-->

1 Feb 2015

Ikhtiar

Read More »

31 Jan 2015

Virus Tersingkir Di Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega 2014

Assalammualaikum..
Separuh Akhir MLM2014 menyaksikan Kumpulan Virus tersingkir dan Zero, Sepahtu, Nabil, Shiro dan Bocey mara ke Final Maharaja Lawak Mega 2014. Nampaknya bukan rezeki Virus untuk ke Final musim ini. Rasanya next season better Zizan kekal bersama Jozan jer dan jangan join group lain dah. Jambu pula memang dah serasi berdua, bila bertiga ni nampak macam kurang serasi sikit walaupun semua dah lama kenal sejak Raja Lawak 1 lagi. Apapun All The Best untuk Zizan, Pak Yus dan Tauke. Berbalik pada saingan Separuh Akhir MLM2014 jumaat lalu, tema Props dan Loghat agak susah juga, ternyata untuk tema Loghat hanya Nabil saja yang mampu dapat 5 bintang.

Apapun Nabil cemerlang di minggu Separuh Akhir ini dan melayakkannya untuk ke Final. Zero pecah rekod kerana berjaya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Final MLM2014 ini, tahniah buat Zero dan semua peserta lain. Tema untuk Final Maharaja Lawak Mega 2014 ni nanti pastinya Muzikal Komedi dan Bebas. Agak2 korang Sape yang bakal menang MLM2014 ni yer???
Read More »

30 Jan 2015

Sinopsis Drama Anak Ke-5 Slot Kelakarama TV9

Assalammualaikum..
Di Tv9 dah ada slot baru yang dinamakan Slot Kelakarama dan di slot ni akan menampilkan drama sitkom Anak ke-5. Drama ini akan dilakonkan oleh Chacha Maembong, Janna Nick, Liza Abdullah, Linda Hashim, Riz Aman dan ramai lagi. Kalau tengok dari Sinopsis drama ni memang nampak best dan kelakar, jadi bolehla tengok nanti pada setiap Sabtu, 8.30 malam. Apapun Jom layann Sinopsis Drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Anak ke-5
Drama ini mengisahkan Tini, seorang gadis yang membesar di Indonesia terkejut apabila mengetahui yang dirinya merupakan anak angkat yang diculik dari sebuah keluarga di Malaysia 22 tahun dahulu. Ingin merubah nasibnya, Tini nekad meninggalkan Indonesia dan terbang ke Malaysia untuk mencari keluarga kandungnyaNamun kedatangan Tini telah merubah keadaan keluarga kandungnya. Dibesarkan dengan latarbelakang yang berbeza, Tini bukan sahaja sukar untuk menyesuaikan diri malah menjadikan keluarga kandungnya porak-peranda. Pelbagai aksi lucu terjadi ketika Tini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan dan juga keluarga barunya itu.
Read More »

29 Jan 2015

Birth Of A Beauty - Korean Drama Review



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Birth of a Beauty lakonan Han Ye Seul, Jo Sang Wook, Jung Gyu Woon, Wang Ji Hye dan ramai lagi. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea pada 11 Januari 2015 dan mempunyai 21 episod. Drama ini bergenre Romantik Komedi. Semua pelakon utama Birth of a Beauty ni ada muncul jadi guest untuk episod 219 Running Man. Seronok tengok diorang dalam RM tu sebab semuanya sporting habis n kelakar, berbeza dengan karakter watak diorang dlm drama Birth of a Beauty ni hehehe. Han Ye Seul kembali berlakon setelah kontroversi yang berlaku dalam dramanya sebelum ini. Wang Ji Hye memang selalu diberikan watak jahat dalam kebanyakkan drama hehe. 
Aku suka tengok Jung Gyu Woon berlakon walaupun die pegang watak jahat dalam drama ni hehehe manakala Jo Sang Wook pula memang cemerlang dengan drama2 yang bergenrekan Romantik Komedi ni. Agak kurang gemar melihat diskriminasi yang berlaku terhadap orang yang berbadan besar dalam drama ni. Ini jelas kelihatan dalam watak Sa Geum Ran ketika masih gemuk, x leh blah tengok die jatuh tergolek dalam bas pun xde sape yang tolong, kejam giler kann. Pastu dengan layanan keluarga mertua die yang buat die macam orang gaji dan layan die mcm sampah. Tu belum masuk lagi dengan suaminya yang kahwin dengan die sebab harta pastu curang lagi n then cuba bunuh die lak tu. Kadang2 geram gak dengan Sikap Sa Geum Ran yang terlalu baik hati tu sampai kena tindas sedangkan die ada jer ilmu pertahankan diri macam Judo tapi still terlampau baik sesangat.
Aku sangat suka melihat reaksi watak Jo Sang Wook sebagai Han Tae Hee, reaksi dan perwatakkan die dlm drama ni sangat cute dan kelakar. Reaksi die yang cuba menidakkan yang die sudah jatuh cinta pada Sara tu sangat lawak okey hehe. Die mmg sesuai sangat dengan watak2 komedi macam ni mahupun watak serius. Seronok tengok misi2 balas dendam yang dilakukan oleh Sara dan H.Tae Hee untuk membalas dendam pada Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon. Jalan cerita drama ni menghiburkan, cuma bila masuk episod 16 camtu, jalan cerita drama ni mula jadi serius dan sedikit meleret-leret. Mulai episod tu jalan cerita mulai jadi sedikit boring bila Sara dipaksa untuk tinggalkan H.Tae Hee untuk menyelamatkannya dari sebarang ancaman. So mulalah part Sara jauhkan diri tapi still ambil berat pada H.T.Hee. Apapun memang part ni boring terus aku skip2 jer hehehe.
Ending drama ni still happy ending gitu, yang jahat semua dapat balasan yang setimpal. Apapun aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Apapun Jom Layan Sinopsis drama ni kat bawah k.
Sa Geum Ran seorang yang baik hati, namun kebaikannya itu dipergunakan oleh keluarga mertuanya, dirinya dilayan seperti sampah. Suatu hari Geum Ran mendapat tahu yang suaminya Lee Kang Joon curang dan mempunyai affair dengan announcer terkenal yg bernama Gyo Chae Yeon. Sa Geum Ran tidak dapat menerima hakikat yang suaminya ingin bercerai dengannya lalu mengugut suaminya untuk mendedahkan skandal suaminya dengan Gyo Chae Yeon pada semua. Lee Kang Joon mengekori kereta yang dipandu Sa Geum Ran dan cuba membunuhnya. Akhirnya kereta yang dipandu S.G.Ram terbabas dan jatuh ke dlm laut. Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon berpakat dan merahsiakan perkara sebenar. Semua menyangka Sa Geum Ran membunuh diri namun Sa Geum Ran tidak mati sebaliknya dirinya pergi berjumpa dan merayu dengan Han Tae Hee yang disangkanya seorang Pakar Bedah Plastik.
Disebabkan Han Tae Hee juga mempunyai motif tertentu, dia bersetuju untuk membenarkan Sa Geum Ran menjalani pembedahan plastik seluruh badan. Akhirnya Sa Geum Ran menjadi orang baru, dirinya menjadi sangat cantik, kurus dan menukar namanya kepada Sara. Sejak itu Sara tinggal dengan Han Tae Hee dan mengikut segala arahan Han Tae Hee padanya. Akhirnya Sara dan Hae Tae Hee berpakat untuk menggagalkan perkahwinan Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon. Dengan wajahnya yang baru dan cantik, Sara mula menggoda suaminya Lee Kang Joon dan L.K.Joon tidak tahu yang Sara adalah isterinya lalu mula terpikat sedikit demi sedikit pada Sara. Manakala Han Tae Hee pula ingin mendapatkan cinta Gyo Chae Yeon. Namun atas desakan dan ugutan Gyo Chae Yeon, die dan Lee Kang Joon tetap berkahwin. Maka Sara dan H.T.Hee mengubah plan untuk membuatkan mereka bercerai pula.
Akhirnya Sara mendapat tahu yang Lee Kang Joon memang ada niat untuk membunuh dirinya ketika die masih menjadi Sa Gem Ran dulu, dan ini menyebabkan Sara berasa sangat sedih dan akhirnya membuat keputusan untuk membuatkan L.K.Joon ditangkap atas tuduhan membunuh Sa Geum Ran. Han Tae Hee pula mula berasakan yang dirinya kini jatuh cinta pada Sara. Ketika cinta Sara dan H.T.Hee bersemi, Gyo Chae Yoon mendapat tahu identiti sebenar Sara. Keadaan mula menjadi rumit apabila musuh Han Tae Hee iaitu Han Min Hyuk yang juga Boss pada Lee Kang Joon turut suka pada Sara. Setelah sekian lama, akhirnya Lee Kang Joon juga turut mendapat tahu yang Sara sebenarnya adalah Sa Geum Ran dan mereka masih lagi suami isteri kerana belum bercerai. Apa yang bakal seterusnya kenalah tengok drama ni hehehe.
Baca Jugak yer Entry kat bawah ni k..

Review Drama Lakonan Jo Sang Wook yang terdahulu:

Review Drama Lakonan Jung Gyu Woon  yang terdahulu:

Review Drama Lakonan Wang Ji Hye yang terdahulu:


Read More »

28 Jan 2015

CPUV Nuffnang : Lactacyd - Malay Millennium

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk tahun 2015 ni iaitu Lactacyd - Malay MillenniumTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini ada 17 Cpuv yang still on going.Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

27 Jan 2015

Inspire

Read More »

26 Jan 2015

Pinocchio - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Pinocchio yang dibintangi oleh Lee Jong Suk, Park Shin Hye dan ramai lagi. Drama ni baru saja habis ditayangkan di Korea pada 15 Januari 2015 yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama ini menggabungkan semula pengarah, penulis skrip dengan pelakon Lee Jong Suk dan Kim Hae Sook yang pernah terlibat dalam drama Popular I Hear Your Voice (2013) reunion gitu kann. Drama ni antara drama yang popular dan mempunyai rating yg baik ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang unik dan suspen. Subjek utama cite ni adalah wartawan dan kebenaran, selain itu dalam drama ni terdapat juga elemen kekeluargaan yang menarik disamping elemen percintaan.
Dari komen2 yang aku baca ramai juga yang memuji lakonan Park Shin Hye yang dikataan lebih baik dalam drama ni termasuklah keserasiannya dengan hero drama ini iaitu Lee Jong Suk. Wataknya sebagai Choi In Ha yang mempunyai Sindrom Pinocchio iaitu tidak boleh menipu juga sangat unik dan menarik bagi aku kerana setiap kali Choi In Ha menipu die akan tersedu, dan penipuannya akan menjadi tidak berjaya. Lakonan Lee Jong Suk sebagai Choi Dal Po/Kim Ha Myung juga cemerlang, banyak secene2 yang menyayat hati yang membabitkan wataknya. Antara scene yang best tentulah scene yang memabitkan dirinya dan abang kandungnya tu. Pertemuan dua beradik yang telah lama terpisah namun ianya tidak lama kerana perbuatan jenayah abangnya perlu didedahkan. Aku suka tengok Scene CDP/Kim Ha Myung dengan abang die tu, sweet, tragis dan sedih.
Drama ni memang banyak scene sedih okey, scene misi balas dendam untuk Mak In Ha iaitu Song Cha Ok tu pun best, CDP/K.Ha Myung berusaha untuk mencari dalang sebenar serta membongkar kebenaran disebalik kematian ayahnya dulu. Ingatkan Mak Seo Beom Joo tu baik sebab nampak peramah jer rupanya sebaliknya, die ada sisi gelapnya yang sengaja disembunyikan. Selain banyak scene2 yang sedih dan suspen, terselit gak scene2 kelakar dalam drama ni antaranya aku suka tengok reaksi CDP/K.H.Myung yang terkejut dan marah2 manja kat ayahnya yang selalu suka curi2 duit dalam tabung die tu hehehe, adoii lawak betul. Seterusnya aku suka gak tengok perwatakkan ayah In Ha yang suka marah2 In Ha tu hehe, seronok tengok kerenah family Choi In Ha ni. Part Dal Po/Ha Myung nak tinggalkan rumah untuk berpindah ke rumah abang die tu sedih jer, sebab semua pun sedih n nangis.
Kerenah para wartawan yang bekerja di YGN dan MSC tu juga menarik dan lawak. Lee Bo Young dan Yoon Sang Hyun yang memegang watak sebagai peguam bela dalam drama I Hear Your Voice turut membuat special appearance dalam drama Pinocchio ni, namun Lee Bo Young hanya meminjamkan suaranya saja hehehe. Ending drama ni semestinyalah Happy Ending, tapi kesian gak kat watak Seo Beom Joo sebab mak die jahat, Apapun memang berbaloi tengok drama ni, tambahan lagi penulis skripnya juga adalah orang yang sama yang menulis skrip I Hear Your Voice. Bagi yang belum tengok bolehlaa tengok cite ni nanti tak pun tengok je kat Tv di Channel One tu dan aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Baca Gak Entry di bawah ni yer..

Review Drama Lakonan Lee Jong Juk Suk yang Terdahulu:

Review Drama Lakonan Park Shin Hye yang terdahulu:



Read More »

25 Jan 2015

Zero, Nabil, Sepahtu, Shiro, Virus dan Bocey Ke Separuh Akhir MLM2014

Assalammualaikum..
Di minggu ke 11 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan tiada penyingkiran, manakala kump Sepahtu, Virus dan Shiro berada pada kedudukan bottom three. Ini bermaksud semua peserta iaitu Zero, Nabil, Sepahtu, Shiro, Virus, Bocey akan ke peringkat Separuh Akhir MLM2014 iaitu minggu ke-12. Mengimbas semula persembahan peserta di minggu ke-11, ternyata Zero kembali bangkit dan beraksi dengan baik dalam kedua-dua tema iaitu, Silent Komedi dan Karoot Komedia. Hope Zero terus konsisten dan masuk ke final nanti. 

Apapun di minggu Separuh Akhir nanti, pastinya lebih sengit kerana di minggu tersebut pastinya akan ada satu penyingkiran. Sayanglah kalau tersingkir sebab hanya selangkah lagi untuk ke Final kan. Tak dapat nak jangka peserta mana yang bakal tersingkir nanti kerana masing2 ada kelebihan. Apapun kita tunggu dan lihat di minggu ke 12 Maharaja Lawak Mega 2014 nanti..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017