-->
Memaparkan catatan dengan label Shuib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shuib. Papar semua catatan

25 Feb 2017

Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Bernikah

Jep Sepahtu dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
Jep Sepahtu dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri

Assalammualaikum..
Masa tengok Facebook sebentar tadi baru dapat tahu yang Jep Sepahtu dan Sari Yanti dah selamat bernikah. Tak sangka pula, sebab perkahwinan mereka berdua ini tidak dihebohkan tup tup sudah bernikah. Apapun tahniah buat Jep dan juga Sari Yanti, akhirnya kahwin juga Jep dengan pilihan hatinya yang sememangnya cantik dan comel iaitu Sari Yanti. Jep dan Sari Yanti selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz beserta mas kahwin bernilai RM 1000 bersama tujuh dulang hantaran berbalas 9. 
Majlis Akad Nikah Jep dan Sari Yanti #JepSari
Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin atau popular dengan gelaran Jep Sepahtu kini sah bergelar suami kepada Sari Yanti Mohamad Nazari pada jam 11.50 pagi di majlis pernikahan mereka yang diadakan di  Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya dan majlis akad nikah ini disempurnakan oleh jurunikah iaitu Ustaz Nazmi. Ramai sanak saudara dari kedua belah pihak serta rakan-rakan artis kedua pengantin seperti Nazim Othman, Indan Ladyana, Mark Adam, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Hattan, Alif Satar dan ramai lagi turut hadir memeriahkan lagi suasana perkahwinan mereka.
Pernikahan Sari Yanti dengan Jep Sepahtu
Manakala, pengapit Jep pula terdiri daripada Tauke Jambu, Mark Adam, Rahim Sepahtu, Pak Ya, Shuib, Ropi Cecupak dan juga Ebby Yus.  Manakala, Elfira Loy pula turut mengiringi Sari Yanti sebagai pengapit bagi pengantin perempuan. 
Jep Sepahtu dan Sari Yanti Selamat Diijabkabulkan pada 25 Feb, Jep dan Sari Yanti Selamat Bernikah
Gambar - gambar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini credit to FB Sinar FM.
Read More »

18 Dis 2016

Sepahtu Reunion Live

Sepahtu Reunion Live Di Astro Warna 

Assalammualaikum..
Selepas Sepahtu Reunion mendapat sambutan, kini Sepahtu Reunion kembali lagi dengan bersiaran secara langsung gitu menggantikan program Lawak Solo yang telah tamat. Kalau dah program live ni mestilah lagi mencabar n kelakar sebab kena pandai cover kalau terbuat salah ker apa ker hehehe. Kali ni tak nampak Mamat plak dalam program Sepahtu Reunion Live ni hanya ada Jep, Shuib, Ilya dan Rahim namun nampaknya ada ramai juga artis jemputan yang akan menyerikan program Sepahtu Reunion Live ni. Boleh tahan gak la episod pertama Sepahtu Reunion Live ni dan di episod pertama ni juga ada Ebby Yus, Erra Fazira dan Michael Ang yang jadi artis undangan dalam program ini. Tak sabar nak tunggu artis mana yang akan jadi guest dalam Sepahtu Reunion Live di episod - episod yang akan datang.
Artis Undangan untuk Episod ke-2 Sepahtu Reunion Live adalah Faradhiya dan Rozita Che Wan.
Artis Undangan untuk Episod Ke-3 adalah Izara Aishah & Dato Seri Vida. 
Artis Undangan utk Episod 4 adalah Sari Yanti, Buntat & Nasha Aziz.

Episod 5 - Artis undangannya adalah Kilafairy dan David Teoh
Episod 6 - Anzalna dan David Arumugam (Alleycats)
Episod 7- Intan Ladyana dan Awie
Episod 8- Maria Farida, Maya Karin dan Dato Jalaluddin Hassan.
Episod 9 (Episod Akhir Sepahtu Reunion Live) - Artis Undangannya terdiri daripada Siti Elizad, Fauziah Latiff, Dato Siti Nurhaliza dan Dato Jamal Abdillah.
Read More »

11 Mac 2016

Sinopsis Filem Usin UFO

Assalammualaikum..
Filem Usin UFO akan mula ditayangkan di pawagam bermula 10 Mac yang lalu dan merupakan filem pertama arahan pelakon Zul Yahya. Filem Usin UFO ini dilakonkan oleh Shuib Sepahtu, Aishah Illias, Puteri Sarah Liyana, Liza Abdullah, Joey Daud, Aliff Satar, Kaza Saisi, Yassin Yahya, Cat Farish, Fiza Halim, Mimi Ernida dan ramai lagi. Usin UFO merupakan Filem Komedi yang menerapkan elemen sains fiksyen gitu dan rasanya diorang dah shooting filem ni dari tahun 2012 lagi, tahun 2016 baru kuar cite ni. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Usin UFO

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Usin yang amat disenangi oleh penduduk kampung dan berjaya mengusahakan sebuah resort di kampungnya. Pada suatu malam, sewaktu dia melawat kawasan resortnya, Usin telah diculik oleh sekumpulan Alien. Alien - alien itu telah menjalankan ujikaji ke atasnya dan memulangkan Usin ke bumi pada keesokan harinya. Sejak dari peristiwa itu, pelbagai perkara pelik berlaku ke atas Usin yang menyebabkan huru hara di kampungnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017