-->
Memaparkan catatan dengan label Slot Zehra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slot Zehra. Papar semua catatan

28 Okt 2018

Sinopsis Drama Mencari Qiblat (Zehra TV3)

Mencari Qiblat, Drama Mencari Qiblat, Slot Zehra, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 2018, Cast, Pelakon Drama Mencari Qiblat, Aeril Zafrel, Elisya Sandha, Azhan Rani, Noorkhiriah, Fezrul Khan, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Sinopsis Drama Mencari Qiblat,
Sinopsis Drama Mencari Qiblat Slot Zehra TV3 

Drama Mencari Qiblat adalah drama terbaru di slot Zehra TV3 bagi menggantikan Drama Ammar & Opie yang telah tamat episodnya. Drama Mencari Qiblat sudah mula bersiaran di TV3 bermula 25 Oktober yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Ada ramai pelakon best dalam drama ini, antara pelakon drama Mencari Qiblat ini adalah Aeril Zafrel, Elisya Sandha, Azhan Rani, Noorkhiriah, Fezrul Khan, Reen Rahim, Shahzril Ahmad dan ramai lagi. Drama 13 episod ini mengetengahkan penceritaan berbeza dalam setiap episod dan diarahkan oleh Rashid Sibir serta diterbitkan oleh Rashbirmedia Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama Mencari Qiblat ini di bawah ye..


Sinopsis Drama Mencari Qiblat Lakonan Aeril Zafrel

Mengisahkan Adam (Aeril Zafrel), anak tunggal dalam keluarganya dan sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya. Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3


Read More »

29 Sep 2018

Sinopsis Drama Ammar & Opie (Zehra TV3)

Ammar dan Opie, Drama Ammar & Opie, Slot Zehra, TV3, Cast, Pelakon Drama Ammar & Opie, Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, Aril Pilus, Riz Amin, Adam Malek, Sharifah Shahora, Rafasya, 2018, Drama Terbaru Lakonan Hazama, Drama Terbaru Lakonan Awie, Watak,
Sinopsis Drama Ammar & Opie Slot Zehra TV3

Drama Ammar & Opie adalah drama terbaru di Slot Zehra TV3 yang mempunyai 13 episod dan bersiaran setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam, drama Ammar dan Opie ini sudah disiarkan di TV3 sejak 20 September yang lalu. Antara pelakon drama Ammar & Opie ini adalah Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, Aril Pilus, Riz Amin, Adam Malek, Sharifah Shahora, Rafasya dan ramai lagi. Selain itu drama Ammar & Opie ini diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd. Nampak unik dan menarik juga jalan cerita drama ini, apa pun jom tengok watak pelakon dan sinopsis drama ini di bawah ye.

Watak Pelakon
Hazama sebagai Ammar Kefli
Irfan Rajali sebagai Opie

Datuk Awie sebagai Tok Wie

Syerinie Myra sebagai Wardah

Kodi Rasheed sebagai Nizam

Aril Pilus sebagai Malik

Riz Amin  sebagai Jay

Sinopsis Drama Ammar & Opie Slot Zehra TV3

Mengisahkan Ammar seorang penyanyi yang terkenal kini yang hanyut dalam dunia glamor. Ketika menerima berita kematian ibu, dia berdepan fitnah besar yang membuatkan nama dan kerjayanya hancur hingga membuatkan dia kemurungan dan mengalami tekanan perasaan yang teruk. Sebuah tawaran baru muncul untuknya mengenai sebuah kosert di Thailand yang akan menaikkan namanya kembali. Namun, ketika tiba di Thailand dia sedar dirinya sudah ditipu. Sejak itu hidupnya semakin berantakan hingga menjadi gelandangan. Dia akhirnya bertemu dengan Yopi, pengemis cilik yang menjadi sahabat karibnya. Sejak itu mereka berdua menyanyi di jalanan demi sesuap nasi. Kembara baru itu banyak mengajarnya makna sebuah kehidupan serta menemukan dia dengan Tuhan yang ditinggalkannya selama ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

20 Apr 2018

Sinopsis Drama Teratai Kemboja (Zehra TV3)

Teratai Kemboja, Drama Teratai Kemboja, Sinopsis Teratai Kemboja, Slot Zehra, TV3, Drama Melayu, Drama 21 Episod, Drama Bersiri, Cinta, Poligami, Perkahwinan, Pelakon Drama Teratai Kemboja, Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah, Ending Teratai Kemboja, OST Teratai Kemboja, Poster Drama Teratai Kemboja, 2018,
Sinopsis Drama Teratai Kemboja Slot Zehra TV3

Drama Teratai Kemboja ini sudah mula disiarkan di slot Zehra TV3, bermula 13 April yang lalu dan mempunyai 21 episod. Antara Pelakon Drama Teratai Kemboja ini adalah Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah dan ramai lagi. Drama Teratai Kemboja ini disiarkan setiap Rabu hingga Jumat, jam 9 malam, manakala pengarah drama ini adalah Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Jalan cerita drama ini nampak menarik kan, plus ada ramai pelakon yang best - best dalam drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.

Sinopsis Drama Teratai Kemboja Slot Zehra TV3

Fikri (lakonan Adi Putra) dan Hanani (lakonan Elly Mazlein) berkahwin berkahwin ketika masing-masing berusia 23 tahun dan masih di tahun akhir pengajian di universiti. Disebabkan mereka masih belum habis belajar, Hanani tidak ingin punya anak. Dia ambil keputusan untuk ambil pil perancang. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani kerana ada juga kawan-kawan mereka yang masih belajar, berkahwin dan punya ada anak. Hanani tetap dengan keputusannya, ternyata dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah. Selepas habis belajar dan mereka mula bekerja, Fikri minta supaya Hanani berhenti makan pil perancang kerana Fikri mahu mula membina keluarga yang sempurna. 
Teratai Kemboja, Drama Teratai Kemboja, Sinopsis Teratai Kemboja, Slot Zehra, TV3, Drama Melayu, Drama 21 Episod, Drama Bersiri, Cinta, Poligami, Perkahwinan, Pelakon Drama Teratai Kemboja, Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah, Ending Teratai Kemboja, OST Teratai Kemboja, Poster Drama Teratai Kemboja, 2018,
Hanani tidak mahu dengan alasan dia nak mantapkan kerjaya dan kukuhkan kewangan mereka. Konflik mula timbul, prinsip mereka berbeza. Fikri membawa diri ke Kemboja. Di sana, beliau bertemu seorang imam dari Malaysia yang menetap lama di Kemboja iaitu Taufik (lakonan Hasnul Rahmat) yang mempunyai sejarah tersendiri dengan membawa lari anaknya, Nur Hidayah (lakonan Fasha Sandha) menetap jauh di rantau orang. Takdir menentukan Fikri jatuh cinta dengan Nur Hidayah, lantas menikahinya tanpa pengetahuan isteri yang tinggal jauh di Malaysia. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Mac 2018

Sinopsis Drama Kelip - Kelip Di Kota London (Zehra TV3)

Drama Kelip - Kelip Di Kota London, Slot Zehra, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 13 Episod, Sinopsis, OST, Pelakon Drama Kelip - Kelip Di Kota London, Hanna Aqeela, Hafidz Roshdi, Rizz Ismail, Putri Hanan, Nadiyah Shahab, Haliza Misbun, Zain Saidin, Ezany Nizariff, Fendi Seman, Tony Eusoff, 2018, Poster Drama Kelip - Kelip Di Kota London,
Sinopsis Drama Kelip - Kelip Di Kota London Slot Zehra TV3

Drama Kelip - Kelip Di Kota London adalah drama terbaru di Slot Zehra TV3 yang mula disiarkan di TV3 sejak 14 Mac yang lalu, setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara Pelakon Drama Kelip - Kelip Di Kota London ini adalah Hanna Aqeela, Hafidz Roshdi, Rizz Ismail, Putri Hanan, Nadiyah Shahab, Haliza Misbun, Zain Saidin, Ezany Nizariff, Fendi Seman, Tony Eusoff dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita drama ini, memang nampak menarik gitu, tambahan lagi drama ini shooting di luar negara gitu. Selain itu Drama Kelip - Kelip Di Kota London ini disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Hati Batu yang telah tamat episodnya. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..
Drama Kelip - Kelip Di Kota London, Slot Zehra, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 13 Episod, Sinopsis, OST, Pelakon Drama Kelip - Kelip Di Kota London, Hanna Aqeela, Hafidz Roshdi, Rizz Ismail, Putri Hanan, Nadiyah Shahab, Haliza Misbun, Zain Saidin, Ezany Nizariff, Fendi Seman, Tony Eusoff, 2018, Poster Drama Kelip - Kelip Di Kota London,
Sinopsis Drama Kelip - Kelip Di Kota London (Zehra TV3)

Berlatar-belakangkan kesibukan kota London, perjalanan cinta dua merpati sejoli menjadi saksi perhubungan sejati pasangan romantis ini. Hubungan cinta di antara Shaufiq (Hafidz Roshdi) bersama Insyirah (Hanna Aqeela) berantakan akibat campur tangan keluarga disebabkan perbezaan darjatSyed Syaufiq adalah pewaris kepada jenama Al-Haffiy yang gemar menjalani hidup liar di London. Sikapnya itu mula berubah selepas matanya terpaut pada Insyirah, wanita yang sedang menunaikan solat di sebuah taman. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkan Shaufiq dan Insyirah bersatu akhirnya?.

Lagu Tema / OST Kelip - Kelip Di Kota London
➤ Kisah Ku Inginkan Nyanyian Dato Siti Nurhaliza & Judika
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu
Read More »

18 Nov 2017

Sinopsis Drama Jurnal Suraya (Zehra TV3)

Drama Jurnal Suraya, Sinopsis Drama Jurnal Suraya, Drama Melayu, Slot Zehra, TV3, Kisah Sedih, Pelakon Drama Jurnal Suraya, Nad Zainal. Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Noniswara, Kuza, Wanna Ali, Adam Shadan, Khairi Anwar, Hilman Aleef. Ikhlas Jalil, Cinta, Ending Jurnal Suraya, Drama 13 Episod,
Sinopsis Drama Jurnal Suraya Slot Zehra TV3 Lakonan Nad Zainal dan Johan As'ari

Drama Jurnal Suraya sudah mula disiarkan di Slot Zehra TV3 bermula 15 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Jurnal Suraya ini adalah Nad Zainal. Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Noniswara, Kuza, Wanna Ali, Adam Shadan, Khairi Anwar, Hilman Aleef. Ikhlas Jalil dan ramai lagi. Selain itu drama Jurnal Suraya ini mempunyai 13 episod serta diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama Jurnal Suraya ini, memang nampak sedih kisah hidup Suraya ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..
Fanpage Superstar - Tips Lonjakkan Jualan di Facebook, Ebook, Elektronik Book, Iklan,

Sinopsis Drama Jurnal Suraya Slot Zehra TV3

Mengisahkan ketabahan Suraya (Nad Zainal) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya. Selain rakan-rakannya, Alif (Johan As’ari) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam. Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairi Anwar) mahu mengahwinkan Suraya dengan Imran (Ryzal Jaafar). Namun, Imran mempunyai niat tersembunyi disebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimanapun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam. Penyakit yang dihidapi Suraya membuatkannya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan merupakan usaha terakhir atas saranan doktornya, Dr. Nadia. 
Drama Jurnal Suraya, Sinopsis Drama Jurnal Suraya, Drama Melayu, Slot Zehra, TV3, Kisah Sedih, Pelakon Drama Jurnal Suraya, Nad Zainal. Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Noniswara, Kuza, Wanna Ali, Adam Shadan, Khairi Anwar, Hilman Aleef. Ikhlas Jalil, Cinta, Ending Jurnal Suraya, Drama 13 Episod,

Bukan sahaja Suraya, Alif juga sering diserang penyakitnya dan berulang-alik ke hospital. Ekoran daripada tempoh rawatan yang panjang membuatkan Suraya dan Alif terputus hubungan buat seketika. Ibu mertua Suraya, Puan Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Puan Sharifah sememangnya tidak berkenan dengan menantunya, Suraya dan menganggap penyakit yang dialami oleh Suraya tidak lah seteruk mana dan hanya sengaja dibuat-buat seperti kelihatan kritikal. Namun, bukan sahaja kebencian yang diterima daripada ibu mertuanya, perangai buruk Imran yang kaki mabuk dan bersifat curang mereka memberi tekanan kepada Suraya. Hari demi hari, tekanan yang diterima oleh Suraya membuatkan penyakitnya menyerang dirinya kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

16 Jun 2017

Novel Bahagia Kasihmu (Drama Adaptasi Novel)

Novel, Bahagia Kasihmu, Sinopsis, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Slot Zehra, Tv3, Watak, Tasnim, Zarul, Needa, Nazril, Zakiah, Pelakon, Eyka Farhana, Fezrul Khan, Tisha Shamsir, Aedy Ashraf, Fazlina Ahmad Daud, Cinta, Love,
Novel Bahagia Kasihmu (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Bahagia Kasihmu karya Novelis Fatin Nabila akan diadaptasikan menjadi drama bersiri Bahagia Kasihmu dan akan disiarkan di Slot Zehra TV3, bermula 15 Jun 2017 ini. Sebelum ini Novel Setia Hujung Nyawa Karya Fatin Nabila telah pun diadaptasikan menjadi drama dan kali ini giliran novel Bahagia Kasihmu pula yang akan diadaptasikan. Watak Tasnim akan dilakonkan oleh Eyka Farhana manakala watak Zarul akan dilakonkan oleh Fezrul Khan. Tisha Shamsir akan membawa watak Needa, Aedy Ashraf sebagai Nazril, Fazlina Ahmad Daud sebagai Zakiah dan lain - lain lagi. Dari sinopsis novel ini memang nampak menarik jalan ceritanya, jadi drama Bahagia Kasihmu ini nanti pun mesti best juga kan. Apa pun jom tengok sinopsis Novel ini dibawah ye. Selamat Membaca..
Novel, Bahagia Kasihmu, Sinopsis, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Slot Zehra, Tv3, Watak, Tasnim, Zarul, Needa, Nazril, Zakiah, Pelakon, Eyka Farhana, Fezrul Khan, Tisha Shamsir, Aedy Ashraf, Fazlina Ahmad Daud, Cinta, Love,
Sinopsis Novel Bahagia Kasihmu 

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri. Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah. Izinkan saya bahagiakan awak.” Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta? Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan? Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dengan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata. Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta. 

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

28 Apr 2017

Sinopsis Drama Mak Cun 3 (Zehra TV3)

Sinopsis Drama Mak Cun 3 Slot Zehra TV3, Senarai Pelakon Drama Mak Cun 3, Pelakon, Eirma Fatima, Dato Rahim Razali, Umie Aida, Balkisyh, Nora Danish, Haidar, Betty Rahmad, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Dafi, Nadia Brian, Azrel Ismail,
Sinopsis Drama Mak Cun 3 Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Mak Cun musim ketiga kembali menemui penonton bermula 20 April yang lalu di Slot Zehra TV3 dan disiarkan setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama Mak Cun 3 ini masih mengekalkan pelakon asal seperti Eirma Fatima, Dato Rahim Razali, Umie Aida, Balkisyh, Nora Danish, Haidar, Betty Rahmad, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Dafi, Nadia Brian, Azrel Ismail dan ramai lagi. Drama Mak Cun 3 ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi serta diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas drama Mak Cun musim ke - 3 di bawah ini ye..

Sinopsis Drama Mak Cun 3 Slot Zehra TV3

Mengisahkan perjuangan Mak Cun memperkenalkan Mak Cun Mart. Biarpun produk Mak Cun mendapat sambutan luas, namun dia sukar untuk mendapat tempat bagi memasarkan produk tersebut di peruncit besar. Tidak mahu mengalah, Mak Cun mengambil keputusan membuka sendiri sebuah kedai bagi memasarkan produk miliknya iaitu Mak Cun Mart.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, Tandatanganku,
Read More »

17 Feb 2017

Sinopsis Drama Nahu Rindu (Zehra TV3)

Sinopsis Drama Nahu Rindu Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Nahu Rindu akan mula bersiaran di Slot Zehra Tv3 pada 16 Februari ini menggantikan Drama Jejak Karmila yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Shuhanty, Shazuwan Hassan, Zulin Aziz, Putra Amaris, Marisa Yasmin, Fauziah Nawi, Zulkifli Ismail, Amirul Faqeem dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd serta Electrovation Sdn Bhd. Nampaknya Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera bergandingan sekali lagi selepas sukses dengan Drama sebelum ini iaitu Patahnya Sebelah Sayap. Nampak macam menarik je drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini kat bawah ye.
Sinopsis Drama Nahu Rindu Slot Zehra TV3

Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Berita kematian Kasyaf dirahsiakan oleh suaminya sendiri kerana tidak mahu kesihatan isterinya terjejas. Nazira yang masih tidak dapat melupakan Kasyaf pergi bercuti di sebuah chalet dengan kawan rapatnya Dina. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tetapi Fateh telah pun berumah tangga. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
LAGU TEMA / OST NAHU RINDU
Tajuk Lagu : Mencintai Kamu
Artis : Aepul Roza (Drama Band)
Read More »

12 Jan 2017

Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3

Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3 Lakonan Mia Ahmad, Ruhainies
Sinopsis Drama Jejak Karmila Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Jejak Karmila akan disiarkan bermula 11 Januari ini menggantikan Drama Sein Dan Luna yang telah tamat episodnya. Drama ini diadaptasikan daripada Novel Jejak Karmila karya Novelis Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Antara pelakon yang membintangi drama 13 episod ini terdiri daripada Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Ali, Amy Mastura, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah ada ramai pelakon best yang berlakon drama ni, haruslah layannn drama ni nanti kan, apa pun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Jejak Karmila (Zehra Tv3) - Drama Adaptasi Novel

Berkisar tentang seorang ibu iaitu Karmila yang mempunyai dua puteri iaitu Nonie dan suraya mula terpisah dan menjadi permulaan jejak karmila. Suaminya karim suka berjudi. Akhirnya satu malam merungkai segala apabila Karmila cuba selamatkan anaknya dari dibawa lari oleh Karim untuk dilunaskan hutang judinya. Karmila dipenjarakan selepas beliau tertikam Karim tanpa sengaja ketika cuba menyelamatkan anaknya. Anak Karmila iaitu Suraya dan Nonie ditempatkan di JKM setelah beliau dipenjarakan. Di JKM Nonie pula diambil keluarga kaya raya dan jadi adik angkat kepada Syed Haikal. Kemudian Nonie dah berganjak dewasa tidak mengenali kakak sendiri yang cintanya mula berputik dengan abangnya sendiri Syed Haikal. Nonie juga sukakan abang sendiri. Turut mengusutkan keadaan apabila ayah Syed Haikal menikahi KarmilaApakah kesudahannya, adakah akan bertambah kusut atau akan ada penyelesaian yang akan mengembirakan semua orang.

Novel Jejak Karmila
Read More »

27 Jul 2016

Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah

Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Surah Buat Maisarah telah mula disiarkan di Slot Zehra Tv3 setiap Rabu hingga Jumaat bermula 20 Julai yang lalu, menggantikan drama Ketupat Palas Mr Handsome yang telah tamat episodnya. Drama ini terlebih dahulu disiarkan di portal Tonton dan kemudian barulah disiarkan di Tv. Drama 15 episod ini dilakonkan oleh Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Bella Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Beego, Zarina Zainuddin, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Ku Faridah dan ramai lagi. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Surah Buat Masisarah

Mengisahkan mengenai seorang gadis melayu, Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Bagaikan buku bertemu ruas, apabila dia terpaksa bekerja dengan pemuda Melayu yang sering menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran dalam menegur dan menyedarkannya.


Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat Zalikha telah bertudung. Bagi Sara, hanya gadis kampung saja yang bertudung. Lalu Sara persendakan Zalikha. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.



Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?


Lagu Tema / OST Surah Buat Masisarah
---> Hanya Namamu nyanyian Caliph Buskers
Read More »

6 Mei 2016

Sinopsis Drama Mak Cun 2 TV3

Sinopsis Drama Mak Cun 2 Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Nampaknya drama Mak Cun kembali lagi dengan Mak Cun 2 yang telah disiarkan mulai 29 April yang lalu, menggantikan drama Jasmine yang tamat episodnya. Drama Mak Cun yang pernah menjadi kesukaan penonton kembali dengan musim baru dan masih dibarisi pelakon yang sama antaranya Eirma Fatima, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Azwan Kombos, Betty Rahmad dan ramai lagi. Terdapat juga pelakon lain yang baru berlakon di musim kedua Mak Cun ni iaitu Dafi, Norish Karman, Azrel Ismail dan beberapa bintang undangan lain. Drama Mak Cun 2 mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Nampak menarik gitu musim baru drama Mak Cun 2 ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..


Sekembalinya dari Bangkok, perniagaan Mak Cun semakin maju. Pak Akob mula memasang strategi menembusi pasaran luar negara. Dia percaya jika berjaya membawa bedak sejuk Mak Cun ke peringkat global, Mak Cun akan berkahwin dengannya. Walaubagaimanapun Mak Cun diuji lagi apabila dirinya ditipu dengan rakan kongsi barunya iaitu Dato Linda. Hal ini menyebabkan Mak Cun, Pak Akob, Atul terpaksa pergi ke KL untuk mencari Dato Linda. Namun hampa apabila kilang kepunyaan Dato Linda dah ditutup. Keadaan makin panas apabila Mak Cun merajuk dengan anak bongsunya Atun yang asyik memarahinya atas kelalaiannya. Manakala Kamarul asyik mendesak ibu tirinya Manisah untuk pergi meminang anak Mak Cun iaitu Atul. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

Read More »

29 Apr 2016

Episod Akhir Drama Jasmine

Episod Akhir Drama Jasmine

Assalammualaikum..
Drama Jasmine yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose, Gambit, Aqasha dan ramai lagi dah habis dan selepas ini drama Mak Cun 2 akan menggantikan drama Jasmine ni. Episod akhir drama Jasmine ni bermula dengan Khalif yang ragu2 sama ada die akan melepaskan Jasmine pada Rayyan atau pun sebaliknya. Manakala kawan baik Jasmine iaitu Opie berasa frust dan malu apabila mengetahui Kepeng menyukai adik Rayyan iaitu Irish. Kepeng akhirnya mengetahui yang opie sebenarnya sukakannya dari Jasmine namun tidak mampu berbuat apa2 kerana die sudah jatuh cinta pada Irish. Rayyan mengundur diri dan membawa diri ke London apabila mengetahui Jasmine benar2 sukakan Khalif. Akhirnya memang happy ending lah kan sebab Khalif dan Jasmine berkahwin. 

Setelah beberapa tahun kemudian, Rayyan datang ke rumah Jasmine untuk melawat Adam, nampak gaya die dah berubah sikit, die sempat bersembang sikit dengan Opie, dan Opie masih solo lagi. Aku ingatkan kot2 Rayyan dan Opie akan bercinta ker kan sebab dua2 pun solo tapi tak hehehe. Drama ni berakhir dengan scene Jasmine yang gembira melihatkan telatah Rayyan dan Khalif yang sibuk melayan anaknya Adam. Namun apa jadi pada Kepeng dan Irish tak ditunjukkan pula, x tahu jadi apa. Pasni ramai yang tak sabar nak tengok drama Mak Cun 2 ni hehehe.

Read More »

1 Apr 2016

Sinopsis Drama Jasmine Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Jasmine sudah pun disiarkan sejak 30 Mac yang lalu di Slot Zehra TV3 menggantikan drama Married Tapi Benci yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Nelydia Senrose sebagai Jasmine, Aqasha sebagai Khalif, Gambit Saifullah sebagai Ryan, Puteri Aisyah, Aedy Ashraf, Shakilla Khoriri, Aleza Shadan, Afifah Nasir, Zarynn Min dan ramai lagi. Drama Jasmine ini mempuyai 13 episod dan diarahkan oleh Feroz Kader serta merupakan terbitan Global Station. Dah lama tak nampak Gambit Saifullah dan Aqasha tu berlakon kan, macam menarik jer drama ni, apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Jasmine

Jasmine dan Ryan merupakan pasangan kekasih yang sukar untuk dipisahkan. Tina yang cemburu setiap kali melihat kemesraan Ryan dan Jasmine di kolej cuba untuk memisahkan mereka. Tapi semuanya berubah apabila Jasmine mendapati dia hamil dan Ryan pula enggan bertanggungjawab. Memburukkan lagi keadaan, keluarga Jasmine mahu dia menggugurkan kandungan bayi itu. Jasmine kemudian memutuskan untuk pergi ke Australia dan membesarkan anaknya sendirian. Tina mengambil peluang tersebut untuk mendekati Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan mula rasa rindu pada Jasmine dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, Jasmine bertemu dengan Khalif dan jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Siapakah pilihan Jasmine?.

Lagu Tema / OST Jasmine
--> Sejati Nyanyian Faizal Tahir


Read More »

27 Jan 2016

Sinopsis Drama Cinta Teruna Kimchi Slot (Zehra TV3)

Assalammualaikum..
Drama Cinta Teruna Kimchi akan mula bersiaran di Slot Zehra Tv3 mulai 28 Januari ini, setiap Rabu, Khamis dan Jumaat. Slot Zehra kini ditayangkan 3 hari seminggu. Drama Cinta Teruna Kimchi ini dilakonkan oleh Nazim Othman, Johan As'aari, Risteena Munim, Niena Baharun dan ramai lagi. Tak silap aku drama ni mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah. Ada gak yang cakap, jalan cerita ini ada sedikit persamaan dengan filem Strawberry Cinta lakonan Yana Samsuddin dan Piere Andre tu, yang mana dalam filem tu anak perempuan dari Jepun cari maknya kat Malaysia, manakala dalam drama ni pulak jejaka dari Korea mencari ayahnya yang berasal dari Malaysia. Part tu jerla yang sama, tapi jalan cerita secara keseluruhannya mungkin berbeza lah kan. Nazim Othman yang akan jadi jejaka dari Korea tuh, wahh agak menarik juga sebab kena cakap Korea semua nanti kan. Apapun jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Cinta Teruna Kimchi

Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama IslamLantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia? Apa yang bakal berlaku seterusnya?..


Read More »

18 Okt 2015

Drama Kifarah Mistik Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Kifarah Mistik telah pun disiarkan di Slot Zehra Tv3 bermula 16 Oktober yang lalu menggantikan drama Wadi yang telah tamat episodnya. Drama Kifarah Mistik ini akan memaparkan pelbagai kisah yang berbeza dalam setiap episod, maknanya jalan ceritanya tidak bersambung-sambung sebaliknya setiap episod mempunyai kisah yang berlainan. Drama Kifarah Mistik ini membariskan ramai pelakon hebat seperti Siti Elizad, Aqasha, Nur Risteena, Shafiq Kyle, Sherry Ibrahim, Faezah Elai, Syukri Yahaya dan ramai lagi. Selamat Menonton yer..

Read More »

28 Jun 2015

Sinopsis Drama Wadi Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Wadi adalah drama terbaru untuk Slot Zehra Tv3, drama ini akan menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar yang telah tamat episodnya pada bulan Jun nanti. Drama Wadi ini akan mula menemui penonton bermula 26 Jun ini dan drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah. Drama ini dilakonkan oleh Syafie Naswip (Wadi), Amyza Aznan (Zainah), Ardell Aryana (Widya), Fimie Don (Azem), Zamarul Hisyam (Cikgu Naim), Faezah Elai (Cikgu Murni) dan ramai lagi. Tema drama ini ialah kekeluargaan dan diterapkan juga unsur islamik dari segi muzik dan mood. Jangan lupa nantikan drama ini k..

Sinopsis Drama Wadi

Wadi mengisahkan remaja berumur 17 tahun bernama Wadi yang hidup bersama ibu tiri dan dua adik kandung perempuan berlainan ibu. Kehidupan mereka susah sekaligus membuatkan Wadi hidup dalam serba kekurangan. Dia juga selalu dihantui rasa bersalah disebabkan kematian ayahnya yang berpunca daripada sikap pentingkan dirinya sendiri. Zainah, ibu tirinya selalu menyalahkan Wadi kerana menyebabkan kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Bakri meninggal dunia semasa hendak membeli kasut spike olahraga untuk Wadi biarpun ketika itu dia tidak berduit. Wadi memahami kesusahan ayahnya dan bercadang untuk kerja secara sambilan bagi mencari duit untuk membeli kasut yang diperlukan tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya.
Bakri sanggup meminjam wang daripada rakannya untuk membeli kasut spike dengan membawa Wadi bersama. Sampai di bandar, mereka berpecah apabila Wadi ke kedai buku, manakala Bakri ke kedai peralatan sukan kerana niatnya untuk buat kejutan dengan menghadiahkan Wadi dengan spike baru. Walaubagaimapun malang menimpanya apabila Bakri terbunuh kerana terserempak dengan tiga perompak yang baru merompak bank. Kematian Bakri disaksikan Wadi sendiri. Ayahnya mati di pangkuannya bersama kasut spike itu. Sejak itulah kehidupan Wadi terumbang-ambing, manakala prestasi pelajarannya mula merosot. Hidupnya menjadi semakin kacau-bilau apabila ibu tirinya Zainah selalu mencari pasal dengannya.
Read More »

3 Apr 2015

Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Puteri Bukan Nama Sebenar adalah drama baru untuk Slot Zehra Tv3 bagi menggantikan drama Cinta Illahi yang telah tamat episodnya. Drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof yang merupakan pengarah yang sama untuk drama popular Teman Lelaki Upahan. Drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini dilakonkan oleh Christina Suzanne, Syarul Ridzwan, Faralyna Idris, Hafeez Mikhail dan ramai lagi. Drama ini telah pun ditayangkan di Tv3 mulai 27 Mac yang lalu. Apapun Jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar

Mengisahkan tentang hidup Laila yang menjalani kehidupan yang sukar sebagai ibu tunggal kepada Adam. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhinya. Laila berpendidikan rendah tetapi terang hati dan cepat belajar, selain itu dia juga tidak pandai bergaya dan mudah terlepas cakap sebelum berfikir. Suatu hari Laila telah berkenalan dengan Puteri, dimana Puteri telah menolongnya ketika dalam kesusahan. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru saja kematian suaminya. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. 

Disebabkan itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail. Laila yang bersama dengan Puteri di dalam bas tersebut tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan dan segera dikejarkan ke hospital. Namun segalanya telah terlambat apabila Puteri dan bayinya disahkan meninggal. Pihak hospital telah menyerahkan barang2 Puteri kepada Laila. Akhirnya Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya ke rumah ibu mertua Puteri, die terpegun melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina dengan wajah serius menyapa Laila, Alisha tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan itu. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka yang bermulut celupar Mirza. Makin sakit hati Laila dibuatnya. Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah. Dirinya bukan lagi Laila tetapi Puteri. Laila yang tiba2 bertukar nama menjadi Puteri di rumah itu selalu saja bertengkar dengan Mirza. Mereka diibaratkan sebagai anjing dengan kucing. Apa yang bakal berlaku seterusnya....

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017