-->

12 Okt 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-6

Assalammualaikum
Minggu Ke-6 melabuhkan tirainya dan menyaksikan 2 penyingkiran berlaku iaitu di awal rancangan dan di akhir rancangan. Seperti yang dijangka Norkhiriah dari team Semut Sentap tersingkir. Manakala di akhir rancangan kejutan berlaku apabila penyingkiran terus dibuat, yang mana untuk minggu ke-6, Team Ketam Konfius telah kalah lalu Shuib telah disingkirkan. Ramai juga x setuju Shuib tersingkir, namun ada gak cerita2 yang didengar yang mana Shuib memang terpaksa keluar dari Super Spontan, sebab dia terlibat dengan program Fear Factor yang penggambarannya akan dibuat di Capetown pada minggu ini kot. Ada gak game baru yang diperkenalkan dalam minggu ke-6 ini. Dalam minggu ini kita dapat melihat fesyen2 baru diperkenalkan hehe iaitu pelikat pants yang mula dipopularkan oleh Johan, Afdlin kini telah diikut dan dipakai oleh kawan2 diorang yang lain seperti Rahim, Ajak, Along dan Shuib hehehe. Colourful gitu.

Game pertama yang diorang main adalah Pantun 2 Kerat. Dalam game ni nampak team Ketam Konfius lebih menyerlah sebab Suhaimi, Nabil pandai berpantun 2 kerat, namun telatah team Semut Sentap cukup melucukan dengan pantun2 diorang yang agak x sampai dan merapu hehe tapi yang penting semua orang ketawa. Peratusan undian untuk kedua-dua team agak seimbang, beza berapa peratus jer n kadang2 team Semut Sentap mendahului n kadang2 team Ketam Konfius pula yang berada di depan.  Kemudian diorang main game Alih Suara (Dubbing game). Dalam game ni, Team Semut Sentap iaitu Jepp, Rahim dan Tauke kena alih suara untuk 1 babak dalam filem yang dilakonkan oleh Adi Putra. (aku x ingat tajuk filem ni apa?) Manakala team Ketam Konfius pula akan alih suara untuk filem KL Gangster 1.
Seterusnya diorang main game Maju Mundur, Aku memang x berapa gemar game ni tapi bila tengok diorang main best plak hehe.  Team Ketam Konfius yang diwakili oleh Yus, Along dan Suhaimi start dulu dan diorang main agak baik juga cuma Yus agak keliru main game ni, kelakar plak tengok Yus jadi konfius hehe nak maju ke nak mundur, game ni mmg senang nak keliru. Pastu team Semut Sentap pula yg main game ni, ternyata Johan, Ajak & Tauke main game ni dengan terbaik sekali, diorang x keliru dan berjaya buat aksi maju mundur ni dengan teratur. Memang mantap.  Selepas itu diorang main game baru iaitu Sidang Media Spontan dan ada 2 tetamu jemputan yang akan main bersama game ini iaitu Rizal (penulis skrip KL Gangster 2) dan Soffi Jikan. Rasanya kehadiran diorang ni nak mempromosikan filem KL Gangster 2 yang tengah ditayangkan sekarang di pawagam.

Untuk game baru ni, tetamu jemputan akan diberikan watak dan pekerjaan, manakala para peserta akan jadi wartawan dan menemubual diorang sekaligus meneka watak yang dibawa. Rizal tu nampak macam pemalu jer hehe or xde idea kot masa tu, team Semut Sentap gagal dalam meneka watak Rizal diorang cuma dapat teka David Beckham jer. Mungkin ni game baru jadi diorang x biasa main lagi. Manakala Team Ketam Konfius kena meneka watak yang dibawa oleh Soffi Jikan. Ternyata Soffi Jikan mmg sporting siap buat gaya lembut gitu untuk watak Michelle Yeoh tu. Team Ketam Konfius dapat meneka hampir kesemua cuma tak berapa lengkap jer. Game terakhir yang diorang main adalah game Lagu Spontan. 

Dalam game ni diorang kena buat lirik sendiri mengenai sorang penonton yang telah dipilih oleh Ray. Awalnya diorang kena temuramah kejap penonton tu pastu terus buat lirik n nyanyi dengan spontan. Team K.Konfius start dulu dan dapat penonton lelaki. Ternyata lagu spontan diorang memang best dah macam konsert gitu, terbaik.  Antara lirik lagu diorang adalah "Sham die tak kan clashkan kau" hehe. Kemudian tibalah giliran team S.Sentap, diorang pula dapat penonton perempuan, yang mana Along cakap tu adik die hahaha. 
Popular kejap adik Along tu. Ternyata Team Semut Sentap mempunyai idea sendiri dalam menyanyikan lagu spontan diorang. Kreatif gak diorang ni bila masing2 akan menyanyi lagu popular yang dipilih cuma lirik jer diorang tukar. Setiap sorang akan menyanyikan lagu yang berbeza. Yang penting lagu wajib diorang kena ada iaitu lagu Sandiwara Cinta dari Republik hehe. Tapi memang meriah dan happening. Paling x leh blah dgn Jepp, dalam dok menyanyi tu dia boleh gi kacau Haniff dan Ray kat belakang hehe siap menari kuda kepang bagai hahaha.
Minggu ke-6 ini menjadi milik Semut Sentap & Team K.Konfius kalah.
P/s-Alhamdulilah dapat CPUV dari Nuffnang iaitu Digi Easy Prepaid, Terima Kasih pada semua yang sudi klik2 iklan dalam blog ini yer ^_^

6 ulasan:

  1. nak kena cuba tengok juga ni sekali ni...

    BalasPadam
  2. pelikat pants tu klu pakai kt luar agak pelik je. pakai wktu tdo sesuai la.hehe :)

    BalasPadam
  3. Saya tag awk utk join contest nie...
    http://akukahbidadariitu.blogspot.com/2013/10/contest-original-vintage-for-ladies-by.html

    BalasPadam
  4. ohh...kira ade sebablah shuib terkeluar ehh...

    faham2.. :)

    BalasPadam
  5. dah tau dah nape shuib kuar.. hihi.. ada sbb takpe.. ;)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017