-->

19 Mac 2016

Moorim School - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Banyak Drama Korea yang dah tamat episodnya, dan banyak review yang aku nak kena buat ni hehehe. So hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Moorim School. Drama ini dilakonkan oleh Lee Hyun Woo sebagai watak Yoon Shi Woo, Lee Hong Bin sebagai Wang Chi Ang, Seo Ye Ji sebagai watak Shim Soon Duk, Jung Yoo Jin sebagai Hwang Sun Ah dan ramai lagi. Drama ini baru saja habis ditayangkan pada 8 March yang lalu dan mempunyai 16 episod kesemuanya. Sepatutnya drama ni 20 episod, namun disebabkan masalah2 tertentu serta rating yang agak rendah menyebabkan drama ini hanya setakat 16 episod jer. Jalan cerita drama ini bermula dengan baik, tambahan lagi jalan ceritanya amat berbeza dan unik kalau nak dibandingkan dengan drama Korea yang lain. Aku suka dengan permulaan drama ni, rasa teruja nak tahu apa yang bakal berlaku seterusnya. Moorim School ni dah macam sekolah Harry Potter la plak hahaha sebab hanya orang2 tertentu jer boleh jumpa n masuk sekolah ni. Tambahan lagi Moorim School ni terletak dalam hutan dan susah untuk dijumpai. Selain tu pengajaran dan pembelajaran di Moorim School ni jugak berbeza dari sekolah biasa. Aku suka tengok cara diorang buat ujian dan peperiksaan tu semua, memang menarik dan unik habis.
Aku juga suka tengok Bromance antara Yoon Shi Woo dan Wang Chi Ang tu, diorang ni awalnya musuh ketat tapi lama kelamaan diorang berdua ni jadi sangat akrab la plak. Comel jer tengok diorang berdua ni jadi kawan baik. Aku perasan gak yang rambut Lee Hyun Woo yang memegang watak sebagai Y.Shi Woo ni kerap betul bertukar warna dan style rambut, kejap kelabu, kejap oren kejap hitam hihihi. Namun disebabkan Yoon Shi Woo dan Wang Chi Ang menyukai perempuan yang sama iaitu Shim Soon Duk membuatkan persahabatan mereka berdua mula menjadi renggang. Aku tak berapa gemar tengok kisah cinta tiga segi antara diorang bertiga ni, macam mengganggu jalan cerita jer. Aku lebih suka kalau drama ni just memfokuskan tentang Moorim School tu jer dan sebab tu jugalah aku akan sentiasa skip / langkau babak2 yang menunjukkan tentang kisah cinta Shim Soon Duk, Y.Shi Woo serta W.Chi Ang ni. Entah kenapa aku tak berapa suka lakonan So Ye Ji sebagai Shim Soon Duk tu, sebelum ni aku suka jer tengok die berlakon dalam drama The Night Watchman tu tapi dalam drama ni aku rasa watak die sangat la tak best, macam terlampau baik sangat hehehe tapi aku suka tengok part2 die berlawan tu so xdela nampak die lemah sangat ker ape kan.
Aku suka tengok perangai Yoon Shi Woo yang berubah jadi lebih baik lepas die masuk Moorim School ni, die sentiasa pentingkan kawan2 die, cuma satu jerla yang aku tak suka pasal Y.Shi Woo ni, yang mana die dah tahu dari awal lagi yang Wang Chi Ang sangat sukakan S.Soon Duk tu, tapi die still nak try mengorat S.Soon Duk tu. Walaupun S.Soon Duk tu juga sukakan Y.Shi Woo gak tapi patutnya Y.Shi Woo tu kenala jaga perasaan Wang Chi Ang gak sebab diorang kan kawan baik, ni pakai rampas terus je hehehe. Patutnya die slow talk dulu ker dengan W.Chi Ang ker ape ker dulu sebelum die betul2 cuba tackle S.Soon Duk tu. Tak pasal2 dah buatkan W.Chi Ang jadi marah, kalau aku kat tempat W.Chi Ang pun aku marah gak,  hehehe. Lepas dari kes rampas cinta ni semua, W.Chi Ang mula memberontak, die sentiasa ingin menewaskan Y.Shi Woo dalam apa cara sekalipun. Aku juga menyampah tengok watak Yub Jung tu yang sentiasa ego dan perasan bagus sangat, pastu die suka merendah-rendahkan kebolehan kawan2 die yang lain kat Moorim School tu. Lagu Tema / OST drama ni boleh tahan gak laa tapi takdelaa best sangat sampai buat aku gi download ker ape kan.
Tak leh blah tengok salah sorang pengajar di Moorim School tu merupakan musuh dalam selimut, ada hati nak jadi Dekan gitu hahaha. Apapun agak menarik juga bila tengok tenaga pengajar serta pelajar2 di Moorim School ni terdiri dari pelbagai negara bukan hanya dari Korea saja. Aku suka tengok scene2 yang ada pertandingan tu, yang mana semua pelajar Moorim School masuk bertanding dan berlawan antara satu sama lain, Pastu masa berlawan tu, Yoon Shi Woo keluarkan kuasa misteri die tu semua, agak menarik masa ni hehehe. Kadang2 kesian juga dekat Wang C. An tu yang sentiasa tertekan, dah la orang yang disukainya tu suka kat orang lain pastu die plak kena cuba sedaya upaya membanggakan ayahnya. Dekat2 penghujung cerita, drama ni start memfokuskan tentang Kunci Chintamani yang menjadi rebutan banyak pihak disebabkan sesiapa yang memiliki kunci tersebut akan mampu menguasai semua benda mahupun alam semesta. Manakala Kunci Chintamani ni plak terbahagi kepada tiga bahagian, satu bahagian ada pada Yoon Shi Woo, satu lagi ada pada ayah Wang Chi Ang dan satu lagi ada kat lantai Moorim School. Ramai tak menyangka yang kunci tu ada kat lantai Moorim School, jenuhla orang jahat tu semua cari kat seluruh sekolah tapi tak jumpa.
Terdapat juga twist dalam cite ni, yang mana aku ingatkan ayah Wang Chi Ang iaitu Wang Hao yang paling jahat dalam cite ni, tapi rupanya tidak, orang jahat yang bernama Juk Poong tu adalah orang tua yang sentiasa bersama dengan ayah W.Chi Ang tu selama ini. Tak sangka orang tua tu jahat sebenarnya, sebab nampak baik jer. Aku juga ingatkan Wang Hao ni langsung xde perasaan sayang kat anak die iaitu Wang Chi Ang. Namun bila W. Chi Ang suruh ayah die buat pilihan sama ada die nak selamatkan dirinya atau kunci Chintamani tu, ayah die akhirnya pilih nak selamatkan anak die. Kat sini baru nampak laa yang Wang Hao ni sayang gak kat anak die ni. Selain itu penonton juga dah boleh teka yang Yoon Shi Woo dan Hwang Sun Ah tu sebenarnya adik beradik. Ending drama ni mestilah happy ending kan, bila Yoon Shi Woo still jadi artis n dah berbaik dengan Wang Chi Ang dan dirinya juga bahagia dengan Shim Soon Duk tu, siap diorang nak kahwin dah manakala Wang Chi Ang pula dah menguruskan syarikat ayahnya. Nampaknya Wang Chi Ang dah move on, die dah lupakan S.Soon Duk tu n kini bercinta dengan Hwang Sun Ah yang merupakan kakak kepada Y.Shi Woo tu hehe. Hwang Sun Ah jadi dekan di Moorim School menggantikan ayah angkatnya tu dan Shim Soon Duk menjadi salah seorang dari tenaga pengajar di Moorim School tu.
Begitulah ending drama Moorim School ni, bagi aku, drama ni kira okeyla juga untuk ditonton, tapi takdelah terlampau best sangat, sebab ada episod2 yang menarik dan best namun ada gak episod2 yang sedikit bosan gitu. Apapun aku bagi 6.5 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.

5 ulasan:

  1. setuju.. ada episod yg agak slow.. ayu nie dok sangkut lagi 2 episod. tak abis2 lagi..

    BalasPadam
  2. memang xleh menafikan drama ni memang best.. ^^

    jemput join segmen shawal.. :D

    http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html

    BalasPadam
  3. try la tgk ONE MORE HAPPY ENDING

    BalasPadam
  4. @Tanpa Nama dah lama dah habis tengok cite one more happy ending ni cuma belum buat review jer lagi :)

    BalasPadam
  5. Ye dho aku tak suka karakter di si woo tu sbb dia dh tau chi ang suka kt pempuan tu dia still rampas hmm kalau aku jdi chi ang aku pon buat bnde yg sama

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017