-->

2 Dis 2011

SePeRti YaNg DiduGa...


Memang tepat jangkaan awalnya
semuanya lebih kurang sama saja
walaupun adalah lumrah semuanya begitu
namun tidak adakah pengecualiannya?
tidak bolehkah mereka fikir melalui akal dan logik
kenapa terlalu mengikut bisikan hati
hak manusia semuanya sama
tidak bolehkah semuanya dianggap sama
mengapa perlu diperbezakan ketidakupayaannya dan perbezaan itu,

Mulanya dia berfikir pastinya ada berhati tulus
dan mengatakan mungkin dia lah orangnya?
senyuman mula meniti hari,
namun anggapan awalnya benar belaka
ya sama seperti semua
jarak mula tercipta dan semakin ketara
itulah ruang yang mula diciptanya
setiap persoalan pastinya telah tersedia alasannya
Dia mula muak dan benci dengan permainan itu
jarak tercipta membuktikan apa sebenarnya mahunya
dia juga tidak mahu mengalah untuk memperbaiki
biarlah masa mencari jalannya sendiri

situasi sekeliling memberikan seribu persoalan
andai ini takdirnya
dia menerimanya
biarlah dia menjadi dirinya
yang bebas mencari hati-hati yang tulus
yang mungkin amat sedikit dimuka bumi ini..
andai tiada
tidak dia ketahui
mungkin sudah suratan
ujian untuknya adalah begini..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017