-->

9 Nov 2016

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Sinopsis Drama Mr. Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi & Azira Shafinaz

Assalammualaikum..
Drama Mr Donat Karamel ini adalah drama terbaru di Slot Lestary menggantikan drama Sweetie Nanie yang telah tamat episodnyer. Drama ini sudah pun disiarkan sejak 2 November yang lalu dan dilakonkan oleh Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan DFKL, Roy Azman, Noniswara serta ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini juga adalah drama adaptasi Novel Mr Donat Karamel karya Novelis Hanny Esandra. Kalau korang nak baca online Novel Mr Donat Karamel ni boleh Klik ---> SiNi.. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya. Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya. Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.
Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka. Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan. Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Lagu Tema / OST Mr Donat Karamel
--> Jangan Kecam Cintaku Nyanyian Bahrain Rahman
Read More »

7 Nov 2016

Kecil Hati Punca Elly Mazlein Tarik Diri Daripada GV3

Kecil Hati Punca Elly Mazlein Tarik Diri Daripada Gegar Vaganza 2016

Musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza terus mencetuskan kontroversi apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir, malam tadi. Menjelaskan tindakannya berundur daripada GV3, Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya. "Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri. "Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,"katanya pada sidang media sejurus tamat konsert minggu keempat yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi. Terdahulu, ketika Elly diumumkan tidak mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3, ramai peminat dan pengikut program realiti itu bagai tidak percaya dan mempersoalkan keputusan dibuat. 

Elly dikatakan memaklumkan pihak produksi mengenai keputusannya berundur daripada GV3 di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Acong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang. Gagal mengawal emosi ketika diasak wartawan berhubung keputusannya itu, Elly memberitahu, dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya. "Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku," katanya. Sementara itu, pada sidang media berasingan, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menjelaskan timbul kekeliruan mengenai dakwaan kononnya tiada proses penyingkiran peserta pada minggu ini. Sambil merujuk kepada status Instagram yang dimuat naik pengacara GV3, Jihan Muse yang mendakwa Elly menarik diri selain tiada penyingkiran yang berlaku, Emarina menjelaskan, perkara itu tidak benar dan ia hanya pandangan peribadi pengacara terbabit. "Berdasarkan format sebelum ini, minggu duet memang ada penyingkiran. Elly tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Sarah yang mendapat 74.6," katanya.

Read More »

6 Nov 2016

Sinopsis Drama Amsyar TV9

Sinopsis Drama Amsyar Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Amsyar adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 dan TV3 dan sudah pun disiarkan bermula 28 Oktober yang lalu, menggantikan Drama Samudera Rindu yang telah tamat episodnyer. Drama ini dilakonkan oleh Ben Laden, Redza Rosli, Elly Mazlein, Hairi Safwan, Nafiz Muaz, Sabhi Saddi, Faralyna Idris, Wina Azlan, Nada Syuhada, Juedian Omar dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Dah lama tak nampak Elly Mazlein berlakon kan, kiranya selain GV3 drama terbaru lakonan Elly adalah drama Amsyar ni lah kan. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Amsyar

Mengisahkan Amsyar (Ben Ladin) yang merupakan anak tunggal kepada Farid (Kairul Nizam) dan Arfah (Faralyna Idris). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah. Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya, ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memukulnya sesuka hati. Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul (Redza Rosli), Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia (Juedian Omar) langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan.


Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim. Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.

Amsyar pernah jatih sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini? Adakah penderitaannya akan berakhir? Apa yang bakal berlaku seterusnya?.



Lagu Tema / OST Amsyar
--> Percuma Nyanyian Sabhi Saddi
--> Sabarlah Hati Nyanyian Elly Mazlein

Read More »

4 Nov 2016

Senarai 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 31

Senarai 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 31

Assalammualaikum..
Nampaknya Separuh Akhir Muzik Muzik Ke - 31 kembali lagi dan 30 lagu akan berentap untuk menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu (AJL31) yang akan berlangsung Januari 2017 nanti. Dari 30 lagu yang bertanding hanya 12 lagu yang akan ke AJL31 nanti. Apapun semua 30 lagu yang bertanding ni memang best dan hebat2 belaka. Lagu manalah yang akan berjaya ke AJL nanti kan? Apapun jom tengok senarai 30 lagu tersebut kat bawah ni k..

Senarai 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 31 

1.   Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2.   Akim & The Majistret - Obses
3.   Amyra Rosli feat Waris & Juzzthin - Ada Saja
4.   Ayda Jebat - Pencuri Hati
5.   Azhael - Mencinta
6.   Black - Anugerah Terindah
7.   Ezad Lazim - Demi Cinta
8.   Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
9.   Estranged feat Fazura - Hancur Aku
10. Faizal Tahir ft Elizabeth Tan - Setia
11. Hafiz Suip & Misha Omar - Terimaku Seadanya
12. Harris Baba - Katakan
13. Hazama & The Penglipur Lara - Di Amaran Mama
14. Hyper Act - Takkan Pergi
15. Ippo Hafiz - Kekal Bahagia
16. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
17. Janna Nick - Mungkin Saja
18. Khalifah - Hang Pi Mana
19. KRU - Hingga Ke Jannah
20. Mal Imran - Cinta Sukar Ditafsirkan
21. Mark Adam - Berat
22. Projector Band - Sudah Ku Tahu
23. Sakura Band - Polaroid
24. Shiha - Seperti Novel Cinta
25. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
26. Stacy - Romeo
27. Sufian Suhaimi - Terakhir
28. Syamel - Hidup Dalam Mati
29. Syamsul Yusof & Mawi - Kalah Dalam Menang
30. Tasha Manshahar & Syed Syamim - Ragu-Ragu
Read More »

Baca Online Novel Mr. Donat Karamel

Baca Online Novel Mr. Donat Karamel (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Mr. Donat Karamel karya Novelis Hanny Esandra telah pun diadaptasi menjadi drama bersiri di Tv3 untuk Slot Lestary. Hafidz Roshdi akan melakonkan watak sebagai Faiq Faiqal manakala Azira Shafinaz (De Fam) akan melakonkan watak Anggun Qairah, Idris Khan sebagai Zharif dll. Jadi sambil layan drama Mr Donat Karamel kat Tv tu, meh la gak baca Novel Mr Donat Karamel ni secara online, just klik jer link kat bawah ni k..
Baca Online Novel Mr Donat Karamel Bab 1 - 10

Read More »

3 Nov 2016

Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas - Drama Filipina TV3

Sinopsis Drama Filipina TV3 - Akin Pa Rin Ang Bukas

Assalammualaikum..
Drama Filipina yang bertajuk Akin Pa Rin Ang Bukas adalah drama terbaru di Slot Telenovela TV3, menggantikan Drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin yang telah tamat episodnya. Drama Akin Pa Rin ang Bukas ini sudah pun disiarkan di Filipina pada tahun 2013 yang lalu dan kini disiarkan di Malaysia pula. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Lovi Poe, Rocco Nacino, Cesar Montano, Charee Pineda, Liza Lorena, Gary Estrada, Solenn Heussaff, Gloria Romero dan ramai lagi. Aku ada tengok gak drama ni, dan boleh tahan gak jalan ceritanyer, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Telenovela TV3 - Akin Pa Rin Ang Bukas

Jalan ceritanyer bermula dengan Emma Ignacio yang bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah rumah orang kaya iaitu rumah Villacorta. Suatu hari Emma telah mengandung akibat hubungannya dengan Roel yang merupakan anak majikannya. Roel seorang Playboy tidak mahu bertanggungjawab manakala ibu Roel pula iaitu Beatrice menghalau Emma serta memfitnah Emma sehingga ditangkap polis. Akhirnya Emma dilepaskan setelah membuat perjanjian dengan Roel agar Emma tidak mengganggunya lagi. Emma kemudiannya melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakannya Lovelia. Disebabkan kehidupan mereka sangat miskin serta Lovelia juga menghidap penyakit jantung, memaksa Emma menerima pelawaan kekasihnya untuk tinggal bersama dan kekasihnya akan menanggung segala kos rawatan Lovelia. Walaubagaimanapun kekasih Emma mula berubah menjadi panas baran, hal ini diburukkan lagi dengan perangai anak sulung kekasihnya Agatha yang sangat bencikan Emma dan juga Lovelia. Mereka akhirnya keluar dari rumah kekasihnya dan Emma akhirnya sengaja membiarkan Lovelia tinggal di rumah keluarga Roel secara paksa dan menghilangkan dirinya. 
Kehidupan Lovelia mula berubah setelah tinggal dengan ayahnya yang kaya iaitu Roel, Lovelia mempunyai hubungan baik dengan ayahnya Roel. Walaubagaimanapun neneknya Beatrice masih benci dan enggan menerimanya dalam keluarga mereka. Lovelia kemudiannya membesar menjadi gadis yang cantik dan bijak, die bekerja sebagai Creative Director di Syarikat keluarga ayahnya. Lovelia juga mempunyai hubungan rapat dengan Conrad Alperos, kemudian Lovelia bertemu dengan Jerry yang menyamar sebagai jejaka kaya yang bernama Gerald, malah die turut bertemu semula dengan bekas kakak tirinya iaitu Agatha dan Agatha berpura-pura insaf dan meminta maaf pada Lovelia atas perbuatan kejamnya ketika mereka masih kecil. Lovelia akhirnya memaafkan Agatha tanpa mengetahui yang Agatha dan Jerry sudah sama - sama berpakat untuk merampas kekayaannya dan ayahnya Roel. Agatha dan Jerry menjalankan misi masing - masing yang mana Agatha akan memikat Roel ke dalam perangkapnya manakala Jerry pula akan cuba memenangi kepercayaan dan cinta Lovelia.
Agatha tetap fokus dengan rancangan jahatnya namun berbeza pula dengan Jerry, apabila dirinya sudah jatuh cinta dengan Lovelia dan membuatkan Agatha dan Jerry bergaduh. Lovelia berasa sedih apabila mengetahui keadaan kesihatannya yang semakin teruk dan perlu buat pembedahan pemindahan jantung dengan segera. Lovelia dan Jerry akhirnya lari dari rumah dan berkahwin. Tidak berapa lama selepas itu Lovelia mengandung dan dinasihati oleh doktor untuk mengugurkan kandungannya kerana masalah jantungnya itu. Roel pula membawa pulang Agatha untuk mengahwininya kerana Agatha mengaku yang dirinya juga dah mengandung. Keadaan mula rumit apabila Roel, Agatha, Jerry dan Lovelia tinggal dalam rumah yang sama. Lovelia kemudiannya keguguran dan membuatkan Jerry berasa sedih, namun selepas itu Jerry mula berasa cemburu apabila mengetahui yang Agatha juga mengandung dan keadaan mula menjadi semakin buruk. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Apa yang akan dilakukan Lovelia setelah mengetahui kebenarannya?
Read More »

2 Nov 2016

Sinopsis Drama Umairah TV3

Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3 

Assalammualaikum..
Drama Umairah adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan Drama Patahnya Sebelah Sayap yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula disiarkan sejak 25 Oktober yang lalu dan mempunyai 15 episod. Drama Umairah ini dilakonkan oleh Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Octovia Manrose, Shajiry, Shiqin Kamal, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan merupakan terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd. Rasanya kalau tak silap ni kali pertama Lufya pegang watak utama jadi heroin drama gitu. Apapu jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Umairah TV3

Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma. Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya. Kedatangan Shahrizal ke syarikat Garuda Global untuk mencari pekerjaan. Dia membawa keratan akhbar mengenai syarikat tersebut yang memaparkan jawatan kosong sebagai Akauntan. Dia ingin mencuba jawatan tersebut yang sesuai dengan kelayakannya sebagai Pemegang Ijazah Perakaunan. Apatah lagi, syarikat ini sememangnya tempat yang dia idamkan untuk bekerja sebelum ini. Akhirnya Shahrizal ditawarkan bekerja di syarikat Garuda Global sebagai Akauntan. Sementara itu Nadia, setiausaha Dato’ Amir tertekan apabila kekasihnya Andy yang merupakan bekas akauntan syarikat telah dipecat kerana kes pecah amanah. Dia mendesak Nadia untuk menjatuhkan Garuda Global secara perlahan-lahan dengan menyeludup beberapa dokumen penting untuk Andy.


Shahrizal diminta oleh Dato’ Amir untuk menjemput Umairah di lapangan terbang. Setibanya di lapangan, Rizal tercari-cari Umairah. Setelah menghubungi Umairah, dia seakan-akan tertarik dengan kelunakan suara Umairah memberi salam dan hatinya meronta-ronta untuk bertemu Umairah. Sangkaannya Umairah sudah tentulah cantik dan bergaya seperti Nadia namun sangkaannya meleset. Umairah memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Shahruzal yang sedang tercari-carinya. Sebaik saja Rizal toleh pandang Umairah. Dia sangat terkejut melihat penampilan Umairah yang berjubah dan tudung labuh serta nampak sangat kekampungan, muslimah sejati. Dato Amir mahukan anaknya-anaknya kelak mengambil alih tempatnya di syarikat namun anaknya Umairah mahupun Sabrina tidak mempunyai kemahuan untuk mewarisi syarikat ayahnya itu. Suatu hari di pejabat, Dato’ Amir meminta Shahrizal untuk menjadi manantunya dan mengahwini Umairah. Apakah keputusan Shahrizal? Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?
Read More »

1 Nov 2016

Sinopsis Filem Mat Moto Otai

Sinopsis Filem Mat Moto Otai

Assalammualaikum..
Filem Mat Moto Otai telah pun ditayangkan di Pawagam pada 6 Oktober yang lalu. Kalau sebelum ni dah ada filem Mat Moto, kali ni ada filem Mat Moto Otai pula yang diarahkan oleh Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Dato Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Cat Farish, Opie Zami, Jue Aziz, Maznah Zolkifli, Wan Sharmila, Shasha Saidin, Hairul Asri serta ramai lagi. Dari tajuk filem ni pun dah tahu kan filem ni berkisarkan tentang Motor hehehe. Apapun jom tengok sinopsis ringkas filem ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Mat Moto Otai

Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan tentang empat sahabat yang berusia pertengahan, mempunyai minat yang sama iaitu terhadap Motorsikal. Ia memaparkan tentang perjalanan mereka sebagai "Mat Moto Otai". 
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017