-->

3 Jan 2015

Tema Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2014 : Bersama Artis Jemputan

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke-8 dah Maharaja Lawak Mega 2014 bersiaran dan untuk minggu ke 8 ni, temanya adalah bersama Artis Jemputan. Ini bermakna setiap peserta akan membawa artis jemputan masing2 untuk beraksi bersama mereka. Apapun di minggu ke-8 ni semua peserta memberikan persembahan yang menghiburkan dan kelakar. Rasanya minggu ni yang paling best dan aku sendiri pun banyak gelak tengok MLM2014 di minggu ke-8 ni. Amyra Rosli menjadi artis jemputan untuk kump Virus. Manakala Stacy menjadi pilihan kump Zero dan Akim jadi penonton hehehe. Ogy Ahmad Daud jadi artis jemputan Jalor.

Kamarul Hj Yusof menjadi artis jemputan kump Sepahtu, Afdlin Shauki pula menjadi artis pilihan SYJ, Nasir Bilal Khan menjadi pilihan kump Shiro. Manakala Hazama menjadi pilihan Nabil dan Adik Balqish menjadi artis jemputan untuk kump Bocey. Ramai peserta dapat 5 bintang dari para juri. Shahrol Shiro turut menang Man Of The Match. Rasanya Shiro yang paling kelakar hehe. Apapun minggu ni mmg best.
Jalor, Virus dan SYJ berada di kedudukan bottom three, namun tiada penyingkiran di minggu ini. Jadi ini bermakna 8 peserta MLM2014 terus kekal ke minggu depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017