-->

14 Okt 2017

Minggu Ke - 6 Super Spontan Superstar 2017 - Rahim Tersingkir

Super Spontan Superstar 2017, Rahim Tersingkir, Peserta, Kumpulan, Tenggiling Taiko, King Musang, Permainan, Game, Spontan, Artis Jemputan, Kilafairy, Tomok, Soal Menyoal, Duduk Bongkok Berdiri dan Baring, Pilihan Lain, Sidang Media Spontan, Sinetron Kehidupan,
Minggu Ke - 6 Super Spontan Superstar 2017 - Rahim Tersingkir

Assalammualaikum..
Agak kelakar bila aku tengok Super Spontan Superstar 2017 yang 9.30 malam tu, masa team Tenggiling Taiko kena denda tu. Memang huru hara pentas bila ada yang takut nak pegang dan pindahkan belut dengan tangan tu. Kelihatan Rahim, Ozlynn macam takut dan geli dengan Belut itu. Dato Ac Mizal pun tak berani dekat hahaha. Apa pun ramai juga yang terkejut bila Rahim tersingkir di minggu Ke - 6 Super Spontan Superstar 2017 ini. Aku sendiri pun tak jangka yang Rahim tersingkir, lagi pun Rahim memang dah sering dapat ke Final Super Spontan, jadi untuk tahun ini aku ingat dia akan dapat masuk ke final juga, tapi tersingkir pula. Rahim juga pernah menang imuniti di minggu - minggu awal dulu. Tomok dan Kilafairy menjadi artis jemputan untuk minggu ini, selain itu Dato AC dan Amir turut main game soal - menyoal di penghujung rancangan.

Antara game yang diorang main pada minggu ini terdiri daripada Sketsa Soal Menyoal, Duduk Bongkok Berdiri dan Baring, game Pilihan Lain, Sidang Media Spontan dan akhir sekali Sinetron Kehidupan. Game yang paling aku suka dan berjaya buat aku tergelak adalah game Soal Menyoal dan Game Sinetron Kehidupan / Sinetron Spontan. Apa pun good luck untuk semua peserta, agak - agak korang siapa yang akan ke final nanti ye?. Aku hope Amy Mastura boleh lepas ke final.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Okt 2017

Spray8 For Kids Skin And Allergy Remedy

Spray8 For Kids, Advertorial, Iklan, Review Produk, Gift Review, Furley Bioextracts, Testimoni, Kanak -Kanak, Affiliate,

Spray8 For Kids Skin And Allergy Remedy From Furley Bioextracts

Assalammualaikum..
Spray8 For Kids adalah produk terbaru dari Furley Bioextracts, sebelum ini aku dah pernah membuat review mengenai Spray8, korang boleh klik ➔ SiNi..untuk membacanya. Spray8 For Kids ini adalah semburan penjagaan luka semulajadi yang dikhususkan untuk kanak - kanak dan juga sesuai untuk bayi yang berusia 1 bulan dan ke atas. Spray8 ini sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan lembut pada kulit. Malah ianya mudah digunakan, hanya perlu spray saja di kulit yang luka. Spray8 For Kids ini membantu dan merawat Eczema, Psoriasis, Nappy / Milk Rash, Kulit Kering dan Kulit Sensitif, Luka kecil, Gatal - Gatal Kulit, Digigit Nyamuk, Terkena Air Panas dan sebagainya. Selain itu produk ini juga tiada Alcohol, tiada Steroids serta selamat digunakan. Cara menggunakan Spray8 For Kids ini dengan hanya perlu spray pada kulit dan biarkannya kering (usually 1 minute). Gunakannya sekerap mungkin, sekurang - kurangnya 3 kali sehari dan lihat keberkesanannya.
Spray8 juga sangat berkesan merawat dan melegakan Ruam Lampin dan Ruam Susu. Jom kita ketahui apa yang menyebabkan Ruam Susu / Milk Rash ini.
➤ Bakteria
➤ Pollen
➤ Mold
➤ Dust Mites
➤ Microscopic Allergens
➤ Environment

Jom kita ketahui juga apa yang menyebabkan Ruam Lampin / Diaper Rash ini.
Antara simptom - simptom Ruam Lampin dan Ruam Susu ini adalah:-
Spray8 For Kids, Advertorial, Iklan, Review Produk, Gift Review, Furley Bioextracts, Testimoni, Kanak -Kanak, Affiliate,

Testimoni
Spray8 For Kids, Advertorial, Iklan, Review Produk, Gift Review, Furley Bioextracts, Testimoni, Kanak -Kanak, Affiliate,
Spray8 For Kids, Advertorial, Iklan, Review Produk, Gift Review, Furley Bioextracts, Testimoni, Kanak -Kanak, Affiliate,
Spray8 For Kids, Advertorial, Iklan, Review Produk, Gift Review, Furley Bioextracts, Testimoni, Kanak -Kanak, Affiliate,
Berminat untuk mendapatkan Spray8 For Kids ini? harganya memang berpatutan hanya RM50 sahaja. Untuk membeli Spray8 ini, korang boleh KLIK Disini ye ➔ Spray8 Untuk Kanak - Kanak..
ISTIMEWA dan KHAS untuk semua pembaca Blog Miss BaNu StoRy nikorang akan dapat DISKAUN sebanyak RM10 untuk setiap pembelian produk ni, dengan hanya masukkan COUPON CODE ni --> FBIO-7RT ketika membuat pembelian di websitenyer, Contoh ruangan yang perlu dimasukkan Code yang aku bagi tu adalah seperti kat bawah ni k..
Spray8 For Kids, Advertorial, Iklan, Review Produk, Gift Review, Furley Bioextracts, Testimoni, Kanak -Kanak, Affiliate,
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Spray8 For Kids ini segera ye, klik sini untuk terus membeli Spray8 ini untuk anak anda sekarang juga ➽ Spray8 For Kids Khas Untuk Anak Anda..
Untuk Keterangan dan Maklumat lanjut, korang boleh singgah ke website ataupun media sosial Furley Bioextracts kat bawah ini okey..

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

What Happen To Uday Chopra?

Uday Chopra, Handsome, Berbadan Sado, Gemuk, Obesiti, Uday Chopra Obesiti, Mohabbatein, Dhoom, Dhoom 2, Dhoom 3, Mujhse Dosti Karoge, Mere Yaar Ki Shaadi Hai, Pelakon, Penerbit, Penolong Pengarah, Penulis Skrip,
What Happen To Uday Chopra?

Minggu ini agak viral dengan kisah dan gambar pelakon Bollywood iaitu Uday Chopra, rasanya ramai yang kenal Uday Chopra ni kan. Aku gerenti ramai yang terkejut dengan gambar dan penampilan Uday Chopra sekarang. Yela dia dulu kan terkenal dengan aksi lakonannya yang happy go lucky serta berbadan sado, tiba - tiba gambarnya yang terkini menjadi viral, dimana dirinya kelihatan agak berisi serta kelihatan sedikit berusia. Aku masa mula - mula tengok gambar tu macam tak percaya jugak sebab nampak lain betul Uday Chopra sekarang ni. Plus Uday Chopra sekarang dah jarang berlakon, kali terakhir dia berlakon adalah dalam filem Dhoom 3 pada tahun 2013, selepas itu nampak dia banyak bekerja di belakang tabir dan menjadi penerbit / produser filem - filem Hollywood pula. Rindu pula nak tengok Uday Chopra ni berlakon semula, hope dalam Dhoom 4 wataknya masih adalah kan, lagipun keluarga Uday Chopra ini adalah orang kuat industri Bollywood yang menghasilkan filem - filem Bollywood yang best dan Box Office. 
Uday Chopra, Handsome, Berbadan Sado, Gemuk, Obesiti, Uday Chopra Obesiti, Mohabbatein, Dhoom, Dhoom 2, Dhoom 3, Mujhse Dosti Karoge, Mere Yaar Ki Shaadi Hai, Pelakon, Penerbit, Penolong Pengarah, Penulis Skrip,
Jadi anytime je dia boleh buat comeback kan, plus dia juga ada syarikat sendiri gitu, Aku rasa dia juga tak akan ada masalah nak kuruskan badan seperti dulu, kalau dia naklah kan hahaha. Selain berlakon, Uday Chopra juga mempunyai pengalaman menjadi Assistant Director, Producer dan Penulis Skrip. Antara filem lakonannya yang aku suka mestilah Filem Mohabbatein kan, filem legend tu hahahaha, selain itu aku juga suka lakonannya sebagai Ali dalam filem Dhoom, Dhoom 2 dan Dhoom 3. Begitu juga dengan filem Mere Yaar Ki Shaadi Hai dan Mujhse Dosti Karoge. Bagi yang belum tahu, Uday Chopra ini juga adalah adik ipar kepada pelakon Rani Mukerji yang berkahwin dengan abangnya iaitu Aditya Chopra. Selain itu Uday Chopra juga digosipkan bercinta dengan pelakon dan model Jelita Nargis Fakhri. Apa pun aku tertanya - tanya juga, adakah Uday Chopra dah tak nak berlakon dah? atau mungkin dia hendak fokus dalam penerbitan filem iaitu di belakang tabir saja?. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Okt 2017

Review Drama Korea - Lookout

Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Lookout - Korean Drama Review

Assalammualaikum,
Seperti biasa aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Lookout / The Guardians, drama ini sepatutnya 16 episod saja, kalau digabungkan kesemuanya. Tapi bila dah dipendekkan setiap episod menjadi setengah jam saja, maka drama ini mempunyai 32 episod kesemuanya. Pelakon Drama Korea Lookout ini terdiri daripada Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won dan ramai lagi. Drama ini mula disiarkan pada 22 Mei 2017 yang lalu dan tamat pada 11 Julai 2017. Selain itu, drama Lookout ini disiarkan bagi menggantikan drama Rebel : Thief Who Stole The People yang telah tamat episodnya. Kemudian drama ini akan digantikan dengan drama The King Loves. Secara keseluruhannya aku suka dengan drama ini sebab penuh dengan suspen dan juga aksi, semua pelakon dalam drama ini memang terbaik dan berjaya membawa watak masing - masing dengan baik sekali. Tapi aku agak sukar nak terima pelakon Choi Moo Sung membawakan watak jahat dalam drama ini, sebab aku dah terbiasa melihat dia melakonkan watak baik yang adorable seperti dalam drama Uncontrollably Fond itu.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Apa pun watak yang paling jahat dan paling menyakitkan hati sekali adalah watak remaja yang bernama Yoon Shi Wan yang dilakonkan oleh Park Solomon. Serius memang rasa geram sangat dengan watak Yoon Shi Wan ini, psiko gila - gila, dia ini masih budak sekolah, tapi dah berani bunuh orang dan langsung rasa tak menyesal pula tu. Apa pun pelakon Park Solomon itu memang terbaiklah sebab berjaya buat penonton rasa benci dan geram sangat dengan wataknya yang psiko itu. Patutnya Soo Ji tu dah tembak Yoon Shi Wan tu awal - awal lagi, iaitu ketika dia datang cari Yoon Shi Wan di sekolah tu. Selain itu aku suka dengan watak Jang Do Han yang dilakonkan oleh Kim Young Kwang sebagai prosecutor yang ceria, happy go lucky, suka bergurau dan kelihatan suka membodek orang atasan di luarannya, tapi siapa sangka dia adalah ketua kepada satu kumpulan yang memerangi jenayah dengan cara mereka sendiri. Awalnya Jang Do Han merahsiakan identitinya sebagai ketua dari ahli kumpulannya, namun bila ahli kumpulannya dapat meneka identiti sebenarnya, maka terpaksalah dia mendedahkan identitinya pada ahli kumpulannya itu. Matlamat kumpulan mereka adalah ingin membalas dendam pada ketua pendakwaraya yang bernama Yoon Seung Ro yang jahat dan sentiasa menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Antara scene yang aku suka mestilah bila mereka semua bergabung dan bersatu untuk menjatuhkan Yoon Seung Ro itu. Tapi ada juga beberapa scene yang buat aku geram dengan watak - watak dalam drama ini antaranya adalah ketika Yoon Shi Wan berjaya mengurung Jin Se Won yang merupakan rakan sekelasnya dan juga anak perempuan tunggal kepada ketua detektif yang bernama Lee Soon Ae. Aku paling tak leh blah sekali bila Lee Soon Ae yang merupakan seorang ketua detektif boleh buat kerja gila dengan mengikut segala apa yang disuruh oleh Yoon Shi Wan itu. Disebabkan hal ini, Lee Soon Ae itu hampir - hampir nak membunuh kawan baiknya sendiri iaitu Soo Ji demi menyelamatkan anaknya. Di akhir sekali satu nyawa terkorban akibat tindakan bodoh Lee Soon Ae itu. Plus anak Lee Soon Ae itu pun benggong juga bila boleh termakan kata - kata manis Yoon Shi Wan yang gila itu, sedangkan dia tahu yang Yoon Shi Wan itu boleh membunuh. Lagu Tema / OST Lookout ini juga sangat best, rancak dan sangat sesuai dengan scene - scene aksi dalam drama ini, siap ada rapping semua. OST drama ini memang best, manakala ending drama Lookout ini agak sedih dan menghampakan penonton kerana watak hero drama ini akan mati. Sedangkan boleh je kalau diorang buat endingnya jadi happy ending kan, dan watak heronya selamat dan sihat.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Disebabkan aku tengah rajin ni, aku sertakan sekali Sinopsis Drama Lookout ini dibawah ye. Selamat membaca ye.
Mengisahkan Jo Soo Ji yang merupakan seorang detektif yang berdedikasi, dia ini ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil. Hidup Jo Soo Ji mula berubah apabila anak perempuannya itu terjatuh dari bangunan tinggi lalu koma. Atas bantuan seseorang, Jo Soo Ji mula mengetahui yang anak perempuannya itu ditolak oleh seseorang dan Yoon Shi Wan adalah suspek utama dalam kes anaknya itu. Disebabkan ayah Yoon Shi Wan adalah ketua pendakwaraya yang terkenal dan berkuasa, membolehkan Yoon Shi Wan terlepas dengan mudah dari dihukum. Hal ini membuatkan Jo Soo Ji merasakan dunianya hancur kerana keadilan tidak berpihak padanya, malah anaknya juga mati tidak lama kemudian. Soo Ji akhirnya mengambil tindakan sendiri dan pergi ke sekolah Yoon Shi Wan untuk menembaknya. Walaubagaimanapun Yoon Shi Wan terselamat kerana anggota polis yang lain sempat menghalang Jo Soo Ji. Akhirnya So Ji diberkas, namun ketika dalam perjalanan ke balai polis, kereta polis yang dinaiki Jo Soo Ji kemalangan dan akhirnya Jo Soo Ji diselamatkan oleh Kyung Soo dan Seo Bo Mi yang merupakan ahli sebuah kumpulan.
Drama Korea, Korean Drama, Lookout, The Guardians, Drama Korea Lookout, Korean Style, Artis Korea, Pelakon Korea, Genre, Aksi, Jenayah, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST Lookout, Ending, Pelakon Drama Korea Lookout, Lee Si Young, Kim Young Kwang, Kim Tae Hoon, Kim Seul Gi, Key (Shinee), Choi Moo Sung, Kim Sang Ho, Kim Su Young, Jung Suk Yong, Shin Dong Wook, Jeon Mi Sun, Park Solomon, Lee Ji Won, Polis, Detektif, Peguam, Pendakwaraya, Prosecutor, Rasuah,
Jo Soo Ji kemudiannya menjadi buruan polis dan dirinya bersembunyi dan menunggu waktu untuk membalas dendam pada Yoon Seung Ro dan Yoon Shi Wan itu. Dalam masa yang sama, Jo Soo Ji turut bekerjasama dan menjadi ahli kumpulan berkenaan. Manakala Yoon Shi Wan pula berasa tercabar, seronok dan teruja melihat gelagat Jo Soo Ji yang begitu menginginkan dia dihukum. Yoon Shi Wan juga turut merancang untuk mengenakan Jo Soo Ji, apa yang bakal berlaku seterusnya?. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Okt 2017

AFMegastar - Indah Tersingkir Di Minggu Suku Akhir

AF MEGASTAR, Akademi Fantasia, AF, Bintang AF, Senarai Peserta, Tersingkir, Indah, Indah Ruhaila, Indah AF2013, Minggu Suku Akhir, Tema Ikon, Shahir, Syamel, Amir, Amir Jahari, Bob, Marsha, Idayu,
Indah Tersingkir Di Minggu Suku Akhir AF MEGASTAR

Assalammualaikum..
Agak tak sangka juga Indah / Indah Ruhaila tersingkir di Minggu Suku Akhir (Minggu Ke-6) Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar). Selain Indah, Shahir dan juga Syamel turut berada di bottom three. Tak sangka juga Syamel boleh berada di bottom three minggu ini, sememangya persaingan semakin sengit. Tapi aku tak begitu terkejut sangat Shahir berada di bottom three sebab komen juri pun tidak begitu memuaskan untuknya tapi aku suka je tengok Shahir nyanyi lagu P.Ramlee tu. Tema minggu ke - 6 ini adalah Ikon dan Indah telah memilih untuk menyanyikan lagu - lagu dari Saloma iaitu lagu Gelora, Bila Larut Malam dan Mari Jalan Bersama. Aku rasa best dan sedap je Indah nyanyi semua lagu tersebut. Syamel juga mengambil langkah berani dengan menyanyikan lagu Dato Ahmad Jais dan aku rasa Syamel pun berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Tapi aku paling suka bila Paknil panggil Haziq AF4 datang naik ke pentas dan nyanyi sikit lagu - lagi Dato Ahmad Jais itu, terbaik, sedap betul suara Haziq nyanyi lagu - lagu tu semua.
Amir membuat persembahan pembukaan dan menyanyikan lagu - lagu Ella, dan aku memang suka dengan pemilihan lagu tersebut tapi aku rasa macam lagu Ella tu tak sesuai dengan Amir pula. Star Of The Week minggu ini menjadi milik Amir Jahari yang menyanyikan lagu - lagu dari Zainal Abidin yang ternyata memang best. Marsha memilih untuk menyanyikan lagu dari Anita Sarawak iaitu gabungan lagu Seksis dan Akhirnya Kini Pasti. Manakala Bob membuat persembahan penutup dengan menyanyikan lagu dari Dato Siti Nurhaliza iaitu lagu Balqis dan Nirmala. Seperti biasa persembahan Bob memang terbaik dan best giler hehehe. Idayu pula tetap maintain best dengan menyanyikan lagu dari Ziana Zain. Pendek katanya semua peserta pun best - best belaka memang susah nak pilih sebab semuanya pun all out. Aku ingatkan Indah akan dapat ke Semi Final AF Megastar ini tapi nak buat macam mana kan, tak ada rezeki kan. Apa pun Good Luck untuk semua peserta.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

6 Okt 2017

Drama Korea Bulan September 2017

Drama Korea Yang Dah Habis Tonton (September 2017)

Sebelum ini aku dah pernah senaraikan Drama Korea yang aku dah habis tengok pada bulan Ogos yang lalu, korang boleh Klik ➔ SiNi..untuk baca okey. Manakala untuk bulan September pula, aku dah senaraikan dibawah ini. Ketiga - tiga Korean Drama di bawah ini memang best, jalan ceritanya yang suspen dan lakonan yang terbaik. Bagi sesiapa yang tercari - cari drama Korea yang best untuk ditonton, bolehlah try menonton drama yang aku senaraikan di bawah ini.

1) DUEL
                    Drama Korea, Duel, Korean Drama, Pelakon, Yang Se Jong, Sains Fiksyen, Klon, Teknologi, Suspen, Simple Review, Senarai, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Duel ini memang menarik, pelakon Yang Se Jong membawakan 2 watak yang merupakan watak baik dan jahat. Walaupun drama ini bergenre Sains Fiksyen, Misteri dan juga Jenayah, tapi jalan ceritanya maintain suspen hingga ke akhirnya. Drama ini mempunyai 16 episod dan memang awsome. Ending drama ini sedih sikit tapi stil best. Boleh baca Review Drama Duel ini ➔ Di SiNi!..

2) Reunited Worlds
                Reunited Worlds, Korean Drama, Drama Korea, Sinopsis, Pelakon, Yeo Jin Goo, Simple Review, Unik, Misteri, Suspen, Sedih, Review By Miss Banu, Senarai, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Reunited Worlds ini juga sangat menarik, mempunyai 40 episod dan episod ke 39 drama ini berjaya membuatkan aku sedih hahaha. Selepas sukses dengan drama Circle, pelakon Yeo Jin Goo kembali dengan drama ini, yang jalan ceritanya juga suspen dan misteri gitu. Selepas 12 tahun, Sung Hae Sung yang telah mati di zaman sekolah, kembali hidup semula dan mula mencari siapa pembunuhnya serta menyelesaikan segala misteri kematiannya. Memang unik betul, jalan ceritanya, endingnya agak sedih tapi best dan aku suka dengan semua pelakon drama ini kecuali heroinnya saja hahaha sebab tak berkenan pula aku dengan gaya rambutnya itu. Baca Review Drama Reunited Worlds ini ➔ Di SiNi!..

3) Save Me
             Save Me, Drama Korea Save Me, Korean Drama, Suspen, Best, Ajaran Sesat, Gereja, Sang Mi, Obses, Religion, Cult, Pelakon Drama Save Me, So Ye Ji, Taecyeon, Woo Do Hwan, Sinopsis, Simple Review, Senarai, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Save Me ini juga sangat best, mempunyai 16 episod dan sangat suspen okey. Drama ini juga akan membuat korang rasa geram gila - gila dengan sesetengah watak jahat dalam drama ini hahaha tapi memang berbaloi tengok drama ini. Ending drama ini memang sangat memuaskan hati, dilakonkan oleh ramai pelakon best seperti So Ye Ji, Taecyeon, Woo Do Hwan dan ramai lagi. Mengisahkan tentang 4 sahabat yang cuba menyelamatkan rakan mereka iaitu Sang Mi yang terperangkap dalam kegiatan dan kumpulan ajaran sesat. Memang sangat kesian dengan Sang Mi kerana terpaksa bersabar bertahun - tahun lamanya ketika berada dalam kumpulan itu. Sang Mi dikawal rapi menyebabkan dia sukar nak melarikan diri dan mengharapkan pertolongan rakan - rakannya itu saja. Apa pun drama ini memang seronok untuk ditonton. Best!. Baca Review Drama Save Me ini ➔Di SiNi!..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

5 Okt 2017

Sinopsis Drama Raisha (Lestary TV3)

Drama Raisha, Slot Lestary, TV3, Sinopsis, Diana Danielle Sebagai Raisha, OST Raisha, Ending, Pelakon Drama Raisha, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Rahim Jailani, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Laila Nasir, Zarina Zainuddin,
Sinopsis Drama Raisha Slot Lestary TV3 Lakonan Diana Danielle

Assalammualaikum..
Drama Raisha sudah pun disiarkan di TV3 pada 21 September yang lalu, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Antara pelakon Drama Raisha ini terdiri daripada Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Rahim Jailani, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Laila Nasir, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Drama Raisha ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Drama Raisha (Lestary TV3)

Mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha. Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Drama Raisha, Slot Lestary, TV3, Sinopsis, Diana Danielle Sebagai Raisha, OST Raisha, Ending, Pelakon Drama Raisha, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Rahim Jailani, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Laila Nasir, Zarina Zainuddin,

Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly. Apa yang berlaku seterusnya? Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya?

Lagu Tema / OST Raisha

Bukan Aku Nyanyian Tasha Manshahar
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

3 Okt 2017

Queen For Seven Days - Korean Drama Review

Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Review Drama Korea - Queen For Seven Days

Assalammualaikum..
Hari ini tibalah giliran Drama Korea Queen For Seven Days untuk direviewkan, kalau tengok dari tajuk drama ini saja dah mampu buat penonton tertarik untuk menonton drama ini. Drama 20 episod ini mula disiarkan pada 31 Mei yang lalu dan tamat pada 3 Ogos 2017. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Queen Of Mystery dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Manhole. Antara Pelakon Drama Queen For Seven Days ini terdiri daripada Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang dan ramai lagi. Pelakon Lee Jin Wook telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam drama ini namun akhirnya dia menolak dan kemudian watak ini menjadi milik Yeon Woo Jin. Drama Queen For Seven Days ini turut mengambil latar masa yang sama dengan Drama Rebel : Thief Who Stole The People, dimana kedua - dua drama ini menceritakan tentang kisah Raja yang kejam. Walaupun ada persamaan, tapi jalan cerita kedua - dua drama ini agak berbeza kerana dalam drama Rebel : Thief Who Stole The People, menceritakan tentang kisah Hong Gil Dong dan pemberontakkannya menentang raja yang kejam namun dalam drama Queen For Seven Days ini mengisahkan tentang hubungan adik - beradik, perebutan takhta dan juga kisah cinta putera Jinsung dan Lady Shin. 
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Lebih menarik lagi drama ini diinspirasikan dari kisah benar dan lebih memfokuskan tentang kisah Lady Shin yang terperangkap di tengah - tengah antara raja yang kejam dan juga cinta hatinya yang merupakan adik kepada raja yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan. Kalau korang tengok dari tajuk drama ini pun korang dah boleh teka yang Lady Shin sempat merasa menjadi Queen selama 7 hari saja sebelum gelarannya ditarik balik dan keluar dari istana. Lee Dong Gun berjaya membawa watak Raja (Lee Young) yang kejam dengan sangat baik sekali, kadang - kadang memang geram dengan wataknya itu, tapi bila tengok episod akhir drama ini, rasa kesian pula dengan raja tu. Selain itu aku juga rasa menyampah juga dengan watak Shin Chae Kyung yang lambat betul nak sedar tentang personaliti Raja Lee Young yang sangat kejam tu, walaupun niat Chae Kyung baik nak mendamaikan dua beradik tapi cara dia tu tak betul dan akhirnya menyukarkan Lee Yeok untuk bertindak. Perhubungan adik beradik yang dingin antara Lee Young dan Lee Youk itu semestinya disebabkan bapa mereka. Lee Youk ketika remaja sangatlah adorable, nampak sangat dia setia dan sayang pada abangnya tu, tapi Lee Young ni pula sentiasa berasa terancam dengan kehadiran Lee Yeok di istana kerana dia yakin Lee Youk boleh merampas takhtanya itu. Sikap abangnya tu akhirnya benar - benar merubah Lee Youk.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu, Queen For 7 Days,
Selain itu aku juga geram dengan sikap bapa Shin Chae Kyung iaitu Shin Soo Geum yang sangat setia gila - gila pada raja tapi raja tu tak menghargai pun kesetiannya itu. Sampai dia sanggup mengorbankan nyawanya pada raja, sampai Mak Chae Kyung pun mati sekali, kesian pada Chae Kyung yang tak pasal - pasal jadi anak yatim piatu dah. Sedangkan pada waktu itu, bapa Chae Kyung ada pilihan untuk duduk saja di rumah sebab ada pemberontakan berlaku dan raja akan digulingkan, tapi dia stil degil nak keluar dari rumah. Watak jahat dalam drama ini ada 2 orang, kedua - duanya adalah menteri, aku yakin pasti ramai yang geram betul dengan menteri jahat ini. Awalnya aku ingatkan ada sorang saja menteri jahat ni, tak sangka yang menteri kedua lebih jahat. Nasiblah menteri jahat berkenaan dapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan diorang. Semua scene yang melibatkan watak Lee Yeok (lakonan Yeon Woo Jin) dan watak Lee Young (lakonan Lee Dong Gun) memang sentiasa menarik dan suspen. Terutamanya apabila kedua - dua watak ini saling bergaduh dan berlawan memang sangat suspen dan mendebarkan gitu. Lagu tema / OST Queen For Seven Days ini juga agak best.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Ending Drama Queen For Seven Days ini agak menyedihkan jugalah bagi aku sebab Shin Chae Kyung terpaksa berpisah dengan suaminya Lee Yeok buat sementara waktu. Bertambah sedih apabila Chae Kyung tidak dapat menjadi permaisuri kerana dikatakan anak pemberontak. Cuma agak mengelirukan juga endingnya sebab Lee Yeok seperti bermimpi apabila ada scene - scene dia hidup bahagia dengan Chae Kyung. Secara keseluruhannya, drama ini memang seronok ditonton, walaupun endingnya macam sedih juga tapi masih okeylah juga. Apa pun aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017