-->

10 Okt 2012

I DO I DO - Korean Drama Review

I DO I DO - Korean Drama Review

Assalammualaikum
hari ni baru nak buat review drama Korea yg bertajuk I Do I Do drama ni kire drama yg kuar tahun 2012 nih laa..mula2 aku ingat cerita nih x best kot..try tengok sekali best gak...lawak gitu hahaha
ada 16 episod..kalau tengok kebanyakan drama banyak bertumpu pada perniagaan butik pakaian semua kan,bidang modelling semua kan tapi drama ni lain sikit sebab bertumpu pada perniagaan kasut tumit tinggi, design kasut dsbnya..kat sini dah nampak uniknya drama nih kan..aku suka dengan karakter watak utama heroin cerita nih..aku sebenarnya x berapa minat sgt dengan heroin cerita ni haha tapi bila tengok die pegang watak tuh nampah sangat sesuai dgn die..Wanita yg berjaya dalam bidang kerjanya,bercita-cita tinggi,cantik,garang dan amat tegas sekali, semua pekerja sangat takut dengan die ni..kalau salah sikit mmg kena tengking la jawabnya.Baginya apa yang penting dalam hidupnya adalah kasut..kasut..kasut xde benda lain dah..Baginya die lebih memilih kerjayanya dari mempunyai keluarga sendiri sebab tuh die tak kahwin lagi walaupun dah berusia 30 tahun keatas.
Ada je doktor yang suka giler dgn die..tapi die anggap cuma kawan jer..sehinggalah hadirnya hero cerita ni yang lebih muda darinya..hensem, sweet dan gentleman haha..banyak perkara lucu yang terjadi dalam kisah mereka berdua..diorang berjumpa tanpa sengaja dan akhirnya perempuan tuh mengandungkan anak lelaki tuh..perempuan tuh mmg tertekan dgn berita die hamil lebih parah lagi lelaki tuh pulak bekerja di syarikat yang sama dengannya pastu jadi orang bawahannya pula..haha mmg parah la jawabnya..Perempuan tuh merahsiakan pada semua orang termasuk lelaki tersebut yang dirinya mengandung..Sampai la akhirnya lelaki tuh yg tahu sendiri perempuan tuh mengandung.
Mmg kelakar laa..tapi disebabkan hero cerita ni agak sweet dan sangat gentleman walaupun die masih muda membuatkan perempuan tuh akhirnya makin suka dengan die..so dalam cerita nih banyak halangan yg terpaksa die tempuhi untuk berjaya,persaingan yg sengit dalam syarikat tuh,ditambah dengan die mengandung anak luar nikah plak tuh membuatkan dirinya diumpat masy sekeliling..bagi aku jalan cerita drama ni direct to the point..korang akan rasa hero drama ni sangat sweet hahaha
Antara pengajaran yang boleh diambil dlm drama nih rasanya semua pun tahu bila perempuan tuh mengandung anak luar nikah..mcm2 benda yg die kena lalui..so pengajaran boleh diambik dari situ,selain tuh drama ni juga menekankan sikap tidak mudah putus asa dalam sesuatu perkara..contohnya dalam drama ni ada tunjuk design kasut yg direkanya telah disabotaj dan dicuri oleh pihak pesaing membuatkan dirinya terkejut dan kecewa namun dia x mudah putus asa dia tetap buat dan mendesign semula kasut tuh walaupun tahu masa dah tak cukup..namun dengan bantuan kwn2 akhirnya die berjaya, dan banyak lagi laa pengajarannya..disamping jalan cerita yg kelakar..antara part yg aku suka bila hero cerita ni nak bagitau kat bapanya akan kesalahan yg die buat haha bapanya konform akan mengamuk baling segala periuk belanga kat lelaki tuh haha..memang kena pukul kaw2 nyer laa hahaha..so pada sape nk tengok cerita yg lawak2 boleh laa tengok cerita nih hehe..

Sinopsis Drama I Do I Do
Hwang Ji-ahn is in her late thirties and works as a director of a shoe company. She likes being single and has no plans to get married. Meanwhile, Tae-kang only has a high school diploma but wants a career as a shoe designer. After a one-night stand, Tae-kang gets Ji-ahn pregnant and their lives become entangled. Fighting against rigid social mores, the two of them try to navigate a messy and challenging world. But these two people persevere despite the obstacles before them, searching for true happiness despite living in a society where morally acceptable behavior is in constant flux.
Sekarang den tgh layan drama The Innocent MaN & Arang And The Magistrate drama lain x sempat layan lagi hehehe..drama apa yg best lagi ek?hehehe
Read More »

7 Okt 2012

Corat-coret LaWaK Ke Der 2 di IstaNa BuDaya


Assalammualaikum..
actually aku mmg x gi tgk Lawak Ke Der 2 tuh..bukan x nak pergi..kalau aku duduk dekat sana dh lama aku pergi hehe..tapi disebabkan aku dok jauh kot..n ditambah aku ada kerja jadi mmg x leh gi..waaaa jeles sey tengok diorang bergambar dgn JOZAN..jeles2 ni..Untung2..n tanyalah pada sesape jer yg pergi tengok Lawak Ke Der 2 tuh semuanya akan cakap best giler,terbaik,x larat nak ketawa sbb lawak sgt especially bila part JOZAN buat persembahan..so pada sesape yg duduk gi kL tapi x gi tengok mmg rugi sgt2..sinopsis persembahan JOZAN aku dh tahu..bayangkan jer pun dah kelakar..mcm biasa diorang akan pegang beberapa watak..siap jadi perempuan lagi pakai tudung labuh semua..haha konform lawaknyer..set lawak ke der 2 tuh pun nampak cantik..mcm ruang tamu disebuah rumah hehe..rasanya Lawak Ke Der 2 lebih kelakar dari yg sebelum ni..semua perfomance para pelawak mmg best2 belaka n semuanya lawak2 segar xde yg guna lawak kitar semula..wow terbaiklah, bagi yg minat jozan tapi x dpt pergi mesti faham perasaan den kan hahaha x sabar tggu lawak ke der 2 kuar astro box office event.
Setakat ni aku x pernah dengar lagi komen negatif mengenai Lawak Ke Der 2 ni..semuanya komen positif..Lawak Ke Der akan berlangsung sampai 3 Oktober ni..pada yang duduk sekitar KL tuh leh la try dapatkan tiket lagi untuk tengok show diorang sebab masih ada masa lagi..lagipun aku ada dengar cite ada yang nak pergi tengok Lawak Ke Der 2 ni untuk yg kedua kali sebab x puas tengok, nak tgk berkali-kali baru puas fuhh dasyat tul sambutannya..semalam dekat www.budiey.com ada upload video opening Lawak Ke Der 2 yg mana Nabil telah menyanyi dan menari lagu Oppa Gangnam Style siap tiru cara tarian video klip asal lagu Oppa Gangnam Style tuh..cuma lirik tuh guna lirik melayu laa hehe..jom tengok video kt bawah ni..nak tengok lebih2 korang kena laa gi istana Budaya..hehe kalau x nak tggu jer laa kuar kat Astro okey..

video kredit to www.budiey.com                          

Read More »

ikLaN AnuGeRaH BLoCKBusteR YaNg KeLaKar





Assalammualaikum..
Anugerah Blockbuster akan berlangsung pada 6 Oktober ini..anugerah ni berlainan sikit sebab ianya berdasarkan undian peminat semata-mata..menerusi Online dan Juga SMS...Johan dan Zizan juga bertanding dalam kategori2 tertentu..jadi boleh la mengundi pada yg nak undi. Untuk Kategori hero terhebat nampaknya undian Aaron Aziz dan Zizan mmg sengit sentiasa kejar-mengejar..sape yg menang nih?suspen tau hehe..Pengacara Anugerah Blockbuster ni nanti adalah Zizan, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki..sebelum ni mcm nampak ada nama Johan tapi last2 xde pula..aiseyman nak tengok JOZAN mengacara atas pentas tuh mesti kecoh nyer lau diorang ada..Habis la Lisa jenuh kena usik ngan JOZAN lau diorang ada..tapi nak uat cmne takde JO yg ada ZAN jer..apa pun layan jela..
Apa pun aku nak cerita tentang iklan promo anugerah Blockbuster tuh yg 1st nya tuh..tertarik aku dengan iklan tuh..haha lawak la iklan tuh..diorang gunakan adegan dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa..cuma suara dan dialog ditukar haha..rasanya tuh suara JoHaN Ngan AmiR Amireka tuh hehehe..siap ada nama Zizan semua disebut..x boleh blah bila kluar dialog ni Johan Busy masuk Master Chef hehehe...sempat promote Master Chef tu..x leh bayang kalau Johan betul2 masuk  Masterchef mesti kecoh jer nanti..haha..apa pun korang tengok laa iklan tuh lawak jer..mesti senyum jer tengok..x sabar nak dengar cerita2 member yang pergi tengok Lawak Ke Der tuh nanti..mesti best..terutamanya persembahan JoZaN..

p/s-pada sesape yg ada cadangan atau usul ceewaah leh bagitau saya jgn malu2..ada yg bgtau saya ada yg malu2 or segan dgn saya hehe..apa2 hal just contact me xde hal lah..saya okey jer.. =) peace yo..






Read More »

KeRaNa ZizaN DaN TwitteR

Assalammualaikum..
wow hari ni mmg busy haha sampai lambat benar nak update blog kesayangan ku..byk cerita nak cerita ni n byk gmbar nak tunjuk ni..hahahaha..tak tau nak start tang mana dh..okey firstly aku nak berterima kasih pada @Mawar Redd sebab bertungkus lumus buat scrapbook n masukkan Profile Twitter aku dalam Skrapbook tuh sekali n thanks juga pada @needa_h sebab menghantarnya..korang mmg best..idea brilliant..
cantikkan..guess what scrap book ni dh sampai ke tangan Zizan Raja Lawak okey..wow bestnya diorang dapat jumpa Zizan masa tayangan filem Hantu Kapchai utk Media hari tuh..cer tengok apa Zizan cakap pasal hadiah kt atas ni =)
tumpang happy gitu sebab profile twitter ku pun ada sekali dlm tuh hehee...tuh cerita hari khamis..Ni cerita hari Jumaat..pada pagi tadi..mcm biasa aku dok bertweet dgn geng2 Twitter ku..kiteorg mention nama ramai2 orang..Masa ni aku mmg x sedar yang Zizan online tau..tetiba jer supriseee die muncul cakap Holaa terkejut den tetiba je ada hehehe lepas tuh apa lagi serang jer hahaha. Yang best nyer Zizan hari ni rajin reply tweet peminat2 die..bukan kiteorg jer tapi ramai lagi..aku sempat cakap nak masukkan cite ni dalam blog laa..pastu Zizan reply cakap masok jangan x masok hahaha pastu die siap tanya aku link website lagi semua..haha x leh bayang Zizan singgah kat blog ni hehe sejarah tuh muahaha..meh tengok tweet2 yg telah aku Print Screen kan ni..
Nampak x rajin kan die balas tweet..n retweeted,happy beronok-ronok la kiteorg..dalam pada tuh ada juga ahli GSF yg join juga kiteorg tweet Zizan sape die hehehe meh tengok print screen ni =)
Tadaaa Cik Sweety pun ada juga tadi..nanti kite Tweet Zizan ramai2 lagi k hehehe..meriah twitter hari ni semuanya sebab Zizan..Ada orang tuh x kuar lunch sbb dh kenyang bertweet hahaha..
apapun korang semua jemput singgah ke BLoG JOZAN FC OFFICIAL -> http://jozanrajalawakfc.blogspot.com tuh blog Jozan Fc yg Rasmi so rajin2 la singgah n jgn lupe singgah juga blog ni juga sebab insyaallah akan ada cerita2 JOZAN lagi lepas2 ni..k..
Read More »

3 Okt 2012

WoRDLess WedNesDay-DoaKu..

Read More »

2 Okt 2012

10 Surah dalam Al-Quran yg mencegah 10 Perkara

Read More »

30 Sep 2012

Review 6 FiLeM BaRu BoLLyWood

Assalammualaikum..
Holaa..kalau sebelum2 ni dok cerita pasal Korean Drama kan..kali ni kita tukar sikit..haha
okey kali ni nak cerita pasal Bollywood Movies yang baru aku tengok haha..ada yg terbaik dan lawak giler ada gak yg x berapa nk best..jom layan..

1-HoUSeFuLL 2
Filem ni mmg sangat ramai pelakon okey..mmg meriah giler..antara pelakonnya Akshay Kumar,John Abraham,Ritesh Deshmukh,Asin yang lain2 tuh x ingat nama dah haha..Jalan cerita filem ni mmg best..kelakar giler..sinopsis die panjang sgt susah nak cerita haha kalau korang nak tahu leh tgk kat wikipedia..tapi mmg aku gelak jer tengok cerita ni suke tengok Akshay kumar ngan John Abraham diorang ni boleh diibaratkan mcm "jozan" versi bollywood sbb diorang ni nmpk sweet bila berlakon sekali haha..
2-DanGeRouS IshQ
Filem ni dilakonkan oleh Karisma Kapoor, hero filem ni aku x ingat namanya sbb pelakon baru n ada gak Jimmy Shergil dlm cerita nih..permulaan cerita mmg nmpk best sebab nmpk mcm suspen jer kan..bila pertengahan cerita dh mcm kurang best sebab cerita ni pasal Kelahiran semula..so ada la mengimbas zaman2 silam so lama-kelamaan cite nih jadi boring terutama bila die imbas zaman2 silam tuh..
3-JOKER
Filem ni bertajuk JoKer dan sekali lagi dilakonkan oleh Akshay Kumar,heroin cite ni aku x ingat nama die haahaha..sape2 nak tgk ALiEN boleh la tengok filem ni sbb diorang ada tjuk Alien keluar dari kapal angkasa muahahaha..mmg lawak..Akshay Kumar ni bekerja kt luar negara pastu die balik kampung die kt India sbb die dapat berita yg bapa die sakit..kampung die terpencil mcm pedalaman tuh..die balik2 rupanya bapa die tipu die..bapa die nak die tolong majukan kampung mereka..sbb akshay ni belajar tinggi..so akhirnya Akshay pun ikut la cakap bapa die..dan akhirnya die mendapat idea buat cerita yg kononnya di kpg mereka ada makhluk asing mendarat bagi menarik perhatian media massa membuat liputan sekaligus membuatkan nama kampung mereka jadi terkenal di dunia.die pun suruh org2 kampung tuh menyamar jadi aliens/makhluk asing dan akhirnya betul2 makhluk asing tuh datang kt kpg diorang hahaha..seriusly filem ni pun kelakar..walaupun x logik tapi mmg best untuk ditonton haha..
 
4-TeRi Meri KaHaaNi

Filem ini dilakonkan oleh Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra..dalam cerita nih ada 3 kisah cinta yg dilakonkan oleh mereka berdua tapi dalam 3 zaman/tahun yang berbeza..iaitu kisah cinta pada tahun 1960an, 2012 dan 1931. Bagi aku kisah cinta pada tahun 1960an tuh nampak sweet dan okey la sikit dari dua tahun yg lain tuh..Kisah cinta tahun 2012 tuh mmg x best ntah apa2 yg tahun 1931 tuh membosankan..haha  bagi aku jalan cerita filem ni x best laaa..walaupun pengarah filem ni pernah menghasilkan filem Box Office yg meletup mcm filem Hum Tum..tapi filem ni bagi aku mmg kurenggg sikit.
5- RaaZ 3
Filem ini dilakonkan oleh Emran Hashmi ngan Bipasha Basu..ni filem Bollywood seram..bagi aku jalan cerita die mmg best..seram gak tengok..cite bomoh2 kan orang haha..ingat orang melayu je main bomoh2 kat India pun ada tau. Filem ni cerita pasal dunia artis,Bipasha Basu ni harap sangat die menang anugerah tau tapi last2 orang lain yg menang yg merupakan adik tirinya yg paling die benci.So sebab die sakit hati sangat die jumpa bomoh pendek kata die amalkan ilmu hitam laa..kemudian Bipasha ni suruh Boyfren die ni baik2 ngan adik tiri die kemudian masukkan sesuatu dlm minuman adik tirinya supaya adik tirinya terkena ilmu hitam tuh mcm santau la gak..lama-kelamaan adik tirinya mula diganggu benda2 pelik mcm hantu semua..boyfren Bipasha mula kesian tengok adik tiri Bipasha ni..dari kesian terus jadi cinta lak dan akhirnya putus dgn bipasha. So hal ni buat Bipasha bertambah sakit hati..haha seriusly best cerita ni..serammm jalan cerita die boleh tahan.so mmg berbaloi tengok cerita seram ni.
6- JoDi Breakers
Filem ni ala2 filem Komedi gitu dilakonkan oleh Madhavan dan Bipasha Basu. Aku mmg x berkenan dgn hero filem ni haha..kalau tukar hero lain mungkin best sikit kot filem ni..Filem ni berkisarkan dua org partner iaitu Bipasha dan Madhavan yg kerja mereka adalah menjadi penasihat penceraian..diorang berdua akan lakukan apa saja untuk membuatkan satu2 pasangan yg telah berkahwin bercerai..Mereka sanggup berlakon dan menipu asalkan pasangan tuh berjaya bercerai dengan jayanya dan mereka akan mendapat komisen..satu hari mereka telah tersilap dengan membuatkan satu pasangan yang bahagia bercerai akibat fitnah dari mereka..setelah sedar kesilapan mereka..mereka akhirnya cuba membuatkan pasangan berkenaan berbaik kembali..Bagi aku jalan cerita okey la tapi pelakon jer yg x best hahaha..
 
hehehe itu jela review aku secara ringkas mengenai filem2 diatas..ada lagi yg aku tak tengok ni,filem kat atas ni semuanya filem Baru tahun 2012..
Read More »

29 Sep 2012

ShiLa Amzah JuaRa Asian Wave 2012 di ChiNa


Assalammualaikum..
rasanya dh ramai blogger buat entry mengenai kemenangan Shila Amzah di China tuh..rasanya ramai yg bangga dengan kejayaan Shila nih kan..kat dalam negara ni Shila sendiri pernah menyertai One In A Milion dan Mania tapi x berjaya bergelar juara..rezeki belum sampai..Sekarang ni bila Shila dh bertudung rezeki pun makin banyak..Alhamdulilah juara Asian Wave tuh dah la bertanding kat tempat orang menang plak tuh..memang bangga la kan..korang dh tengok video Shila menyanyi masa kat pertandingan itu?..kat You Tube mmg banyak orang upload..ternyata Shila memberikan persembahan yg memukau..aku suka tengok Juri2 pertandingan ni..dh la ramai sporting pulak tuh siap menari sekali tepuk tangan semua..syok tengok..walaupun kebanyakan juri mengkritik dalam bahasa Cina yg mmg aku x faham..tapi rasanya semuanya memberi pujian pada Shila..
Aku suka dengar Shila nyanyi lagu Gemilang, Grenade n lagu berbahasa Cina  tuh..sedap jer dengar..penonton kat sana pun sporting siap menyanyi sekali n bersorak untuk Shila how sweet..

Paling sweet sekali masa Shila diumumkan sebagai Juara..ada pemuzik yg melompat kegembiraan bila Shila menang..alololo sweetnya..semua suka Shila kat sana..Kat Youtube aku dapat tengok komen2 peminat dari China yg memuji-muji persembahan dan vokal Shila ni..selain tuh orang-orang Cina di Malaysia  juga rasa bangga dengan Shila ramai yg memberi komen positif..semua bangga dengan Shila..tambah2 Shila satu-satunya artis bertudung masa kat sana tuh..pastu menang pula..ternyata lah juri2 kt sana x pilih kasih kan..baca paper Metro tadi baru aku tau Shila ni dulu pergi Sekolah Cina jadi die faham juga bahasa Cina patutlah dia macam faham jer masa juri komen kat die tuh..masa die nyanyi lagu berbahasa Cina tuh pun nmpk mcm lancar je sebutan die...sedap lagu berbahasa Cina tuh..korang dh tengok video Shila tuh..korang patut tengok mmg best dan bangga giler hehe..

Shila bukan sahaja mengharumkan nama negara malah dia juga mendapat dana berjumlah lebih dari RM1 Juta. Wang dana berkenaan merangkumi mcm2 termasuklah rakaman album,konsert,promosi dan lain-lain yang berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi di China. Apapun ia masih dalam perbincangan dengan pihak penganjur. Shila selepas ini akan kerap berulang alik ke China. Apapun bagi sesape yg x tengok video persembahan Shila di Asean Wave tuh bolehla tengok kat bawah ni..yg mana video tersebut merangkumi semua persembahan Shila di Separuh Akhir dan Akhir..rugi tak tengok mmg best..sedap suaranya..

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017