-->

2 Ogo 2015

My Love Eun Dong - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Okey hari ni aku nak buat satu Review Drama Korea yang bertajuk My Love Eun Dong yang dilakonkan oleh Joo Jin Mo, Kim Sa Rang, Kim Tae Hoon, Kim Yoo Ri dan ramai lagi. Drama ni mempunyai 16 episod dan bergenre Melodrama. Awalnya aku teragak-agak jugak sama ada nak tengok ke tak drama ni sebab aku tak berapa suka dengan hero drama ni. Tapi bila aku baca komen2 positif mengenai drama ni so aku try jugak laa tengok cite ni. Best jugak jalan cerita drama ni dan ending cite ni juga agak sukar nak dijangka tapi still hapy ending walaupun drama ni penuh dengan kisah sedih. 
Watak Eun Dong dan Hyun Soo ni akan dibahagikan kepada 3 peringkat umur dimana peringkat umur 13-17 akan dilakonkan oleh pelakon lain. Manakala untuk watak ketika remaja akan turut dilakonkan oleh pelakon lain sebelum diambil alih oleh pelakon utama drama ni untuk melakonkan watak Eun Dong dan Hyun Soo/Eun Hoo ketika dewasa. OST drama ni kira okeylaa gak, apa pun aku suka tengok konflik yang ada dalam drama ni, sebab konflik ni lah yang buatkan drama ni jadi makin menarik terutamanya masa Eun Dong tersepit di antara cinta pertamanya serta suaminya yang tidak dicintai. Selain tu ramai gak yang benci dengan watak suami Eun Dong ni iaitu Choi Jae Ho yang mengambil kesempatan atas Eun Dong yang hilang ingatan tu. Tapi dalam masa yang sama kesian jugak kat watak Choi Jae Ho ni yang cintakan Eun Dong dan terpaksa gunakan cara jahat untuk dapatkan Eun Dong. Ayah angkat Eun Dong pun jahat gak sebab pentingkan diri sendiri jer cuma ibu angkat die jer yang lebih okey sikit.
Selain tu aku perasan gak yang Kim Yoo Ri ni asyik dapat watak yang lebih kurang sama jer seperti drama Master's Sun dan Kill Me Heal Me. Aku juga suka tengok hubungan baik Choi Jae Ho dengan anak Eun Dong yang mana die tahu tu bukan anaknya tapi die still layan anak Eun Dong iaitu Ra Il macam anak kandungnya sendiri. Sampai Ra Il sendiri tak boleh berpisah langsung dengan ayah angkatnya itu. Babak paling sedih masa Choi Jae Ho cuba bunuh diri tu, sebab die tak boleh terima kenyataan yang Eun Dong dan anaknya akan berpisah dengannya. Hal ni jugak akan buatkan Eun Ho berasa bersalah. Paling kesian tentulah pada anak Eun Dong yang berasa sangat sedih bila ayahnya jadi begitu. Apapun drama ni tak bosan dan menghiburkan jugak, aku bagi 7.8 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Sinopsis My Love Eun Dong

Drama ni memaparkan kisah percintaan sejati antara Eun Dong dan Hyun Soo/ Ji Eun Ho bermula sejak mereka berumur 13 dan 17 tahun kemudian terpisah selama sepuluh tahun dan bertemu semula ketika masing2 sudah pun remaja dan dewasa. Ketika ini mereka benar2 bercinta sebelum Eun Dong tiba2 menghilangkan diri. Hyun Soo mencari-cari Eun Dong dan mereka terpisah lagi selama 10 tahun. Dalam masa 10 tahun tersebut Hyun Soo telah pun menjadi pelakon terkenal yang bernama Ji Eun Ho. Dia akhirnya mengupah seorang penulis yang tidak diketahui identitinya bernama Seo Jung Eun untuk menulis sebuah buku mengenai kisah percintaannya dengan Eun Dong. Hyun Soo/Eun Ho berharap agar Eun Dong membaca buku tersebut dan kembali padanya. Penulis tersebut iaitu Seo Jung Eun berasa kagum dengan kisah percintaan mereka namun mula berasa pelik bila dirinya mula mendapat ingatannya kembali.
Siapa sangka yang Seo Jung Eum sebenarnya adalah Eun Dong. 10 tahun yang lalu dirinya mengalami kemalangan lalu hilang ingatan. Keluarga angkatnya menipunya yang dirinya sebenarnya sangat mencintai C.Jae Ho dan berkahwin. Eun Dong menjaga suaminya yang lumpuh itu dengan baik sekali. Walaubagaimanapun Eun Dong merasa dirinya dipergunakan dan ditipu apabila ingatannya mula pulih. Eun Ho juga mendapat tahu yang penulis bukunya adalah Eun Dong dan dirinya mula mengajak Eun Dong keluar untuk berjumpa. Hyun Soo/Eun Ho berazam untuk mendapatkan Eun Dong semula. Namun suami Eun Dong enggan mengalah dan berusaha untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Eun Ho dan Eun Dong mula dikritik oleh masyarakat kerana dianggap curang dan tidak bermoral.
Keadaan diburukkan lagi dengan tindakan suami Eun Dong yang cuba bunuh diri. Eun Ho berasa bersalah lalu membawa diri ke luar negara selama setahun. Manakala Eun Dong pula berjinak-jinak menjadi penulis skrip drama. Apa yang bakal berlaku seterusnya?




Read More »

31 Jul 2015

Sinopsis Drama Mak Cun Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Selepas telemovie Spain Uolls, Drama Ajaibnya Cinta kini muncul pula drama Mak Cun yang merupakan kesinambungan kepada jalan cerita telemovie dan drama sebelum ini. Walaubagaimanapun drama Mak Cun ni akan memfokuskan kehidupan Mak Cun dan anaknya di kampung. Drama Mak Cun ni masih mengekalkan watak dan pelakon asal dan diserikan lagi dengan kehadiran Umie Aida dan beberapa watak lain. Drama ini mempunyai 8 episod jer dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Apapun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Mak Cun

Perusahaan Bedak Sejuk Mok Cun makin menjadi-jadi. Bukan shaja di Kokdiang malahan bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mok Cun dah macam kilang buat bedak sejuk.

Pada masa yang sama Manisa menaruh hati kepada Pak Akob. Manisa memang suka gila dengan Pak Akob tapi berdepan dengan persaingan apabila Pak Akob lebih tertarik kepada Mok Cun. Manisa mula dengki dengan Mok Cun termasuklah sanggup menjalankan perniagaan cucuk kolagen kerana mahu melawan perniagaan bedak sejuk Mok Cun. 

Walaubagaimanapun atas sebab tertentu, business bedak sejuk Mok Cun menghadapi masalah besar dan membuatkan Mok Cun susah hati dan kecewa. Pak Akob cuba memujuk Mok Cun namun tak berjaya. Manisa mengambil peluang ini untuk mendapatkan perhatian orang kampung dengan memburukkan bedak sejuk Mok Cun dan mula mempromosikan perniagaan kecantikannya.
Read More »

30 Jul 2015

Warm and Cozy - Korean Drama Review



Assalammualaikum..
Drama Korea terbaru yang aku nak buat review ni bertajuk Warm and Cozy. Drama ni mempunyai 16 episod, bergenre romantik komedi dan dilakonkan oleh Yoo Yeon Seok, Kang So Ra, Kim Sung Oh dan ramai lagi. Skrip drama ni ditulis oleh Hong Sisters yang sebelum ni berjaya menghasilkan skrip drama2 popular yang best2 seperti drama My Girl, Your Beautiful, My Girlfriend Is a Gumiho, The Greatest Love, Big, The Master’s Sun dan lain-lain. Awalnya aku tak berapa suka dengan hero drama ni iaitu Y.Yeon Seok hehehe sebab sebelum ni die ada pegang watak jahat dalam filem A Werewolf Boy dan turut berlakon dlm drama Gu Family Book. Tapi ternyata hero drama ni versatile sebab boleh gak berlakon dalam drama bergenre Romantik Komedi dan lakonan die pun okey jer. Aku takde masalah dengan lakonan heroin drama ni iaitu Kang So Ra cuma aku rasa jalan cerita drama ni sangat simple dan takde elemen2 suprise yang menarik. 
Walaubagaimanapun dari komen2 yang aku baca, ramai gak yang suka dengan drama Warm and Cozy ni sebab drama ni ringan, sweet dan kelakar. Tapi bagi aku drama ni jalan cerita die terlampau ringan sangat n konflik dalam drama ni pun biase2 jer contohnya watak hero dan heroin ni terlampau banyak sangat salah faham, pastu kedua-duanya asyik main tarik tali jer, sekejap suka sekejap tak, sekejap menghilangkan diri pastu datang balik. So benda2 ni buatkan drama ni jadi sedikit bosan bagi aku. Bagi aku lah kan drama Warm and Cozy ni biase2 jer tahap okey2 jer, takdelaa best sangat pun, ianya masih tak dapat menandingi drama2 best karya Hong Sisters yang terdahulu seperti My Girl, My Girlfriend Is a Gumiho, Greatest Love dan The Master’s Sun. Oh ye hero drama Master’s Sun iaitu So Ji Sub ada buat Special Appearrance dalam drama ni, tak silap aku dalam episode 2 kot. Siap die sempat lagi sebut tagline famousnyer dlm drama Master’s Sun tu iaitu “Kojo” hehehe.
Dalam drama ni diselitkan gak sound effect yang cute2 untuk babak2 yang kelakar. Paling best semestinya lah OST drama ni. Aku jarang gak focus kat lagu2 tema/Ost drama2 Korea ni kecuali kalau lagu tu betul2 best dan menarik perhatian aku. Dalam drama ni aku paling suka dengan lagu nyanyian Hyorin yang bertajuk A little closer to me. Lagu ni sedap didengar dan sentiasa keluar masa babak2 sweet dlm drama ni. Aku perasan gak karya2 Hong Sister ni mesti diselitkan lagu2 yang best, pandai diorang pilih lagu2 yang sesuai. Selain tu hampir kesemua drama2 yg skripnya ditulis oleh Hong Sister ni akan mengalami satu fasa hihihi, dimana fasa tersebut bermaksud akan ada babak dimana hero dan heroin akan berpisah sementara dalam tempoh tertentu contohnya setahun ker pastu diorang akan bertemu semula hihi. 
Aku juga rasa macam pelik plak bila tengok hero kedua drama ni yg bernama Kim Sung Oh berlakon jadi watak yang baik pastu sweet dan innocent jer muka die dalam drama ni hehe. Aku dah terbiasa tengok die berlakon watak jahat giler2 contohnya sebagai Sadam dalam drama The Night Watchman. Selain kisah cinta watak utama, ramai gak yang suka tengok kisah cinta abang tiri kepada Baek Gwon Woo iaitu Song Jung Geun dengan Hae Shil. Diorang ni macam pasangan oldskool yang sweet dan qiut jer hehe. Lokasi shooting drama ni juga sangat cantik iaitu di Pulau Jeju siap ada pantai semua. Antara yang menarik dalam drama ni apabila di akhir setiap episod terutamanya di episod2 awal akan diselitkan resepi masakan yang ditunjukkan sendiri oleh pelakon2 utama drama Warm and Cozy ni. Ending drama ni sememangnya happy ending lah kan. Aku bagi 5.8 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.


Sinopsis Warm and Cozy

Lee Jung Joo (Kang So Ra) seorang pekerja yang rajin dan menjalankan tugasnya dengan baik, namun begitu dirinya telah dibuang kerja serta ditipu oleh adiknya. Akhirnya Lee Jung Joo terpaksa meneruskan kehidupannya di tempat baru iaitu di Pulau Jeju. Di situ die bertemu semula dengan kwn lamanya Baek Gun Woo yang merupakan seorang Chef dan pemilik restoran Warm and Cozy. Baek Gun Woo merupakan anak orang kaya dan sentiasa bersenang lenang dengan melakukan perkara2 yang die suka. Wlbgmnpn Baek Gun Woo telah salah faham mengenai Lee Jung Joo kerana die menyangka L.Jung Joo akan mati tidak lama lagi akibat kanser. Namun sebenarnya L.Jung Joo sihat dan B.Gun Woo mula berasa kasihan pada nasib L.J.Joo, serta mula mengambil berat pada L.J.J. Akhirnya akibat terlalu kasihan, Baek Gun Woo menyerahkan restoran kepunyaannya pada L.J.Jo. Walaubagaimanapun L.J.Jo telah jatuh hati pada B.G.Woo kerana tertawan dengan sikap B.G.Woo yang mengambil berat padanya.
Lee Jung Joo berterus terang mengenai perasaannya pada BGW, namun BGW mempersendakan perasaan LJJ itu. Dalam masa yang sama Mayor Hwang Hwok turut menyimpan perasaan pada LJJ dan membuatkan Baek Gun Woo menjadi sedikit cemburu. Kawan merangkap buah hati BGW iaitu Mok Ji Won mendedahkan perkara sebenar mengenai tahap kesihatan LJJ, dimana LJJ tidak sakit dan BGW hanya salah faham. Walaubagaimanapun disaat kebenaran terdedah BGW telah mula menyintai LJJ. Sikap BGW yg tidak serius membuatkan LJJ tidak mudah mempercayai kata2 BGW yang dianggapnya hanya gurauan semata-mata. LJJ cuba melupakan BGW dengan merapati Mayor Hwang Hwok namun usahanya tidak berjaya apabila die masih menyayangi BGW. Akhirnya berlakulah beberapa salah faham serta sikap LJJ dan BGW yang bermain tarik tali ditambah dengan kehadiran Mok Ji Won menyukarkan lagi keadaan.

Akibat masalah keluarga serta salah faham yang berlaku antara BGW dengan LJJ membuatkan BGW menghilangkan diri seketika. LJJ berasa bersalah dan menyesal dengan sikapnya pada BGW selepas BGW meninggalkannya. Setahun kemudian tanpa disengajakan mereka bertemu semula. Namun BGW tertanya-tanya dengan status LJJ kerana LJJ mendukung anak kecil. Adakah LJJ sudah berkahwin? Adakah peluang kedua antara BGW dan LJJ?



Read More »

29 Jul 2015

Drama Ammara Batrisya Ditayangkan Semula Di Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Ammara Batrisya lakonan Umie Aida, Erra Fazira, Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Haris, Tunku Hanis kini ditayangkan semula di Tv3 bermula 28 Julai ni. Drama Ammara Batrisya ini akan disiarkan dalam Slot Samarinda. Rasanya ramai jugak yang dah menonton drama ni dan tahu jalan cerita drama ni sebab cite ni pernah ditayangkan di TV9 untuk Slot Ratu pada penghujung tahun 2013. Drama ni mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusof. Bagi aku drama ni ada unsur2 suspen dan misteri gitu, sebab kita akan tertanya-tanya dengan identiti Ammara yang misteri gitu dan apa motif Ammara mendekati Batrisya, Bagi yang belum menonton drama ni, aku sertakan sekali Sinopsis Drama Ammara Batrisya kat bawah ni k..

Sinopsis Ammara Batrisya

Ammara Batrisya menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisya. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisya (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.
Batrisya mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisya, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisya dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisyaa sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisyia. Ammara menyimpan dendam pada Batrisya dan juga ibunya kerana telah memusnahkan keluarganya ketika dirinya masih kecil.
Read More »

27 Jul 2015

Sinopsis Drama Carmela Lakonan Marian Rivera (Telenovela TV3)

Sinopsis Drama Carmela Lakonan Marian Rivera (Telenovela TV3)
Assalammualaikum..
Drama Filipina yang bertajuk Carmela telah mula disiarkan di Tv3 untuk slot telenovela. Drama Filipina ini dilakonkan oleh Marian Rivera, Alden Richards dan ramai lagi. Rasanya ramai yang kenal dengan Marian Rivera ni yang popular dengan deretan drama hits seperti Endless Love, Marimar, Temptation Of Wife dan banyak lagi. Drama Carmela ditayangkan di Filipina bermula Januari 2014 dan tahun ni dah start ditayangkan di Malaysia dah. Aku ada gak tengok episod2 awal drama ni di Tonton, best laa gak dan jalan cerita drama ni boleh tahan sedih jugak laa. Apa pun jom layann Sinopsis Drama ni kat bawah k.
Sinopsis Drama Filipina - Carmela

Jalan cerita bermula dari kisah hidup ibu Carmela yang bernama Amanda. Amanda mempercayai dirinya membawa malang. Namun semuanya berubah apabila dirinya bertemu dengan Danilo dan mereka berdua akhirnya berkahwin dan bahagia dengan kehadiran bayi perempuan mereka yang bernama Carmela. Suatu hari Danilo terbunuh akibat perbuatan jahat kawannya yg bernama Fernando yang sudah lama ada hati dengan Amanda. Kesusahan mula melanda hidup Amanda apabila terpaksa membesarkan anaknya Carmela bersendirian disamping dirinya turut menjadi mangsa rogol Fernando. Amanda akhirnya dimasukkan ke dalam penjara akibat perbuatan Fernando dan trpaksa berpisah dgn anaknya Carmela. Walaupun masih kecil, Carmela mengetahui segala perbuatan jahat Fernando pada keluarganya dan dirinya turut diugut oleh Fernando. Akibat terlalu takut, Carmela akhirnya meninggalkan bandar tersebut dan terjumpa dengan seorang perempuan dan dirinya dibesarkan oleh perempuan tersebut dan mendapat identiti baru sebagai Catarina.
Carmela/Catarina membesar menjadi seorang perempuan yang baik hati dan sangat cantik. Kecantikan yang dimilikinya sentiasa membuat ramai yang cemburu padanya. Walaubagaimanapun Carmela berdepan dengan masalah kewangan dalam membiayai pelajarannya kerana dalam masa yang sama, ibu angkatnya juga sakit. Carmela akhirnya jatuh cinta pada Santiago Yago Torres, dan hubungan mereka bakal diuji dan berdepan dengan masalah besar. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah Carmela akan bertemu semula dengan ibunya Amanda? Adakah Fernando akan terus menyusahkan hidup Amanda dan Carmela? kenalaa tengok nanti hehehe.
Read More »

23 Jul 2015

Producer - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang baru aku tengok baru-baru ni yang bertajuk Producer. Drama Korea Producer ini dibintangi oleh pelakon2 hebat dan popular seperti Kim Soo Hyun, Gong Hyo Jin, Cha Tae Hyun, IU dan ramai lagi. Kim Jong Kook (Running Man) pun ada berlakon dalam drama ni hehe jarang tengok Kim Jong Kook berlakon drama kan, tambah2 kawan baik die iaitu Cha Tae Hyun juga adalah antara pelakon utama drama ni, so makin meriah la kan dapat berlakon sekali dengan kawan baik. Drama ini mempunyai 12 episod jer tapi durasi masa untuk setiap episod agak lama juga iaitu selama 80-90 minit untuk satu episod. Drama ini baru jer habis ditayangkan di Korea pada 20 Jun 2015 yang lalu. Antara keunikan drama ini apabila banyak artis popular yang buat special appearance dalam drama ni seperti Hani Exid, Jang Hyuk, Lee Chun Hee, Sandara Park (2NE1), Lee Seung Gi, Go Ara, Roy Kim, Jung Joon Young dan ramai lagi.
Penulis Skrip drama ini adalah orang yang sama menulis Skrip drama popular My Love From The Star, yang mana hero drama tersebut adalah Kim So Hyun yang juga berlakon dalam drama ni. Drama ini juga turut menemukan semula Kim So Hyun dengan IU, yang sebelum ini turut berlakon bersama dalam drama Dream High (2011). Rating drama ini juga agak baik disamping jalan ceritanya yang agak unik dan lain dari yang lain kerana memaparkan kisah kehidupan seorang Produser, yang bekerja di bahagian Variety Department yang menerbitkan program2 Variety Show seperti 2 Days 1 Night dsbnya. Selalunya kita just enjoy dan gelak sakan bila tengok program2 berbentuk Variety Show dan kita tak tahu apa yang terjadi di belakang tabir, betapa susahnya nak menerbitkan dan maintain rating sesebuah program tu. Jadi bila tengok drama ni dapat gak laa sedikit pengetahuan tentang benda ni semua. Disamping memaparkan tentang kisah kehidupan produser dan pekerja2 di stesen tv, drama ini juga turut menyelitkan kisah cinta tiga segi antara watak utama dlm drama ni.
Ramai yang suka kalau watak Kim So Hyun sebagai Baek Seung Chan bercinta dengan watak IU sebagai Cindy bukannya Gong Hye Jin (Ye Jin). Tetapi Baek Seung Chan sangat sukakan seniornya itu tapi Ye Jin pulak ada hati dengan watak Cha Tae Hyun sebagai Ra Joon Mo. Memang sangat susah nak meneka siapa bercinta dengan siapa akhirnya, ending drama ini memang susah nak dijangka. Ada antara lagu OST drama ini dinyanyikan sendiri oleh IU dan aku juga sukakan watak IU sebagai Cindy yang merupakan penyanyi popular yang berlagak diva dan sombong. Biasanya dalam drama2 sebelum ini, IU selalu dapat watak-watak yang ceria dan happy go lucky jer tapi dalam drama ni sedikit berbeza sebab watak IU sebagai Cindy lebih sedih dan emosi sikit. Gong Hye Jin memang sangat sesuai dengan watak Ye Jin tu, manakala watak Kim So Hyun mcm ala2 nerd sikit, budak baik gitu tapi paling best bila watak die marah or x suka dengan seseorang, die akan balas dendam dengan cara paling cute sekali tu yang lawak. Dalam drama Produser ni banyak scene2 yang lawak okey, scene2 kelakar ni lah yang buat drama ni jadi lebih best.
Agak lawak juga bila Cha Tae Hyun memegang watak Ra Joon Mo yang merupakan seorang Senior Producer program 2 Days 1 Night sebab secara realitinya Cha Tae Hyun memang terlibat dan merupakan ahli tetap 2 Days 1 Night untuk dua musim berturut-turut iaitu musim kedua dan ketiga. Walaupun dalam drama ni diorang menggambarkan program 2 Days 1 Night sentiasa mendapat rating yang rendah tapi hakikatnya program 2D1N ini sentiasa mendapat rating yang tinggi di Korea dimana siaran program ini adalah serentak dengan program Running Man. Antara Scene/babak yang paling aku suka tengok masa watak Gong Hye Jin tu yang merupakan seorang yang tegas dalam bekerja tapi karakternyer akan bertukar jadi terlampau dan terlebih cute bila die mabuk. Part ni memang sangat x leh blah okey, bile die jadi cute tu mmg lawak habis, masa diorang berlakon babak ni banyak kali Kim So Hyun tergelak besar dengan gelagat Gong Hye Jin tu. Masa episod akhir pulak giliran K.So Hyun pula yang tiru gelagat G.Hye Jin yang jadi terlebih cute tu.
Ada di beberapa episod tertentu diorang selitkan babak2 NG yang macam bloopers tu yang mengandungi scene2 x brp jadi, syok tengok gelagat pelakon2 utama drama ni yang macam2 ragam. Aku juga suka tengok babak2 Cindy yang rajin melihat komen2 peminat mengenai dirinya dilaman sosial, siap diri die sendiri jadi ahli kelab anti fan nyer, x leh blah bila die yg menyamar jadi org lain dan dilantik jadi admin untuk kelab anti fan nyer sendiri, lawak betul hihi. Ending drama ni happy ending laa gak bila Ye Jin akhirnya bercinta dengan R.Joon Mo namun ending untuk Baek Seung Chan dengan Cindy agak kabur sikit sebab diorang tak bercinta pun tpi kira okeylaa tu. Apapun aku bagi 7 bintang dari 10 bintang untuk drama ni. Jom tengok Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Producer

Baek Seung Chan merupakan seorang rookie producer dalam Variety Departmen di stesen tv KBS. Dia merupakan orang baru di situ dan ditugaskan dalam program 2 Days 1 Night yang diketuai oleh Ra Joon Mo. Ra Joon Mo seorang yang baik namun bergelut dalam kariernya sebagai seorang senior producer yang mana rancangannya tidak mendapat rating yang tinggi. Baek Seung Chan tidak begitu suka dengan Ra Joon Mo dan R.Joon Mo juga tidak begitu suka dengan sikap B.Seung Chan yg agak lurus bendul. Tak Ye Jin pula merupakan Senior Poducer untuk rancangan popular Music Bank, die menghadapi masalah dalam percintaan dan turut ada hati pada kawan baiknya Ra Joon Mo namun Ra Joon Mo yang tidak suka dengan komitmen dalam perhubungan buat2 tidak faham mengenai perasaan Ye Jin padanya. T.Ye Jin mula berkenalan dan berbaik-baik B.Seung Chan apabila die secara tidak sengaja telah merosakkan kereta milik ayah Seung Chan. Ye Jin awalnya hanya berpura-pura baik dengan Seung Chan bagi mengelakkan dirinya dari membayar ganti rugi tentang kerosakan kereta tersebut, namun akhirnya Ye Jin senang dengan sikap Seung Chan yang baik dan mendengar kata.
Tambahan lagi Seung Chan juga secara tidak sengaja turut mengetahui rahsia Ye jin yang tinggal serumah dengan R.Joon Mo membuatkan mereka jadi rapat. Akhirnya Seung Chan jatuh hati pada Ye Jin, walaubagaimanapun Ye Jin menghadapi masalah dalam menguruskan perangai Diva penyanyi Cindy yang terlibat dlm programnya. Cindy juga jatuh hati dengan B.Seung Chan sehingga sanggup menerima tawaran menjadi cast dalam 2D1N semata-mata ingin dekat dengan Seung Chan. Namun Cindy juga tahu yang B.S.Chan ada hati pada orang lain. Dalam masa yang sama Cindy turut mengalami masalah dengan syarikat pengurusannya, dirinya asyik dieksploitasi oleh manager syarikat berkenaan sehingga membuatkan Cindy menghilangkan diri seketika dan tanpa dirancang Cindy akhirnya berada dan tinggal beberapa hari di rumah Ra Joon Mo dan Ye Jin. Di situ, Cindy mula menjadi rapat dengan dengan R.J.Mo, BSC dan Ye Jin. Manakala Ye Jin mula mengenali perangai sebenar Cindy dan berbaik-baik dengannya.

Cindy kembali semula setelah beberapa hari menghilangkan diri dan dirinya mula dihukum atas kesalahannya apabila manager syarikat tersebut mula mencari artis baru. Cindy berasa tertekan dan dirinya mula disisihkan oleh Syarikat Pengurusannya. Cindy juga mengalami tekanan hebat bila dituduh menipu dan Ye Jin menjadi penyelamat Cindy apabila berjaya membersihkan nama Cindy dan di saat sukar, Ra Joon Mo mempertahankan Cindy dari dibuang dari program 2 Day 1 Night. Akhirnya Cindy memutuskan untuk keluar dari syarikat pengurusannya dan berdikari sendiri dengan menguruskan kerjayanya sendiri dan bermula dari bawah semula.


Baca gak review drama2 korea yg lain kat bawah ni yer..

Read More »

20 Jul 2015

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Agung


Assalammualaikum..
Telefilem Cinta Paling Agung telah start ditayangkan di Astro First dan telefilem ini diarahkan oleh Hanung Bramanyto, yang merupakan pengarah bagi filem hits Indonesia iaitu Ayat-ayat Cinta. Telefilem Cinta Paling Agung ni dilakonkan oleh Aaron Aziz, Siti Saleha, Mia Sara, Zaskya Ada Meca dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis cite ni, jalan cerita Cinta Paling Agung ni macam familiar jer kan dan kita dah boleh agak apa yang terjadi seterusnya  Apapun jom layann sinopsis telefilem Cinta Paling Agung kat bawah ni k..

Sinopsis Cinta Paling Agung

Mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.
Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).


Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju. Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.
Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.
Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?
Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

Update!! - 28 Julai 2015
~Aku dah tengok cite Cinta Paling Agung ni, best gak, banyak pengajaran, cuma ending cite ni macam simple sangat la plak kan...

Read More »

19 Jul 2015

Sinopsis Filem Suamiku Jatuh Dari Langit

Assalammualaikum..
Filem Suamiku Jatuh Dari Langit ni tengah hangat ditayangkan di pawagam sempena hari raya ni. Filem ini dibintangi oleh Nora Danish, Qi Razali, Atikah Suhaime, Syuk SYJ dan ramai lagi. Kalau tak silap aku ni kali kedua Nora Danish dan Qi Razali berlakon dalam filem yang sama selepas filem Bencinta. Filem Suamiku Jatuh Dari Langit ni diarahkan oleh Eyra Rahman dan bergenre Romantik Komedi+islamik. Apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bwah k..

Sinopsis Suamiku Jatuh Dari Langit

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.
Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.
Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.
Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .
Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka. 
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017