-->

28 Nov 2011

KeLayaKan OLiMpik musnah~MaLaysia teWas dengan BahRain 2-3~


Assalammualaikum,
Pastinya ramai yang kecewa dengan keputusan malam tadi yang menyaksikan Malaysia(Harimau Muda)tewas ditangan pasukan Bahrain 2-3 walaupun pada awalnya Malaysia mendahului dengan selesa 2-0 sebelum dikejar oleh Bahrain disaat-saat akhir, sekaligus menyaksikan keputusan yg tidak diduga dengan tewas mengejut dengan keputusan 2-3 dan sekaligus meranapkan peluang dan impian Malaysia untuk beraksi di Sukan Olimpik untuk acara Bola Sepak...
Malaysia bermain dengan baik pada awalnya..dan gol pertama Malaysia tentunya dijaringkan oleh pemain paling muda iaitu Nazmi Faiz(17tahun) dengan rembatan jarak jauhnya itu..Malaysia akhirnya berjaya memperoleh dua gol berbalas kosong..aku pun suka lah dan merasakan Malaysia ada peluang besar untuk menang..namun pasukan Bahrain nyata cekal dan tidak mudah putus asa,dan ternyata setelah memperoleh dua gol malaysia sudah sedikit leka dan alpa dan akhirnya dihukum dengan 3 jaringan gol oleh pasukan Bahrain..dan akhirnya kalah lagi ditempat sendiri..
walaubagaimanapun aku tetap pujilah juga pasukan Malaysia kerana memaparkan permainan yang menarik walaupun akhirnya mendapat kesudahan yg tidak diharapkan..so sad...nasiblah aku nih bukan fanatik bola sangat..sbb pasukan Malaysia aku tgk gak bola..
inilah Nazmi faiz yg berjaya menyumbat gol pertama Malaysia..

p/s-Khairul fahmi che mat dilanda kontroversi lagi..lepas putus tunang dgn elia,muncul dahlia teck,terbaru dikatakan ada skandal dgn shida harmi..aiii parah juga bila dh femes nih tmbh2 single n muda lagi mcm2 gosip..terbongkar satu persatu?????..wallahu alam..
Read More »

26 Nov 2011

PerSaHabataN ini memBuatkanku Serba SaLah..



Selama kita berkenalan,
Banyak benda dan pengalaman kita lalui dan tempuhi bersama,
Kau cukup beerti dan bermakna sebagai sahabatku,
Segalanya dan kemana saja kita bersama harungi bersama-sama
walau persahabatan kini mungkin tidak seperti,sekuat dan segah dulu
namun kenangan manis dan pahit itu tetap bersemadi indah dihati ini..

Tanpa Sedar masa berLalu pantas,
Kini Kau bakal meraikan hari istimewamu,
sebagai kawan aku gembira untukmu,
walau diakhirnya ku tahu masamu akan lebih bertumpu pada arjunamu
itulah lumrah kerana ramai orang begitu,

jemputan diterima
aku teruja
namun alasan dan masalah negatif serta halangan yang datang
menyulitkan segalanya
membuatkan ku sedikit keliru,bingung dan serba salah,
persahabatan kita yang kukuh suatu ketika dulu
bagai mengunci segala alasan yang mendatang,

aku buntu,
tak tahu apakah kesudahannya,
kadang2 aku cemburu melihat kau melewati fasa hidupmu dengan tenang dan bahagia
doa aku sentiasa mengiringi langkahmu di hari istimewamu
aku berharap
segalanya akan berubah menjadi positif dengan izin Nya
Dengan IzinNya juga aku harap dapat bersamamu nanti
untuk melihatmu dihias bagai permaisuri terindah yang meniti hari bahagia
diharapkan tiada halangan yg mendatang
moga2 semuanya berjalan lancar

aminn...
Read More »

24 Nov 2011

Kelayakan OLimPik~Malaysia kaLah dengan SyRia 0-2~


Assalammualaikum..
Sejak dua menjak nih..asyik cerita bola je plak hehe..
Setelah cemerlang menewaskan Indonesia dan bergelar raja Bola Sepak Asia Tenggara..
maka kecemerlangan itu gagal diteruskan ketika bertemu Syria di Stadium Bukit Jalil untuk kelayakan Olimpik..nampak Harimau Muda gagal menyekat kemaraan dan kehebatan Syria sehingga akur dan mengalah dengan keputusan Malaysia 0 dan Syria 2..Malaysia gagal menyumbat gol..
Kini sudah dua kali Malaysia kalah dalam peringkat kumpulan,pada perlawanan pertama dengan Jepun Malaysia juga tewas dengan 2-0 dan begitu juga kini..Beberapa hari selepas ini Malaysia akan bertemu pula dengan Pasukan Bahrain..
mungkin atas faktor keletihan dan juga kehebatan Syria yang mmg hebat..mereka sentiasa melancarkan serangan sehingga Malaysia tidak ada peluang dan ruang untuk melancarkan serangan yg berbahaya dan mengancam gol mereka..asakan Malaysia sentiasas dapat dipatahkan..Malaysia hanya mampu mengamalkan corak bertahan saja..
Khairul Fahmi juga ada menyelamatkan beberapa gol berbahaya.Kalau K.fahmi xde maka pesta gol Syria tu..
however..walaupun kalah,semua rakyat Malaysia memahami dan tidak la begitu kecewa apabila mengenangkan kemenangan Malaysia sebelum ini dalam Sukan Sea itu..
namun aku tetap mengharapkan Malaysia dapat menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol untuk kelayakan olimpik ini..asyik kena belasah je oleh gergasi Asia x syok la kan,at least dapat jaring 1gol tuh barulah okey sikit kn hehe..

Read More »

22 Nov 2011

SyaBas HariMau Muda!Sang GaruDa terus Menangis!


Assalammualaikum..
maybe agak sedikit terlewat entry nih tapi aku tetap nk buat hahaha..
sangat seronok bila Pasukan Malaysia(Harimau Muda)berjaya mengalahkan Pasukan Indonesia(Sang Garuda)dalam final Bola Sepak Sukan Sea isnin lalu..fuhhh mmg mendebarkan..aku antara jutaan rakyat Malaysia yg menonton siaran langsung perlawanan tersebut di kaca tv..
actually pas menang je pasukan Msia aku mmg nak terus buat entry..tapi laptop lak uat hal..grrrrrrr..trpaksa la post entry nih lewat sedikit..
aku menonton siaran langsung terlewat jugak haha..bila bukak je tv aku tgk Indonesia dah 1 tapi Malaysia 0 lgi..takpelaa sbb masa perlawanan lama lagi kan..dlm minit ke-30 or 36 something Malaysia sumbat gollllll!!!seri dah..aku pun dengan semangat jerit golllll haha.. 
lepas tuh banyak la aksi2 yg hampir menjaringkan gol tapi xde rezeki lgi masa nih..
perlawanan berlanjutan ke masa tambahan..ishhhh ishhh aku yg gabra..bila Indonesia dh masuk kawasan Msia utk mencari gol aku dh tutup mata..dan berharap janganlah gol50x hehehe
masuk pula ke separuh masa ke-2 utk masa tambahan..indonesia makin mengasak dan mengganas..dh terdesak sgt nak menang
Pasukan Malaysia nampak mengambil keputusan untuk bertahan,hampir kesemua pemain Msia berkampung kat kawasan sendiri dan sama2 mempertahankan pintu gol Msia dari dibolosi

Akhirnya,masuk la babak penentuan Sepakan Penalti..yg ni lagi la mendebarkan dan menggabrakan..tentunya Khairul Fahmi Che Mat antara yg perlu diberi pujian sbb berjaya menyelamatkan banyak gol2 yg berbahaya..terutamanya dlm Sepakan Penalti..walaupun dia banyak kontroversi tapi rentetan kecemerlangan nya dlm final sukan sea,maybe ramai akan melupakan segala kontroversi tu semua..akhirnya Badrul bakhtiar menjadi wira apabila sepakan penalti yg sgguh dramatik yg dilakukannya menjadi penentu kpd kemenangan pasukan Malaysia..
dramatik giler kot tendangan badrul nih..suspennn jer hehehe..bola tuh aku ingat dh x masuk kot..aku dh cuak giler kot time nih..terpaku mata aku kt bola tuh walaupun berjaya ditepis sedikit oleh penjaga gol Indonesia tapi bola tuh tetap juga bergolek perlahan masuk ke dlm gol..dan akhirnya GolllllllLLLLL!!!
kAwasan sekitar rumah aku terus kecoh..semua menjerit kegembiraan..x lama pastu terus bunyi mercun berdentum-dentam..meriah giler..budak2 kecik berlari-lari bawak bendera Malaysia kt keliling kwsn perumahan aku..hehe so sweet kan..sgt happy dowh..

So even Indonesia juara keseluruhan Sukan Sea..namun mereka tetap berduka dengan kekalahan mereka..maklumlah bola sepak nih lah yg paling diutamakan oleh semua negara kan.
aku sebenarnya bukan fanatik bola pun..tapi kalau hal2 yg membabitkan pasukan Malaysia,terus fanatik tuh datang..patriotik tak aku?hehehehe...apapun bangga lah dengan Harimau Muda berjaya membaham Sang Garuda syabas dan tahniah!!..proud to be Malaysian ^_^
Read More »

21 Nov 2011

FiNaL BoLa SepaK SuKaN Sea-MaLaYsia vs IndoneSia



Assalammualaikum,
Malam ini sekali lgi Malaysia akan bertemu dengan Indonesia untuk Final Bola Sepak Sukan Sea..
khabarnya Indonesia ingin membalas dendam kpd Msia dan x ingin kalah untuk kali kedua di tangan pasukan Malaysia..mereka x mahu malu dan kalah ditempat sendiri..Indonesia dikatakan sudah bersedia ingin mengganyang Malaysia..Amboiii sedap sungguh mulut depa nih kan..senang2 hati nak ganyang negara orang..x sedar diri tul diorang nih dah banyak rakyat negara diorang cari rezeki kt Msia nih tpi cakap sombong bagai nak rak..banyak kan isu timbul antaranya rakyat indonesia x respek dgn org2 Malaysia nih..kata serumpun..tapi sentiasa je x puas hati dan sengaja cari pasal..
apa pun cerita pasal malam nih..aku pun suspen jer..x pasti samaada Malaysia boleh pertahankan emas bola sepak sukan sea nih ke tak..
tentangan pasti sengit..dengan kehadiran ramai penyokong fanatik Indonesia yg bakal turun..
aku harap sangat menang..biar padan muka diorang..tersengap kat situ..
hoPe MALAYSIA MENANG...AMiNnnnnnn.......
Read More »

19 Nov 2011

RevieW FiLeM KLiP 3GP~ReaLiti MasyaRakat HaRi ini~

AssaLammuaLaikum...
Sape yg dh tgk filem KLiP 3GP??Aku pun baru tengok nih..
not bad juga sbb ianya sebuah kisah yg mmg berlaku pada masyarakat kita hari ini..terutamanya di kalangan orang Melayu..filem ini bergenre psycho thriller.
Ada 3 cerita yg sebenarnya pada akhirnya ada sangkut pautnya..cerita yg juga merupakan tagline filem nih iaitu GaNas,Gerun&Ghairah.
ramai pelakon yg membintangi filem nih..mcm Zahiril Adzim,Sabhi sadhi,fikhree bakar dan merupakan filem sulung lakonan Mimie One Nation Emcee..
aku suka bila mimie jadi psiko tuh yg datang nk bunuh Zahiril Adzim tuh..memang menjadi,nmpk mimie mmg dh mental giler time nih dgn rambut mengerbang,pakai gaun merah,siap mekap walau kelaut hehe.. 
filem ini diarah oleh pengarah baru, iaitu Aidilfitri Mohd Yunos,filem ini dikatakan mampu membuka mata dan minda penonton untuk memahami lebih mengenai format video yang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Klip 3GP memaparkan kisah-kisah tentang realiti kehidupan sebenar remaja zaman sekarang yang mudah terpedaya.Filem ini juga banyak memaparkan aksi-aksi yang keterlaluan namun masih boleh diterima pakai dan memberikan satu tafsiran baru kepada rakyat Malaysia yang masih tidak tahu mengenai kenapa filem Klip 3GP harus ditonton.

SiNoPsiS KLiP 3GP
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.


Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

P/S-Apsal lagu kisah Dongeng dari Stacy x dpt masuk top 5 separuh akhir muzik2 ek huhuhu..
suke tgk persembahan Saehu,Osbon&Boboi utk Maharaja lawak Mega mggu ke-4 hahaha.. 
Read More »

17 Nov 2011

New Look oF My BLoG...

Assalammualaikum..
background blog aku dah bertukar heehe..
kalau dulu warna Merah sekarang sudah kehijauan gitu..
Saja tukar sbb dah jemu dan bosan tgk blog sendiri..nak post entry rasa malas berbenor..
so dengan itu pembaharuan dan perubahan prlu dilakukan untuk naikkn semangat kembali hehe..
dah berwajah baru,rasa excited sikit..
nih kali kedua aku tukar background blog aku..
kali pertama pada 10/10/2010 aku tukar ke warna merah..dan kini pada 17/11/2011 aku tukar kpd warna hijau+kuning sikit...hehe..
pening kepala juga nk pilih background coz byk sgt pilihan..
dah pilih background kena tukar warna2 perkataan plak..untuk sesuaikan dgn warna tema background..fenin aku haaha..so akhirnyer inila hasilnya..hehehe..
untuk lagu kt blog plak..aku bru jumpa instrumental song ..mknanya just music xde org nyanyi..
kalau rasa memekak jer lagu tuh korang klik jer butang stop tuh yer...lalala..
Read More »

~AisHwaRya Rai daPat Baby GiRL ^_^ ~


Salam sume..
haha baru dpt tau Pelakon Bollywood popular/Miss World 1994 iaitu Aishwarya Rai Bachan dah bergelar Ibu sekarang..hot mama gitu..dia dapat baby girl..
aishwarya rai ni menantu Amitab Bachan dan merupakan isteri Abhishek Bachan..baby girl aishwarya ni aku x tau la nama apa lak..yg penting belakang nama die mesti ada bachan hehee...
wow nampaknya baby girl tuh berkongsi bulan lahir yang sama dengan ibunya iaitu bulan November..
mesti comey dan cun macam ibunya bila besar nanti..
amitabh bachan membuat pengumuman dapat cucu pertamanya di Blognya tapi apa adress blog die aku pun x tau hahaha..manakala abhishek bachan membuat pengumuman menerusi twitter nya..
kehamilan Aishwarya Rai menjadi perhatian dunia..namun kelahiran anaknya tidak begitu diperbesarkan kerana di india diorang ni mcm ada adat2 tertentu sikit mengenai kelahiran baby ni..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017