tae Kwang yang bukan main melindunginya dari K.So Young tu. Rasanya ramai yang suka kalau L.Eun Bi terima jer cinta G.Tae Kwang tu kan tapi boleh plak die suka kat Han Yi An yang merupakan kawan baik kembarnyer. Kesian jer kat G.Tae Kwang yang hanya dapat jadi kawan baik L.Eun Bi tak lebih dari itu. Berbanding watak Han Yi An tu aku lebih suka G.Tae Kwang lagi, Han Yi An ni boring, cepat emosi, cepat berubah hati dari G.Eun Byul ke L.E.Bi better lagi Gong Tae Kwang tu yang terus berada disisi L.E.Bi walaupun die tahu L.E.Bi suka pada Han Yi An tu.
Ending drama ni okeylaa, tapi still xde la memuaskan hati sangat sebab ingatkan ada kejutan ker kat episod akhir tapi takde apa sangat. Kang So Young yang kaki buli tu tertekan dengan persepsi orang ramai padanya n die langsung xde kawan, disamping menjadi mangsa kemarahan ayahnya yang garang tu sebab perbuatannya telah menyebabkan ayahnya mengalami masalah untuk memasuki arena politik. Patutnya K.So Young tu harus dapat balasan lagi teruk tapi okeylaa dari takde hahaha. Ending untuk G.Tae Kwang die just jadi kawan baik L.E.Bi jer tapi hubungan dengan ayahnya dah kembali pulih n mesra gitu. Go Eun Byul pula melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Lee Eun Bi dan Han Yi An start bercinta. Tu jer laa endingnyer hehehe tapi dalam banyak2 scene2 aku paling suka scene Go Eun Byul melawan Kang So Young tanpa menggunakan kekerasan pun tapi still dengan stail gitu hihihi.
Selain tu aku juga suka scene yang mana kesemua pelajar membuat kejutan pada guru kelas mereka yang akan berhenti  tu dengan memberikan ucapan pendek dalam sticky note yg berwarna warni dan dilekatkan pada cermin kereta guru kelas diorang tu, touching betul scene ni, mesti guru tu rasa dihargai dan disayangi oleh pelajar2 nya. Bagi aku drama ni berjaya untuk buat aku curious apa yang bakal terjadi dalam next episod, sebab banyak sangat misteri yang belum terjawab. Walaupun jalan cerita drama ni berkisarkan pelajar sekolah tapi still tak membosankan pun sebab ada banyak babak2 best. Adegan2 kelakar dalam drama ni juga sangat best dan lawak diimbangi dengan kisah cinta tiga segi watak2 utama tu. Cuma ramai juga yang frust bila Lee Eun Bi tidak bercinta dengan Gong Tae Kwang tu tapi sebaliknya yang berlaku di episod akhir drama ni. Apapun drama ni kira layannnn juga. Aku bagi 7.5 dari 10 Bintang untuk drama ni.
Read More »

28 Jun 2015

Sinopsis Drama Wadi Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Wadi adalah drama terbaru untuk Slot Zehra Tv3, drama ini akan menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar yang telah tamat episodnya pada bulan Jun nanti. Drama Wadi ini akan mula menemui penonton bermula 26 Jun ini dan drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah. Drama ini dilakonkan oleh Syafie Naswip (Wadi), Amyza Aznan (Zainah), Ardell Aryana (Widya), Fimie Don (Azem), Zamarul Hisyam (Cikgu Naim), Faezah Elai (Cikgu Murni) dan ramai lagi. Tema drama ini ialah kekeluargaan dan diterapkan juga unsur islamik dari segi muzik dan mood. Jangan lupa nantikan drama ini k..

Sinopsis Drama Wadi

Wadi mengisahkan remaja berumur 17 tahun bernama Wadi yang hidup bersama ibu tiri dan dua adik kandung perempuan berlainan ibu. Kehidupan mereka susah sekaligus membuatkan Wadi hidup dalam serba kekurangan. Dia juga selalu dihantui rasa bersalah disebabkan kematian ayahnya yang berpunca daripada sikap pentingkan dirinya sendiri. Zainah, ibu tirinya selalu menyalahkan Wadi kerana menyebabkan kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Bakri meninggal dunia semasa hendak membeli kasut spike olahraga untuk Wadi biarpun ketika itu dia tidak berduit. Wadi memahami kesusahan ayahnya dan bercadang untuk kerja secara sambilan bagi mencari duit untuk membeli kasut yang diperlukan tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya.
Bakri sanggup meminjam wang daripada rakannya untuk membeli kasut spike dengan membawa Wadi bersama. Sampai di bandar, mereka berpecah apabila Wadi ke kedai buku, manakala Bakri ke kedai peralatan sukan kerana niatnya untuk buat kejutan dengan menghadiahkan Wadi dengan spike baru. Walaubagaimapun malang menimpanya apabila Bakri terbunuh kerana terserempak dengan tiga perompak yang baru merompak bank. Kematian Bakri disaksikan Wadi sendiri. Ayahnya mati di pangkuannya bersama kasut spike itu. Sejak itulah kehidupan Wadi terumbang-ambing, manakala prestasi pelajarannya mula merosot. Hidupnya menjadi semakin kacau-bilau apabila ibu tirinya Zainah selalu mencari pasal dengannya.
Read More »

27 Jun 2015

Review Novel Jerat Hati

Assalammualaikum..
Aku dah lama beli novel Jerat Hati karya Tina Derika ni, tapi baru beberapa hari lepas aku start baca novel ni. Aku suka muka depan Novel ni, cantik gitu. Kalau baca dari Sinopsis Novel Jerat Hati ni, memang nampak best gitu, jalan ceritanya bermula dari zaman sekolah sampailah dewasa. Antara watak2 dalam novel ni seperti Asyraf, Hafiza, Darina, Aizat, Mazni dan lain2 lagi. Cuma satu jer laa aku x berapa berkenan dengan watak Hafiza sebab die digambarkan sangat ler baik, penyabar, walaupun dah macam2 Darina tu buat kat die, tapi boleh jer die sabar jer, manakala watak Darina pulak tersangatlah jahat hehehe. Apapun Novel ni masih best untuk dibaca. Jom tengok Sinopsis Novel ni kat bawah k..

Sinopsis Novel Jerat Hati

“Boleh tak kita berkawan?” – Hafiza
“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.” – Asyraf
Zaman persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya, disayangi para guru. Maklumlah, anak Tan Sri. Manakan setaraf dengan Hafiza. Tapi tak berhakkah dia untuk berkawan dengan Asyraf?

Sejak peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal.
“Malang betul laki kau esok dapat bini macam kau.” – Asyraf
“Kalau macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam kau.”-Hafiza

Lebih menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia?

Tambah menyerabutkan fikiran Asyraf, Puan Sri Laila tertarik untuk menjadikan Hafiza sebagai menantunya. Asyraf tersepit antara perintah uminya dan rindu terhadap Darina. Namun dia tidak membangkang, kerana perkahwinan itu sahajalah jalan untuk menarik kembali Darina ke dalam hidupnya. Jerat cinta mula dipasang.

“Okey, aku akan lamar Fiza. Hanya sekadar nak tutup niat aku yang sebenar.” – Asyraf.
Berjayakah umpan cinta yang dipasang terjerat?
Read More »

24 Jun 2015

CPUV Nuffnang Bulan Jun 2015

Assalammualaikum..
Dah lama x buat entry pasal Nuffnang..ni. Alhamdulilah banyak gak dapat cpuv untuk bulan Jun ni, tapi separuh daripada Cpuv tu dah credit dah. Tinggal cpuv kat atas ni jer yang masih on going. Antara CPUV yang masih berjalan seperti Gemfive Starter Park, Perfecto Popcorn, Tesco dan RHB Lifestyle App. Terima Kasih pada pihak Advertiser dan juga Nuffnang kerana memilih blog ini, tak lupa juga untuk semua yang sudi klik2 iklan Nuffnang kat blog ni. Lepas ni kalau korang nampak iklan kat atas ni menari-nari di blog ni, jangan lupa klik2 k..Thanks uollss..
Read More »

23 Jun 2015

Quote By Shah Rukh Khan





Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017