-->

2 Jun 2016

Keputusan Pemenang Dangdut Star 2016

Fitri Juara Dangdut Star 2016

Assalammualaikum..
Berlabuh sudah tirai akhir Dangdut Star yang menobatkan Fitri sebagai juaranyer di musim pertama ini. Finalis Dangdut Star terdiri daripada Jiwa, Fitri, Elda dan Roger. Manakala Juri tetap Dangdut Star adalah Pak Ngah dan Mas Idayu. Manakala Edry KRU dan Amelina pula menjadi juri jemputan. Siti Nordiana membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu Kopi Dangdut. Sekarang ni memang trend pertandingan setakat 6 minggu jer ek, minggu ke-6 dah final hehehe, sekejap sungguh bertandingnyer. Walaubagaimanapun sayangnya Dangdut Star ni disiarkan secara rakaman jer bukannya siaran langsung. Dari minggu pertama sampai final semua rakaman, kalau live maybe lagi best kot. Maknanya masa semua finalis datang ke program Meletop selasa lalu tu, diorang dah tahulah kan siapa yang menang semua tapi terpaksa kunci mulut hehehe.

Apapun suara2 semua peserta Dangdut Star ni sedap2 gak, sayangnya ramai peserta wanita dah tersingkir macam Zizi AF, Aishah AF semua manakala Felix AF menjadi satu-satunya peserta lelaki yang tersingkir. Tauke Jambu serta DeFam menjadi Hos untuk Dangdut Star ni. Apapun tahniah pada pemenang dan semua finalis..

Keputusan Pemenang Dangdut Star

Juara Dangdut Star 2016 - Fitri
Naib Juara - Elda
Tempat Ketiga - Jiwa
Tempat Keempat - Roger
Read More »

1 Jun 2016

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan TV3 (Slot Samarinda)

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan TV3 (Slot Samarinda)

Assalammualaikum..
Drama Lambaian Ramadan adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan drama Demi Cinta Ain yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Adi Putra, Elizad Sharifuddin, Puteri Balqis, Reen Rahim, Qazim Nor, Muntazar Ghufran, Izz Ilham dan ramai lagi. Wow banyak pelakon best2 dalam drama ni disamping itu, drama2 untuk siaran bulan Ramadan sememangnya mendapat sambutan penonton. Drama Lambaian Ramadan ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Along Kamaluddin serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Aku dah tengok episod pertama drama ni n sememangnya best dan penuh emosi gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k. Selamat Menonton..

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan

Mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Warda (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam. Warda merupakan kekasih lama Adam yang baru pulang dari luar negara. Warda merayu semula cinta Adam malah sanggup bermadu. Shila yang tahu hubungan Adam dan Warda tidak mampu menghalangnya kerana dialah yang merampas Adam daripada Warda 14 tahun yang lalu. Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah rumah tangga Adam dan Shila kembali pulih? Bagaimana pula dengan nasib anak mereka iaitu Nurin?..

Lagu Tema / OST Lambaian Ramadan
--> Ingatkan Dia Nyanyian Wings


Read More »

31 Mei 2016

Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta (Astro)

Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta

Assalammualaikum..
Drama Assalammualaikum Cinta telah mula disiarkan di Astro Ria mulai 30 Mei yang lalu, menggantikan drama Dia Semanis Honey yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Emma Maembong, Ayda Jebat, Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Ku Faridah, Wan Raja dan ramai lagi serta mempunyai 20 episod. Drama ini diterbitkan oleh Dark Wave Pictures dan diarahkan oleh Michael Ang. Wahh 2 drama arahan Michael Ang disiarkan secara berturut-turut gitu, bermula dengan drama Dia Semanis Honey dan kini Assalammualaikum Cinta. Disamping itu ada 4 pelakon popular berlakon drama ini dan membuatkan drama ni makin menarik. Selain itu, drama ini diadaptasikan daripada Novel Assalammualaikum Cinta karya Zura Asyfar. Apapun jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta

Bermula dengan pertaruhan semangkuk cendol yang menyebabkan Rykal lakonan Saharul Ridzwan dan Azrif (Kamal Adli) memulakan satu misi. Dalam misi tersebut, mereka berdua perlu memikat dua orang gadis bernama Emma (Emma Maembong) dan Nia (Ayda Jebat). Salah seorang dari mereka yang dapat memikat gadis itu dan gadis tersebut mengungkapkan kata I Love You, maka dialah yang akan memenangi pertaruhan tersebut. Emma merupakan seorang gadis yang bencikan lelaki kaya. Emma sering beranggapan bahawa lelaki kaya suka berlagak dan mempermainkan perasaan perempuan. Kebenciannya bertambah parah bila melihatkan Natasya yang merupakan kakaknya dikasari oleh Daniel, abang ipar Emma. Mengenali Azrif ibarat mimpi ngeri buat Emma. Dia bencikan Azrif. Lebih memburukkan keadaan bila Azrif seringkali memaksa Emma untuk berkawan dengannya.
Berbeza pula situasinya dengan Nia. Dia dan Rykal berkenal akibat merebut parking. Ayah Nia adalah seorang yang sangat tegas dan sangat mengawal kebebasan Nia, lebih-lebih lagi dalam bab berkawan dengan lelaki. Demi untuk memastikan misi berjaya dan kerana niat untuk memenangi pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dan Rykal terus berusaha mengorat Emma dan Nia biarpun dihamburkan dengan macam-macam kata dan amaran. Biarpun pada awalnya Emma dan Nia tidak berkenan dengan Azrif dan Rykal namun tidak lama kemudian hati mereka berdua mula jatuh cinta pada kedua orang lelaki itu. Namun akibat keterujaan yang melampau bila akhirnya misi mereka berjaya, pertaruhan semangkuk cendol terbongkar juga membuatkan Emma dan Nia berjauh hati dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berjumpa dengan Azrif dan Rykal.
Azrif dan Rykal juga sedar sebenarnya mereka juga telah jatuh cinta pada Emma dan Nia dan bukan sekadar hanya kerana pertaruhan semangkuk cendol. Lebih merumitkan keadaan dan merunsingkan mereka bila nenek mereka membuat keputusan mengejut untuk menyatukan mereka berdua dengan calon pilihannya.
Lagu Tema / OST Assalammualaikum Cinta
--> Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Jom Baca ni jugak --> The Conjuring 2 Seram Atau Tidak!?..
Read More »

30 Mei 2016

Baca Online Novel Assalammualaikum Cinta

Baca Novel Assalammualaikum Cinta Secara Online

Assalammualaikum..
Kini giliran Novel Assalammualaikum Cinta Karya Novelis Zura Asyfar yang akan diadaptasi menjadi drama bersiri yang akan disiarkan di Astro Ria mulai 30 Mei ini, menggantikan drama Dia Semanis Honey. Tak silap aku ni kali kedua Novel karya Zura Asyfar dijadikan drama, kali pertama dulu Novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia dijadikan drama dan dilakonkan oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Manakala watak2 Novel Assalammualaikum Cinta pula akan dilakonkan oleh pelakon2 popular seperti Emma Maembong, Ayda Jebat, Saharul Ridzwan dan Kamal Adli. Mesti dapat sambutan hangat nanti ni kan. Jadi sambil2 tengok drama Assalammualaikum Cinta tu, meh baca jugak Novelnyer secara online dengan klik jer Link-link kat bawah ni k. Selamat Membaca yer.
Baca Online Novel Assalammualaikum Cinta Karya Zura Asyfar

Read More »

29 Mei 2016

Baca Online Novel Seindah Takdir Cinta

Baca Novel Seindah Takdir Cinta Secara Online

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun sedia maklum yang Novel Seindah Takdir Cinta karya Novelis Kamsiah Abu, telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri yang tengah hangat disiarkan di Slot Akasia Tv3. Pelakon Amyra Rosli melakonkan watak sebagai Mia Karmila, Saharul Ridzwan pula melakonkan watak sebagai Shahriman manakala Redza Rosli sebagai Adrian
Rupanya tajuk asal Novel ini adalah Mencari Cinta Di Kaki Kaabah sebelum ditukar menjadi Seindah Takdir Cinta dan diterbitkan. So sambil2 layan drama nyer kat Tv, jom baca Novel ni secara online gak dengan hanya klik link kat bawah ni kSelamat Membaca yer..


Read More »

28 Mei 2016

Jun Juara Ceria Popstar 2016 Musim Ke-4

Keputusan Konsert Akhir Ceria Popstar 2016

Assalammualaikum..
Aku ada menonton final Ceria Popstar 2016 dan itu merupakan kali pertama aku tengok ceria popstar untuk musim ke-4 ini. Masa musim kedua ada tengok sikit2, musim 3 ada layannn gak sebab juri2 tetap semua lawak haha, musim ke-4 takde masa nak layan cuma dapat tengok final jer. Apapun Juara Ceria Popstar seperti Masha, Dayang dan juga Jun mempunyai suara yang power, kecik2 lagi dah nyanyi sedap hehehe. Suka dengar Jun nyanyi lagu Bahtera Merdeka ala-ala rock tu. Pembukaan Final Ceria Popstar diserikan dengan persembahan dari kumpulan Wings. Awie, Siti dan Zizan jadi juri untuk Final Ceria Popstar 2016. Bila Jun dan Rezza terpilih untuk ke pusingan Battle Round tu memang dah boleh jangka dah yang Jun akan menang nyer. Apapun jom tengok Keputusan Pemenangnya kat bawah ni k..

Keputusan Final Ceria Popstar Musim Ke-4 2016

Juara- Jun
Naib Juara - Rezza
Tempat Ketiga - Aniq
Tempat Ke-4 - Hazmil

Read More »

27 Mei 2016

Episod Akhir Dia Semanis Honey

Ending Drama Dia Semanis Honey

Assalammualaikum..
Drama Kesukaan ramai iaitu Dia Semanis Honey telah pun tamat episodnya, drama lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana ni menjadi popular dalam sekelip mata. Drama Adaptasi Novel ini berjaya mendapat tempat di hati penonton, disamping sentiasa trending di Twitter. Drama 16 episod ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Assalammualaikum Cinta lakonan Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Ayda Jebat dan Emma Maembong yang akan disiarkan pada 30 Mei ini. Ending drama Dia Semanis Honey ni simple jer, dan dengar cerita akan ada drama Dia Semanis Honey Raya nanti. Episod akhir drama Dia Semanis Honey ni bermula dengan Insiden Hani dan Ahnaf yang diculik oleh Bella tu. Tak leh blah dengan Bella ni, siap bawak Tok Kadi bagai untuk kahwin dengan Ahnaf. Bella mengugut akan mencederakan Hani jika Ahnaf tidak mengikuti arahannya. 
Bella juga sempat memberitahu Ahnaf tentang berita Hani sedang hamil seterusnya menembak abang kandungnya sendiri. Ahnaf bersetuju untuk bernikah dengan Bella namun nasib baiklah pihak polis sampai tepat pada waktunya dan berjaya menggagalkan cubaan Bella untuk bernikah dan mencederakan Hani. Kemudian Hani dimasukkan ke dalam Hospital namun Ahnaf berasa marah, merajuk serta kecewa dengan tindakan Hani yang tidak memberitahu tentang kehamilannya. Ahnaf menjadi sedikit dingin dengan Hani, namun tidak lama, kerana selepas itu mereka dah berbaik-baik semula dan meminta maaf antara satu sama lain. Ending cite ni berakhir dengan Ahnaf dan Hani berborak-borak di tepi kolam renang dan meluahkan apa yang terpendam di hati selama ini dan last sekali Ahnaf terjun ke dalam kolam tersebut hehehe. Korang camne suka tak dengan ending cite ni?
Read More »

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta TV3 (Slot Akasia)

Drama Adaptasi Novel Seindah Takdir Cinta

Assalammualaikum..
Drama Seindah Takdir Cinta telah pun disiarkan di Tv3 pada 25 Mei 2016 yang lalu menggantikan Drama Duda Terlajak Laris yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh pelakon popular seperti Amyra Rosli sebagai watak Mia Karmila, Saharul Ridzwan sebagai Shahriman, Redza Rosli sebagai Adrian, Haff Ridzuan, Azri Iskandar, Ifa Raziah, Lydiawati, Raja Ema, Mubarak Majid, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Seindah Takdir Cinta karya Kamsiah Abu dan diarahkan oleh Zulhuzaimy. Drama ini mempunyai 28 episod dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik juga drama ni kan, apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta

Mia Karmila (Amyra Rosli) anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka. Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya. Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.


Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya? Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya. Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital. Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.


Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus. Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.
Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?

Lagu Tema / OST Drama Seindah Takdir Cinta
--> Takdir Cinta Nyanyian Fauziah Latiff..



Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017