-->

17 Jan 2017

Sinopsis Drama Papa Ricky

Sinopsis Drama Papa Ricky Lakonan Fadlan Hazim
Sinopsis Drama Papa Ricky (Astro Prima & Maya HD)

Assalammualaikum..
Drama Papa Ricky akan mula bersiaran pada 16 Januari ini menggantikan Drama Lara Aishah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon yang membintangi Drama Papa Ricky ini terdiri daripada Fadlan Hazim, Siti Elizad, Adik Nur Qistina Raisah, Hafizul Kamal, Farah Nabilah, Nazmi Nordin, Shakila Khoriri, Tunku Hanis, Riz Amin dan ramai lagi. Drama 80 episod ini merupakan adaptasi dari Telenovela Chile dan diarahkan oleh Harris Fadzillah serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Macam menarik jugak drama ni kan, apapun jom layannn sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Papa Ricky

Papa Ricky mengisahkan tentang seorang duda yang bernama Riqmal / Ricky yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun. Drama ini berkisar tentang bagaimana seorang bapa menjaga anaknya setelah ditinggalkan isteri. Ricky menaruh hati dengan seorang wanita bernama Kathy. Namun anaknya Alisha merasakan bahawa Kathy tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik kepadanya. Hubungan antara Ricky dan anak perempuannya mula bermasalah apabila bekas isterinya iaitu Zara kembali dan mahukan Ricky semulaApa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. 

Lagu Tema / OST Papa Ricky
--> Rapuh Nyanyian Nastia
Read More »

16 Jan 2017

Rombakan Bloglist Blog

Rombakan Bloglist Blog Miss BaNu StoRy

Assalammualaikum..
Semalam aku ada merombak sikit bloglist blog aku ni, sebelum ni aku ada 2 bloglist, tapi aku rombak jadi satu jer (VVIP 2017) dan masukkan link2 blog yang aku suka baca dan juga blog2 yang masukkan link blog aku dalam bloglist diorang. So pada yang nak exchange bloglist boleh la komen kat entri ini k dan pastikan masukkan link blog aku ni dalam bloglist korang k dan aku juga akan buat benda yang sama. Pada yang dah lama masukkan link blog aku dalam bloglist korang, tapi link blog korang takde dalam bloglist aku so korang boleh inform aku kat entry ni k..
Read More »

Salma Menang Pentas Epik 3 Juara

Salma Menang Pentas Epik 3 Juara Menewaskan Kudien & Azizul

Bekas Juara Mentor musim kelima, Salma dinobatkan pemenang Pentas Epik 3 Juara yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam ini. Salma atau nama sebenarnya Salmah A Asis, 26, mewakili kategori Balada mengetepikan dua pencabarnya, Muhammad Ariffuden Mohd Rafee (Kudien) dan Azizzul Haqim Md Anuwar (Azizul) dengan masing-masing mewakili kategori Rock dan Irama Malaysia. Penyanyi yang berasal dari Tawau, Sabah itu menawan hati juri dengan membawa lagu solo berjudul I Surrender (dendangan asal Celine Dion) dan lagu duet bersama Azlan Typewriter menerusi Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella) dan Hukum Karma (Wings). 
Dengan kejayaannya itu, beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi. Peserta diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Awie, Datuk Rossa dan Noraniza Idris. Program 3 Juara yang disiarkan selama 13 minggu dengan mempertaruhkan tiga genre muzik itu menyaksikan peserta mendapat bimbingan penerbit, Ajai (Balada), Edrie Hashim (Rock) dan Pak Ngah (Irama Malaysia). Minggu lalu, tiga peserta terbabit menjuarai kategori masing-masing selepas menewaskan pesaing pada peringkat akhir rancangan realiti itu. Pada pertandingan malam ini, ketiga-tiga juara berkenaan sekali lagi berentap untuk merebut gelaran 'Juara Antara Juara'. Program itu dikendalikan Ammar, Mira Filzah dan Issey.- Sumber..


P/s- Memang woww suara Salma, memang layak menang, Kudien dan Azizul juga best.

Read More »

15 Jan 2017

Woman With A Suitcase - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Woman With A Suitcase

Assalammualaikum..
Hari ni  nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Woman With a Suitcase lakonan Choi Ji Woo, Joo Jin Mo, Jeon Hye Bin, Lee Joon, Jin Kyung, Park Byung Eun, Jang Hyun Sung serta ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod dan release pada 26 September hingga 15 November 2016 yang lalu. Drama Woman With A Suitcase ni disiarkan bagi menggantikan Drama Monster dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Night Light. Pengarah drama ini pernah mengarah Drama2 popular yang lain seperti Pasta, My Princess, Golden Time, Miss Korea, Ex Girlfriend Club dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ni pernah menulis skrip untuk Drama Royal Family, Gap Dong dan lain - lain lagi. Nampaknya drama ini berjaya menggandingkan pelakon berpengalaman seperti Choi Ji Woo dan Joo Jin Mo untuk watak utama. Apapun jalan cerita drama ni memang menarik untuk ditonton kerana memaparkan kes2 jenayah dan juga perbicaraan di mahkamah. Tambah menarik bila salah satu scene dalam drama ni ada memaparkan watak hero menyebut nama Malaysia hehe, kalau korang nak tahu kenapa die mention pasal Malaysia, bolehla tengok drama ni nanti muahahaha. Jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Drama Korea Woman With A Suitcase

Mengisahkan tentang Cha Geum Joo yang bercita - cita untuk menjadi seorang peguam hebat namun dirinya mengalami exam trauma dan menyebabkan dirinya gagal dalam peperiksaan walaupun dah mencuba beberapa kali. Lalu dirinya memutuskan untuk menjadi paralegal, dimana die akan mencari pelanggan dan memberi khidmat nasihat guaman manakala adik tirinya iaitu Park Hye Joo akan menjadi peguam rasmi. Mereka berdua bekerjasama dan berjaya menang banyak kes di mahkamah, walaubagaimanapun kelihatan Cha Geum Joo lebih berbakat dan menyerlah dari Park Hye Joo dan membuatkan adik tirinya itu sedikit rendah diri. Sekelip mata Cha Geum Joo hilang segala - galanya, apabila dirinya dipenjarakan selama setahun dan terpaksa memulakan kerjayanyer dari bawah. Manakala Park Hye Joo pula sambung belajar ke luar negara dan akhirnya pulang ke Korea dengan lebih yakin dan angkuh. Die langsung tidak mempedulikan kakak tirinya yang berada dalam kesusahan. CEO K-FACT yang juga bekas peguam iaitu Ham Bok Geo atau nickname popularnyer Hamburger menjadi penyelamat kepada Cha Geum Joo dan mengambil Cha Geum Joo untuk bekerja dengannyer. Ham Bok Geo menginginkan Cha Geum Joo menjadi seorang peguam dan memaksa C.Geum Joo untuk mengambil peperiksaan sekali lagi.
Hubungan Cha Geum Joo dan Park Hye Joo makin dingin manakala Ham Bok Geo pula dah jatuh hati pada Cha Geum Joo namun terpaksa bersaing dengan seorang peguam muda yang cute bernama Ma Suk Woo yang turut suka pada Cha Geum Joo. Park Hye Joo pula dah terlibat dengan orang2 jahat manakala Ham Bok Geo pula telah difitnah dan diperangkap untuk satu kes bunuh dan menyebabkan Cha Geum Joo berhempas pulas untuk membela Ham Bok Geo di mahkamah. Keadaan makin buruk dengan campurtangan Pro Kang dan Park Hye Joo juga turut bersama dalam kerja jahat tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Aku suka tengok perkembangan watak Park Hye Joo yang awalnya sangat lembut dan pasif kemudiannya bertukar menjadi ego dan agresif sebelum berubah kembali menjadi lebih baik. Selain itu salah satu keunikkan Cha Geum Joo ni, bila die sering membawa suitcase / beg besar yang beroda tu kemana - mana saja. Dalam beg tu ada semua fail2 client yang perlu die teliti. Aku juga suka tengok sikap dan gelagat Ham Bok Geo yang gemar bergurau, suka main2 dan sering cemburu bila lihat Cha Geum Joo rapat dengan Ma Suk Woo. Die ni kadang2 over confident, berperangai macam budak2 bila die cemburu dan suka memerhati gelagat Ma Suk Woo yang rajin, berbakat besar, bijak serta cute tu.
Selain tu hubungan persahabatan dan kerjasama antara Ham Bok Geo dan juga Ma Suk Woo juga kelakar habis, sampai pasword komputer Ham Bok Geo tu pun pasal Ma Suk Woo jugak. Dalam cinta tiga segi antara Ham Bok Geo, Ma Suk Woo dan Cha Geum Joo tu nampak Cha Geum Joo lebih sukakan Ham Bok Geo berbanding Ma Suk Woo tapi Cha Geum Joo nampaknya selesa bekerjasama dengan Ma Suk Woo dalam menyelesaikan kes2 client mereka. Tambahan lagi Ma Suk Woo ni mempunyai disiplin dan pendiriannya yang tersendiri. Aku dah tak berapa ingat lagu2 OST Drama ni hehehe sebab dah lama tengok cite ni so tu yang tak ingat tu. Ending drama ini agak tergantung tentang siapa yang dipilih oleh Cha Geum Jo untuk menjadi kekasihnyer. Manakala Ma Suk Woo pula dah tak kerja dengan Ham Bok Geo dan juga Cha Geum Joo tapi bertukar kerjanyer dari seorang peguambela kepada pendakwaraya gitu dan last part akan ada perbicaraan di mahkamah yang menyaksikan Cha Geum Joo menentang Ma Suk Woo gitu, masing2 x nak mengalah gitu. Apapun memang seronok n enjoy layannn drama ni. Aku bagi 8.3 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama Korea Woman With A Suitcase.
Read More »

14 Jan 2017

Time, Forgiveness & God

Read More »

13 Jan 2017

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Sumpah Ibu sudah disiarkan di TV9 sejak 8 Januari yang lalu bagi menggantikan Drama Diari Cinta Kita yang telah tamat episodnya. Drama ini akan diulang tayang di TV3 nanti dan dilakonkan oleh Adibah Yunus, Nafiez Zaidi, Rasyidah Jaafar, Faiz Tapaw, Ramli Salleh, Erry Putra serta ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Wah Rusdi Ramli dah jadi pengarah gitu, mesti drama ni best dan banyak pengajaran kan, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k,,

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9 

Mengisahkan Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan. Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.


Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut. Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu. Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?
Read More »

12 Jan 2017

Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3

Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3 Lakonan Mia Ahmad, Ruhainies
Sinopsis Drama Jejak Karmila Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Jejak Karmila akan disiarkan bermula 11 Januari ini menggantikan Drama Sein Dan Luna yang telah tamat episodnya. Drama ini diadaptasikan daripada Novel Jejak Karmila karya Novelis Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Antara pelakon yang membintangi drama 13 episod ini terdiri daripada Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Ali, Amy Mastura, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah ada ramai pelakon best yang berlakon drama ni, haruslah layannn drama ni nanti kan, apa pun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Jejak Karmila (Zehra Tv3) - Drama Adaptasi Novel

Berkisar tentang seorang ibu iaitu Karmila yang mempunyai dua puteri iaitu Nonie dan suraya mula terpisah dan menjadi permulaan jejak karmila. Suaminya karim suka berjudi. Akhirnya satu malam merungkai segala apabila Karmila cuba selamatkan anaknya dari dibawa lari oleh Karim untuk dilunaskan hutang judinya. Karmila dipenjarakan selepas beliau tertikam Karim tanpa sengaja ketika cuba menyelamatkan anaknya. Anak Karmila iaitu Suraya dan Nonie ditempatkan di JKM setelah beliau dipenjarakan. Di JKM Nonie pula diambil keluarga kaya raya dan jadi adik angkat kepada Syed Haikal. Kemudian Nonie dah berganjak dewasa tidak mengenali kakak sendiri yang cintanya mula berputik dengan abangnya sendiri Syed Haikal. Nonie juga sukakan abang sendiri. Turut mengusutkan keadaan apabila ayah Syed Haikal menikahi KarmilaApakah kesudahannya, adakah akan bertambah kusut atau akan ada penyelesaian yang akan mengembirakan semua orang.

Novel Jejak Karmila
Read More »

11 Jan 2017

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak?

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak? (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Sayang Papa Saya Tak? telah pun disiarkan di Astro Ria sejak 9 Januari yang lalu menggantikan Drama Isteri Tuan Ihsan yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Hisyam Hamid (Fariz), Emma Maembong (Raisya), Wan Sharmila, Aida Khalida, Seri Aileen, Luqman Hafidz, Sweet Farhanna, Eleena Sui, Haleeda dan ramai lagi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Amie Maziah dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Seperti drama2 yang terdahulu, Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Sayang Papa Saya Tak? karya Novelis Hanni Ramsul. Aku rasa Emma Maembong memang sesuai betul dengan watak Raisya tu begitu gak dengan Hisyam Hamid, macam best gak drama ni kan, apa pun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak?

Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya. Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. 
Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
Lagu Tema / OST Sayang Papa Saya Tak
➤➤Girl Nyanyian Dafi

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017