-->

18 Dis 2014

Tema Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 2014 : Muzikal Komedi

Assalammualaikum..
Minggu ke-5 yang bertemakan bebas menyaksikan beberapa peserta mendapat 5 bintang. Manakala untuk minggu ke-6 bertemakan Muzikal. Minggu yang bertemakan Muzikal Komedi memang sangat dinantikan oleh penonton kerana tema muzikal selalunya memang menghiburkan. Persembahan lawak peserta akan diiringi muzik jadi terpulanglah pada kreativiti para peserta untuk membuat yang terbaik. Di minggu ke-6 ini ada 10 peserta yang masih kekal setelah kumpulan Wala dan Ekzos tersingkir di minggu sebelumnya. Siapakah yang bakal menyerlah untuk minggu ke-6 ini? Agak2 korang ada penyingkiran tak untuk minggu muzikal komedi ini?. Bolehkah Kump Zero yang cemerlang dan konsisten setiap minggu terus menyerlah di minggu ini? sama-sama kita nantikan.
Sepahtu yang dah biasa bertiga terpaksa berdua kini, kesian gak kat diorang sebab Sepahtu lebih confident kalau beraksi secara bertiga berbanding berdua jer. Apapun Good Luck untuk diorang dan semua peserta lain.
Read More »

17 Dis 2014

Miss World 2014 Milik Rolene Strauss Dari Afrika Selatan

Assalammualaikum..
Inilah Rupa Miss World yang baru untuk tahun 2014 nyer..lawa ke tidak? hehehe dah jadi juara mestilah lawa kan. Acara Miss World ini diadakan di London pada 14 Disember yang lalu. Rolene Strauss ini berumur 22 tahun dan merupakan pelajar dalam jurusan perubatan gitu. Kiranya beauty with brain gitu. Dengar cite dalam acara Miss World itu, Aishwarya Rai yang merupakan Miss World 1994 turut hadir bersama suami dan anaknya. Khabarnya Aishwarya Rai juga sudah mula aktif berlakon semula. 

P/s- Filem Bollywood Happy New Year lakonan Shah Rukh Khan dan lain-lain memang sangat best untuk ditonton. Lawak, suspen semua ada.
Read More »

16 Dis 2014

Erti Bahagia

Read More »

15 Dis 2014

CPUV Nuffnang - Rakuten September Super Sale, Education NZ & Maybank #ILove

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat 3 Cpuv yang baru dari Nuffnang..iaitu Rakuten September Super Sale, Education NZ & Maybank #ILove. Terima Kasih pada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana sudi memilih blog ini. Tak lupa gak pada korang2 yang rajin klik2 iklan di blog ini, thanks yer semua. Kalau korang nampak iklan ni berlegar-legar kat blog ini sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Terima Kasih, semoga kita semua terus dimurahkan rezeki yer.
Read More »

14 Dis 2014

The Three Musketeers - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Macam biasa nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Three Musketeers (Samchongsa). Tajuk drama ni memang sama macam filem Hollywood tu dan sememangnya drama ini mengambil inspirasi dari filem Hollywood berkenaan dan diadaptasi ke versi Korea. Jalan cerita juga tak sama 100 peratus macam filem Hollywood tu. Drama ini mempunyai 12 episod dan mempunyai 3 season gitu. Season pertama dah habis ditayangkan pada awal November 2014 yang lalu. Season ke-2 mungkin akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2015 nanti. Tarikan utama drama ni semestinya sebab pelakonnya kan hehehe. Drama ini dibintangi oleh Jung Yong Hwa (CNBLUE), Lee Jin Wook, Yoo In Young dan ramai lagi. 
Drama ini walaupun ada aksi-aksi lawan gitu tapi banyak gak scene-scene kelakar n sweet gitu especially masa crown prince bercakap dengan crown princess tu comel jer. Crown Prince sangat cool orangnya dan suka mengusik crown princess yang cepat gelabah tu tapi walaupun begitu Crown Prince tidak menyintai isterinya sehinggalah kemunculan Park Dal Hyang dan Mi Ryung yang akan mengubah segalanya. Selain itu part paling best n kelakar mestilah part yang membabitkan Interaksi Crown Prince bersama 2 pengawal khasnya yg merangkap kawan baiknya iaitu Heo Seoung Po dan Ahn Min Seo serta Park Dal Hyang. Kiranya diorang semua ni macam best friend gitu, sangup berkorban semua. 
Selain watak crown princess yang qiut tu, Aku juga suka watak Mi Ryung tu, die satu-satunya perempuan dalam cite ni yang jahat gitu. Mi Ryung ni sanggup buat apa saja asalkan hajatnya tercapai. Dia juga cuba membunuh Crown Princess sebab cemburu dengannya kerana Crown Prince telah mula menyintai Crown Princess tu. Mi Ryung ni juga sentiasa terselamat dari cubaan membunuhnya. Walaupun cedera die tetap tak mati okey hehe. Dah kena tikam dengan pedang pastu jatuh dalam laut tapi still x mati tu. Siap tak lama pastu die kembali dengan keadaan yang sihat pastu berpakat dengan orang jahat yg lain untuk menjadikan dirinya sebagai Raja Perempuan yang pertama. Park Dal Hyang pun sama, dah cedera parah tapi still sihat sentiasa hehe. 
Drama ini ditayangkan seminggu sekali, tapi aku agak lambat sikit menonton drama ni, bila episod drama ni dah habis ditayangkan barulah aku tengok drama ni. Pendek katanya drama ni memang enjoy tengok, walaupun ianya berlatarkan zaman dulu2 yang ada dinasti beraja semua tetapi tetap best n x boring. Setiap babak diseimbangkan dengan baik yang mana ada unsur2 sweet, aksi, kelakar dan suspen. Apapun aku bagi 3.9 bintang dari 5 bintang untuk drama ini. 

Baca Entry Dibawah ni jugak k.

Review Drama LakonanJung Yong Hwa yang terdahulu-

Review Drama LakonanYoo In Young yang terdahulu-

Review Drama Lakonan Park Yeong Gyu yang terdahulu-
Read More »

13 Dis 2014

Wanita Dan Matahari

Read More »

12 Dis 2014

Sinopsis Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalammualaikum..
Filem yang paling ditunggu akhirnya kini ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember ini. Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dibarisi pelakon hebat seperti Fazura, Shaheizy Sam, Eja, Faizal Hussein, Lisa Surihani dan ramai lagi. Mampukah filem ini mengulangi kejayaan filem Istanbul Aku Datang? sama-sama la kita nantikan. Bagi aku filem ni cukup ramuan gitu, ada pelakon best, jalan cerita mantap, shooting kat luar negara lagi uolls memang kena tengok lah kan. Filem ini adalah adaptasi dari novel karya Anis Ayuni. Setakat ni filem-filem arahan Bernard Chauly semuanya best-best belaka. Ini juga merupakan gandingan kali kedua Fazura dengan Shaheizy Sam dalam lakonan. Sebelum ni diorang dah pernah berlakon drama yang bertajuk Kisah Cinta. Apapun Jom layan Sinopsis filem ini kat bawah k.
Sinopsis Manisnya Cinta Di Cappadocia

Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang. 



Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya? 


Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca. Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.  

Read More »

11 Dis 2014

Glamoskin Terbaik Dalam Menyelesaikan Masalah Kulit Muka Anda

Assalammualaikum..
Sape dah pernah cuba try Glamoskin ni? Aku dah cuba pun Glamoskin ni, ternyata memang bagus, sesuai dengan kulit muka aku yang sering berminyak ni. Bila pakai Glamoskin ni muka akan kurang berminyak, malah memutihkan kulit muka lagi dan setiap kali pakai Glamoskin ni rasa sejuk dan lembut jer muka ni. Apapun memang banyak kelebihan menggunakan Glamoskin ni. Glamoskin ni masih baru lagi di Malaysia jadi mungkin ramai yang tak tahu lagi pasal Glamoskin ni kan, so meh aku nak cite ni. Sebenarnya Legacy Secret telah membawa masuk ke dalam Malaysia 1 produk buatan Korea iaitu Glamoskin. Produk ini dibuat di Korea dan dibuat khas untuk Legacy Secret pada 30 Oktober 2014 yang lepas.

Glamoskin ini diperbuat daripada Collagen Gell yang menggunakan teknologi terkini dalam industri kosmetik dengan penemuan formula terbaru dan sangat berkesan berbanding formula lain. Teksture gell yang mampu menyerap lebih baik sehingga 70% lebih cepat dan berkesan berbanding cream. Penemuan formula terbaru Niacimade PC merupakan penemuan terbaru dalam industri kecantikkan dan kosmetik di Negara-negara maju seperti Korea dan Jepun. Niacimade PC telah diaplikasi didalam Glamoskin dan ditambah dengan penggunaan collagen gel membuatkan Glamoskin yang pertama di Asia menggabungkan kedua-dua formula itu. Kajian yang dilakukan mendapati kesan Glamoskin lebih cepat berbanding produk lain. Ianya juga Halal dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi.


Glamoskin juga telah didaftarkan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan No Not : NOT140703528K. 



Glamoskin didatangkan dengan pencuci Glamoskin. Gabungan pencuci dan collagen gel memastikan kitaran pemulihan kulit muka berjalan lancar dengan sempurna. Glamoskin clenser juga menggunakan teknologi terbaru dalam pembuatannya. Dimana cleanser ini mempunyai ciri-ciri pencuci, pemutih, pewangi dan penstabil. Membantu proses penyerapan Glamoskin Collagen Gell pada kulit dan mempercepat proses pemulihan.

CARA PEMAKAIAN :

Setelah wajah di bersihkan dengan GS Cleanser, ambil sedikit gel dengan hujung jari. Usapkan tipis2 dan merata pada wajah sambil di sapu lembut hingga butiran gel meresap ke dalam kulit. Amalkan setiap pagi sebelum makeup dan malam sebelum tidur. Gell boleh diguna pakai siang dan malam dan cleanser setiap kali mencuci muka.


Kelebihan Produk GlamoSkin dengan Produk Lain:
1. Bahan Semulajadi dari Ektrak Tumbuhan
2. Paduan teknologi Nano dengan bahan aktif Niacimade PC dari Korea
3. Bebas Merkuri dan Hydroquinone
4. Perbezaan ketara setelah 30 hari pemakaian

Kandungan :


Cleanser : Glutathione , Hyaluronic Acid , Acetyl Hexapeptide , Niacinamide PC ,Apple Stemcell,Tanaka dan Glycerine


Collagen Gell : Hydrolyzed collagen. Niacinamide PC. Adenosine. Sodium hyaluronate. Panthenol. 3G-Bio complex. PhtoOligo

 Kelebihan :

Collagen Gell pertama di Malaysia sebagai alternative penggunaan cream
Menggunakan teknologi Korea yang canggih dan formula terbaru dalam kosmetik Niacinamide PC buatan Korea 
Membaiki DNA kulit
Mengawal Minyak
Mengecilkan liang Pori
Memutihkan
Menghilangkan Pigmentasi
Kesan seawal 4 minggu
 Harga mampu milik berbanding jenama lain dengan kesan standing jenama antarabangsa yang lain. 
Mencegah kesan buruk sinar UV matahari pada kulit.
Pemakaian jangka panjang hingga 6 bulan keatas menunjukkan 
kulit wajah kelihatan lebih muda 4-6 tahun dari usia sebenarnya.

Harga  Asal:
Glamoskin Collagen Gell : RM120/130ss
Glamoskin Cleanser : RM80/90ss
Set : RM200/220ss

Launching Promotion Price :
Glamoskin Collagen Gell : RM90/95ss
Glamoskin Cleanser : RM70/75ss
Set : RM150/160ss

Bagi yang belum cuba Glamoskin ni jangan lupa untuk cuba nanti okey, so kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Glamoskin ni boleh lah terjah ke --> https://www.facebook.com/GlamoSkin 
Kalau nak tengok Testimoni boleh terjah sini -> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.837067853004983.1073741829.789509451094157&type=3 dan kalau nak tengok Video Testimoni Korea bolehlaa ke sini yer -> https://www.facebook.com/media/set/?set=vb.789509451094157&type=2 
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017