-->

7 Jul 2016

Salam Aidilfitri 2016

Read More »

6 Jul 2016

Sinopsis Mak Cun Pi New York (Telemovie Raya)

Telemovie Raya: Mak Cun Pi New York

Assalammualaikum..
Telemovie Mak Cun Pi New York akan disiarkan pada 1 Syawal ini di Tv3, Telemovie Mak Cun Pi New York adalah kesinambungan daripada drama Mak Cun 2 yang disiarkan baru-baru ini. Antara pelakon yang membintangi telemovie ini adalah Eirma Fatima, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Dato Rahim Razali, Umie Aida, Betty Rahmad, Saharul Ridzwan dan ramai lagi. Kalau tengok dari iklan cite ni memang nampak best jer, dari Kodiang ke New York gitu. Apapun jom layannn sinopsis telemovie ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Mak Cun Pi New York

Mak Cun ke New York untuk berjumpa dengan anaknya Atun selepas mendapat panggilan yang dia akan berkahwin di New York. Atun merahsiakan siapa bakal suaminya daripada Mak Cun. Mak Cun tergesa-gesa ke New York kerana bimbang anaknya akan berkahwin dengan “mat saleh” dan tidak mengikut ajaran Islam. Dalam keadaan huru hara, Mak Cun tetap membawa sejumlah produk keluaran kampung dan produknya untuk dipasarkan di sana. 
P/s :- Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Pembaca Blog ini :)
Read More »

4 Jul 2016

Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya (Sinopsis Drama)

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya

Assalammualaikum..
Sempena Hari Raya ni, drama baru yang juga sambungan kepada Drama Tuan Anas Mikael sebelum ni akan disiarkan selama 5 hari berturut-turut. Drama Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya ni masih mengekalkan pelakon2 asal seperti Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila dan ramai lagi serta diserikan dengan kehadiran pelakon2 best seperti Erra Fazira, Hans Isaac, Erwin Dawson dll. Mempunyai 5 episod dan akan disiarkan mulai 4 Julai hingga 8 Julai di Astro Ria. Apapun jom layann Sinopsis Drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya

Selepas Tun Akhiruddin meninggal dunia, Ayu Maisarah terpaksa menjaga TA Holding Sdn Bhd dan Yayasan Ayman Akhiruddin. Jadi Ayu Maisarah selalu sibuk dan juga selalu balik malam. Dia sudah tiada masa untuk menjaga Tuan Anas Mikael elok-elok. Tuan Anas Mikael mula berfikir apa caranya untuk dia kembalikan Ayu kepada password mereka iaitu “Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.
Read More »

3 Jul 2016

Makin Dilupa Makin Diingat












Read More »

2 Jul 2016

Episod Akhir Cinta 11 Syarat

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat

Assalammualaikum..
Drama Cinta 11 Syarat dah pun tamat episodnya pada 1 Julai yang lalu dan akan digantikan dengan drama Rumi & Jawi bermula 4 Julai ini. Namun nanti akan ada Telemovie Cinta 11 Syarat Raya yang akan disiarkan pada 4 Syawal nanti. Tak silap akulah kan Drama Cinta 11 Syarat agak sedikit berbeza dengan novelnyer, maybe diorang ubah sikit untuk jadi lebih sesuai disiarkan di TV. Jalan Cerita drama Cinta 11 Syarat lakonan Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly dan Syamin Azlah agak menarik juga. Aku rasa watak psiko Sharie lakonan Iqram Dinzly tu memang berkesan betul hehehe, menjadi lakonan die tu, pelakon lain pun best2 gak. Di episod akhir Cinta 11 Syarat ni menyaksikan adik Rasya iaitu Hana telah mengetahui pakatan jahat Sharie dan Jaslene lalu mengugut mereka untuk mendedahkan segalanya kepada abang iparnya iaitu Haziq. Sharie seterusnya menculik Hana lalu mengurungnya di suatu tempat, keluarga Hana dan juga orang kampung berusaha untuk mencari Hana. 
Hubungan Haziq dan Rasya masih dingin dan diorang berpisah buat sementara waktu. Namun kejadian penculikan Hana ni membuatkan mereka kembali menjadi rapat. Jaslene mula berasa bersalah pada Haziq dan Rasya, melihatkan perangai psiko Sharie yang semakin teruk membuatkan Jaslene berterus-terang pada Haziq dan Rasya tentang Sharie yang menculik Hana serta berjanji untuk membantu mereka. Kemudian Jaslene cuba mengumpan Sharie untuk memberitahu lokasi tempat persembunyian Sharie dan mangsa culiknya Hana sebelum bergegas ke tempat tersebut untuk cuba menyelamatkan Hana. Namun Sharie juga berada disitu dan sedar yang Jaslene juga dan berpakat dengan Haziq dan Rasya lalu Sharie cuba mencederakan Jaslene, namun polis tiba tepat pada masanya dan Jaslene terselamat namun cedera ringan. Setelah semua selesai Haziq dan Rasya bergegas ke Klinik untuk melihat keadaan Jaslene, namun Jaslene dah pergi dari situ dan meninggalkan nota ringkas buat mereka berdua.
Read More »

1 Jul 2016

Episod Akhir Assalammualaikum Cinta

Episod Akhir Drama Assalammualaikum Cinta

Assalammualaikum..
Nampaknya drama Assalammualaikum Cinta yang dilakonkan oleh Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Emma Maembong dan Ayda Jebat dah tamat episodnya. Selepas ini drama Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya akan disiarkan sempena Hari Raya nanti. Di episod akhir drama Assalammualaikum Cinta ini menyaksikan Azrif, Emma, Rykarl dan Nia dah berkahwin, namun perkahwinan Azrif dan Emma dilanda masalah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sependapat. Manakala Rykarl dan Nia pula sangat bahagia. Azrif sering meluahkan masalahnya dengan Emma pada sepupunya Rykarl dan membuatkan Rykarl terpanggil untuk menolong dan menyelesaikan masalah antara Azrif dan Emma. 
Akhirnya Rykarl dan Nia pergi berjumpa Emma untuk menasihatinya dan Emma akhirnya menyedari kesalahannya lalu meminta maaf pada suaminya dan juga Tok Ma mereka. Kemudian Azrif dan Emma dah berbaik manakala isteri Rykarl iaitu Nia dah mengandung dan mengidam nak minum kopi jer hehehe. Kemudian Emma merajuk kembali dengan Azrif kerana menyangka die ada affair dengan perempuan lain sebelum berbaik semula. Ending drama ni berakhir dengan Emma yang nak muntah secara tiba-tiba dan kesemua mereka yang lain berasa happy kerana yakin yang Emma juga dah mengandung.
Read More »

30 Jun 2016

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome TV3

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr. Handsome Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Ketupat Palas Mr. Handsome adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 menggantikan drama Mak Cun yang telah tamat episodnya. Drama ni dilakonkan oleh Mira Filzah, Fattah Amin, Aisya Hasnaa, Shah Sulaiman, Eyka Farhana, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Drama Ketupat Palas Mr. Handsome ni dah disiarkan di Tv3 mulai 23 Jun yang lalu dan mempunyai 13 episod. Gandingan pertama Fattah Amin dengan Mira Filzah yang qiut tu nampak okey gak, jalan ceritanyer pun agak menarik juga. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr. Handsome

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.

Lagu Tema / OST Ketupat Palas Mr Handsome
--> Bagai Hidup Semula Nyanyian Aizat Amdan

Read More »

28 Jun 2016

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku Slot Azalea TV9

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Terlarang Sudah Rinduku adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Azalea TV9 dan kemudian akan disiarkan pula di Tv3. Drama ini dilakonkan oleh Atikah Suhaime, Amar Asyraf, Nina Iskandar, Afzan Rahman dan ramai lagi. Drama Terlarang Sudah Rinduku ni mempunyai 20 episod dan sudah disiarkan di Tv9 mulai 16 Jun yang lalu. Diarahkan oleh Ismail Yaacob dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak macam menarik juga jalan cerita drama ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Terlarang Sudah Rinduku

Mengisahkan dua sahabat, Nina dan Erin yang mempunyai dua perwatakan yang sangat berbeza. Nina dicintai oleh Irshad, yang sanggup berhabis apa sahaja sehingga sanggup untuk Nina. Nina mula hanyut dan lupa diri bersama Idham.  Segala kebaikan Irshad tidak lagi berkesan dihatinya, lantaran itu dia sanggup memutuskan tali pertunangannya bersama Irshad. Kecewa dengan Nina, Irshad mula mendekati Erin dan akhirnya jatuh cinta. Membuatkan Nina menyimpan dendam untuk menghancurkan perhubungan Irshad dan Erin.

Sinopsis Lagu Tema / OST Terlarang Sudah Rinduku
---> Lagu Mengapa Nyanyian Anis Al Idrus..

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017