-->

17 Dis 2016

Running Man Ditamatkan - Thank You & Good Bye RM

Selepas 7 Tahun Running Man Akhirnya Ditamatkan

Assalammualaikum...
Akhirnya tanpa disangka Program Variety Show Popular Korea iaitu Running Man akan ditamatkan pada Februari 2017. Selepas beberapa kontroversi Running Man yang mengejutkan semua pihak akhirnya Running Man sampai ke penghujungnya. Bermula dengan Kontroversi Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook nak keluar dari Running Man, diikuti dengan pengumuman kemungkinan besar Kang Ho Dong akan join Running Man Season 2. Kemudian diikuti dengan Kontroversi Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang di tendang keluar dari Running Man dan disusuli dengan berita Kang Ho Dong menolak pelawaan untuk join Running Man season 2. Kemudian berita produser RM memohon maaf diikuti dengan perjumpaan rahsia semua member RM dan juga krew produksi RM /SBS membincangkan isu RM dan berakhir dengan Running Man akan ditamatkan. Apapun salute dengan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang bersikap professional, setia kawan dan mengambil kira perasaan peminat lalu memutuskan untuk terus bersama dengan ahli RM yang lain sehingga hari terakhir penggambaran RM walaupun selepas kontroversi yang sedikit sebanyak melukakan hati diorang.
Ramai yang mengharapkan agar episod terakhir Running Man akan disertai oleh bekas2 ahli Running Man yang asal seperti Lizzy, Song Jong Ki dan juga Gary. Kiranya macam diorang yang mulakan dan diorang jugalah yang akhirinya nanti tapi tak tahula kalau episod akhir nanti hanya ada 6 orang jer ker? huhu. Aku pun awalnya tak terfikir boleh terjebak dan tersuka menonton Running Man ni, walaupun pada awalnya aku agak skeptikal gak la apa yang best sangat RM ni kan. Kemudian aku saja2 try tengok episod Running Man yang shooting kat Vietnam tu sebab guest die Lee Dong Wook kan, bila dah layann sekali dua Running Man ni terus jadi suka plak. Terus la aku maraton episod2 awal Running Man dan juga menonton episod terlatest Running Man setiap minggu. Ada episod2 RM yang berjaya buat aku gelak sampai keluar air mata hahaha tu belum gelak sampai terbatuk -batuk lagi hahaha. Aku plak memang tak rajin download episod RM yang banyak tu, tapi cuma ada beberapa episod yang aku ada download dulu macam episod yang ada Shin Min Ah, Lee Seung Gi tu semua, tapi tu jer la huhuhu. Malas nak download sebab internet aku bukan laju pun, leceh nak download bagai ni. Apapun bila RM dah habis, boring la jawabnyer, Apapun Thank You and Good Bye Running Man huhuhu.
Read More »

16 Dis 2016

The Last Princess - Korean Movie Review

Review Filem Korea - The Last Princess

Assalammualaikum..
Selalunya asyik buat Review Drama Korea jer kan, kali ni tukar sikit sebab aku nak Review satu Movie Korea best ni yang bertajuk The Last Princess / Princess Deokhye. Movie / Filem ni release pada 3 Ogos 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Son Ye Jin, Park Hae Il, Yoon Je Moon, Ra Mi Ran, Kim Jae Wook, Goo Soo, Jung Sang Hoon, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Park Joo Mi dan ramai lagi. Filem ini diadaptasikan daripada Novel dan merupakan Kisah Benar. Jalan cerita filem ni memang sedih, tak sangka cite ni berdasarkan kisah benar, malang dan tragis betul kisah hidup Princess Deokhye tu. Aku rekomen kan pada korang yang suka tengok cerita2 yang berdasarkan kisah benar dan juga berkaitan sejarah gitu. Watak Princess Deokhye ketika remaja dilakonkan oleh Kim So Hyun manakala ketika dewasa pula akan diambil alih oleh Son Ye Jin. Lepas tengok filem ni memang aku google terus untuk baca lebih lanjut tentang kisah princess / puteri Deokhye ni.
Sinopsis The Last Princess (Korean Movie)

Puteri / Princess Deokhye adalah puteri bongsu dan terakhir dalam Zaman Pemerintahan Diraja Dinasti Joseon. Ketika dirinya masih kecil, Raja yang merupakan ayahnya ingin mengahwinkannya dengan Kim Jang Han kerana bimbang dengan ancaman Jepun ketika itu. Walaubagaimanapun, hasrat raja yang ingin mengahwinkan Deokhye tidak kesampaian apabila die akhirnya mati akibat diracun. Ketika era pemerintahan Jepun, Puteri Deokhye yang sudah remaja ketika itu, dipaksa untuk ke Jepun sebagai tebusan, walaupun diberi layanan yang baik, puteri Deokhye hanya ingin pulang ke Korea, pelbagai cara yang dilakukannya untuk pulang semula ke Korea tapi gagal. Kim Jang Han pergi ke Jepun dengan menyamar sebagai tentera Jepun yang mempunyai misi rahsia untuk membawa Puteri Deokhye pulang ke tanah airnya. Suatu rancangan / plan rahsia dibuat untuk melarikan Puteri Deokhye dan juga abangnya iaitu Raja Young Chin kembali ke Korea. Walaubagaimanapun rancangan itu juga gagal. Kim Jang Han dan Puteri Deokhye terpisah dan Puteri Deokhye tetap tidak dapat pulang dan terpaksa tinggal lebih lama di Jepun.
Kemudian Puteri Deokhye dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki kaya berbangsa Jepun yang bernama Takeyuki. Akhirnya mereka berkahwin dan seterusnya Puteri Deokhye melahirkan seorang bayi perempuan dan menetap di Jepun. Walaubagaimanapun ketika Puteri Deokhye mengetahui yang Orang Korea yang tinggal di Jepun boleh pulang beramai - ramai ke negara asal, dirinya terus membawa anaknya tanpa mempedulikan ketiadaan suaminya ketika itu dan bergegas untuk pulang ke Korea. Walaubagaimanapun, cubaan puteri Deokhye untuk pulang juga gagal apabila dirinya disekat dari pulang, kerana kerajaan Korea tidak mahu menerima dirinya atas faktor politik. Puteri Deokhye tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya disekat dari pulang ke Korea dan terus menjadi kurang siuman dan akhirnya dimasukkan ke Hospital Mental di Jepun bertahun - tahun lamanya, dari dirinya masih muda sampaila dah tua. Manakala anak perempuannya juga hilang entah ke mana. Suaminya Takeyuki berkahwin lain. Kim Jang Han masih tidak berputus asa dan cuba menjejaki Puteri Deokhye di Jepun malah dirinya juga turut memujuk kerajaan Korea agar memberi kebenaran padanya untuk membawa pulang Puteri Deokhye ke Korea.
Akhirnya Kim Jang Han menemui Puteri Deokhye di hospital mental dan keadaan puteri Deokhye ketika itu memang uzur dan menderita, namun keadaannya mula pulih apabila Kim Jang Han membawa Puteri Deokhye kembali ke Korea. Ketika di Airport, kedatangan  puteri Deokhye disambut meriah dengan wartawan, pemberita dan juga pembantu2 istana yang pernah berkhidmat dengan keluarga Deokhye suatu masa dulu. Takeyuki pernah cuba datang melawat puteri Deokhye di Korea namun puteri Deokhye menolak untuk berjumpa dengan Takeyuki. Aku sebenarnya teringin nak tahu apa jadi dengan anak perempuan Puteri Deokhye dan Takeyuki tu?. Masih hidupkah anak perempuan diorang tu?, tak kan diorang tak cari kan, or mungkin tak jumpa?. Scene masa Deokhye kat Hospital Mental tu memang tragis n sedih betul. Apapun memang best n layannn filem ni, lakonan Son Ye Jin juga sangat hebat dan berkesan. Memang filem yang harus ditonton, aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk Filem Korea The Last Princess ni.
Read More »

15 Dis 2016

Sinopsis Filem Hanyut

Sinopsis Filem Hanyut

Assalammualaikum..
Filem Hanyut antara filem yang dinanti- nantikan dan akhirnya setelah lama diperam, filem Hanyut mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 24 November 2016 yang lalu. Filem ini dah shooting pada tahun 2010 dan baru sekarang ditayangkan di pawagam. Lama betul tu kan, sebelum ditayangkan di Malaysia, filem Hanyut ini ditayangkan terlebih dahulu di Indonesia pada tahun 2014. Filem berbajet besar ini diarahkan oleh U-Wei Haji Saari dan filem ini adalah berdasarkan dari Novel nukilan Joseph Conrad iaitu Almayer's Folly. Filem Hanyut ini dilakonkan oleh Peter O' Brien, Sofia Jane, Khalid Salleh, Adi Putra, Diana Danielle, Bront Palarae, Alex Komang, Sabri Yunus, Normah Damanhuri dan ramai lagi. Kalau tengok dari trailer memang nampak best filem ni, sinematografi filem ini juga cantik gitu. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Hanyut

Berdasarkan novel Almayer`s Folly karya Joseph Conrad pada tahun 1895, filem epik ini menceritakan kisah Kasper Almayer (Peter O`Brien), seorang pedagang Belanda yang merantau dan hidup di Malaysia pada awal abad ke-19. Dia telah menghantar anak perempuannya berusia 10 tahun Nina ke Singapura untuk belajar sebagai orang Barat, bagaimanapun ia tidak disukai oleh ibunya Mem, yang merupakan penduduk tempatan berasal dari Betawi. Impiannya untuk mencari gunung emas yang dikatakan wujud dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab, dan cinta anak perempuannya (Diana Danielle) terhadap putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola (Adi Putra).
Read More »

14 Dis 2016

Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Leaving Running Man

Giliran Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Pula Tinggalkan Running Man

Assalammualaikum..
Bukak2 je Twitter terus terkejut pasal kes Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang nak keluar dari Running Man mengikut jejak langkah Gary yang keluar Running Man pada Oktober 2016 yang lalu. Sedih kat Gary pun masih tak hilang lagi tup tup Ji Hyo dan Jong Kook pula nak keluar Running Man. Mungkin juga ketiadaan Gary memberi kesan pada diorang, sekelip mata jer 3 ahli asal dah takde dalam Running Man. Kini tinggal Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, HaHa dan Lee Kwang Soo jer yang akan meneruskan Running Man. Bermula Januari 2017 Running Man season 2 akan disiarkan dengan kehadiran ahli baru, dengar cerita kemungkinan besar Kang Ho Dong akan join RM nanti. Mengikut komen yang aku baca, ramai juga yang tak suka K.Ho Dong join RM. Apapun kehilangan Ji Hyo dan Jong Kook akan dirasai oleh semua. Tak sangka juga cepat sangat diorang nak keluar RM ni, terkejut pasal berita Gary nak keluar RM pun tak habis lagi,ni ditambah lagi dengan 2 orang sekaligus nak keluar. Aku harap pihak RM akan membuat keputusan yang tepat dalam memilih ahli baru yang akan join RM 
Tak kurang juga ramai fans yang turut nak berhenti tengok RM nanti hahaha, apapun berbanding variety show lain, yang sering bertukar ganti ahli asalnya, Running Man masih mampu mengekalkan ahli asalnya selama 7 tahun berturut - turut tanpa menggantikan tempat Song Jong Ki dengan orang lain. Tahun 2017 akan nampak sedikit perubahan dalam Running Man, aku harap dengan ketiadaan 3 ahli asal RM ni Running Man akan masih lawak dan best walaupun peminat akan merindui ahli asal yang lain. Pasni mesti aku rindu nak tengok Yoo Jae Suk perang mulut dengan Kim Jong Kook tu, dan rindu jugak nak tengok Kwang Soo yang suka kacau Jong Kook, dan juga Ji Hyo yang marah dan suka pukul Kwang Soo tu hahaha. Aku juga rindu dengan reaksi blur & ayat-ayat spontan Gary yang kelakar tu. Nasib Yoo Jae Suk tak keluar Running Man gak, sebab kalau die keluar memang habis terus Running Man ni sebab popularti Yoo Jae Suk memang sangat kuat di Korea tu berbanding yang lain.

UPDATE!!➽➽Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Dibuang Dari Running Man

Seriously!! aku ingatkan diorang berdua yang nak keluar Running Man tapi sebaliknya dibuang dari Running Man. Apa ke halnya ni, kalau RM nak tukar konsep pun dah kenapa nak kena buang ahli asal!!? pastu boleh plak RM pilih pengganti yang agak tua, diorang nak buat konsep Running Old Man ker ape hahaha. RM tak patut kot buang Ji Hyo dan Jong Kook, lainlah kalau diorang sendiri yang nak keluar. Ini semua poyo, kalau betul RM buang Ji Hyo n Jong Kook, ahli lain pun patut keluar beramai-ramai juga hahaha biar cancel terus RM ni. Untuk keterangan lanjut korang boleh klik kat link ni k --> http://www.koreaboo.com/news/songjihyo-kimjongkook-kicked-off-runningman/
Read More »

13 Dis 2016

Sinopsis Drama Sein Dan Luna

Sinopsis Drama Sein dan Luna Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Sein dan Luna adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 menggantikan Drama Mr Donat Karamel yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di kaca tv mulai 9 Disember yang lalu dan dilakonkan oleh Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Shiqin Kamal, Ariz Lufias, Azri Iskandar, Ungku Ismail, Rosnah Johari serta ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Sein dan Luna

Kisah Sein dan Luna yang berkawan baik sejak zaman sekolah lagi. Dalam diam, mereka menyintai antara satu sama lain, tetapi tidak berani untuk mengaku dan meluahkan perasaan mereka. Sehingga satu hari, Sein memberitahu Luna bahawa dia akan berkahwin dengan Wardah. Luna kecewa dan mengambil keputusan untuk belajar di luar negara. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Lagu Tema / OST Sein dan Luna
⏩ Pulang Nyanyian Yuna ft Sonaone
Read More »

12 Dis 2016

Love In The Moonlight – Korean Drama Review

Review Drama Korea - Love In The Moonlight

Assalammualaikum..
Hari ni giliran Drama Korea Love In The Moonlight / Moonlight Drawn By Clouds untuk direviewkan. Drama ini mempunyai 18 episod dan disiarkan bermula 22 Ogos yang lalu hingga 18 Oktober 2016. Apsal diorang tak cukupkan jer jadi 20 episod drama ni kan, sebab drama ni memang cukup popular, tambahan lagi ramai yang tengah demam dan gilakan hero drama ni iaitu Park Bo Gum. Drama Love In The Moonlight ini berlatarkan zaman diraja dulu2 dan dilakonkan oleh Park Bo Gum, Kim You Jung, Jin Young, Chae Soo Bin, Kwak Dong Yeon, Cheon Ho Jin, Han Soo Yeon, Park Chul Min, Jung Hye Seong serta ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarahkan drama2 popular seperti Adolescence Medley, Discovery Of Love, Big dll. Drama ini disiarkan menggantikan drama Beautiful Mind lakonan Jang Hyuk dan Park So Dam yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Sweet Stranger and Me. Pendek kata drama ini berkisarkan tentang Anak Raja yang jatuh cinta dengan anak pemberontak gitu.
Episod awal drama ini sangat menarik bila kita dapat lihat gelagat dan cara pertemuan Hong Ra On dan putera mahkota Lee Young yang sangat unik dan kelakar. Tak leh blah bila dua2 pun menyembunyikan identiti diri masing2 yang mana Hong Ra On menyamar menjadi lelaki manakala Putera Mahkota / putera raja pula menyamar sebagai pegawai di istana. Keadaan makin jadi lawak bila Hong Ra On dipaksa menjadi Sida (Eunuch) dan dikehendaki untuk berkhidmat pada anak raja di istana. Tak leh blah bila Hong Ra On boleh lepas dalam ujian dan pemeriksaan untuk menjadi sida secara ajaibnya hahaha. Macam biasa drama ni pastilah meyelitkan kisah cinta yang sweet dan juga cinta tiga segi antara Hong Ra On, putera mahkota dan Kim Yoon Sung yang merupakan cucu kepada menteri utama di istana. Hal ini dirumitkan dengan kehadiran gadis cantik dan bijak iaitu Jo Ha Yeon yang akan dijodohkan dengan Putera Mahkota Lee Young tu.   
Antara scene yang aku suka mestilah scene2 yang kelakar dalam drama ni kan, selain tu aku suka scene masa Putera Mahkota sengaja ingin membuli Hong Ra On tu sebelum akhirnya mereka menjadi kawan baik. Scene masa Putera Lee Young tu mendedahkan identitinya sebagai anak raja pada Hong Ra On tu sangat cute okey hehe. Part masa Putera Lee Young tu jatuh cinta pada Hong Ra On tanpa tahu yang Hong Ra On tu perempuan pun lawak gak hahaha. Apapun agak kesian gak la dengan Kim Yoon Sung tu sebab cintanya pada Hong Ra On hanya bertepuk sebelah tangan. Walaupun begitu, die tetap akan melindungi Hong Ra On dari sebarang bahaya. Tak leh blah tengok gelagat menteri2 jahat dalam drama ni haha memang nampak jahat betul lak tu. Kadang2 stress gak dengan karakter Hong Ra On ni yang mudah menangis n nampak lembik jer. Aku suka gak la drama ni terutamanya masa episod2 awal, tapi bila masuk pertengahan cerita nampak macam boring plak hahaha sampai aku ada skip beberapa episod. Walaubagaimanapun drama ni memang menjadi kegilaan pada penggemar drama Korea kecuali aku hehehe.
Rating drama ini sememangnya sangat tinggi walaupun drama ni bersaing hebat dengan drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo yang dibintangi ramai pelakon terkenal. Walaupun aku suka dengan Park Bo Gum yang cute tu, tapi aku lebih suka lakonannya dalam drama dia yang terdahulu seperti I Remember You / Hello Monster dan Reply 1988 berbanding drama ni. Mungkin sebab drama ni lebih memfokuskan kisah cinta dan juga sedikit konflik politik dan percintaan dan tak banyak unsur2 suspen yang boleh buat aku tertunggu – tunggu episode seterusnya. Tapi drama ni masih menghiburkan, oleh itu, aku akan bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama Love In The Moonlight ni.
Read More »

11 Dis 2016

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng 

Assalammualaikum..
Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng kini kembali menjengah pawagam bermula 24 November yang lalu, filem ini unik kerana menggabungkan teknik animasi 3D dan juga lakonan hidup. Antara pelakon yang membintangi filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng terdiri daripada Asyiela Putri Azhar, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima dan Ainon Ariff serta diterbitkan secara usahasama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng 

Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut. Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.
Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin. Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie telah menandatangi kontrak dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.

Lagu Tema / OST Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tajuk : Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Penyanyi : Yubi Band feat. Asyiela Putri (Upin & Ipin)
Read More »

10 Dis 2016

Final Lawak Solo 2016

4 Finalis Berentap Di Pentas Akhir Lawak Solo 2016

Assalammualaikum
Walaupun aku tak up entry tentang Lawak Solo ni, tapi aku ada gak tengok hehe, masa dah final ni baru rasa nak buat entry untuk bercerita pasal program Lawak Solo ni. Selalunya kalau pertandingan lawak ni terbuka untuk kumpulan dan peserta solo, tapi dah nama pun lawak solo kan, so mestilah program ni nak mencungkil bakat - bakat baru dalam bidang stand up comedy yang sebelum ini dipelopori oleh Harith Iskander, Nabil, Douglas Lim dan lain2 lagi. 10 peserta terpilih akan dibimbing oleh pelawak terkenal seperti Ebby Yus, Nabil dan Douglas Lim. Manakala juri tetap pula terdiri daripada Saiful Apek dan Dato AC Mizal. Pengacara Lawak Solo yang utama adalah Johan n Johan ni sememangnya akan berada atas pentas jer hehe, manakala Fad Bocey akan berada di belakang pentas untuk menemubual para peserta sebelum membuat persembahan. Kadang2 masa penyingkiran baru nampak Fad dan Johan sama2 atas pentas tu. Aku lagi suka kalau pengacara jadi duo berbanding solo sebab kalau berdua lebih baik, lawak pun lebih banyak gitu, tapi nak buat camne kan, dah lawak solo so hos pun kena solo gak la hehehe
Antara selebriti wanita yang pernah jadi juri jemputan dalam lawak solo ni terdiri daripada Fazura, Juliana Evans, Siti Nordiana, Jihan Muse, Farahdhiya, Atikah Suhaime, Lisa Surihani dan Erra Fazira. Dari 10 peserta hanya 4 peserta yang layak untuk ke Final Lawak Solo. ⏩Finalis Lawak Solo terdiri daripada 
1- MAD SABAH | Achmad Bin Rusli | 28 tahun | Sabah 
2- DANIAL | Mohamad Danial Bin Mohd Zaini | 23 tahun | Pulau Pinang
3- FIKRY | Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim | 22 tahun | Kedah
4- AG HAFIZ | Mohd Hafiz Bin Abdul Ghani | 31 tahun | Perak

Pilihan aku mestilah Fikri atau pun Danial, sebab nampak dua2 nya lawak giler, manakala Mad Sabah dan AG Hafiz pun kelakar gak, apapun keputusan akhir Lawak Solo bergantung pada markah juri dan juga undian penonton. Tunggu jer sape yang akan jadi Juara Lawak Solo nanti. Kadang2 seronok gak layan Lawak Solo ni sebab aku pun ada tergelak gak tengok sketsa diorang. Apapun Good Luck untuk semua peserta.

Update!!..
Keputusan Final Lawak Solo
Danial Juara Lawak Solo 2016
➔ Tempat Ke-2 : Mad Sabah
➔ Tempat Ke-3 : Fikry
➔ Tempat Ke-5 : AG Hafiz
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017