2 Jan 2013

Review MaHaRaJa LaWaK MeGa 2012 Minggu ke-7

Assalammualaikum..
Baru habis update blog JOZANFC nanti jangan lupa singgah kat sana k..sekarang nk update blog sendiri lak..adehh Review Minggu ke-7 MLM2012 x buat lagi hehe..ada yg tertunggu nak baca ker?ikut hati nak buat review Korean Drama tpi esok2 lah hehehe...jom tengok My Review ttg MLM2012 Minggu ke-7..x lengkap lak rasa kalau x buat Review MLM2012 minggu ke-7 ni sbb JOZAN sweet jadi budak sekolah hahaha...
Minggu ke-7 MLM2012 bertemakan Loghat dan Kembali Ke Sekolah..

JOZAN
JOZAN di  Segmen pertama menggunakan loghat Terengganu dan Loghat English ala2 Afrika hahaha..okey gak la..ada part2 kelakar gak..tapi rasenyer yg paling buat aku gelak masa AC Mizal cakap Zizan pakai rambut palsu tuh semua nampak mcm bini die dah iaitu Emylia..apa lagi pas AC cakap gitu terus datang gedik Zizan haha..Johan senyum dan ketawa jer tgk gelagat AC dan Zizan masa ni..hehehe
JOZAN di segmen ke-2 yg bertemakan Kembali Ke Sekolah mmg meletup haha Zizan jadi Fida awek JoHan yg nak mintak clash dgn JoHan siap dua2 pakai baju sekolah..haha comeynyer dua2..Johan nampak cool,ensem dan comey dgn rambut gitu serta gaya die..Zizan plak mmg sesuai sgt muka die ngan tudung haha..qiut..mmg serasi. sgt dah dua2 ni..part Johan pegang muka Zizan mmg x boleh blah lawak..sweet jerr diorang ni jadi pakwe makwe hehe ;) suke tengok JOZAN jadi gini muahaha comey sokmo+sweet ..Zizan plak asal jadi perempuan mmg gedik die menjadi-jadi haha..tudung senget bagai..pastu dengan gaya die melambai-lambai kt semua org..Johan ckp Zizan dh mcm perempuan Palestin dah hehe..
JAMBU
Kump JamBu di segmen pertama menggunakan pelbagai loghat..awal2 diorang ada atas pentas belum buka mulut lagi dh ramai yg gelak..haaha apapun aku suka show Jambu yang kedua punya iaitu di segmen Kembali Ke Sekolah.haha nampak lawak part pi panggil2 orang tuh..hehe..
SHIRO
Shiro minggu ni okey gak tapi kureng sikit kot kalau nk banding dgn minggu lepas..Segmen pertama diorang menggunakan loghat kelantan dengan Jawa..cerita pasal Mat Yo sesat kat Johor x sempat nk gi training terjumpa dengan wak Shahrol masa ni hehe..Segmen ke2 part Ajak Shiro menari tuh mmg x boleh blah hahaha..
BOBOI
Boboi Bottom three minggu ni..mmg mengejutkan semua org..bagi aku Boboi punya persembahan boleh tahan gak..mcm lisa surihani ckp Boboi buat lawak bijak..pasal komputer sume, maybe ramai x faham or x gemar tgk Afdlin speaking kot masa segmen ptama tu..ntahlaa..aku rasa show BOBOI minggu ni lebih baik dari minggu2 sebelumnya..

SAYWHO
Rasanya ramai yg tertunggu-tunggu show SaywHo untuk segmen Loghat tuh hehee..siap ada loghat N9,Kelantan sume..tapi aku lebih suka show Saywho di segmen kedua..qiut jer lawak diorang masa jadi budak2 sekolah tu simple qiut n lawak..
R2
R2 di segmen pertama kurang menyerlah dgn loghat Jepun tu semua..Segmen kedua baru la nampak okey n best terutama part menyelesaikan masalah Matematik tuh hahah..
SABON
Kump SaBon di segmen pertama menggunakan loghat Perak dan Kelantan emm bolehlaaa tahan..Abon cakap Perak mmg best dengar hehehe..di segmen kedua Abon dan Sathiya jadi budak sekolah haha..lawak la juga..rasanya part paling lawak masa AC masuk jadi bapak sathiya haha..x leh blah tgk reaksi AC masa ni haha...walaubagaimnapun Kump SABON akhirnya tersingkir di minggu ke-7..

MLM2012 minggu ke-8 akan berlangsung di Terengganu dengan bertemakan cerita rakyat & radio...moga JoHaN Cepat sembuh dan kembali pulih spt biasa aminnn...
gambar diatas kredit to BuahMulut.com n Love_JZ
Read More »

1 Jan 2013

ReNuNG-ReNungKan & SeLaMat BeRaMaL



Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

==========
Read More »

31 Dis 2012

SoRry Lewat Sikit...




Akhirnya setelah mngalami suatu keadaan yang tidak selesa iaitu dengan perkataan yang lebih senang difahami kurang sihat..akhirnya Alhamdulilah kini semakin sembuh..sebab tulah blog ni dah beberapa hari x berupdate..so maafkan saya bagi sape2 yang tertunggu-tunggu update dari blog ni khususnya kepada semua peserta segmen saya iaitu Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun..Insyaallah hari ni atau esok akan saya senaraikan semua peserta yang telah join segmen saya ni..dont worry link2 anda akan saya kemaskinikan sekejap lagi..so stay tune..pasni dh boleh blogwalking dengan lengkapnya ;) sorry yer pada smua sebab terlewat nak umumkan keseluruhan senarai peserta tuh..
Read More »

29 Dis 2012

SegMeN TaMBaH FoLLoWeR Di HuJuNg TaHuN

Ini Entry Melekat..Entry terbaru sila skroll ke bawah yer...
Assalamualaikum..
Hari ni rasa nak buat Segmen lak..ni adalah segmen ke-2 yang saya buat..so harap you all semua sudi join k...simple jer segmen ni..so Jom Join ramai2 yer..
SyaRat-Syarat Penyertaan
1~Buat entry dan letakkan tajuk: Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun
2~Letakkan Banner diatas dalam entry anda dan linkkan ke entry segmen ini..
3~Follow Blog saya yer tgk kat atas sekali n follow gak google plus saya klik jer kat sidebar tuh..(x wajib)
4-Klik Like kat Fanpage FB saya http://www.facebook.com/pages/Miss-BaNu-StoRy/220198411384672 (leh jugak klik kt sidebar tu)
5-leh juga follow saya kat Twitter bagi yg ada Twitter tu https://twitter.com/Miss_SyahBaNu (x wajib)
6-Letakkan Jumlah Follower anda setakat ini..dan Target Follower anda dimasa hadapan
7-Dah siap letakkan link entry anda di ruangan komen yer di shoutbox tak dikira..
Tarikh tutup: 29 Disember 2012

Semua dijemput untuk join segmen ini..diakhir segmen saya akan senaraikan semua peserta yg join dan pastu bolehla kita Blogwalking dan follow memollow antara satu sama lain.. =)

Update!!~ SeNaRai Peserta SegmeN Setakat ini...
Read More »

26 Dis 2012

FiNaL SeaSoN (5) N FiNaL EpiSode MeRLiN PeNuH TraGis DaN SeDiH


Assalammualaikum..
Akhirnya Drama Siri MerLin menamatkan episodnya untuk musim ke-5 pada 24 Disember 2012 yg lalu dan cite Merlin ini juga tidak akan disambung ke musim ke-6..so Musim ke 5 adalah yang terakhir..uwaaaa sedih plak kan Merlin dah xde pasni..Setelah 5 Musim bersiaran yakni selama 5 tahun akhirnya ianya berpenghujung yang mana episod akhir Merlin mmg sangat menyedihkan bagi semua penggemar cite Merlin ni..ohhh tidak...kerana di episod akhir Arthur akhirnya Mati setelah ditusuk pedang (yg ada Nafas Naga) oleh Mordred..Namun Mordred juga mati apabila Arthur juga sempat menikam Mordred kembali sebelum jatuh pengsan. Walaubagaimanapun Arthur tidak mati serta merta..Dia masih bernafas sebelum Merlin membawanya masuk ke dalam hutan.
Ketika didalam hutan Arthur kesakitan namun masih mampu bercakap-cakap dengan MerLin..dan situasi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penggemar Merlin pun tiba juga, dimana MerLin akhirnya berterus terang pada Arthur yang dia adalah ahli sihir dan mempunyai kuasa magik..Arthur awalnya tidak mempercayai kata-kata Merlin dan menganggap Merlin bergurau..akhirnya Merlin menunjukkan kuasa magiknya pada Arthur..Arthur kemudian terkejut lalu berasa amat kecewa dan tertipu. Die mengatakan bahawa selama ini die merasakan die amat mengenali Merlin rupanya dia salah. Arthur terus tidak mahu brcakap langsung dengan Merlin selepas itu. Keesokan harinya Gaius sampai di tempat mereka..lalu melihat luka Arthur dan mengatakan kuasa Magik Merlin juga tidak mampu menyelamatkan Arthur..dan Arthur hanya mempu bertahan hidup dalam dua hari saja..
Arthur ketika ini masih takut2 ragu2 serta merajuk dengan Merlin..dia hanya berpura-pura tidur bila Merlin ada disitu..setelah Merlin pergi dan Gaius datang kpdnya terus die memberitahu Gaius yang Merlin tuh ahli Sihir..tapi riak wajah Gaius x terkejut pun..lalu Arthur sedar yg Gaius pun lama tahu pasal Merlin ada magik..akhirnya Gaius cuba menasihati Arthur dan memberitahunya betapa pentingnya Merlin disisinya serta betapa sayangnya Merlin kpd dirinya..akhirnya Arthur akur dan mengikut nasihat Gaius..
Merlin masih tidak berputus asa dan cuba mencari jalan untuk mengubati Arthur..Akhirnya Gaius mengatakan hanya ada satu jalan iaitu dengan membawa Arthur ke satu tempat..Kemudian akhirnya Arthur dan Merlin berangkat menuju ke tempat tersebut manakala Gaius pulang ke Istana..sedih gak masa ni bila Gaius nak berpisah dengan Merlin dan Arthur die mcam dah leh tau yg die x kan jumpa Arthur dah pasni..sedihnnyaaaa...diorang berpeluk semua..dan meneruskan perjalanan masing..Malam menjelma Arthur dan Merlin berehat dibawah pokok manakala Merlin cuba menghidupkan api dengan guna kayu ke batu akhirnya Arthur suruh MerLin guna kuasa magik die utk hidupkan api..dan Merlin pun buatlah..pastu diorang bersembang-sembanglah sedih gak masa ni..Bila Arthur mcm x sangka yang selama ni die boleh x sedar yg Merlin ada kuasa Magik..Merlin hanya mampu ckp sorry..die hanya guna magik die untuk Arthur saje bukan untuk tujuan lain..

Arthur semakin lemah manakala Morgana pula tahu yg Arthur masih hidup dan cuba mencari Arthur dan Merlin didalam hutan..dan akhirnya die berjumpa dengan mereka..die terus menggunakan kuasa magiknya kpd Melin lalu Merlin pun terpelanting jauh(haha ayat aku mmg lawak)Morgana terus menghampiri Arthur dengan gembiranya kerana dia x sabar2 mahu membunuh Arthur yg telah sedia lemah itu..Akhir saat2 yg ditunggu tiba apabila Merlin datang dari belakang dan terus menikam dengan Pedang yang sama yg menikam Arthur kpd Morgana..Merlin menikam Morgana dari arah belakang..akhirnya puas hati aku bila Morgana akhirnya mati ditangan Merlin..huhuhu Arthur hanya melihat Morgana mati didepan matanya..
Setelah Morgana dah mati Merlin dan Arthur cuba meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana kuda yang mereka naiki sebelum ini telah lari disebabkan kedatangan Morgana. Namun keadaan Arthur semakin parah dan tidak mampu meneruskan perjalanannya lagi sebaliknya die hanya menyuruh Merlin berhenti dari melakukan apa2 pun krn semuanya telah terlambat..Arthur hanya menyuruh Merlin memeluknya erat2 (masa ni mmg sedih giler huhu)Merlin masa ni dah nak menangis dah..Arthur masa ni sempat berkata-kata pada Merlin..dan ayat terakhir yg Arthur cakap pada Merlin sebelum die menutup mata adalah "Thank You Merlin" dannnnnn...Arthur pun menutup matanya..sangat sedih masa ni Merlin mmg dah menangis, menjerit..dan akhirnya Merlin memanggil naganya untuk membawa mereka ke tempat tersebut walaupun die sedar semua dah terlambat.. 
(masa ni Arthur dah mati huhu)
(Merlin masih x dpt terima hakikat Arthur dah mati)
Setelah sampai ke tempat berkenaan..Merlin masih x berputus asa..die terus mengusung mayat Arthur tu..sebelum Naga berkenaan menegur Merlin dengan menyuruh Merlin untuk menerima hakikat kerana tidak ada apa2 yg boleh dilakukan lagi..Naga tersebut menyuruh Merlin menerima takdir yg tertulis untuknya dan Arthur..dan akhirnya Merlin merelakan pemergian Arthur dan melaksanakan sendiri upacara pengebumian Arthur..huhuhu sedih ooo...tapi aku x rasa Merlin kembali ke istana selepas itu..die merantau  dan menunggu kelahiran semula Arthur..dan masa ni Merlin dah jadi tua..huhuhu...
inilah ending drama siri org putih yg paling sedih yg pernah aku tengok huhuhu kalau korang nak tengok final episod cite Merlin ni bolehlah tengok kat Youtube or search kt google mesti keluarnyer..x pun tunggu tv3 tayangkan nanti maybe dalam bbrp minggu lagi..
i will miss you Merlin =(

Read More »

24 Dis 2012

REVIEW MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU KE-6

Assalammualaikum...
macam biasa hari ni nak buat review untuk MaharaJa Lawak Minggu ke-6 yang bertemakan Rancangan/Program Tv..8 peserta/kumpulan membuat persembahan..dan kumpulan yang tersingkir minggu ni adalah The Bandung Joker..

JOZAN
JoZaN membuat sketsa mengenai rancangan tv Propaganza dan ditukar namanya kpd PropaGanjil haha..ada tv besar dan dua2 dlm tv..antara part best masa diorang kelam kabut nak tukar baju dan tukar rambut palsu haha last2 x sempat kata Johan..haha masa JoHaN jadi AA(Azwan Ali) tuh mmg kecoh sekejap laa siap turun pentas uolls kelas kau jemah hehe..rasanya AA tuh pun sronok JOZAN buat dan tiru gaya die..siap tulis kat twitter lagi serta beri pujian dan nasihat pada JOZAN lagi di twitternyer..part paling buat org ketawa semestinya masa lagu Apo Kona Eh Jang yg masa Zizan pakai shawl tuh kononnya jadi fieda tuh haha pastu goyang2 badan tu x leh blah tengok muka zizan masa ni haha comel gak muka die pakai tudung/shawl ni muahaha..Undian Jozan masih yang tertinggi tapi diikuti rapat dengan kumpulan JaMbu dan Shiro dibelakang JoZaN..

JaMBu
Kump JamBu memang tidak pernah menghampakan dan sentiasa konsisten..diorang mmg sangat menyerlah minggu ni..Jambu membuat sketsa ttg Program tv-MahaRaja Lawak Tauke sempat jadi Ac Mizal semua haha..Yus plak sempat meniru gaya2 juri Awie, Wulan, Najib dan Lisa haha..mmg meletup JamBu minggu ni..
SHIRO
Kump Shiro juga tidak kurang hebatnya..mereka membuat sketsa ttg Program TV Bersamamu (tv3) hehehe Ajak jadi pengacara perempuan tuh n Shahrol jadi orang tua yang diinterview, lawak disamping dalam masa yg sama ada jugak mesej positif yg cuba disampaikan..paling best ada gak iklan2 tv yang diorang buat cthnya iklan susu kot n iklan harpic yg ada Afdlin Shauki tuh sempat lgi diorang ni haha..best2..
SAYWHO
Minggu ni diorang meniru gaya Azwan Ali, Chef Jo(Masterchef) dan Che Lah (Master Chef season 2) sketsa diorang adalah program tv Masterchef..lawak gak siap tnjuk masak2 lgi hahaha..Kump ni mmg bijak mencuri perhatian rakyat Msia..dgn sketsa2 diorang haha rasanya x mustahil kump ni boleh masuk final sekali lagi tapi nak jadi juara tuh mmg x mungkin lah kan..haha..
 BOBOI
Kump BoBoi agak slow minggu ni..kurang best rasanya diorang mcm dh salah pilih rancangan tv..diorang pilih rancang tv kanak2 nyer, kartun ke ape ntah..aku mmg x layan kartun dh skrg ni haha Nabil siap pakai costume buaya lagi haha..yg best tu nabil siap guna muncung buaya di kepalanya die utk ketuk2 orang hahaha tpi BoBoi mmg x brp best minggu ni..
R2
Kump R2 membuat sketsa ttg seorang pengacara menemubual pengemis..pengacara tanya soalan demi soalan..pengemis pula memberikan jawapan2 yg kelakar..gitulah sketsa diorang..lawak la jugak..tpi nampak biase jer la xde yang menarik sgt ttg sketsa diorang ni..
SABON
Kump SaBoN menunjukkan sedikit peningkatan minggu ni..lawak pun okey sikit..Seperti kump R2,diorang buat sketsa ttg seorang pengacara yang menemubual seorang pngemis..nampaknya kali ni Abon lebih banyak bercakap dari Sathiya..Sathiya lebih kepada body language dari bercakap maybe ni strategi diorang kot..
THE BANDUNG JOKER
Kump ini membuat sketsa ttg program tv yg tgh meletup skrg ni Betul ke Bohong ..haha program tv yg dipilih mmg dh best dh..tapi sayangnya kurang lawak..lawak mmg x menjadi rasanya x dengar orang ketawa pun..dan akhirnya membuat kump ini tersingkir...dh hilang upin dan ipin dalam MLM2012 hehehe...

hope tema minggu depan lebih meletup...
Jom join my segmen~ SeGMen TaMBah FolloweR Di HujuNg TaHuN due date pada 29/12/2012
Read More »

21 Dis 2012

Happy BesDay Waniey~GSF

Assalammualaikum...
Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran salah seorang ahli GSF iaitu waniey..Selamat Hari Lahir saya ucapkan..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu aminnn...moga gembira sentiasa dan senyum sokmo =)...
jom singgah ke blog beliau =) (It's Story Time) ~> http://winkwinkwinky.blogspot.com/
Read More »

Thank You MV~GSF

Assalammualaikum..
Seblum ni ada dapat hadiah2 dari Deqla pastu CiM Sekarang ni dapat pula dari MV (Ms Velentine) from GSF..wah bertuah sungguh jadi ahli GSF ni..sentiasa ada suprise gitu..Alhamdulilah semoga ikatan ukhwah GSF kekal selamanya..hadiah kat atas ni dapat dlm hari Selasa ke Rabu lepas..sorry gmbar x brp clear..thanks yer MV..cantik sungguh suke sgt.. =)
apa kata korang singgah ke Blog MV ni (All About Love) ~> http://www.msvelentine.my/
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017