-->

5 Jan 2015

High School - Love On : Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada tengok drama High School- Love On lakonan Kim Sae Ron dan 2 anggota kumpulan Kpop Infinite iaitu Woo Hyun dan Sung Yeol. Heroin drama ni iaitu Kim Sae Ron sangat muda kot baru berusia 14 tahun tapi dah pegang watak utama gitu. Manakala Woo Hyun dan Sung Yeol ni aku tak berapa kenal sangat dan aku juga x berapa kenal sangat kump Infinite ni sebab aku bukan peminat Kpop ni semua. Bila budak2 Kpop ni start berlakon drama baru lah aku kenal diorang hehehe. Dalam drama ni Woo Hyun dan Sung Yeol menggunakan nama mereka sendiri untuk nama watak dalam drama ni. Drama ni berkisarkan percintaan remaja dan juga fantasi serta mempunyai 20 episod kesemuanya.
Drama ni ditayangkan seminggu sekali pastu ada 20 episod lak tu, memang lama betul lah cerita ni nak habis sebab makan masa 20 minggu pastu ada plak minggu2 yang drama ni tidak ditayangkan atas sebab2 tertentu. Jalan cerita drama ni menghiburkan juga namun di pertengahan episod jalan cerita drama ni jadi sedikit meleret. Part ketika nenek Woo Hyun mati tu agak sedih jugalah kerana Woo Hyun takde sesiapa kecuali girlfriendnyer Lee Seul Bi. Satu lagi ketika part Sung Yeol berubah sikap dari budak baik menjadi budak jahat tu sangat meleret kot, beberapa episod habis tang part nak tunjuk Sung Yeol jadi jahat jer. Apapun aku suka adegan rakan sekelas Woo Hyun dan Seul Bi yang sentiasa rajin membantu Woo Hyun menjaga dan menguruskan kedai makan milik neneknya itu. 
Woo Hyun, Sung Yeol dan Seul Bi berada dalam kelas yang sama. Rakan2 sekelas mereka ni ada macam2 ragam dan perangai, seronok tengok keletah masing2, ada yang kaki buli, ada yang ulat buku, ada yang suka makan, tak kurang juga yang suka bergaya dan ada juga yang garang. Guru2 diorang juga kelakar dan sporting. Lagu2 OST dalam drama ni boleh tahan best juga, aku paling suka lagu duet tu, lagu tu slow, steady n sweet jer dengar hehehe. Dalam banyak2 scene, ada satu scene yang aku x leh blah, bila kawan2 Woo Hyun dan Woo Hyun mengambil keputusan untuk mendedahkan identiti Lee Seul Bi kepada semua sebagai langkah untuk melindunginya dari sebarang ancaman. Bagi aku diorang patut merahsiakannya bukan mendedahkan, bila rahsia dah terdedah lagilaa orang nak tahu benda tu betul ke tak.
Dalam drama ni semestinyalah ada kisah cinta tiga segi yang mana Lee Seul Bi jadi rebutan antara Woo Hyun, Sung Yeol dan juga Senior Angel hehehe. Namun diakhir cerita mestilah hero yang menang kan hehe. Dalam drama ni diselitkan juga kisah kekeluargaan. Apapun secara keseluruhannya drama ni layann juga, menghiburkan dan enjoy. Meh tengok Sinopsis drama ni yang mengisahkan Lee Seul Bi yang merupakan seorang Angel terpaksa menjadi manusia secara tiba-tiba, selepas secara tidak sengaja menyelamatkan Woo Hyun dari cedera/mati. Akhirnya Lee Seul Bi tinggal bersama Woo Hyun dan neneknya seterusnya mereka bercinta. 
Sung Yeol juga turut menyukai Lee Seul Bi dan cuba rapat dengan Seul Bi dan Woo Hyun. Akhirnya mereka bertiga menjadi sahabat baik. Cinta Sung Yeol ditolak oleh Seul Bi namun mereka masih berkawan baik. Woo Hyun juga suka berkawan dengan Sung Yeol. Woo Hyun akhirnya mengetahui identiti sebenar Lee Seul Bi dan cuba melindungi Seul Bi dari segala bahaya. Di sekolah Seul Bi sentiasa dibuli oleh pelajar lain yang cemburu dengan hubungannya bersama Woo Hyun dan Sung Yeol. Keadaan mula rumit bila Sung Yeol mengetahui yang ibu tirinya sekarang adalah ibu kandung kepada Woo Hyun. Sung Yeol berasa dirinya tertipu dan semua benda yang dia suka dirampas oleh Woo Hyun. 
Akhirnya Sung Yeol berubah sikap menjadi bad boy dan cuba menyakiti hati Woo Hyun dan ibu tirinya dalam pelbagai cara. Namun Woo Hyun tetap bersabar dan memahami perasaan Sung Yeol. Keadaan diburukkan lagi dengan identiti sebenar Seul Bi mula terdedah di kalangan rakan sekelas mereka. Pelbagai perkara berlaku dan akhirnya Sung Yeol mula insaf namun Sung Yeol, Woo Hyun, Seul Bi, terlibat dalam satu kemalangan dan akhirnya Lee Seul Bi hilang. Apa yang bakal seterusnya kena lah tengok drama ni hehe. Aku bagi 2.6 Bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

Jom Baca Entry Dibawah ni jugak yer..

Review Drama Lakonan Kim Sae Ron yang terdahulu-

2 ulasan:

  1. natrah dah habis tengok drama ni kat youtube .. memang sedih sangat la part nenek woo hyun meninggal tu . sampai tepaksa pause semata-mata nak hentikan air mata .. haha , sebak sangat .

    BalasPadam
  2. ooo seminggu sekali jer ke drama ni, no wonder tgk tak habis2..huhu... tp takderlah tgk pn, kadang2 bla terbuka ada tgk la tp seb x follow dr awal so xpaham. makanya tak tengok...hehe.. so, kalau nk tgk kna download la.

    <a href="http://zinziemeewah.blogspot.com'>zinziemeewah</a>

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017