-->
Memaparkan catatan dengan label Slot Azalea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slot Azalea. Papar semua catatan

8 Jun 2017

Sinopsis Drama My Sweet Lavender (Azalea TV9)

Sinopsis, Drama Bersiri, Drama Melayu, 20 Episod, Slot Azalea, TV9, TV3, Cinta, Amnesia, Drama Ramadan, My Sweet Lavender, Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zam Zam, Haliza Misbun, Ijoy Azahari, Amanda Misbun, Alis Mariya, Aishah Atan, Erry Putra, Zila Bakarin, Idzham Ismail, Afifah Nasir,
Sinopsis Drama My Sweet Lavender Slot Azalea TV9

Assalammualaikum..
Drama My Sweet Lavender telah mula disiarkan di Slot Azalea TV9 bermula 2 Jun 2017 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam. Drama ini dibarisi ramai pelakon hebat seperti Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zam Zam, Haliza Misbun, Ijoy Azahari, Amanda Misbun, Alis Mariya, Aishah Atan, Erry Putra, Zila Bakarin, Idzham Ismail, Afifah Nasir dan ramai lagi. Ramai pelakon best tu, memang harus tengoklah kan, Drama 20 episod ini diarahkan oleh Bahri Umar dan Azmi Hatta serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Bila ada berderet pelakon hebat dalam drama ini, memang rugilah kalau tak tengok drama bersiri My Sweet Lavender ini kan. Apa pun jom layan sinopsis drama ini di bawah ye.

Sinopsis Drama My Sweet Lavender Slot Azalea TV9

Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal. Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini. Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, 
Sinopsis, Drama Bersiri, Drama Melayu, 20 Episod, Slot Azalea, TV9, TV3, Cinta, Amnesia, Drama Ramadan, My Sweet Lavender, Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zam Zam, Haliza Misbun, Ijoy Azahari, Amanda Misbun, Alis Mariya, Aishah Atan, Erry Putra, Zila Bakarin, Idzham Ismail, Afifah Nasir,
Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya. Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya. Dua minggu berlalu dan Laila sedar dengan disahkan dia hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila? dan apa yang berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Jan 2017

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Sumpah Ibu sudah disiarkan di TV9 sejak 8 Januari yang lalu bagi menggantikan Drama Diari Cinta Kita yang telah tamat episodnya. Drama ini akan diulang tayang di TV3 nanti dan dilakonkan oleh Adibah Yunus, Nafiez Zaidi, Rasyidah Jaafar, Faiz Tapaw, Ramli Salleh, Erry Putra serta ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Wah Rusdi Ramli dah jadi pengarah gitu, mesti drama ni best dan banyak pengajaran kan, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k,,

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9 

Mengisahkan Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan. Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.


Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut. Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu. Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?
Read More »

19 Dis 2016

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita Slot Azalea TV9 & TV3 

Assalammualaikum..
Drama Diari Cinta Kita sudah mula disiarkan sejak 16 Disember yang lalu menggantikan Drama Ainur Mardhiyah yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Fezrul Khan, Tasha Shila, Ayu Raudhah, Reen Rahim, Shajiry, Bell Ngasri, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Nor Albaniah, Azlee Senario dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Sekutu Saujana Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis cite ni, memang nampak macam menarik jer drama ni kan sebab penuh konflik kerana ianya berkisarkan tentang kehidupan bermadu. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita

Penulisan di dalam diari bukan lagi satu perbuatan yang diamalkan oleh orang zaman sekarang dek kemajuan teknologi yang sudah mengambil alih. Namun, tidak lapuk bagi seorang doktor pakar puan yang bernama Doktor Aqilah. Baginya, diari yang ditulis itu adalah perjalanan hidupnya bersama orang-orang di sekelilingnya. Segala yang tersurat itu ditulis dari hatinya selepas bergelar isteri kepada seorang lelaki yang penyayang dan baik hati bernama Hakim. Walaupun Hakim seorang yang romantik, tetapi dia tidak boleh memenuhi segala permintaan dan meluangkan masa sepenuhnya dengan Aqilah kerana Aqilah berkongsi kasih dengan Nurul Iman. Doktor Aqilah pada mulanya ingin menyembunyikan perkahwinannya dengan suaminya kerana tidak mahu melukakan hati isteri pertama Hakim, Nurul Iman. Tambahan lagi, Aqilah tidak sanggup memberitahu kebenaran kepada Nurul Iman yang juga merupakan kawan baiknya. Nurul Iman dan Hakim sudah 7 tahun berkahwin namun mereka belum dikurniakan anak. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mendapatkan anak tetapi hasilnya tetap tiada. Walaupun tidak mempunyai cahaya mata, hidup mereka berdua seperti pengantin baharu dan tetap romantik setiap hari. Setelah Nurul Iman disahkan mengidap kanser usus tahap satu, dia mula murung. Hakim telah mengambil cuti demi menjaga isterinya buat sementara waktu. Walaupun tertekan, Hakim berjanji bahawa dia tidak akan sekali-kali tinggalkan Nurul Iman walau apa pun yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hidup matinya hanya untuk Nurul Iman.


Nurul Iman terharu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh Hakim. Dia telah mendapat semangat baharu dan bertekad menjalani rawatan untuk sembuh. Hakim lebih kerap menemani Nurul Iman. Di situlah permulaan perkenalan Hakim dengan Doktor Aqilah yang merawat Nurul Iman. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hakim dan Nurul Iman membuatkan Doktor Aqilah mula menyimpan perasaan terhadap Hakim. Walaupun dia sedar bahawa dia sudah bertunang dengan seorang lelaki lain, tetapi dalam hatinya ialah Hakim. Kekerapan pertemuan mereka untuk rawatan Nurul Iman menyebabkan Hakim dan Doktor Aqilah semakin rapat. Mereka bertiga sering keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama. Hakim juga tertarik dengan ketulusan dan kebaikan Doktor Aqilah. Mereka berdua cuba mengawal perasaan kerana tidak sanggup melukakan hati Nurul Iman. Akhirnya Hakim dan Aqilah berkahwin tanpa pengetahuan Nurul Iman. Mereka berdua meneruskan hidup seperti biasa tetapi Hakim tidak pernah bermalam di rumah Aqilah. Menjadi isteri kedua kadang kala membuatkan Aqilah sunyi. Oleh itu, Aqilah melepaskan semua isi hati di dalam diarinya. Saat Nurul Iman mengetahui kebenaran tentang suaminya dan kawan baiknya, hatinya hancur luluh seolah-olah tidak boleh menerima kebenaran bahawa dirinya telah dimadukan. Sejak itu, Nurul Iman tidak lagi meneruskan rawatannya. Aqilah rasa bersalah kerana dia menganggap dirinya sebagai punca penyakit Nurul Iman menjadi mudarat. Dia juga menyesal kerana mengkhianati Nurul Iman. Aqilah telah meluahkan perasaannya dan menulis dalam diarinya. Apakah yang akan terjadi kepada Nurul Iman? Adakah keputusan Hakim dapat memberikan kebahagiaan kepada dua perempuan yang amat dikasihi? Apakah yang tersimpan dalam diari Aqilah?
Read More »

26 Nov 2016

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah TV9 & TV3

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Ainur Mardhiyah adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 & TV3 menggantikan drama Amsyar yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan pada 22 November yang lalu, setiap Selasa hingga Ahad. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Sura Sojangi sebagai watak Dhiya, Zahiril Adzim sebagai Saiful, Khaty Azean, Niezam Zaidi sbg Kiflie, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zaryn Zaryn, Ramli Salleh dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Apapun nampak menarik gak drama ni, jom tengok sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah

Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung. Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.


Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Hidup Dhiya sehelai sepinggan sehingga dia terpaksa melarikan diri akibat difitnah. Saiful dan Kiflie cuba mencari Dhiya namun tidak ketemu. Setelah empat tahun, barulah Dhiya meneruskan pelajaran selepas bekerja dahulu untuk mengumpul wang. Dia berkenalan dengan Aina, anak kandung Mar dari suami barunya. Aina tertarik untuk membantu walaupun Dhiya berat untuk menerimanya. Mereka belajar di tempat sama dan mulai rapat tanpa menyedari mereka adik-beradik. Aina juga tawarkan Dhiya kerja di butik ibunya ketika ibunya ke luar negara untuk satu projek jangka panjang. Sejak itu, butik tersebut maju. Ketika itulah, Dhiya bertemu Saiful dan Kiflie semula. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.



Lagu Tema / OST Ainur Mardhiyah

💗 Menatap Dalam Mimpi Nyanyian Dato Siti Nurhaliza
💗 Biar Nyanyian Najwa Latiff
💗 Andai Ku Bisa Nyanyian Iskandar
💗 Luar Biasa Nyanyian Diana Danielle

Read More »

9 Nov 2016

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Sinopsis Drama Mr. Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi & Azira Shafinaz

Assalammualaikum..
Drama Mr Donat Karamel ini adalah drama terbaru di Slot Lestary menggantikan drama Sweetie Nanie yang telah tamat episodnyer. Drama ini sudah pun disiarkan sejak 2 November yang lalu dan dilakonkan oleh Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan DFKL, Roy Azman, Noniswara serta ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini juga adalah drama adaptasi Novel Mr Donat Karamel karya Novelis Hanny Esandra. Kalau korang nak baca online Novel Mr Donat Karamel ni boleh Klik ---> SiNi.. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya. Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya. Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.
Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka. Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan. Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Lagu Tema / OST Mr Donat Karamel
--> Jangan Kecam Cintaku Nyanyian Bahrain Rahman
Read More »

30 Sep 2016

Sinopsis Drama Samudera Rindu

Sinopsis Drama Samudera Rindu Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Samudera Rindu adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Azalea Tv9 menggantikan drama Rintihan Nek Mis yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Dynas Mokhtar, Azhan Rani, Hafeez Mikhail, Eyra Hazali, Alif Hadi, Watie Sadali, Efa Mareesja, Emely Hanif dan ramai lagi. Drama 20 episod ini dah mula disiarkan sejak 25 September yang lalu dan diarahkan Amor Rizan serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak macam best gak jalan cerita drama ni, apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Samudera Rindu

Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakkan seperti Atirah. 

Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati. Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi. Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?


Lagu Tema / OST Samudera Rindu
--> Melankoli Nyanyian Azlan & The Typewriter 
Read More »

26 Ogo 2016

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis TV9

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis Slot Azalea TV9 / TV3

Assalammualaikum...
Drama Rintihan Nek Mis adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 menggantikan drama Bagaikan Kelip - Kelip yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 20 episod dan mula disiarkan pada 23 Ogos yang lalu. Antara pelakon yang membintangi drama ni adalah seperti Normah Damanhuri, Hanna Aqeela, Faye Kusairi, Duerra Mitilda, Idzham Ismail, Sharifah Shahora, Ryzal Jaafar, Rahim Jailani, Faeiz Affandi dan ramai lagi. Drama Rintihan Nek Mis ini diarahkan oleh Amie Maziah dan merupakan terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Macam sedih jer jalan cerita drama ni kan, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis

Mengisahkan tentang hubungan dan kasih sayang seorang nenek terhadap cucu kesayangannya. Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya. Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda. Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. 
Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya. Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana En Ismail amat mempercayakan Haikal. Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila. Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?
Read More »

23 Jul 2016

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Bagaikan Kelip - Kelip adalah drama terbaru di Slot Azalea Tv9 menggantikan drama Terlarang Sudah Rinduku yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Aishah Azman, Ben Amir, Shah Jaszle, Ruhainies, Alis Mariya, Esma Daniel, Amyza Aznan dan ramai lagi. Drama ini dah mula disiarkan pada 19 Julai yang lalu, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam dan drama ni diarahkan oleh Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita drama ni memang agak sedih gak laa drama ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip 
Mengisahkan Salina (Aishah Azman), gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga, Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

Lagu Tema / OST Bagaikan Kelip - Kelip
--> Oh No Nyanyian Tasha Manshahar FT Viral
Read More »

28 Jun 2016

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku Slot Azalea TV9

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Terlarang Sudah Rinduku adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Azalea TV9 dan kemudian akan disiarkan pula di Tv3. Drama ini dilakonkan oleh Atikah Suhaime, Amar Asyraf, Nina Iskandar, Afzan Rahman dan ramai lagi. Drama Terlarang Sudah Rinduku ni mempunyai 20 episod dan sudah disiarkan di Tv9 mulai 16 Jun yang lalu. Diarahkan oleh Ismail Yaacob dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak macam menarik juga jalan cerita drama ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku

Mengisahkan dua sahabat, Nina dan Erin yang mempunyai dua perwatakan yang sangat berbeza. Nina dicintai oleh Irshad, yang sanggup berhabis apa sahaja sehingga sanggup untuk Nina. Nina mula hanyut dan lupa diri bersama Idham.  Segala kebaikan Irshad tidak lagi berkesan dihatinya, lantaran itu dia sanggup memutuskan tali pertunangannya bersama Irshad. Kecewa dengan Nina, Irshad mula mendekati Erin dan akhirnya jatuh cinta. Membuatkan Nina menyimpan dendam untuk menghancurkan perhubungan Irshad dan Erin.

Sinopsis Lagu Tema / OST Terlarang Sudah Rinduku
---> Lagu Mengapa Nyanyian Anis Al Idrus..

Read More »

26 Apr 2016

Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi Slot Azalea TV9 & TV3

Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Pujaan Hati Umi telah pun disiarkan di Slot Azalea TV9 mulai 14 April yang lalu, Drama ni bersiaran dulu di TV9 setiap selasa hingga ahad, jam 8.30 malam sehingga tamat episodnya, kemudian Tv3 pula akan mengulang semula drama ni di waktu petang. Drama ini dilakonkan oleh Wan Maimunah, Faye Kusairi, Syaffiq Sahli, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Talha Harith, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun dan ramai lagi serta mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh M.Nazir Juhaini (Jet Li) manakala lagu tema / OST drama Pujaan Hati Umi ini dinyanyikan sendiri oleh pelakonnya iaitu Faye Kusairi yang bertajuk Kau Biarkan. Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..


Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung. Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah). Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi.
Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir. Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi). Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.


Read More »

16 Mac 2016

Sinopsis Drama Dawai Asmara Slot Azalea TV9


Assalammualaikum..
Drama Dawai Asmara adalah drama terbaru di Slot Azalea menggantikan drama Menongkah Kasih yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi, Wanny Mustahfah dan ramai lagi. Drama Dawai Asmara ni dah pun disiarkan sejak 9 Mac yang lalu dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd serta diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof / Aidilfitri Mohamed Yunos. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Dawai Asmara

Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya. Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material. Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibu bapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka. Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibu bapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung. 
Lagu Tema / OST Drama Dawai Asmara
--> Sesaat Cuma Nyanyian Toi


Read More »

1 Feb 2016

Sinopsis Drama Menongkah Kasih Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Menongkah Kasih adalah drama terbaru di Slot Azalea yang bersiaran terlebih dahulu di TV9 pada setiap Selasa hingga jumaat, jam 8.30 malam. Drama ini sudah pun disiarkan sejak 26 Januari yang lalu. Walaubagaimanapun bermula 1 Feb ini, drama Menongkah Kasih ini akan diulang di Tv3 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang. Drama Menongkah Kasih ini dilakonkan oleh Ayda Jebat, Ana Dahlia, Beego, Aidil Aziz, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Jalan cerita drama ni berkisarkan tentang kekeluargaan gitu so haruslah layannn nanti. Jom baca sinopsis cite ni kat bawah k

Sinopsis Drama Menongkah Kasih

Drama ini mengisahkan sorang ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat)Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknyaDatin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin. 


Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar. Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu. 


Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah Datin Rahmah menyatukan keluarganya semula?


Read More »

28 Ogo 2015

Sinopsis Drama Waris Kasih Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Drama Waris Kasih akan mula disiarkan di Slot Azalea Tv3 pada penghujung Ogos ini bagi menggantikan drama Janji Adam. Drama Waris Kasih ini dilakonkan oleh Farisha Irwayu, Johan As'ari, Nisha Dirr, Zamarul Hisham, Zain Hamid, Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 episod serta diarahkan oleh Zulhuzaimy dan merupakan terbitan Temenggong Pictures. Kalau tengok dari barisan pelakon drama ni semuanya best2 dan dah lama jugak tak tengok Farisha Irwayu ni berlakon kan. Kiranya drama ni menampilkan gandingan pelakon2 lama dengan pelakon2 baru gitu. Apapun jom sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Waris Kasih

20 tahun yang lalu, Long yang masih berusia 18 tahun tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya iaitu Zurina (15 tahun), Zuriati (12 tahun), Zairul (10 tahun) dan Zamani (5 tahun). Zurina seorang pelajar yang cemerlang manakala Zuriati seorang yang pendiam dan sering memendam perasaan. Zairul pula seorang yang nakal dan degil.
Selepas ayah mereka meninggal dunia, Long menolong ibunya Wan Puteh menoreh getah dan menjual nasi lemak untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Long dan Kamarul berkawan baik. Walaupun masing-masing menyimpan perasaan cinta tetapi tidak diluahkan.
Sahak sering mendesak Wan Puteh menjual tapak rumah itu bagi melangsaikan hutang arwah suaminya. Malahan, Sahak yang cemburu melihat anak saudaranya, Kamarul berkawan baik dengan Long telah meminta Wan Puteh mengahwinkan Long kepadanya. Long bernasib baik kerana Pak Chu, adik kepada arwah ayah tampil untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut.
Namun, hari-hari yang senang tidak lama apabila Wan Puteh meninggal dunia akibat patukan ular. Bermulalah kehidupan Long membesarkan adik-adiknya sendirian setelah berhenti sekolah. Long dan adik beradik kini menumpang kasih dengan Pak Chu dan Mak Chu.
Zuriati yang pendiam, menjadi semakin pendiam kerana terlalu rindukan Wan Puteh. Zairul pula semakin nakal, selalu bergaduh, mencuri dan suka memberontak. Long kecewa dan tertekan tetapi dia tidak putus asa. Kamarul berjanji kepada Long bahawa dia akan bekerja keras dan akan mengahwini Long.
Long terkejut apabila Sahak menghantar rombongan meminang ke rumah Pak Chu. Adik-adiknya mendesak Long menerima sahaja Sahak, kerana mereka rasa Sahak mampu membawa mereka keluar dari jalan kemiskinan, terutama Zairul. Zairul berkeras mahu Long berkahwin dengan Sahak kerana bosan hidup dalam kesusahan. Long buntu.
Akhirnya, Long rela melakukan pengorbanan demi masa depan adik-adiknya. Apakah akan terjadi dengan Long selepas 20 tahun? Adakah Long akan bahagia selepas adik-adiknya berjaya dalam hidup
Read More »

27 Mei 2015

Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Drama Padamu Aku Bersujud ini adalah drama terbaru untuk Slot Azalea Tv3. Drama ini mempunyai 24 episod dan bakal menemui penonton bermula 26 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang. Drama ini dilakonkan oleh Syazwan Zulkifli, Leez Rosli, Bil Azali, Shiqin Kamal, Reza Hasbi, Shenty Feliziana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Kalau tengok dari Sinopsis drama ni memang jalan cerita drama ni penuh pengajaran gitu. Haruslah tengok kan. 

Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud

Drama ini mengisahkan mengenai Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaikha memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan pula Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. 
Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin. Amin meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram sudah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya. Amin telah berkenalan dengan Taufiq yang bekerja di bengkel. Amin mendapat peluang untuk bekerja di bengkel Mr Ooi. Berkat ketekunannya berusaha, siang di bengkel, malam di kolej, Amin berjaya dalam peperiksaannya. Berdirinya Amin Motor ialah puncak kejayaan yang diidamkan Amin dalam hidupnya. 

Namun malang tidak berbau apabila bengkelnya terbakar akibat perbuatan khianat. Amin terpaksa merangkak semula dari bawah dengan bantuan Sakinah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017