-->

15 Jul 2017

Rebel : Thief Who Stole The People - Korean Drama

Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Review Drama Korea - Rebel : Thief Who Stole The People

Assalammualaikum..
Drama Korea Rebel : Thief Who Stole The People antara drama favorite aku, drama yang berlatarbelakangkan zaman dulu ini berkisarkan tentang pemberontakan Hong Gil Dong yang sememangnya sangat menarik untuk ditonton. Drama ini release pada 30 Januari 2017 dan tamat pada 16 Mei 2017 yang lalu. Selain itu, drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Night Light dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Lookout. Drama 30 episod ini dilakonkan oleh Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin dan ramai lagi. Pengarah Drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti East Of Eden, Kill Me Heal Me dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip drama best seperti King's Daughter, Soo Baek Hyang. Drama Rebel ini memang best dan aku berharap episodnya sampai 50 atau 60 episod gitu, barulah seronok menontonnya, tapi drama ini hanya 30 episod saja.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Jalan cerita Drama Rebel : Thief Who Stole The People sangat tersusun, menarik dan tidak meleret - leret. Aku suka apabila jalan cerita drama ini bermula dari awal iaitu bermula dengan kisah hidup ibu bapa Gil Dong yang merupakan seorang hamba, kemudian baru lahir Abang Gil Dong iaitu Hong Gil Hyun kemudian Gil Dong dan akhir sekali adik perempuannya iaitu Oh Ri Ni. Jalan ceritanya yang tersusun membuatkan penonton lebih memahami jalan cerita serta terasa dekat dengan watak - watak dalam drama ini. Ketika Gil Dong masih kecil, jalan cerita lebih berfokuskan tentang bapa Gil Dong iaitu Amogae, tentang bagaimana Amogae dapat bebas dari menjadi hamba dengan penuh kesukaran seterusnya membentuk satu kumpulan dan menjadi ketua disitu seterusnya dihormati oleh masyarakat setempat. Dalam drama ini juga ada ramai watak jahat yang akan dibenci penonton, antaranya adalah watak raja yang bernama Lee Young yang dilakonkan oleh Kim Ji Suk. Ramai yang memuji lakonan Kim Ji Suk dalam drama ini, kerana tak sangka dia boleh membawa watak jahat dengan baik sekali. Sebelum ini Kim Ji Suk selalu juga melakonkan watak komedi, jadi menerusi drama ini, penonton boleh nampak Kim Ji Suk ini merupakan seorang pelakon yang versatil dan boleh membawa pelbagai watak.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Selain itu watak Isteri Nobleman Jo itu juga sangat menyakitkan hati, setiap kali watak dia keluar memang ramai yang geram dan benci dengan sikapnya yang angkuh, ego dan jahat tu. Walaupun dah jatuh miskin, perangai tetap tak berubah dan masih menyimpan dendam pada keluarga Amogae yang merupakan bekas hambanya dulu. Kemudian anak dia yang bernama Soo Hak tu pula yang mengikut perangainya yang mana dirinya nak membalas dendam pada Gil Dong dan Gil Hyun. Satu lagi watak jahat yang awalnya jahat tapi akhirnya berubah menjadi baik di episod akhir drama ini adalah MoRi. Aku awalnya berharap agar Mori ni berubah jadi baik lebih cepat dan kemudian dia boleh join team Gil Dong, tapi agak lambat jugalah dia nak berubah. Di episod akhir barulah dia join team Gil Dong ni, tu pun puas Gil Dong dan ahli kumpulannya pujuk dia untuk join diorang hehehe. Antara yang menarik dalam drama ini adalah hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara semua pengikut Amogae. Masing - masing dah macam satu keluarga besar dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Lepas Amogae dah takde, Gil Dong yang ambil alih untuk menjadi ketua kumpulan itu, walaupun pada awalnya dia tak suka, namun akhirnya dia berubah fikiran.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Aku juga suka dengan watak heroin dalam drama ini iaitu Ga Ryung lakonan Chae Soo Bin, Ga Ryung ni memang bukan jenis yang lemah lembut, dia ni kasar dan suka bercerita, paling kelakar bila setiap kali dia bercerita, semua orang yang mendengar ceritanya akan tertidur termasuklah raja hahaha. Ga Ryung ni sangat cintakan Gil Dong dan kisah percintaan diorang juga sweet je, tanpa disangka Mo Ri juga ada hati pada Ga Ryung tapi dia pendamkan saja kerana Ga Ryung dah jadi isteri Gil Dong dah. Cuma ada satu part yang aku tak puas hati dengan Ga Ryung ni apabila dia bertindak terburu - buru untuk membalas dendam pada raja sebab dia ingat Raja dah bunuh Gil Dong tapi sebenarnya Gil Dong masih hidup. Selain itu kisah abang Gil Dong iaitu Gil Hyun juga menarik, selepas dia menyangka semua ahli keluarganya terbunuh, dia menyamar menjadi orang lain kemudian dirinya dibantu oleh seorang ketua sarjana yang jahat yang bernama Song Do Hwan dan akhirnya dia dapat berkhidmat untuk raja dan menjadi orang kepercayaan raja. Awalnya Gil Hyun sangat setia dengan raja, namun semuanya berubah apabila dia bertemu dengan Gil Dong kembali dan seterusnya mengetahui bahawa raja yang selama ini dia hormati adalah sangat kejam dan jahat, begitu juga dengan Song Do Hwan yang sangat licik itu.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Scene yang paling aku suka mestilah ketika scene ketika Gil Hyun berpura - pura menjadi orang kepercayaan raja yang setia dan dalam masa yang sama membantu Gil Dong. Seterusnya kisah adik perempuan Gil Dong dan Gil Hyun iaitu Oh Ri Ni juga menarik apabila dia hilang ingatan selepas terpisah dengan Gil Dong dalam satu kejadian, dan akhirnya namanya ditukar menjadi Sang Hwa dan turut berada dalam istana. Namun yang kelakarnya Gil Hyun dan Oh Ri Ni tak pernah terserempak, walaupun masing - masing bekerja di dalam Istana. Awalnya penonton kena berteka teki tentang siapakah Oh Ri Ni dan yang mana satukah Oh Ri Ni, sebab Oh Ri Ni dah bertukar nama menjadi Sang Hwa dan dia sentiasa bersama dengan kawan baiknya yang bernama Ok Ran. Mula - mula memang penonton menjangkakan Ok Ran adalah Oh Ri Ni yang sebenarnya, sebab dia berperwatakan baik dan lemah lembut berbanding Sang Hwa yang kelihatan lebih kasar dan licik. Selain itu lagu tema / OST Rebel : Thief Who Stole The People ini juga sangat menarik best dan unik, lagunya macam ala - ala tradisional sikit tapi sedap di dengar dan senang nak ingat melodinya. Malah ada beberapa scene dalam drama ni menunjukkan semua watak sama - sama menyanyikan lagu OST drama ini. Kiranya lagu tersebut boleh dijadikan lagu semangat gitu. 
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Apa pun Drama Korea ini memang best dan seronok untuk ditonton, ending drama ini memang happy ending dan keseluruhannya aku memang suka drama ini dan aku bagi 9.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Rebel ini.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

14 Jul 2017

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Novel, Drama Bersiri, Sinopsis, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, OST, Kisah Kahwin Paksa, Watak, Slot Akasia, TV3, Pelakon, Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Poster,
Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin adalah drama terbaru di Slot Akasia Tv3 bagi menggantikan drama Ku Kirim Cinta yang telah tamat episodnya. Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid dan ramai lagi. Drama ini sudah mula disiarkan di Tv3 bermula 10 Julai yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Novelis Umi Syidah. Drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama ini nampak jalan cerita drama ini berkisarkan tentang kisah kahwin paksa, walaubagaimanapun ini kali pertama aku melihat Raysha Rizrose ni berlakon, apa pun jom tengok sinopsis cerita ini dibawah ye. Selamat Membaca..
Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Novel, Drama Bersiri, Sinopsis, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, OST, Kisah Kahwin Paksa, Watak, Slot Akasia, TV3, Pelakon, Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Poster,
Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Slot Akasia TV3

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya. Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. 

Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Novel, Drama Bersiri, Sinopsis, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, OST, Kisah Kahwin Paksa, Watak, Slot Akasia, TV3, Pelakon, Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Poster,

Nizam yang lurus bendul itu menyangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya. Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan. Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?


Lagu Tema / OST Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Separuh Mati Ku Bercinta Nyanyian Dayang Nurfaizah

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

12 Jul 2017

Anda Perlukan Khidmat Ghostwriter?

Ghostwriter, Apa Itu Ghostwriter?, Penulis, Buku, Artikel, Blog, eBook, Hasil Tulisan, Iklan, Iklan Tidak Berbayar, Tolong Kawan,
Khidmat Ghostwriter

Assalammualaikum..
Entry ini khas untuk kawan den punya kawan, untuk tolong dia iklankan servis dia sebagai Ghostwriter, jadi bagi yang berminat, bolehlah contact dia nanti ye, segala info dan details boleh baca dibawah ini ye.

Anda memerlukan khidmat ghostwriter untuk penulisan eBook, Blog atau Artikel?
Ghostwriter ialah seorang penulis yang menulis buku atau artikel tetapi hasil tulisannya dijual oleh orang lain dan digunakan atau dianggap sebagai karya asal orang itu. Ghostwriter boleh membantu anda untuk menyusun buku atau idea yang anda ada untuk diterjemahkan dalam bentuk buku atau artikel. Jika anda memerlukan khidmat ghostwriter ini, bolehlah hubungi melalui emailsoulghostwriter@gmail.com atau Whatsapp ➔ 0199584017
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Jul 2017

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku (Seramedi TV3)

Drama Melayu, Drama Jangan Ikut Aku, Slot Seramedi, TV3, Sinopsis, Drama Bersiri, Genre, Seram, Komedi, Hantu, Jin, Pelakon, Anas Ridzuan, Ben Ladin, Syanie, Dazrin Kamarudin, Aishah Azman, A.Galak, Emma Maembong, Reen Rahim, Supyan Kepoh, Kazar Saisi, Azzahra Ahmad, Marisa Yasmin, Azman Jantan, Gbob, Tash Yong, Afzan A Rahman, Acong Sweetchild,
Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku Slot Seramedi TV3

Assalammualaikum..
Drama Jangan Ikut Aku sudah mula bersiaran di Slot Seramedi Tv3, bermula 10 Julai yang lalu. Drama 12 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam dan dilakonkan oleh ramai pelakon best seperti Anas Ridzuan, Ben Ladin, Syanie, Dazrin Kamarudin, Aishah Azman, A.Galak, Emma Maembong, Reen Rahim, Supyan Kepoh, Kazar Saisi, Azzahra Ahmad, Marisa Yasmin, Azman Jantan, Gbob, Tash Yong, Afzan A Rahman, Acong Sweetchild dan ramai lagi. Drama Jangan Ikut Aku ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan diterbitkan oleh Orangetree Production, kalau tengok senarai pelakon drama ini, memang semuanya best - best belaka, jalan cerita pun bergenre seram komedi gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye.

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku (Seramedi TV3)

Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir membuat keputusan untuk berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula tidak sedap hati dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena setelah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut. Setelah pulang dari Kampung, Akil mula mengalami pelbagai peritiwa yang pelik dan agak menakutkan seperti Nabil yang membuat perangai seperti budak kecil dihadapannya. Sebenarnya Nabil telah dirasuk jin peliharaan Tok Misai. Sebelum keluar bekerja, Akil ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Oleh kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampung untuk berubat dengan Tok Misai, tetapi dia terkejut apabila Mak Mah memberitahu bahawa Tok Misai telah meninggal dunia kerana dibunuh. Apa yang akan berlaku seterusnya?.

Ending Drama Jangan Ikut Aku

Akil memutuskan untuk memulangkan cincin tersebut kepada Siti yang merupakan anak Tok Misai. Anjang Hitam ingin memiliki cincin tersebut sekaligus menjadi tuan kepada saka - saka yang menganggu Akil. Akil keberatan untuk memberikan cincin itu pada Anjang Hitam kerana Akil merasakan Anjang Hitam itu akan menyalahgunakan kuasa cincin tersebut. Disebabkan itu, Anjang Hitam menculik kekasih Akil iaitu Shila lalu memaksa Akil untuk memberikan cincinnya itu. Namun Siti, Bapa Shila serta Nabil dan jiran Akil datang tepat pada masanya. Anjang Hitam ditangkap polis disebabkan telah menculik Shila. 

Manakala Siti dan Akil telah memutuskan untuk memberikan cincin tersebut pada bapa Shila untuk dihapuskan atau dibuang ke tempat yang selamat. Akil dan Shila dah berbaik, cincin tersebut telah dibuang ke dalam kolam. Namun akhirnya cincin tersebut telah dapat pada yang lain dan kini saka - saka tersebut telah mendapat tuan yang baru. 
Miss Banu Signature, Blogger, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin (Baca Online)

Drama Adaptasi Novel, Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Novelis Umi Syidah, Baca Online, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Kahwin Paksa, Cinta, Watak, Yuhanis, Hani, Saiful Mizan, Sharul Nizam, Shila, Pelakon, Raysha Rizrose, Idris Khan, Azrel Ismail, Slot Akasia, TV3,
Baca Online Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin (Drama Adaptasi Novel)     

Assalammualaikum..
Nampaknya kali ini giliran Novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya novelis Umi Syidah, akan diadaptasikan menjadi drama bersiri, yang akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ini akan mula bersiaran pada 10 Julai 2017 bagi menggantikan drama Ku Kirim Cinta yang telah tamat episodnya. Aku suka dengan tajuk Novel ini yang nampak unik dan lain dari yang lain, cover novel juga lawa gitu. Novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ini akan diadaptasikan menjadi drama 28 episod. Watak Yuhanis (Hani) dalam novel ini akan dilakonkan oleh Raysha Rizrose.
 Drama Adaptasi Novel, Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Novelis Umi Syidah, Baca Online, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Kahwin Paksa, Cinta, Watak, Yuhanis, Hani, Saiful Mizan, Sharul Nizam, Shila, Pelakon, Raysha Rizrose, Idris Khan, Azrel Ismail, Slot Akasia, TV3,
 Ini adalah kali pertama aku akan melihat Raysha ni berlakon, teringin pula nak tengok dia berlakon dengan kakak - kakaknya yang lain seperti Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Pelakon Idris Khan akan memegang watak sebagai Saiful Mizan manakala Azrel Ismail akan membawa watak sebagai Sharul Nizam manakala Zera Hariz pula akan memegang watak sebagai Shila dan ramai lagi. Jadi sambil menonton drama ini nanti di televisyen, jom ramai - ramai baca online Novel ini juga ye, just klik je link kat bawah ini. Selamat Membaca.

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Jul 2017

Review Filem Dangal (Bollywood Movie)

Dangal, Filem, Movie, Hindustan, Bollywood, Hindi, Sinopsis, Wrestling, Tinju, Mahavir Singh Phogat, Geeta Phogat, Babita Kumari, Sukan Komanwel, India, Kisah Benar, Pelakon, Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni, Sukan, Biografi,
Review Filem Dangal (Bollywood Movie)

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang dah menonton filem Bollywood yang bertajuk Dangal lakonan Aamir Khan ini. Memang ramai yang memuji filem Dangal dengan jalan ceritanya yang menarik dan menyentuh hati. Filem ini release pada 23 Disember 2016 dan berdasarkan kisah benar tentang Mahavir Singh Phogat yang mengajar anak perempuannya iaitu Geeta Phogat dan Babita Kumari tentang sukan wrestling yang sememangnya dikuasai oleh kaum lelaki. Malah hasil didikan Mahavir ini akhirnya membuahkan hasil apabila anak perempuannya itu berjaya mendapat pingat Emas dan Perak dalam Sukan Komanwel sekaligus menjadi inspirasi kepada orang lain. Filem Dangal ini diarahkan oleh Nitesh Tiwari dan dilakonkan oleh Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni dan ramai lagi. Filem Dangal ini juga merupakan filem pertama bukan Hollywood yang Box Office di Negara China. Lepas tengok filem ini barulah aku tahu sikit - sikit pasal sukan Wrestling ini hehehe, apa pun lakonan semua pelakon dalam filem ini memang terbaik.
Dangal, Filem, Movie, Hindustan, Bollywood, Hindi, Sinopsis, Wrestling, Tinju, Mahavir Singh Phogat, Geeta Phogat, Babita Kumari, Sukan Komanwel, India, Kisah Benar, Pelakon, Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni, Sukan, Biografi,
Permulaan cerita filem ini saja dah best, yang mana Mahavir memang teringin sangat nak anak lelaki untuk mengikut jejak langkahnya seterusnya dapat mewakili India dalam sukan wrestling itu. Walaubagaimanapun, semua anak Mahavir adalah perempuan dan menyebabkan Mahavir tidak dapat menunaikan impiannya itu. Suatu hari 2 anak perempuan Mahavir telah memukul budak lelaki dengan agak teruk juga dan membuatkan Mahavir terpikir yang anak perempuannya itu berkemungkinan dapat menunaikan impiannya, seterusnya dia mula melatih kedua - dua anak perempuannya itu. Aku suka scene ketika Mahavir mula melatih anak perempuannya itu dengan latihan yang keras menyebabkan Geeta dan Babita mula memberontak dan merasakan ayah mereka sengaja nak mendera mereka. Tapi nasib baiklah mereka berdua akhirnya sedar akan niat dan tujuan ayah mereka berbuat demikian. Scene ketika Geeta memasuki pertandingan wrestling yang disertai oleh lelaki saja memang sangat giler hahaha. Seterusnya watak coach atau jurulatih pasukan kebangsaan itu juga memang sangat annoying dan dibenci penonton.
Dangal, Filem, Movie, Hindustan, Bollywood, Hindi, Sinopsis, Wrestling, Tinju, Mahavir Singh Phogat, Geeta Phogat, Babita Kumari, Sukan Komanwel, India, Kisah Benar, Pelakon, Aamir Khan, Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Zaira Wasim, Sanya Malhotra, Suhani Bhatnagar, Aparshakti Khurana, Girish Kulkarni, Sukan, Biografi,
Seterusnya scene ketika Geeta mula lupa diri dan memandang rendah pada cara latihan yang diajar oleh bapanya selama ini juga sedih. Akibatnya selepas itu Geeta mula tewas dalam setiap perlawanannya. Walaubagaimanapun nasib baiklah Geeta sedar akan kesilapannya selama ini dan kembali berbaik dengan ayahnya. Jadi kesimpulannya, filem ini memang best, penuh pengajaran dan berbaloi menontonnya. Aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk Bollywood Movie Dangal ini.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

7 Jul 2017

Ending Drama Ku Kirim Cinta

Ending, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Akasia, TV3, Ku Kirim Cinta, Drama Ku Kirim Cinta, Cinta, First Love, Cinta Tak Kesampaian, Watak, Nisha, Zarul, Farhan, Liana, Pelakon, Redza Rosli, Ayda Jebat, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Ending, Episod Akhir, 28 Episod, Happy Ending, Sweet Ending,
Ending Drama Ku Kirim Cinta (Akasia TV3)

Assalammualaikum..
Berakhir sudah drama Ku Kirim Cinta yang mempunyai 28 episod ini, drama ini disiarkan sebelum Ramadan lagi dan minggu kedua raya baru habis. Episod terakhir iaitu episod 28 lakonan Ayda Jebat, Redza Rosli, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz dan ramai lagi telah pun disiarkan pada 6 Julai yang lalu. Ikutkan aku tidaklah tengok setiap episod drama ini, cuma kadang - kadang ada juga tengok dan kadangkala aku tengok siaran ulangannya pada pukul 1.30 pagi itu. Walaupun sekejap tengok, sekejap tak tengok tapi aku masih fahamlah jalan cerita drama Ku Kirim Cinta ini. Lagi pun ada yang request untuk buat entry pasal ending drama ini, so aku buatlah hehehe, apa pun ending drama ini memang happy endinglah kan, cuma masa tengok ending drama ini, aku ingatkan ada twist, kot - kot Farhan pilih Liana ke kan tapi takde pun hehe. Kalau Farhan pilih Liana mungkin ramai penonton yang mengamuk nanti hehe.
Ending, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Akasia, TV3, Ku Kirim Cinta, Drama Ku Kirim Cinta, Cinta, First Love, Cinta Tak Kesampaian, Watak, Nisha, Zarul, Farhan, Liana, Pelakon, Redza Rosli, Ayda Jebat, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Ending, Episod Akhir, 28 Episod, Happy Ending, Sweet Ending,
Episod Akhir drama Ku Kirim Cinta ini bermula dengan Farhan kena tikam ketika cuba menyelamatkan Nisha. Namun polis datang tepat pada masanya dan Farhan kemudiannya berada di hospital dan berada dalam keadaan sihat, cuma cedera sedikit di perutnya akibat kena tikam itu. Nisha ada datang melawat Farhan di hospital namun Farhan enggan berjumpa dengan Nisha, ibu bapa Farhan serta Liana cuba menasihati Farhan untuk bertemu dan bercakap dengan Nisha namun Farhan tetap tak nak. Sebenarnya Farhan memang sengaja cuba menjauhi Nisha kerana dia yakin Nisha hanya cintakan Zarul dan tiada ruang untuknya di hati Nisha. Liana cuba menyakinkan Nisha yang Farhan memang benar cintakannya cuma dia merajuk je, Liana juga turut menasihati Farhan. Kadang - kadang kesian juga dengan Liana ni, nampak betul dia sayangkan Farhan dan terpaksa lepaskan Farhan pada Nisha untuk tengok Farhan bahagia.

Farhan kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya serta cuba mengelak untuk bertemu dengan Nisha. Nisha berasa sedih dengan sikap Farhan dan merasakan mungkin Farhan akan bahagia dengan Liana. Farhan berasa gembira apabila Ibu bapanya dah berbaik - baik semula, namun selepas menerima satu mesej dari Nisha membuatkan Farhan mula berubah fikiran dan pergi berjumpa dengan Nisha semula. Farhan kemudiannya meluahkan perasaannya pada Nisha dan lepas tu boleh pula dia dan Nisha berpantun dan berbalas pantun kat situ hahaha dan happy endinglah lepas tu kan..
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

5 Jul 2017

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer (Astro)

Sinopsis, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Ria, Novel, Novel Mencintaimu Mr. Photographer, Drama Mencintaimu Mr Photographer, Kisah Cinta Terhalang, Darjat, Kahwin Senyap - Senyap, Sweet, Watak, Jemy, Aira, Novelis Emma Mariam, Pelakon, Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marissa Yasmin, Hairie Othman, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufiaz, Aishah Azman,
Sinopsis Drama Mencintaimu Mr. Photographer (Astro Ria)

Assalammualaikum..
Drama Mencintaimu Mr. Photographer adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hero Seorang Cinderella yang telah tamat episodnya. Drama ini diadaptasikan daripada Novel Mencintaimu Mr. Photographer karya novelis Emma Mariam dan dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marissa Yasmin, Hairie Othman, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufiaz, Aishah Azman dan ramai lagi. Selain itu, drama 16 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Drama Mencintaimu Mr Photographer ini juga sudah mula disiarkan di Astro Ria bermula 3 Julai yang lalu. Episod pertama drama ini saja dah trending di Twitter, selain itu ada banyak scene - scene sweet antara Jemy dan Aira di episod - episod awal ini. Aku rasa di pertengahan cerita, mesti lagi best drama ini bila pelbagai konflik mula timbul dalam hubungan Jemy dan Aira ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye. Selamat Membaca.
Sinopsis, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Ria, Novel, Novel Mencintaimu Mr. Photographer, Drama Mencintaimu Mr Photographer, Kisah Cinta Terhalang, Darjat, Kahwin Senyap - Senyap, Sweet, Watak, Jemy, Aira, Novelis Emma Mariam, Pelakon, Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marissa Yasmin, Hairie Othman, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufiaz, Aishah Azman,
Sinopsis Drama Mencintaimu Mr. Photographer (Drama Adaptasi Novel)

Satu kejadian yang tidak disangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas atau nama glamournya Jemy. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati / model seperti mamanya dan merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad. Aira terpisah dari mamanya dan abangnya kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar. Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Jemy seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. 


Sinopsis, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Ria, Novel, Novel Mencintaimu Mr. Photographer, Drama Mencintaimu Mr Photographer, Kisah Cinta Terhalang, Darjat, Kahwin Senyap - Senyap, Sweet, Watak, Jemy, Aira, Novelis Emma Mariam, Pelakon, Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marissa Yasmin, Hairie Othman, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufiaz, Aishah Azman,
Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang kerana mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya iaitu Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa suaminya?.

Lagu Tema / OST Mencintaimu Mr. Photographer
⏩ Jampi nyanyian Hael Husaini

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017