Assalammualaikum..
Macam pernah yang aku tulis dulu, aku hanya buat Review Episod Running Man yang aku rasa best dan aku suka jer hehe. Episod 228 Running Man ni memang aku suka n aku rasakan kelakar yang mana guestnyer adalah Lee Seung Gi dan Moon Chae Won. Kehadiran Lee Seung Gi dan Moon Chae Won (MCW) ke RM (Running Man) ni adalah untuk mempromosikan filem terbaru lakonan mereka. Aku memang suka bila Lee Seung Gi (LSG) jadi guest dalam Running Man, sebab setiap kali dia datang, episod RM tu akan jadi best dan happening. Mungkin sebab dia ada pengalaman dalam variety show sebelum ni, maka die dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan member RM yang lain. Dia juga giler2 n lawak bila bersama member RM yang lain. Member RM pun anggap LSG mcm family diorang gak.
Kehadiran Moon Chae Won buat pertama kali ke RM menambahkan seri lagi dalam episod ini. Dia yang tak biasa dalam dunia variety show ni memcuba yg terbaik. Kelakar part yang semua ahli RM nak satu team dengan Moon Chae Won. Bila diorang satu team dgn LSG mahupun Ji Hyo nampak muka kecewa diorang hehehe. Moon Chae Won kelihatan sangat cantik gitu, walaupun tengah bermain game. Mission diorang kali ni ada kaitan dengan cuaca gitu, game pertama yang diorang main adalah bertahan dari jatuh ke bawah dan cuba menjadi orang terakhir berada dalam treler ker ape ntah namanya lupa lak hihi. Team yang menang akan dapat klue penting untuk final game. Suka tengok reaksi LSG yang mengatakan setiap kali die datang RM mesti akan kena main game yang pelik dan susah hehehe tapi die still berikan yang terbaik. Manakala reaksi MCW agak takut, risau dan terkejut hehe.
Akhirnya Team MCW yang ada HaHa dan Gary menang, manakala team Ji Hyo yang ada KJK dan Suk Jin berada tempat kedua dan team LSG di tempat ke-3 dan x dpt sebarang klue. Seterusnya diorang main game makan2 iaitu kena gigit/makan ais yg disediakan sampai habis. Diorang buat Ais tu macam ala2 steak hahaha. Sayangnya semua team gagal dalam game ini, seterusnya diorang main game yang memerlukan 2 org untuk makan ais berbentuk panjang dan nipis, diorang perlu memakan ais ni untuk memendekkan nya. Ais yang paling pendek dikira pemenang, (adehh rasa kelakar lakk penerangan aku pasal game ais ni sila gelak beramai-ramai hehehe) Kwang Soo dan Jaesuk berjaya dalam cabaran ni, walaupun member RM yg lain agak ngeri melihat cara mereka melakukannya hohoho. Manakala Gary dan MCW gagal juga dalam cabaran ni.
Seterusnya yang paling dinanti mestilah giliran Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook hehe. Suk Jin x nak buat cabaran ni sebab die benci game ni jadi terpaksalah Ji Hyo dan KJK yang main game ni. First time kot Ji Hyo dan KJK main game yg mcm ni. Semua member RM pun ecited giler nak tengok diorang main game ni. Gary pun excited gak hahahaha, tapi sayangnya di separuh jalan ais tu patah lak jadi diorang gagal dalam game ni. Rasanya diorang banyak bergerak tu yg buatkan ais tu patah terus, ramai yang frust bila ais tu patah hihihi akhirnya team LSG yang ada Kwang Soo dan Jae Suk menang dan diorang dapat klue penting. Lawak gak part diorang kena baca klue tu kat situ gak, team yang lain asyik cuba2 intai n curi2 dengar. HaHa dan Gary bijak dengan pergi kat kamera dan tengok gelagat team yg mng baca klue tu, kot2 diorang juga dapat intai klue tu gak, akhirnya Kwang Soo menyedari tindakan HaHa n the geng tu.
Game Seterusnya diorang kena mencari vaksin yang telah disembunyikan di satu tempat ni. Masing2 pun start mencari vaksin tersebut, namun Jae Suk menjumpai sebuah bilik yang dipercayai adalah jail yang mana tempat untuk mereka yang telah tersingkir. Dia mula rasa risau kemudian terdengar announcement yang Kim Jong Kook Out dan terus membuatkan semua member yang lain jadi risau dan keliru. Rupa-rupanya ada seseorang yang dinamakan Monster, yang ditugaskan untuk menyingkirkan peserta dengan cara mengecop tapak kaki member RM yang lain. Kewujudan Monster ni cukup untuk membuatkan semua member RM berasa takut dan bimbang. HaHa kemudian tersingkir dan Kwang Soo menjadi saksi ketika HaHa disingkirkan oleh Monster itu. Lawak betul part diorang lari ketakutan tu hihi. Seterusnya Gary pula disingkirkan, part Ji Hyo yang terkejut lalu menjerit bila menyangkakan Lee Seung Gi adalah Monster juga sangat kelakar hehehe.
Larian epik Lee Kwang Soo bersama Yoo Jae Suk ketika dikejar oleh Monster tu juga sangat best hehehe lajuu betul diorang lari hihi last2 Kwang Soo dapat ditangkap oleh Monster tu lalu tersingkir, sempat lagi Kwang Soo memegang kaki Jae Suk agar x dapat lari namun Jae Suk dapat melepaskan diri hihihi. Aksi Moon Chae Won yang kelihatan takut bila semua ahli kumpulannya dah tersingkir juga lawak hehe, die asyik terkejut dan menjerit kerana menyangkakan kamera man tu adalah Monster hihi adehh lwk betul. Akhirnya hanya tinggal LSG, MCW dan Jae Suk sahaja, Lee Seung Gi rajin betul mencari vaksin tersebut lalu menjumpainya. Reaksi masa die menjumpai vaksin tu mmg best hahaha, bukan main seronok lagi die lalu die pergi mencari Jae Suk. Namun Jae Suk asyik melarikan diri bila mendengar suara LSG memanggilnya, kerana menyangkakan LSG dikejar oleh Monster.
Last2 LSG terpaksa berkongsi maklumat dgn MCW yang kebetulan berada berdekatan dengannya. Bermulalah scene kelakar antara LSG dan MCW. Perbualan diorang pasal Coklat tu memang lawak hahaha. MCW bertindak mengambil vaksin dari LSG dan sbg pertukaran die memberikan LSG coklat siap suap lagi tu hihi. Bila LSG mintak balik vaksin yang berbentuk mcm bracelet ker ape ntah namenyer terus MCW mintak balik coklat tu. LSG macam frust dan menyesal makan coklat tu hahaha sbb MCW nak balik coklat tu dan x nak bagi balik vaksin mahupun berkongsi klue kalau die menang. Kemudian Jae Suk menghampiri diorang berdua yang tengah rancak bergaduh manja pasal coklat tu hihi. MCW terus menceritakan apa yg terjadi pada Jae Suk namun Jae Suk dan LSG tak faham apa yg MCW cakap hehehe. Akhirnya LSG mengalah dan suruh MCW pergi tangkap monster tu sorang2 dan die x kan membantu langsung, dan die hanya akan pergi menyerah diri pada monster tu hehe terus MCW jadi risau lalu bersetuju untuk berkongsi maklumat kalau menang nanti.
Tindakan LSG yang mcm mengugut tu dipuji oleh Jae Suk hehehe lalu mereka bertiga cuba pergi untuk menangkap Monster tu. Dengan kerjasama mereka bertiga, akhirnya mereka berjaya dan team LSG dapat klue terakhir. Seperti yg dijanjikan, disebabkan team LSG menang maka LSG memberitahu klue yg diorang dpt pada MCW. Lalu semua team bergerak ke game yg terakhir iaitu meneka dengan tepat berdasarkan klue2 yg diorang dapat sebelum ini. Akhirnya semua team menang kerana semua berjaya meneka dengan tepat, jadi tiada denda yang diorang dapat krn semua pemenang. Episod 229 Running Man, guestnyer masih Lee Seung Gi, Moon Chae Won dan seorang lagi..
Baca gak Entry di bawah ni yer..
Rajin awak buat review pasal running man ye. Sy tengok jugak..tapi part yang best jelah cari. Hehe.
BalasPadambest... done watched it ! ketawa jer.. lucu
BalasPadam